CHAPTER 14 🌺
husben put babai tu, taknak babai dia balik ke? kang dia merajuk susah pulak put nak pujuk HAHAHAH k tibehhh-
。゚•┈୨ 18 votes + 17 comments ୧┈•゚。
。゚•┈୨ -tandas- ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Seoyun menghela nafas lega setelah hajat yang ditahan-tahan sejak dari tadi telahpun dilepaskan.
Fuh, lega dia bukan kaleng-kaleng.
Kedua tangan dibasuh pada sinki. Sambil itu, Seoyun membetulkan sedikit rambutnya yang kelihatan serabai agar tampak kemas.
Setelah selesai, dia mula berjalan untuk keluar daripada tandas. Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan menghalang laluannya.
Gadis itu tersenyum senget sebelum menolak tubuh Seoyun ke belakang. Mujur Seoyun dapat mengimbangi badannya. Kalau tidak, mesti dia sudah terduduk pada lantai tandas tersebut.
Seoyun agak terkejut kerana tiba-tiba saja dia ditolak tanpa meminta izin terlebih dahulu. Hek, tu pun nak kena minta izin.
Kalau aku jatuh, kau kena angkat aku tau!
"Oh, kau lah perampas boyfriend aku ya?"
Gadis itu datang mendekat dan Seoyun berundur ke belakang sedikit demi sedikit sehinggakan dia sudah tersekat di dinding.
"Wait, siapa pulak yang rampas boyfriend eonnie? Saya ke?" soal Seoyun dengan riak wajah yang blur.
"Eonnie? Siapa eonnie kau?"
Kening Seoyun berkerut. Perempuan ni dah kenapa?
"Ye lah, sebab saya nampak eonnie a little bit old." jawab Seoyun selamba sambil diiringi dengan sengihan tidak bersalah.
Mata gadis itu terus membulat. Kemudian dia memandang Seoyun dengan tajam.
"Call me Sunbae Hyera!" arahnya. Nafas gadis yang bernama Hyera itu berserta nafasnya yang tidak teratur.
Seoyun hanya mengangguk kecil sambil bibirnya berbentuk 'o'.
"Sunbae boleh tepi sikit? Saya nak lalu ni." pinta Seoyun.
Bahu Hyera ditolak sedikit ke tepi. Tapi, Hyera mencengkam lengan Seoyun dengan kuat membuatkan gadis itu terjerit kecil.
"Tunggu dulu! Aku nak tanya, apa hubungan kau dengan boyfriend aku hah?!"
Suara Hyera kedengaran teramat marah tapi sedikitpun tidak menggentarkan hati wanita milik Seoyun. Malah, dia hanya tersenyum nipis.
"Apa sunbae ni tuduh-tuduh? Siapa boyfriend sunbae tu? Sejak bila pulak saya kacau relay sunbae?"
Kali ni, Hyera mencengkam lengan Seoyun lagi kuat. Disebabkan kukunya yang sedikit panjang, Seoyun berdecit perlahan kerana kuku gadis itu mencucuk kuat pada kulitnya.
"Kau ingat aku buta ke hah?! Semalam, kau keluar dengan dia kan?"
Mata Hyera terus membulat memandang seluruh pelusuk wajah Seoyun. Tak dinafikan, wajah gadis di hadapannya ini boleh dikategorikan sebagai pelajar cantik.
Patutlah Taehyung suka.
"Siapa pulak?"
"Kim Taehyung! Kau jangan tipu aku eh?!"
Seoyun mengeluh perlahan. Tangan Hyera yang masih melekat di lengannya ditepis dengan kuat. Kali ni, wajah Hyera pula ditenung dengan tajam.
"Oh, Taehyung ke? For your information, sorry sikit. Saya ni bukan jenis nak rembat boyfriend orang. Serang-serang apatah lagi kan? Jadi kalau tak tahu apa-apa, jangan main tuduh je."
Seoyun menolak tubuh Hyera dengan kuat membuatkan punggung gadis itu melekat dengan lantai tandas.
Seoyun melambaikan tangannya dan terus keluar daripada tandas meninggalkan Hyera yang sudah mula menjerit di situ.
Tak sangka pulak si alien tu ada girlfriend macam Hyera tu. Tak pandai pilih betul! Ni mesti main kaut je kan?
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
[ waktu balik ]
"Seoyun, jumpa lagi!" kata Hoseok sambil melambai-lambaikan tangannya lalu masuk ke dalam kereta.
Seoyun turut membalas lambaian Hoseok dan menghantar bayangan kereta yang dinaiki jejaka tersebut.
Gadis itu mengeluarkan earphone daripada begnya dan berjalan menghala ke bus stop sementara menunggu Puan Choi tiba menjemputnya.
Lagu Scenery nyanyian daripada salah satu anggota Bangtan Sonyeondan, V, dimainkan menjadi halwa telinga.
Sebagai hard stan V BTS, maka lagu solo daripada member tersebut menjadi favourite song untuk Seoyun.
Muka macam putera kayangan, suara mengancam, kadang-kadang perangai childish. Aihh, comelnya!
Sedang dia ralit feeling dengan lagu tersebut, earphonenya ditarik seseorang.
"Zaman bila guna earphone ni?"
Taehyung ketawa tapi kedengaran nada mengejek kerana Seoyun masih lagi menggunakan earphone.
"Biarlah! Sibuk kenapa?"
Seoyun menjeling jejaka yang mula duduk di sebelahnya sebelum memasukkan semula earphone tersebut pada telinganya.
Tapi, earphone itu ditarik semula oleh Taehyung dan dimasukkan ke dalam telinga jejaka itu.
"Erm, lagu apa kau dengar ni?" tanya Taehyung.
Namun, Seoyun menarik semula lalu terus menutup lagu tersebut dan phonenya disimpan ke dalam beg.
Nak dengar lagu pun susah!
"Seoyun, kau nak datang rumah aku tak?" pelawa jejaka tersebut.
"Buat apa?"
"Herm, saja. Tak boleh ke?"
Seoyun pantas menggeleng dengan laju.
"Saya tak nak kacau hubungan orang even saya langsung tak ada kaitan dengan awak." jawab Seoyun sambil berpeluk tubuh.
Dari jauh kelihatan kereta Puan Choi sudah menghampiri bus stop di mana mereka duduk.
"Hubungan? Aku?"
Seoyun mengangguk lagi.
"Ya."
Dahi Taehyung berkerut. Apa pulak si Seoyun ni merepek?
"Sejak bila aku ada hubungan ni?"
"Alaa, tak payah nak buat-buat tak tahu lah. Sunbae Hyera tu siapa?"
Seoyun menekankan suaranya apabila menyebut sunbae Hyera. Wajah Taehyung mula bertukar serius.
"Kejap, siapa bagitahu kau pasal Hyera tu?"
"Dia sendiri yang bagitahu. So, jangan dekat dengan saya lagi. Saya tak suka orang gelar saya perampas." cantas Seoyun.
Gadis itu mula berdiri memandangkan kereta Puan Choi sudah tiba di hadapannya.
"Seoyun, dengar dulu--"
"Bye!"
Gadis itu terus masuk ke dalam kereta dan terus meluncur laju di atas jalan raya meninggalkan Taehyung yang terpempan sendirian.
Jejaka itu mendengus perlahan.
Tak lain tak bukan, kalau macam ni mesti kerja si Hyera. Dia kalau bab-bab ugut, sebar fitnah ni memang kerja dia.
Orang dah putus, dia kata still in relay. Tak apa, tunggu je.
Kereta Honda Camry berwarna putih berhenti dan Taehyung masuk ke dalam kereta tersebut dan terus dipandu menuju ke rumahnya.
-----
TBC
880 words for this chapter ❤
okay gaes, put update hari ni!
put rasa chap kali ni sumpah hambar :(
betul kan? takyah tipu memang hambar 😭 huhu maafin guwe tapi tangan ni gatal sangat nak publish!
thanks mana yang sudi baca ff ni dari awal sampailah sekarang! put hargainya❤❤
selamat membaca!💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro