CHAPTER 17 🌺
aih even dia bukan bias/bias wrecker put, tapi taetae ini fav member put in bangtan♡ alien terhandsome gaes :)
[ 18 votes + 17 comments ]
[ Tiga minggu kemudian ]
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
<CHOI SEOYUN'S POV>
Sudah tiga minggu berlalu.
Peperiksaan akhir tahun telah aku lepasi. Kini, aku hanya menunggu masa untuk mendapat keputusan setelah aku curahkan semua kepandaian aku sewaktu exam dua minggu lepas.
Pandai ke? Hehe, pandai lah.
Sudah tiga minggu juga aku langsung tidak nampak bayang si alien durjana itu.
Nak kata terserempak, tak jugak. Even satu sekolah, tapi kenapa aku tak nampak dia?
Aku just nampak Jungkook je pergi balik daripada kantin bersama susu pisang dan roti di tangan. Tiada pula Taehyung ikut sama.
Nak tanya tapi nanti Jungkook fikir apa pulak kan? Nanti mesti si susu pisang tu ingat aku rindu Taehyung.
Eww, sorry lah! Never!
Eh, rindu ke?
Aku segera mematikan lamunan saat telefom bimbitku berdering minta diangkat.
Aku lantas melihat siapakah gerangan yang memanggilku.
Hoseokkie Sunshine 🌞
Aku segera menekan butang berwarna hijau menandakan aku menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"Hello, Seoyun-ah!" suara riang Hoseok kedengaran di corong telefon.
Bibirku tersenyum kecil.
"Hoseok, kenapa ni? Jadi tak nak lepak rumah saya? Kita nak main game kan?" soalku sambil memakan keropok kentang.
"Jadi, jadi. Saya kat supermarket ni. Awak nak apa-apa tak? Makanan ringan or something else yang nak dikudapkan masa main game nanti?" tanya Hoseok pula.
Mataku bersinar galak. Aih, segala benda yang nama keropok ni semua aku bedal. Jangan risau, nanti mesti tinggal plastik je.
"Jinjja? Haa kalau macam tu awak beli keropok banyak-banyak tau! Nanti boleh makan!" kataku dengan selamba dan tak tahu malu.
"Okay, beres! Tunggu saya tau!"
"Nae!"
Hoseok menamatkan panggilan. Aku tersenyum lebar kerana tak lama lagi akan ada makanan yang memenuhi segenap isi perutku, hehew.
Aku toleh ke kiri saat Tuan Choi, appa aku melabuhkan punggung disebelahku. Keropok yang ada pada tanganku diambilnya sebanyak dua keping.
"Hari-hari makan keropok, muka pun dah macam keropok appa tengok." seloroh Tuan Choi.
Aku tergelak kecil mendengar apa yang appa katakan.
"Keropok cantik milik appa kan?"
Plastik berisi keropok ku letak ke tepi dan aku terus memeluk tubuh lelaki yang paling aku sayang di dunia ini.
"Aigoo, ya sayangku. Keropok kentang cantik ni appa yang punya."
Tuan Choi mencuit lembut hidungku membuatkan aku tersenyum manis memandangnya.
"Eomma mana, appa?" tanyaku. Diam je eomma. Biasanya eomma dah berkonsert kat dapur.
"Eomma tengah berperang dengan bawang and sayur kat dapur tu. Nanti dengar lah dia ketuk-ketuk kuali." jawab Tuan Choi yang mengundang tawa aku.
Konsert belum start lagi. HAHAHAHAGA.
[ 10 minit kemudian ]
Ding dong!
Hah! Bunyi loceng!
Aku terus bangkit daripada sofa dan pantas menuju ke pintu lalu membukanya. Berdirinya seorang Hoseok berserta tiga buah plastik berisi keropok.
Aku tersenyum sehingga menampakkan barisan gigiku yang putih dan mengambil salah satu beg plastik yang dipegang Hoseok.
"Masuk lah."
Hoseok mengangguk. Kasutnya dibuka dan kakinya mula melangkah masuk ke dalam rumah keluargaku.
"Annyeong, uncle."
Tuan Choi tersenyum lebar memandang Hoseok yang menyapa dirinya sebaik saja masuk di dalam rumah ini.
"Annyeong, Seok. Bawa apa tu?"
Tuan Choi menjenguk apa yang ada di dalam plastik.
"Keropok. Hehe, nak makan masa main Mobile Legends dengan Seoyun nanti." jawab Hoseok dengan sopan.
Tuan Choi hanya mengangguk faham. Aku pantas menarik tangan Hoseok dan naik ke atas menuju ke bilikku.
Tak apa, jangan risau. Pintu bilik terbuka luas. Jangan fikir macam-macam eh!
[ 1 jam berlalu ]
"Seoyun-ah, tak nak lah main game ni lagi. Saya asyik kalah je. Bosan lah. Baik main masak-masak ke, makeup ke. Tak pun kita menari." Hoseok mengadu.
Beberapa plastik keropok telah kami berdua habiskan semasa leka bertarung tadi.
"Tak pandai memang lah kalah." kata aku sambil tersenyum kemenangan.
Kelakar tengok Hoseok banyak kali kalah, muka macam nak nangis je.
"Hish!" Hoseok terus memuncungkan bibirnya. Aku ketawa melihat reaksi cute yang ditunjukkan lelaki itu.
"Ye lah, nanti kita menari sama--"
Telefonku pula berbunyi.
Aku melihat nama yang ada pada skrin telefonku sebentar sebelum menjawabnya.
📷 Hot&Cute ❤
Siapa pulak ni?
Sejak bila pula aku save number orang letak emoji? Dah lah phone aku macam hanat, nak letak emoji pun tak boleh. Ni mana datang emoji ni?!
Nak angkat ke tak nak angkat ke tak?
Haish, angkat lah.
Setelah butang hijau ditekan, aku terus rapatkan phone pada telinga.
"Hey."
Satu suara menyapaku di hujung telefon. Ni suara lelaki.
"Ada orang ke?" tanya insan misteri itu lagi.
"Siapa ni? Baik anda mengaku siapakah anda yang sebenarnya sebelum number anda diblock buat selama-lamanya."
Aku mengugut insan misteri tersebut.
Lelaki itu tertawa kecil sebelum menyambung semula kata-katanya.
"Cuba tengok kat tingkap." arahnya.
Aku mengerutkan kening. Hoseok di bawah sudah membuat isyarat yang bertanya siapakah sedang bercakap denganku.
Aku mengangkat bahu lalu bangun dari katil dan berjalan ke tingkap. Langsir aku selak sedikit dan aku nampak seorang lelaki tersenyum manis memandangku sambil melambai-lambaikan tangannya.
"Awak ke tu, Taehyung?" tanyaku bagi memastikan lagi yang pemilik suara tersebut adalah Taehyung.
"Yep! Hehe."
Jejaka itu mematikan panggilan.
"Siapa tu?"
"Siapa lagi kalau bukan alien jadian tu."
Aku berjalan keluar daripada bilik dan turun ke bawah untuk menjemput 'tuan muda' itu masuk ke dalam rumah.
Ingatkan nak biar je, tapi sebab alien tu terlalu comel dengan box smilenya yang kasihan untuk dipalau.
Sshhh, jangan bagitahu Taehyung. Diam je. Nanti dia bangga!
-----
TBC
874 words for this chapter gais❤
maaf kali ni panjang cikit. eh HAHAHAHA sama je kot macam chapter lain :)
so macam biasa lah, hambar ke? okay ke?
kalau tak, maafkan put :(🙏
okaylah gaes, put nak hilangkan ketakutan dengan update HAHAHAH!
so, selamat membaca guys!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro