CHAPTER 22 🌺
he just look like an angel 💜
[ 19 vote + 20 comments ]
[ rumah Taehyung ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Hah, sampai pun. Masuk lah." jemput Taehyung.
Pintu rumahnya dibuka lagi luas untuk memberi Hoseok dan Seoyun masuk ke dalam rumah mewah itu.
"Ini kawan Tae ke? Aigoo, nampaknya Tae semakin rapat dengan Seoyun." usik Puan Kim sambil tersengih halus.
Seoyun tersenyum malu. Mahu dibantah tapi nanti kelihatan tak sopan, jadi dengan berdiam diri saja dapat dia lakukan.
"Mama je tak tahu. Tae naik atas dulu. Jom?"
Hoseok dan Seoyun serentak mengangguk lalu membuntuti Taehyung daripada belakang.
Taehyung membawa mereka ke satu bilik yang luas ruangnya. Nak kata dewan, bukan dewan. Si alien ni buat apa kat bilik luas macam ni?
"Hyung--"
"Jangan panggil aku hyung. Panggil je aku Taehyung." Taehyung pantas memotong percakapan Hoseok.
Jejaka itu hanya menurut.
"Taehyung, kita practice menari kat sini ke?" tanya Hoseok.
Speaker yang dibawanya dari rumah diletakkan di tepi dinding.
Taehyung mengangguk.
"Oh, okay."
Hoseok mula menguruskan muzik yang ingin dipasangnya untuk tujuan berlatih menari nanti.
Seoyun hanya melihat segala tindak-tanduk Hoseok yang tekun membuat hal tersebut.
"Okay, dah siap."
Hoseok mula berdiri tegak.
Taehyung menyuruh Seoyun menghampirinya.
"Kau jadi partner menari aku untuk practice ni. Takkan pula aku nak menari dengan Hoseok?"
Seoyun mengeluh perlahan. Ada je taktik si alien ni. Dia berjalan malas mendekati Taehyung.
"Okay, awak letakkan tangan awak kat bahu Taehyung."
Hoseok menyuruh Seoyun melakukan sebegitu.
"Letak lah." arah Taehyung lagi.
Tangan Seoyun dicapai lalu diletakkan di atas bahunya. Seoyun menjeling lelaki itu dengan tajam.
"Lepas tu ikut apa yang saya cakap."
Muzik dimulakan. Taehyung dan Seoyun mengikut rentak yang diarahkan Seoyun.
"Kau partner dengan siapa?" bisik Taehyung perlahan di tepi telinga Seoyun.
"Jack."
"Jackson?"
"Erm, maybe."
Taehyung mengangguk kecil.
[ 1 jam berlalu ]
"Bila dah nak habis nanti, kau kena angkat partner kau. And bila dengar muzik dah tak berbunyi lagi, kau dengan partner kau kena tunduk hormat." kata Hoseok kepada Taehyung.
Jejaka itu mengangguk setelah mendengar apa yang Hoseok katakan. Seoyun turut mendengar juga.
"Kita akan practice dua hari untuk kau berdua. Nanti lagi dua hari aku kena pergi practice dengan partner aku. So, harap kau tak lupa step. Awak pun sama, Seoyun." beritahu Hoseok.
Taehyung dan Seoyun mengangguk lagi.
"So, jom practice sekali lagi."
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Jemput makan. Blueberry pancake ni untuk kamu bertiga. Gigih ya berlatih untuk prom."
Puan Kim meletakkan tiga buah pinggan yang berisi pancake berperisa bluberry di hadapan Taehyung, Hoseok dan Seoyun.
"Hoseok partner dengan siapa? Seoyun?" tanya Puan Kim lalu duduk di sebelah anak terunanya.
"Saya partner dengan Eunra, junior tahun kedua." jawab Hoseok.
Pancake yang terhidang di hadapan pantas disuap ke dalam mulut. Sedapnya, cair di dalam.
"Oh, Seoyun?"
Seoyun berhenti daripada mengunyah pancake. Mulutnya yang comot dek krim blueberry itu dilap menggunakan tisu.
"Err, saya partner dengan Jack."
Sebenarnya, dia keliru. Pasangannya nanti adakah Sunbae Jackson?
Puan Kim perlahan-lahan menganggukkan kepalanya.
"Ingatkan kamu partner dengan Tae."
Seoyun menggeleng dan tersenyum.
"Kalau tak ada apa-apa, saya dengan Seoyun balik dulu."
Hoseok bangkit dari duduk. Jejaka itu mewakili dirinya dan Seoyun meminta diri untuk pulang.
Puan Kim turut bangun. Wanita itu berjalan menuju ke pintu lalu membukanya. Taehyung juga ikut sama.
"Thanks, aunty sebab bagi kami makan pancake." ucap Seoyun dan Hoseok sebelum tunduk hormat di hadapan wanita itu.
"Nae. Hati-hati balik rumah."
Puan Kim tersenyum manis.
"Seoyun-ah, esok kalau kau free aku ambil kau kat rumah. Kita practice lagi."
Taehyung memandang anak mata Seoyun yang bulat itu.
"Partner awak mana?"
"Partner aku malu. Nanti bila aku dah pandai, aku ajaklah dia practice dengan aku. Tapi, esok kau kena menari dengan aku. Alaaa, esok je takkan tak boleh?"
Jejaka itu merayu bagaikan anak kecil yang meminta gula-gula daripada eommanya. Macam biasa yang dibuat, mukanya selalu berubah menjadi comel setiap kali dia meminta sesuatu daripada Seoyun.
Nak bantah tak boleh sebab ada Puan Kim di situ.
Jadi...
"Nae. Okay jemput saya esok. Pukul tiga. Okay, bye."
Seoyun dan Hoseok berjalan keluar dari perkarangan rumah keluarga Taehyung menuju ke kereta Puan Jung memandangkan ibu lelaki itu yang menjemput mereka pulang.
Aih, partner date lain, partner menari lain.
Siapalah partner aku ni? Takkan lah aku nak serbu rumah Jackson?
Hurm, HAHAHA rumah pun tak tahu kat mana. Inikan pula nak pergi.
-----
TBC
702 words for this chapter❤
hehe ni pun cepat-cepat nak update sebab nak pergi kenduri kahwin :( ikutkan hati malas sangat nak pergi. tapi sebab nanti kena marah, so baik put pergi.
gais, im sorry if chap ni hambar. tergesa-gesa ni sebab takut lupa je idea. nanti dah lupa, tak ke rugi?
hehe kalau gitu selamat membaca!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro