Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 25 🌺

a/n: put taknak lah tunggu vote, baru nak update. lambat laaa sebab put dah tak shabar nii nak habiskan ff ni.


tapi put rasa ff ni banyak chap. readers mesti bosan kan? huhu takpela put try buat sebaik mungkin.

[ 20 votes + 20 comments ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖


"You're so beautiful tonight, princess."

Seoyun masih lagi terpaku tanpa berkata apa-apa.

Semua mata yang ada di dewan tersebut tertumpu kepada mereka berdua termasuk Hyera yang sudah mengepal penumbuk dengan geram.

"Waeyo? Tak percaya?"

Tak pernah Seoyun sangka, lelaki itu adalah Kim Taehyung.

Argh, macam mana aku boleh tak cam dia ni?

"A-Awak ke yang bayar dress--"

"Ya. Aku bayar."

Seoyun sudah tidak tahu mahu kata apa lagi. Dia dalam keadaan terkejut.

Bukan apa, malu sebab tadi selamba je peluk leher si alien ni semata-mata nak cemburukan si Hyera tu.

Tak sangka pula si alien ni yang menari dengan dirinya sendiri.

"H-Habis Jack tu?"

Seoyun masih lagi tidak percaya.

"Jack tu aku jugak." kata Taehyung.

Tangan Seoyun ditarik perlahan. Gadis itu hanya mengikuti ke mana jejaka itu pergi. Rupanya Taehyung mahu mengambil makanan.

Jejaka itu mengarahkan agar Seoyun duduk sementara dia pergi mengambil sesuatu yang boleh dijadikan sebagai alas perut.

Dia Jack? Habis baju ni? Dia bayar? Ohyemgeee.

"Nah, cupcake untuk kau."

Piring kecil yang berisi dua cupcake bercorak love diletakkan di hadapan Seoyun.

Mata gadis itu tak lepas memandang susuk tubuh Taehyung di hadapannya. Jejaka itu mengenakan suit berwarna biru gelap dan merah manakala seluarnya berwarna putih.

Kalau dilihat sekilas, Taehyung memang persis seorang putera raja. Wajahnya yang cukup sempurna serta pakaiannya yang menambahkan lagi ketampanan pada si empunya diri.

"Tak nak makan ke?"

Seoyun segera mematikan lamunan. Kepalanya dianggukkan sedikit dan mula menyuapkan cupcake ke dalam mulutnya.

"Kenapa tak bagitahu saya yang awak bayar dress ni? Kenapa tak bagitahu saya yang awak partner saya?"

Taehyung mengabaikan soalan yang ditanyakan Seoyun sebaliknya dia leka menikmati cupcake di depannya.

"Gaun ni jaga elok-elok. Ni kenangan kita."

Seoyun hanya memuncungkan sedikit bibirnya. Kenangan lah sangat.

"Saya tak suruh pun awak bayar dress ni."

"Tapi salah ke kalau aku ringankan kerja appa kau? Setakat dress ni, heh petik jari je."

Hah, sebelum dia bangga dengan diri dia lebih jauh lagi, baik aku berhenti. Kalau dah parah, susah nanti.

"Tak sangka kau cantik. Ingatkan kau datang prom malam ni selekeh jugak macam hari sekolah." kata Taehyung. Jejaka itu meneguk gelas yang berisi air anggur.

Selekeh? Eee geramnya!

Kat rumah tadi dah disamakan macam gelandangan, kat sini pula dikatakan selekeh.

Seoyun okay jer!

"Diam lah! Macam lah awak tu handsome sangat? Eh, Sunbae Jungkook, Baekhyun tu lagi handsome tau dari awak. Ingat sikit!"

Seoyun menjelirkan sedikit lidahnya. Selepas itu, jelingan tajam dihadiahkan buat Taehyung.

"Tak nak ingat."

EEEEE! Rasa nak baling je heels ni kat kepala dia!

"Erm, kau tunggu sini kejap. Jangan pergi mana-mana eh?"

Taehyung bangun lalu meninggalkan Seoyun berseorangan di situ. Jejaka itu nampaknya keluar dari dewan.

Seoyun tidak mahu mengambil tahu. Dia terus makan cupcake yang dibawa Taehyung untuknya tadi sehingga habis dengan tenang tanpa gangguan.

"Hey, perempuan!"

Bahu Seoyun ditolak kasar.

Hyera datang dengan wajah masam mencuka.

Aih, baru nak tenang tapi bala dah datang.

"Kau memang perempuan sundal kan? Dasar tak guna!"

Sundal?

Aih, menyirap darah Seoyun tatkala Hyera berkata begitu kepadanya.

"Sunbae ni kenapa? Tak ada angin ribut, datang marah-marah." kata Seoyun tenang.

Ikutkan hati nak je tengking perempuan ni tapi bila tengok ada orang ramai, terus tak jadi.

"Aku dah cakap jangan rapat dengan Taehyung! Kau tak faham ke hah, perempuan?!"

Bahu Seoyun yang tadi ditarik kasar kini dicengkam kuat. Gadis itu hanya mengetap bibir agar dia tidak mengeluarkan jeritannya di sini.

"Sakit lah, sunbae! Meh sini saya cengkam bahu sunbae pulak."

Seoyun mengalihkan tangan Hyera daripada bahunya dengan kasar. Dia bangkit dan ingin mencapai bahu Hyera tapi perempuan itu pantas mengelak.

"Takut ke? Tadi berani sangat!" sindir Seoyun. Suaranya tidaklah kuat tapi Hyera mampu mendengari setiap kata-katanya.

Punggungnya diletakkan semula.

"Eh, berapa kali aku nak warning--"

Belum sempat tangan Hyera ingin menarik rambut panjang Seoyun, Taehyung lantas menolak tubuh Hyera ke tepi.

Perempuan itu hampir hilang imbangan tapi nasibnya baik dia tidak jatuh di hadapan orang ramai.

"Kau nak apa lagi?" soal Taehyung dengan malas.

"Sayang, jom menari dengan baby. Tahu tak baby rindu sangat nak dance dengan sayang macam tahun lepas." rengek Hyera.

Taehyung naik geli dan menyampah dengan reaksi gedik yang ditonjolkan Hyera.

"Tak tahu and aku nak warning kau. For the first and last time, please don't try to touch my girl. If you do that, you know what will happend to yourself soon."

Taehyung memberi amaran maut buat Hyera. Mata perempuan itu membulat memandang wajah Taehyung yang sudah masam mencuka.

"Tapi sayang--"

"Aku bukan sayang kau! So, stop calling me like that!"

Taehyung cuba mengawal amarahnya. Suaranya cuba dikawal agar tiada sesiapa yang mendengar selain mereka bertiga di situ.

Taehyung pantas menarik tangan Seoyun dan membawa gadis itu duduk jauh dari Hyera yang masih berdiri di situ.

"Hyera ada buat apa-apa kat kau ke?"

Seoyun hanya menggeleng walaupun bahunya terasa sedikit sengal akibat dicengkam oleh perempuan yang super sengal itu.

"Listen to me. Kalau Hyera ada buat apa-apa kat kau, terus bagitahu aku. Jangan diam je. Arra?"

Tangan Taehyung memegang kedua-dua belah bahu Seoyun.

Risau jika Hyera mengapa-apakan Seoyun. Bukan tak kenal sikap Hyera macam mana. Gila perempuan itu lain macam.

Seoyun mengangguk. Tangannya mengalihkan tangan Taehyung daripada terus memegang bahunya. Rasa sakit apabila disentuh.

"Erm, jom kita menari lagi? Nanti aku hantar kau balik. Jom!"

Taehyung memimpin tangan Seoyun dan berjalan menuju ke bahagian tengah dewan dan menyertai pasangan yang sedang gembira menari.

Seoyun tersenyum nipis. Sempat lagi gadis itu mengerling ke arah Hyera yang sedang menahan marah.

Orang dah cakap, jangan cari pasal. Degil! Kan dah kena!

-----
TBC

962 words for this chapter❤

ehe. gais, nak tanya ni. ff ni betul ke best? HUAAAA. takutlah. kenapa put rasa macam ff ni terlebih hambar duh? aihh :((

btw, thanks mana yang sudi vote and comments!

haa nak maki Hyera? sila lah maki ya ;)

nanti kalau put rajin, malam ni put update! esok maybe tak jumpa sebab data dah takde :((

so, selamat membaca!💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro