CHAPTER 29 🌺
masing-masing nak hensem, susah aaa camni :((
[ 21 votes + 20 comments ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Ding dong!
Puan Choi memperlahankan suara TV. Wanita itu cuba mendengar lagi sekali bunyi tersebut. Rasa macam dengar bunyi loceng.
Ding dong!
Hah, betul lah!
Puan Choi bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah pintu. Setelah pintu dibuka, dia keluar pula berjalan bagi membuka pintu pagar.
"Eh, Tae?"
Taehyung memberikan senyuman box smile kepada Puan Choi. Kemudian, Puan Kim pula keluar dari perut kereta.
"Annyeong." tegur Puan Kim.
Puan Choi menjemput mereka berdua masuk sebaik saja pintu pagar dibuka.
"Aigoo, kenapa datang tak bagitahu aunty, Tae? Kalau tak, boleh aunty sediakan makanan."
Taehyung menggeleng perlahan.
"Tak apa, tak payah susah-susah. Lagipun saya nak minta izin kat awak." celah Puan Kim yang baru saja duduk di atas sofa.
"Izin apa tu?"
"Sebenarnya, Tae nak...."
[ bilik Seoyun ]
"Namdeuli mwoladeon deudji malja, just let 'em talk nuga mwolageon."
"Guleol sulog nan deo hwagsini saenggyeo yeay yeay yeay yeay."
Lagu Love Maze nyanyian kumpulan boyband terkenal di Korea Selatan, Bangtan Sonyeondan meniti di bibir Seoyun.
Dengar lagu sambil melihat semua koleksi gambar V BTS yang sudah diedit begitu cantik olehnya.
"Seoyun-ah!"
Seoyun mengeluh perlahan.
Maaf eomma, Seoyun tahu seorang anak tak boleh mengeluh. Tapi, kenapa waktu begini?
Nak tak nak, Seoyun harus juga turun ke bawah jikalau tidak mahu Puan Choi membuat cerama free tiga hari tiga malam untuknya.
Dengan rambut yang serabai, selipar bergambar Koya disarungkan pada kaki dan melangkah keluar daripada bilik.
"Apa, eomma?"
Ada dua orang sedang membelakanginya ketika ini.
Sebaik saja wanita yang duduk di sebelah seorang lelaki itu pusing ke belakang, terus membuntang biji mata Seoyun.
"A-Aunty?"
Wanita yang merangkap ibu kepada Taehyung itu tersenyum manis tatkala anak matanya bertembung dengan mata Seoyun.
"Mari, duduk lah sini. Aunty nak cakap something." katanya lembut.
Wanita itu menarik tangan Seoyun dan membawa gadis itu duduk di sebelahnya.
Time aku tengah macam orang mental, baru nak datang. Time aku lawa macam anak raja, tak ada sesiapa pun nak jenguk.
"Kalau aunty cakap ni, aunty harap Seoyun terima lah."
Wajah Seoyun berkerut sedikit.
"Ya?"
"Seoyun free tak waktu cuti ni?"
Gadis itu mengangguk.
"Kalau Seoyun nak lah, boleh teman Taehyung bercuti kat Paris?"
Seoyun memandang Taehyung yang duduk di sebelah Puan Kim. Jejaka itu hanya tersenyum comel.
Heh, depan eomma, mama dia boleh lah dia buat macam tu. Cuba depan aku, nanti mesti dia riak tak habis-habis.
"P-Paris?"
"Kalau Yun nak, eomma benarkan. Asalkan tahu jaga diri. Nanti ada chance eomma nak honeymoon dengan appa."
Puan Choi pula mencelah. Kedua wanita itu ketawa halus sambil menepuk lengan masing-masing dengan lembut.
"T-Tapi, Yun mana ada duit."
"Jangan risau. Semua benda appa Tae yang tanggung. Seoyun hanya pergi free of charge."
Paris?
Teman si alien tu?
"Aku harap kau boleh lah teman aku. Lagipun kita kan tengah couple sekarang ni." kata Taehyung.
Jejaka itu membuat aegyo, gaya yang sama seperti Hoseok lakukan apabila bersama dengannya.
Perkataan couple itu sengaja ditekankan. Puan Kim tersenyum lebar.
"Eloklah tu. Bagus sangat sebab Paris tu kota cinta. Sesuai untuk kamu berdua."
HA HA HA HA HA.
Kehanatan apakah yang Taehyung cuba lakonkan sekarang ini?
SEJAK BILA AKU BERCOUPLE DENGAN SEORANG ALIEN?!
"Seoyun-ah, please..."
Mula dah sesi rayu-merayu. Taehyung kalau tak ada suara comel, muka minta penampar, itu bukan Taehyung namanya.
"Pergi je lah, Yun. Mungkin ini kenangan indah buat kamu."
"Betul kata eomma kamu. Best tau kat Paris tu. Aunty yakin Seoyun tak menyesal pergi sana."
"Betul jugak. Rugi je Yun kalau kamu tak pergi."
"Seoyun-ah, jom laaaa. Nanti aku belanja kau teddy bear, keropok, or apa-apa je lah. Boleh kan kan kan?"
Taehyung menyatukan kedua-dua jari telunjuknya. Berharap agar Seoyun setuju untuk mengikuti dirinya ke Paris nanti.
"Pergi lah. Temankan Tae. Kesian dia--"
"Okay, fine! Yun pergi. Tapi, dengan syarat!"
Taehyung yang tadi ingin bersorak gembira kini terdiam semula. Wajahnya sedikit berubah serious.
"Yun nak separate bilik dengan Tae."
"Okay, get it!" jawab Taehyung. Cepat je.
Jejaka itu sudah menari keriangan di tepi Puan Kim tanpa menghiraukan Seoyun memandangnya dengan pandangan annoying.
Puan Kim dan Puan Choi hanya tersenyum melihat gelagat dua anak muda itu sambil menggeleng perlahan.
Aih, apa pulak laa angin si alien nak holiday kat Paris pulak? Haruskah kau bawa aku sekali?
-----
TBC
709 words for this chapter ❤
hehe maaf. semalam put baru nak tulis, tapi data dah habis. terpaksa lah meroyan tunggu sampai pagi.
ni pun petang baru siap sebab idea lambat benar nak sampaii. okay ke :(( if not, forgive me 😣
okay, selamat membaca!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro