Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 26 🌺

sekali pandang, memang boyfie material ni :( ❤

[ 20 votes + 20 comments ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

<CHOI SEOYUN'S POV >

Macam tak percaya je semalam yang aku banyak bergembira, tertawa dengan Taehyung.

Bagi aku, majlis prom night tahun ini amatlah bermakna kerana aku sudah tidak kesepian lagi.

Berterima kasih juga pada Kim Namjoon yang dengan bijaknya mengubah peraturan. Kalau tak, mesti aku sendu lagi sampai sekarang.

Sedar tak sedar, dah hampir lima bulan aku kenal Taehyung sejak jejaka itu memaki diriku dan Hoseok sewaktu dia mengambil gambar lima bulan lepas.

Rupanya, Taehyung tidak sekejam yang aku sangkakan.

Teddy bear yang terletak di tepi katil aku capai. Objek gebu dan lembut itu aku peluk sementara.

Tiba-tiba, hidungku menangkap satu bau yang paling aku gemari.

Yes, bau orang sedang membaking.

Teddy bear itu aku letakkan semula di tempatnya. Remote aircond dicapai lalu mematikannya agar tiada pembaziran berlaku. Selepas itu aku terus keluar turun ke bawah.

Eomma, tunggu Seoyun serbu dapur eomma!

Aku berjalan dengan penuh riang kerana nanti aku bakal mendapat habuan yang sedap untuk mengisi perut.

Kejap--

Aku ada dengar something. Let me guess.

Hurmm.

Aku bersembunyi di tepi dinding dapur. Mataku mengintai siapakah yang berada di dapur kini.

"Oh, Tae pun suka makan kek! Sedap!"

OH MAN HOLY S**T!

Bila masa pula mamat ni wujud kat rumah ni and lagi tepat, kat dapur eomma aku ni?!

"Hah, Yun! Tak payah nak menyorok sangat lah. Macam lah eomma tak tahu yang kamu mesti turun punya bila dah bau ni kan?"

Tekaan seorang ibu takkan pernah salah. Ye lah, anaknya sudah hidup selama 9 bulan di dalam rahimnya. Mustahil lah ibu tak tahu apa yang anaknya sukakan?

Aku berjalan malas mendekati Taehyung yang ralit melihat eomma mengadun cookies yang akan dibakar nanti.

Eh, tu rakyat Jungkook. Sunbae Jungkook pun suka cookies.

"Tengok tu, Tae. Dia bukannya nak tolong aunty kat dapur ni. Asyik memerap dalam bilik, berangan dengan prince charming yang datang sambut dia je." kata Puan Choi kepada Taehyung.

Aku be like--

WHAT?

"Dia hanya tahu bila dengar bunyi oven ni, terus mencicit turun bawah nak bedal semua biskut yang aunty buat dan bawak naik atas."

HA HA HA HA HA.

"Apa eomma ni? Eomma tak panggil, Yun mana tahu. Yun makan je la. Nanti bila tak makan eomma marah Yun kata jangan membazir." jawabku bagi membela diri sendiri.

Kalau berdua je tak apa lah, ini si alien ni ada sekali.

"Jangan melawan, Seoyun." kata Taehyung dengan tenang.

Ingin saja aku ketawa guling-guling kat dapur ni.

"Mana ada melawan. Saya cakap je."

Tiba-tiba hati aku sakit pula tengok Taehyung tersenyum sinis.

"Hah, yang awak ni kenapa datang sini?" soalku sambil kening diangkat berkali-kali.

Puan Choi terus mengetuk tanganku dengan sudu yang ada di tepi mangkuk adunannya.

"Jangan cakap macam tu kat tetamu! Biarlah dia datang sini, boleh temankan eomma baking. Nak harapkan kamu, heh! Jangan harap lah."

Ya Tuhan.

Sabar, Seoyun.

Eomma ni, siapa anak dia sebenarnya? Aku ke Taehyung? Asyik menangkan si alien ni je.

"Ye lah, Yun pergi depan. Ish, nak tengok pun tak boleh."

Aku berjalan keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu. Sofa menjadi tempat aku baringkan tubuh.

Aih, handphone kat atas pulak.

Malasnya nak ambil.

"Hoi!" sergah Taehyung yang berdiri tegak di tepi sofa membuatkan bahuku terhinjut.

Aku bangkit dari pembaringan. Dirinya aku jeling. Taehyung hanya selamba badak duduk di sebelah aku.

"Eee, duduk tempat lain boleh tak? Banyak sofa kat sini!"

Banyak-banyak tempat, nak jugak dia menyemak kat sini.

"Seoyun! Jangan bergaduh!" kata Puan Choi dari dapur.

Aku hanya mengeluh perlahan.

"Mana ada gaduh!"

"Aunty! Seoyun-- hmphh!"

Aku terus menutup mulut cabul Taehyung daripada berkata bukan-bukan kepada eomma. Mamat ni ada jugak kena smackdown nanti.

"Apa masalah awak hah?!"

Tak nak bagi eomma dengar, aku hanya berkata dalam nada berbisik.

"Masalah apa?" soal Taehyung bagaikan orang bebal.

Aku letih sebenarnya layan alien sesat ni.

"Kenapa awak datang sini?"

Aku menekankan semua perkataan yang aku cakapkan tadi. Taehyung hanya meng-oh-kan saja.

"Ni, aku nak tanya kau something."

"Apa dia?"

"Something."

Terburai terus ketawa Kim Taehyung tatkala dia dapat mempermainkan aku.

Tiada apa lagi yang Taehyung dapat selain penyepak padu daripada aku pada bahagian lengannya.

"Hah, okay okay. Ni betul."

Aku memandangnya dengan tidak puas hati.

"Cepatlah!"

"Kau nak join aku tak cuti sekolah nanti?"

Jejaka itu kembali membetulkan duduknya.

"Join apa pulak ni?" soal aku dengan malas.

Mesti si alien ni nak prank aku kan?

"Erm, nanti lah aku bagitahu."

Ya Tuhan, sumpah aku benci manusia spesies ini. Dah cakap lepas tu tak nak bagitahu.

"Baik tak payah cakap macam tu."

"Eh, sabar lah dulu--"

Aku bangun dari duduk dan ingin naik ke atas. Malangnya Taehyung menarik tanganku sehinggakan aku terjatuh di atas riba jejaka itu.

OH MAN!

And jadi malang lagi....

"Kamu berdua buat apa tu? Seoyun? Tae?"

Puan Choi datang membawa piring berisi kepingan cookies yang diletakkan di atas dulang.

Aku pantas membetulkan posisi aku agar eomma tidak memikirkan yang negatif.

Alien ni memang nak kena!

Muka aku merona merah tatkala melihat senyuman mengejek daripada bibir jejaka tersebut. Dia bangun dengan wajah tak bersalah dan terus mendekati eomma.

"Wah, mesti sedap cookies aunty! Meh sini Tae rasa."

Sengaja lah tu nak cover line.

"Hah, rasa lah." Puan Choi menghulurkan sekeping cookies kepada Taehyung.

Taehyung mengambil cookies tersebut lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

"Wah! Sedapnya! Pandai aunty buat!"

Si alien tu, kalau bab membodek, ambil hati eomma bagi kat dia lah. Eomma pun suka lah tu. Kena puji.

Kesian aku. Hiks.

-----
TBC

908 words for this chapter ❤

haaa, hambar ke? bosan ke?

alhamdulillah, esok put try update agi sebab adik put ada data. bolehlaa bodek dia nanti HAHAHHA. ni gigih nak habiskan before start sekolah. nanti kalau dah start sekolah, mesti dah tak ada yang nak baca kan?

okay gais! selamat membaca!💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro