Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 28 🌺

haih seokjin oiii. tak penat ke jadi hensem :(

[ 21 votes + 20 comments ]

[ 2 minggu kemudian ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

"Tae..." panggil Puan Kim dengan lembut.

Taehyung yang baring sambil bermain game terus menegakkan badannya.

Puan Kim meletakkan secawan latte buat Taehyung di atas meja kaca.

"Nak latte? Mama buatkan ni. Tae suka kan?"

Taehyung tersenyum lebar. Handphone dibiarkan di atas sofa dan berjalan ke arah meja makan.

"Mmm, sedapnya. Gomawo, mama." ucap Taehyung manja.

Taehyung melabuhkan punggungnya di atas kerusi dan mula menyisip latte itu sedikit.

"Tae dah cuti kan?" tanya Puan Kim.

Taehyung hanya mengangguk.

"Tae tak nak holiday mana-mana ke tahun ni?" tanya Puan Kim lagi.

Setiap tahun, kebiasaannya Taehyung akan bercuti sendirian ataupun bersama keluarganya di luar negara.

Apabila cuti sekolah bermula, Taehyung mesti meminta untuk mengambil angin di negara orang. Mujur Tuan Kim membenarkan Taehyung pergi sendirian.

"Erm, mama dengan papa ikut ke?"

Puan Kim menggeleng. Wanita itu bangkit dan berjalan menuju ke sofa. Taehyung membawa cawan tersebut dan ikut pergi ke sofa juga.

"Papa kamu busy. Jadi, dia tak dapat cuti. Dia ada cakap, kalau Tae nak holiday, papa bagi duit." jelas Puan Kim.

Tuan Kim yang walaupun seringkali sibuk dengan urusan syarikatnya, namun sedikitpun dia tidak pernah mengabaikan keperluan Taehyung.

Setiap perkara yang anaknya itu mahukan, dia akan beri. Setiap kali Taehyung ingin bermanja, dia turut melakukan hal yang sama. Cuma, waktu mereka berdua terhad.

Jadi, jikalau ada perkara yang ingin disampaikan kepada Taehyung tapi tidak sempat, lelaki itu mesti menyuruh Puan Kim memberitahu Taehyung.

"Erm..Entah lah."

Bibirnya dimuncungkan sedikit. Handphone yang terletak ditepi Taehyung capai.

"Tae belum pergi negara mana?"

Taehyung mula berfikir, negara mana yang dia belum jejaki.

"Erm, Tae dah pergi Jepun, New Zealand, Australia, Thailand, Amerika, London."

Banyak lagi sebenarnya, tapi tak mampu hendak disebut satu per satu.

"Jadi, Tae nak pergi mana?"

Taehyung berfikir lagi.

"Hah! Tae nak pergi Paris! Boleh?"

Puan Kim tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya.

Dia sebagai seorang ibu, memang risau jika ingin melepaskan anaknya ke tempat yang jauh meskipun anak itu usianya sudah meningkat.

Tapi, dia percaya. Taehyung pandai menjaga diri kerana sudah beberapa kali jejaka itu mengembara seorang diri.

"Boleh, sayang. Nanti mama cakap dengan papa."

Puan Kim memberi kata putus. Suka sangat melihat senyuman gembira yang terukir pada wajah tampan anaknya.

"Tapi, mama..."

"Ya?"

Puan Kim memandang tepat pada wajah anaknya. Menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Taehyung.

"Kalau Tae bawak someone boleh?" pinta jejaka tersebut.

Kening Puan Kim terjungkit sedikit.

"Siapa?"

-----
TBC

407 words for this chapter!❤

haih, kali ni pendek ja. idea ciput :(

hope you guys sukakannya ❤ maaf taww kalau tak best. put punya ff tak best macam senpai, author lain.

okay, selamat membaca! 💜


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro