Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 19 🌺

cuba teka, makhluk comel di atas ni siapa? kalau si cantik sekalian ingat, dia pegang watak apa?

[ 18 votes + 19 comments ]

[ school hall ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

"Baiklah, memandangkan majlis prom night Seoul Claster Highschool akan berlangsung pada minggu hadapan, saya selaku ketua pelajar bagi tahun ini akan menguruskan majlis ini bersama pengawas sekolah." ulas Namjoon yang berdiri di atas pentas.

Macam biasa, tiada apa yang pelajar perempuan gemari selain daripada menjerit, menjerit dan menjerit.

Nasib student lelaki chill je.

Majlis prom night, satu majlis anjuran sekolah yang amat dinantikan oleh semua pelajar. Majoritinya pelajar perempuan.

Di mana pada majlis itu, mereka akan mencari pasangan untuk menjadi prom date dan menari bersama di hall yang besar ini sambil muzik irama tenang dimainkan.

Lagi-lagi pada pelajar yang sedang bercinta. Memang saat-saat itu mereka nantikan.

Seoyun dan Hoseok hanya tekun mendengar tanpa menurut serta menjerit seperti pelajar lain.

Nanti sakit tekak, membazir je duit beli Strepsils.

"Disebabkan saya adalah ketua pelajar pada tahun ini, jadi saya tukar peraturan." kata Namjoon dengan penuh bangga.

Memang sudah menjadi kebiasaan, setiap majlis atau acara yang dianjurkan, mesti saja menjadi tanggungjawab ketua pelajar mahupun pengawas sekolah untuk menjalankannya sehingga berjaya.

Kalau tahun yang lain, ketua pelajar akan turut membantu pengawas sekolah untuk memasang atau menghias apa yang patut. Tapi kali ni, ketua pelajar hanya melihat hasil yang dibuat oleh pengawas sekolah saja.

Kim Namjoon, digelar sebagai God of Destruction amatlah berbahaya jika bab menghias diberikan kepadanya. Nescaya majlis itu akan menjadi 'sempurna'.

"Alaa, rules apa?"

"Tak payah lah tukar, sunbae!"

"Tak best lah macam ni."

Semua pelajar perempuan yang bersorak gembira tadi kini melepaskan keluhan.

"Sabar, sabar. Bawa bertenang. Dengar rules yang saya nak cakapkan ini elok-elok kerana ia takkan ada ulangan buat kali kedua." kata Namjoon.

Tangannya membetulkan kedudukan mikrofon agar dia lebih selesa untuk bercakap.

Jejaka tinggi itu berdehem perlahan sebelum memulakan kata-katanya.

"Rules dia ialah, setiap partner bagi prom night semua pelajar akan ditentukan melalui kertas yang akan diberikan oleh dua orang pengawas nanti.

Kamu semua akan diarahkan mengambil satu kertas tersebut sambil menutup mata agar tiada penipuan yang berlaku. Sesiapa yang bertuah, akan berpeluang menjadi partner kepada senior-senior lelaki yang terkenal pada prom night itu nanti."

Selepas saja Namjoon habis bercakap, pelajar perempuan terus mengeluh lagi. Tapi ada sesetengah langau miang sudah menunjukkan kepak.

"Uh, mesti sunbae ada kan?"

"Aahhh, aku harap aku dapat Taehyung!"

"Yah! Jungkook, mu tunggu aku datang!"

"Yeah! Park Jimin! Park Jimin!"

DIA DAH MULA!

"Sunbae Namjoon, boleh saya tanya sesuatu?"

Seorang pelajar perempuan mengangkat tangannya lalu berdiri bagi bertanyakan soalan kepada Namjoon.

"Ya?"

"Boleh kami tahu siapa senior famous yang bertuah tu?" soal gadis itu mewakili semua pelajar perempuan yang ada di dalam dewan tersebut.

Namjoon mengangguk berkali-kali. Dia menyuruh seorang pengawas untuk menayangkan senarai nama senior yang bakal menjadi prom date untuk gadis bertuah.

Skrin layar yang tergantung itu bercahaya. Semua mata memandang tepat pada skrin tersebut. Tak terkecuali juga Seoyun dan Hoseok.

"Baik, ini adalah senarainya. Senior yang famous tu ada dua puluh orang bermakna ada dua puluh orang gadis yang bertuah menjadi partner mereka."

Masing-masing fokus membaca nama yang tertera pada skrin layar tersebut.

1. Byun Baekhyun
2. Kim Jongin
3. Park Jimin
4. Park Chanyeol
5. Hansol Vernon Chwe
6. Cha Eunwoo
7. Kim Seokjin
8. Kang Daniel
9. Jackson Wang
10. Jeon Jungkook
11. Kim Mingyu
12. Lee Taeyong
13. Kim Taehyung
14. Oh Sehun
15. Kim Yugyeom
16. Bae Jinyoung
17. Jeon Wonwoo
18. Na Jaemin
19. Kim Hanbin
20. Kim Woojin

"Jadi, itulah nama-nama senior yang famous tu. Jangan risau, kami dah tulis semua nama pelajar di sini. Pengawas Kim, pegang kotak ini dan bagi pelajar perempuan." arah Namjoon.

Sebuah kotak yang ada di tepi pentas tersebut diambil oleh Kim Seokjin. Jejaka itu sudah berdiri di hadapan pelajar perempuan.

"Baiklah, pengawas Kim boleh beri arahan." Namjoon memberi kata putus.

Kim Seokjin mengangguk kecil.

"Okay, waktu ambil kertas ini sila tutup mata anda. Ambil satu je, jangan lebih-lebih. Bila dah ambil, jangan buka dahulu. Nanti kita buka sama-sama bila semua dah dapat. Siapa tak dengar cakap, sunbae ketuk guna senduk sunbae tu." kata Seokjin lalu menghampiri gadis pertama yang akan mencuba nasib.

"Baik, sunbae!"

Seokjin menegakkan ibu jarinya tanda kagum dengan reaksi pelajar di hadapannya kini.

[ 20 minit berlalu ]


"Semua dah dapat?" soal Namjoon.

Pelajar hanya mengangguk kepala.

"Baiklah, buka sekarang. Tapi ingat! Jangan menjerit!" kata Namjoon dengan tegas.

Dia bertepuk tangan tanda membolehkan semua pelajar membuka kertas mereka.

Seoyun dah dengar suara tikus berdecit kegembiraan. Banyak. Kiri kanan depan belakang.

"Siapa yang bertuah sila berdiri dan tunjukkan kertas anda pada pengawas Kim dan sila tuliskan nama anda agar tiada penipuan pada hari kejadian."

"Hah, lagi satu. Pelajar lelaki akan tahu siapa partner kamu berdasarkan kertas yang diambil oleh pelajar perempuan tadi. Diharapkan cari pasangan anda. Terima kasih."

Namjoon mula turun dari pentas. Pelajar-pelajar perempuan yang bertuah itu terus menyerbu ke hadapan bagi menulis nama mereka.

Pelajar lelaki pula sudah bangkit untuk menuju ke kelas. Hoseok segera menghampiri Seoyun yang masih duduk melihat suasana di hadapan pentas.

"Awak dapat siapa, Seoyun?" tanya Hoseok teruja.

Seoyun pula hanya mengangkat bahu.

"Entah. Saya tak kenal nama ni. Jom lah masuk kelas, nanti orang yang kat depan mesti ingat saya sendu sebab tak dapat jadi partner senior famous tu." ajak Seoyun.

Gadis itu bangkit dari duduk dan menarik lengan Hoseok lalu berjalan keluar dari dewan.

Haih, prom. Malasnya.

------
TBC

930 words for this chapter!❤

disebabkan nak menghilangkan kesedihan di hati, put belanja update untuk semua readers kesayangan put :) hehe. maaf kalau tak best :( maaf jugak kalau jemu dengar perkataan maaf ni.

put memang akan selalu buat, takut ada yang rasa hambar chapter ni.

anyway, mana yang give put some positive advice tu, thanks sangat! put hargai semuanya! you already cheer my day❤

okay, selamat membaca!💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro