Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 15 🌺

comel kan husben put? hehhehehe❤

。゚•┈୨ 17 votes + 17 comments ୧┈•゚。

。゚•┈୨ -kelas 3b-2- ୧┈•゚。

❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖

Waktu Cikgu Jungmyeon telah pun tamat. Dua orang pelajar lelaki diminta untuk membantu cikgu tersebut membawa buku yang akan ditanda nanti.

Hoseok mengeliat sekejap sambil meregangkan otot-otot tangannya setelah lama menulis. Maklumlah, sejarah kan?

Lepas lima minit Cikgu Jungmyeon keluar, Cikgu Mina pula masuk ke dalam kelas sambil diiringi dua orang pelajar lelaki yang berasal dari kelas lain sedang membawa kotak sederhana besar.

Seusai saja pelajar itu meletakkan kotak tersebut, Cikgu Mina membenarkan mereka keluar.

"Baiklah, sila diam. Saya akan berikan majalah sekolah yang telah siap kepada kamu semua."

Uish, lepas je Cikgu Mina cakap macam tu, pelajar perempuan terus menjerit.

"Tapi! Saya sendiri yang akan bagi kepada kamu, takut nanti ada manusia yang tamak macam anjing ambil dua majalah." ujar Cikgu Mina.

Cikgu itu membuka kotak tersebut. Beberapa buah buku dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

Nama dipanggil satu per satu dan mana nama yang disebut, mereka bangun dan mengambil majalah daripada Cikgu Mina.

Kini, tiba giliran Choi Seoyun.

Sebenarnya, dia tak nak majalah ni. Tapi, sebab eomma dah bayar masa masuk sekolah hari tu, terpaksa lah ambil.

Dah lah mahal!

Hampir 10 minit Cikgu Mina mengambil masa untuk memberikan majalah tersebut kepada semua pelajarnya. Kini, semuanya sudah selesai.

"Mana pulak gambar suami aku ni?"

"Siapa suami kau?"

"Sunbae Jungkook ler."

"HAHAHA perasannya kau! Sunbae pun tak hingin lah dengan kau!"

"Eleh, kau ingat sunbae Taehyung nak ke kat kau tu?"

Seoyun hanya mendengar saja apa yang classmatenya cakap. Tak berminat untuk turut serta.

Dapat je majalah, apa lagi kan? Terus je cari gambar Taehyung dengan Jungkook.

"Hoseokkie, awak ni cute lah. Baru saya perasan ada lesung pipit comel pada pipimu."

Seoyun menekan pipi Hoseok dengan jari telunjuknya. Sumpah, Hoseok ni buat Seoyun rasa nak picit-picit pipi lelaki itu bagaikan squishy.

"Hehe, gomawo." ucap Hoseok yang sudah tersengih malu.

Seoyun menyelak setiap helaian majalah tersebut. Dia jumpa gambar Taehyung, Jungkook dan senior yang lain.

Gambar 'sunbae Hyera' tu pun jumpa jugak. Tapi, sorry lah sebab langsung tak berniat nak tenung lama-lama.

"Seoyun-ah, siapa nama hyung yang pengawas hari-hari jaga pintu pagar tu?" tanya Hoseok.

Jarinya ditunjukkan pada satu gambar seorang pelajar lelaki.

Nama : KIM SEOKJIN
Tahun : 5
Jawatan : PENGAWAS SEKOLAH
Pencapaian : JUARA DALAM PERTANDINGAN KING OF COOKING dengan nama SENDUK & KUALI PINK JIN

"Hensem kan?"

Hoseok mengangguk. Uish, pandai masak bro ni.

"Dia ni friendly tau. Erm, dulu dia ni ex-crush saya." jelas Seoyun. Halaman sebelah diselak lagi.

"Ni siapa?" tanya Hoseok.

Nama : KIM NAMJOON
Tahun : 5
Jawatan : KETUA PELAJAR 2019
Pencapaian : JUARA DALAM PERTANDINGAN LET'S DESTROY THE THINGS!

"Let's destroy the things? Pertandingan apa tu?"

Kening Hoseok bertaut. Pelik betul eh pertandingan yang sekolah ni anjurkan?

"Hancurkan barang. Awak nak tahu tak, Sunbae Namjoon pun pernah buat basketball punya jaring tercabut tau. Dah tu, tiang nya pulak jatuh." kata Seoyun.

Hoseok ketawa mendengar jawapan daripada gadis itu. Adui! Macam ragam!

"Ni?"

Nama : MIN YOONGI
Tahun : 5
Jawatan : PENGAWAS SEKOLAH
Pencapaian : JUARA BERTAHAN SELAMA 3 TAHUN BERTURUT-TURUT DALAM KING OF SAVAGE CONTEST!

"Peliknya." kata Hoseok.

"Yes, memang pun. Sunbae Yoongi pun pernah menang dalam pertandingan rap. Dia rap, fuh! Guna satu nafas je!" kata Seoyun dengan riak wajah kagum akan kebolehan Min Yoongi.

"Ni pulak?" tanya Hoseok lagi.

Nama : PARK JIMIN
Tahun : 4
Jawatan : PELAJAR BIASA
Pencapaian : NAIB JUARA PERTANDINGAN GENIUS MATH PERINGKAT ANTARABANGSA PADA TAHUN 2017-2019

"Fuh! Mesti Jimin ni hebat kan?"

Seoyun hanya mengangkat bahu. Dia bukannya kenal sangat dengan Sunbae Jimin. Kenal-kenal begitu je.

"Ye lah kot. Lagipun ada orang cakap, semua kerusi memusuhi Jimin." jawab Seoyun.

Nama : KIM TAEHYUNG
Tahun : 4
Jawatan : SEOUL CLASTER HIGHSCHOOL'S PHOTOGRAPHER
Pencapaian : PELAJAR HARAPAN SEKOLAH DENGAN KEDUDUKAN TEMPAT PERTAMA DALAM KALANGAN PELAJAR PADA TAHUN 2016-2019

"Ni Taehyung kan?"

Seoyun hanya mengangguk. Bila baca semula tentang pencapaian jejaka tersebut, tak sangka dia sepandai tu.

"Pandainya sunbae kita kan, Seoyun?" puji Hoseok.

"Tak ada lah pandai mana, biasa je."

Tak nak lah puji Taehyung tu, mana tahu tiba-tiba angin sampaikan pujian aku ni kat dia, mesti dia kembang sebaldi.

"Hah yang last ni, sunbae Jungkook! Ni satu-satunya sunbae yang paling comel kat sekolah ni."

Heh, jarang tau Seoyun puji lelaki. Hoseok dengan Jungkook dah kena puji. Hmm, Taehyung? Rasanya macam pernah, tapi.... Ah! Suka hati lah!

Nama : JEON JUNGKOOK
Tahun : 4
Jawatan : PELAJAR BIASA
Pencapaian : JUARA PERTANDINGAN KING OF BANANA UYU dengan MINUM 10 BOTOL BANANA UYU DALAM MASA 1 MINIT

"Tak pernah lagi eh saya jumpa contest-contest macam ni. Hebat, rare pulak tu!" kata Hoseok.

"Tapi kan, Sunbae Jungkook atlet olahraga tau. Waktu sukan empat bulan lepas, sunbae kaut semua pingat emas. Hebat tak hebat?"

Uish, bangga weh tahu pasal Jungkook HAHAAHAA. Alaa, bukan selalu. At least, Seoyun tak teruk macam perempuan lain yang tergedik-gedik sana-sini.

"Sebenarnya ada lagi seorang, namanya Jung Hope. Tapi dia dah pindah New Zealand." ujar Seoyun lalu menutup majalah tersebut dan memasukkannya ke dalam beg.

"Oh ya ke? Mesti hot kan?"

"Uish, hot tau! Macam matahari!"

Mereka berdua serentak ketawa. Namun ianya terus terhenti saat mendengar suara-suara langau miang.

"Aigoo, nanti aku nak gunting gambar sunbae Taehyung and tampal kat dinding!"

"Aku nak letak gambar sunbae Seokjin kat frame!"

"Sunbae Jungkook, gambarmu akan ku letak di atas tilamku."

Seorang demi seorang menyahut. Teruk betul peminat Jungkook dengan Taehyung ni.

Hah eloklah! Letaklah semuanya. Nak letak dalam jamban pun, dipersilakan. Tapi, kasihan lah mereka. Hensem-hensem tapi duduk dalam jamban.

"Okay, disebabkan cikgu dah siap agihkan majalah, sila keluarkan buku Sains pula. Majalah tu, simpan. Nanti balik tenunglah buku tu sampai tembus." kata cikgu muda tersebut.

Dia melangkah ke meja guru dan membuka buku pelajarannya. Semua pelajar akur dengan arahan Cikgu Mina dan mereka mula belajar seperti biasa.

------
TBC

959 words for this chapter❤ oyeah!

guwe update lagi!

okay ke chap kali ni? ke hambar? kalau hambar maafkan guwe :( tak terniat di hati mau menghambarkan chapter ni.

thanks pada yang sudi baca, vote and comment! yakinilah, put amat sayangkan anda!❤

selamat membaca!💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro