Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 18 🌺

hi, kalau nak tahu, ini Hoseokkie Sunshine milik Choi Seoyun. Anda ada sunshine? Siapakah sunshine anda?

[ 18 votes + 18 comments ]

[ bilik Seoyun ]

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Sebaik saja Taehyung masuk ke dalam bilik Seoyun, terus saja jejaka itu menghempaskan tubuhnya di atas katil empuk milik Seoyun.

Teddy bear yang tersusun kemas itu diambil lalu dipeluknya.

"Eee, tak malu betul. Datang bilik orang, lepas tu buat katil tu macam katil sendiri pulak." perli Seoyun.

Tangan gadis itu mengutip plastik keropok yang telah kosong dan memasukkannya ke dalam sebuah plastik putih untuk dibuang.

Hoseok yang melihat Seoyun pantas membantu gadis itu memasukkan sampah ke dalam plastik.

"Ada keropok lagi tak? Aku lapar ni." ujar Taehyung sambil tangannya mengusap perut.

Seoyun menggeleng laju.

"Tak ada."

"Alaa, banyaknya kau bedal keropok ni. Kenapa tak tinggalkan aku sikit?" tanya jejaka itu dengan mimik wajah kesian.

"Tinggalkan untuk awak? Eh, tak kuasa lah saya heh! Daripada simpankan untuk awak, lebih baik saya makan. Kenyang perut saya." Seoyun menjeling Taehyung yang mula berbaring di atas katilnya.

"Hah, mana awak dapat phone number saya ni?" pertanyaan Seoyun hanya dibalas senyuman sinis daripada Taehyung.

"Heh, tak payah tahu lah. Sibuk je. Dah dah, pergi buang sampah tu."

Tangan Taehyung membuat isyarat menghalau Seoyun untuk keluar dan membuang sampah tersebut.

Seoyun mendengus perlahan lalu berjalan keluar ke dalam bilik untuk membuang sampah pada tong sampah yang terletak di dapur.

Tak guna betul si Taehyung tu.

Selepas dua minit di dapur, Seoyun naik semula ke atas dengan membawa segelas air kosong untuk Taehyung lalu disuakan kepada jejaka tersebut.

"Air kosong je? Tak ada air lain ke?"

Muka Taehyung berkerut saat melihat air yang dihulurkan Seoyun itu.

"Minum je lah. Banyak songeh betul awak ni."

Kata-kata Seoyun membuatkan Taehyung mengeluh perlahan. Dia menegakkan semula tubuhnya daripada baring di atas tilam Seoyun.

"Oh, tak nak eh? Kejap--- Aunty! Seoyun kan dia buli Tae!" laung jejaka itu dengan kuat sehinggakan Puan Choi terdengar suara Taehyung yang datangnya dari bilik Seoyun.

"Apa?! Seoyun buli Tae?! Dia buat apa?!" tanya Puan Choi bertubi-tubi berserta suara yang cukup kuat.

Seoyun mengetap giginya dengan kuat. Riak wajah geram dipamerkan tapi Taehyung boleh pula menayang wajah selamba badak dia tu.

"Ya, aunty! Seoyun kan dia buat--"

Seoyun pantas menekup mulut Taehyung daripada terus memberitahu hal yang palsu kepada eommanya.

Taehyung tersenyum kemenangan. Hoseok sekadar menjadi pemerhati mereka berdua di bawah sambil memegang handphone di tangan.

"Ish! Ye lah! Nak air apa?!" tanya Seoyun dengan nada berbisik tapi suaranya kedengaran geram dan marah.

Gadis itu mula beralah dengan perangai keanak-anakan Kim Taehyung yang sememangnya mencabar kesabaran.

"Hehe, Tae nak air...orange juice! Boleh?" tanya Taehyung. Kemudian dia tersengih comel.

Haih, comel tu memang comel. Tapi dengan perangai dia sekarang ni buat Seoyun rasa nak tendang dia sampai planet si alien tu balik.

Dah lah sesat! Menyemak pula kat rumah aku!

Seoyun turun kemudian naik semula bersama segelas jus oren di tangannya. Dia menghulurkan gelas tersebut pada Taehyung yang sudah teruja untuk meminum jus tersebut.

"Ambil ni!"

"Yeay!" sorak Taehyung dengan riang persis seorang kanak-kanak.

Tapi Seoyun menjauhkan gelas tersebut sebelum sempat Taehyung mencapainya.

"Alaa, bagi lah sini!" rengeknya dengan penuh manja.

"Cakap apa?"

"Hehe, gomawo." Taehyung tersenyum lagi.

Seoyun memberikan gelas tersebut kepada Taehyung. Gadis itu menjulingkan bebola matanya ke atas. Menyampah dengan reaksi manja Kim Taehyung.

"Hoseok-ah, kata nak ajar saya menari. Jom?" ajak Seoyun.

Hoseok tersenyum manis. Handphone diletakkan di tepi dan dia mula berdiri tegak.

"Okay, jom!"

"Tapi, saya nak menari macam cerita princess kat Disney tu. Boleh tak?"

Seoyun merapatkan kedua-dua jari telunjuknya sambil membuat mimik muka comel agar Hoseok menerima permintaannya.

Seketika kemudian, Hoseok tersenyum. Kepalanya dianggukkan sedikit.

"Nae. Erm...hyung nak menari?" tanya Hoseok sambil memandang Taehyung.

"Macam mana nak menari? Aku mana ada partner." jawab Taehyung dengan bibir yang sedikit muncung.

"Cuba lah try menari dengan Seo--"

Tapi, Seoyun pantas meletakkan kedua tangannya pada bahu Hoseok.

"Saya tak nak menari dengan alien tu. Saya nak menari dengan awak."

Taehyung di sana semakin muncung bibirnya.

"Eh, aku alien hot and comel tau!" kata Taehyung bagi menyedapkan hati sendiri.

Hoseok tergelak halus. Dia memasang muzik yang bertemakan ball dance dan Hoseok mula mengajar Seoyun dengan rentak yang tenang dan lembut.

Taehyung pula sudah merajuk. Dia baring di atas katil dan memeluk teddy bear besar lalu mengiring membelakangkan mereka berdua yang sedang menari.

Hiks, sendu betul lah.

Eee, kenapa hati kau rasa nak meletup, Taehyung?

------
TBC

730 words for this chapter!❤

untuk chapter kali ni put selitkan moments for chapter 17 tu, yang Tae datang rumah tu. hehe put taknak buat sekali kat last chapter sebab nampak macam panjang sangat. takut readers semua ngantuk nak baca :D

maaf tau kalau tak best :( i'm really in period pain ~ sakit weh. tapi gatal nak update HAHAHA❤

btw congratulations to all my batch for your pt3's results! put tau semua pandai-pandai ni kan?

haa okay lah! selamat membaca!💜






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro