CHAPTER 11 🌺
。゚•┈୨ 14 votes + 10 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
<CHOI SEOYUN'S POV>
Perpustakaan menjadi sasaran aku dan Hoseok untuk menyiapkan latihan yang diberi oleh cikgu-cikgu.
Suasana yang senyap dan tenang membuatkan mood untuk belajar terus berkobar.
Tempat yang kami berdua duduk tidaklah tersorok mana tapi mungkin sesetengah orang tak perasan tempat tersebut.
Buku tulis Sains dibuka.
"Erm, Hoseok. Ular tu amfibia ke reptilia?" soalku sambil hujung mata pen ditekan-tekan pada pipi.
Soalan yang aku utarakan serta-merta membuatkan riak wajah Hoseok berubah.
"W-Wae?"
Pahal Hoseok ni?
"I-I hate snakeu!" kata Hoseok.
Terburai terus tawa aku. Luruh jantung aku woi. Ingatkan dia nak marah tadi.
"Saya tanya lain awak jawab lain! Ular tu reptilia ke amfibia?" soalku lagi sambil diselangi tawa yang masih bersisa.
"Takkan lah awak tak tahu? Benda tu kan reptilia. Eeww gelinya!"
Sempat lagi Hoseok menayang mimik wajah kegelian. Aku ketawa lagi.
"Bukan tak tahu tapi terlupa."
Tak sangka Hoseok takut ular. Wae? Ular comel apa? Eh tak tak tak! Kalau dah sampai patuk, belit semua tu tak comel namanya.
"Can we join you?"
Satu suara lelaki menyapa gegendang telinga aku dan Hoseok.
Taehyung membawa dua buah buku di tangannya serta kamera yang setia tergantung di leher dan duduk di hadapan Hoseok.
Jungkook pula hanya berdiri di belakang Taehyung.
Hoseok sempat bangun dan tunduk sedikit di hadapan Taehyung tanda hormat akan jejaka itu.
"Seoyun-ah, boleh aku datang rumah kau petang ni?" tanya Taehyung.
Aku hanya menggeleng.
"Wae? Takkan kau marah aku lagi? Lagipun eomma kau suka aku." katanya, tidak mahu mengalah.
"Eomma saya je suka awak. Bukannya saya. Pasal semalam tu, siapa je yang tak marah?"
Siapa yang tak marah bila kena prank? Lagi-lagi kena prank dengan binatang yang paling kau geli walaupun ia hanya sekadar mainan.
Dah lah semalam dia letak tikus mainan dalam kotak tu. Rupa memang macam tikus betul. Memang sawan lah aku. Binatang yang paling aku allergic ialah tikus and lipas. Haa, tak pasal-pasal semalam Taehyung kena halau.
Padan muka! Siapa suruh cari pasal?
Pandangan aku alihkan kepada Jungkook yang masih setia berdiri sambil meminum susu pisang tanpa henti.
"Sunbae tak nak duduk ke? Duduklah sini. Lagipun tak ada orang duduk."
Aku menunjukkan kerusi yang masih kosong di hadapanku. Jungkook hanya tersenyum malu sebelum melabuhkan punggung di sebelah Taehyung.
"Hah, alang-alang hyung ada kat sini, hyung bolehlah ajarkan Seoyun pasal math. Mana tahu, dia faham bila hyung ajar dia." cadang Hoseok.
Mata aku membulat memandang dia di sebelah. Lelaki itu hanya tersengih bagaikan kerang busuk manakala Taehyung pula mula tayang wajah kerek.
"Haih, apa susah sangat kau nak pandai math ni hah? Benda senang pun tak boleh nak catch up." kata Taehyung dengan penuh selamba.
Senang?
Dia kata senang?
Hey, cuba dia tanya readers dengan author. Math tu senang ke susah? Dasar alien berlagak tak guna.
"Kalau senang, dah lama saya dapat A berplus-plus dah tau." kataku sambil mencebikkan bibir.
"Sunbae, sunbae tahu tak macam mana nak buat yang ni?"
Aku sengaja cuba bertanya kepada Jungkook. Namun lelaki itu hanya membalas dengan gelengan.
"Mian. Saya tak mahir sangat math ni."
Aku hanya mengangguk. Kan bagus kalau si alien tu jenis sopan macam Jungkook ni. Dah lah comel, baik and sopan pulak tu.
Si Taehyung alien ni? Heh, jangan harap!
"Hah, meh sini aku ajar. Kau ni banyak sangat berangan. Tu yang bila belajar tak masuk-masuk."
Taehyung dan Hoseok mula bertukar tempat. Taehyung mula menarik buku tulis math aku. Niat datang sini nak buat homework subjek Sains, tapi alien ni datang terus jadi math.
Benci betul lah!
Dalam pada tu, sempat lagi aku mengerling ke luar perpustakaan di mana pintunya adalah kaca membuatkan aku dapat melihat apa yang ada di luar.
Terdapat beberapa pelajar perempuan sudah ternganga besar kerana melihat suami-suami idaman mereka ada dengan aku.
Heh, mereka tu menjerit sampai keluar anak tekak tapi tak dapat dengar suara sunbae idaman mereka ni.
Tengok aku, tak payah nak jerit. Dah dapat cakap dengan Jungkook dan Taehyung. Siap duduk depan-depan lagi. Hah, kau hado?
HAHAHAHA bestnyaaaa!
"Woi! Kau dengar tak ni? Berangan tak sudah, tu yang lembab memanjang!" sergah Taehyung yang serentak mematikan segala suara dan lamunan di mindaku.
Aku mengeluh.
"Ya! Dengar lah ni!"
Baik aku fokus, sebelum si alien ni kutuk aku lebih-lebih. Nanti ada je idea dia nak bash aku sana sini.
Sejujurnya, aku akui. Bila Taehyung ajar aku math, cepat je masuk. Senang pula nak faham. Mungkin cara dia ajar aku lain kot.
Ye lah, sempat lagi dia kutuk, perli, sindir aku and macam-macam lah. Maybe tu yang buat otak aku terus berfungsi dengan baik.
Dalam perangai annoying Taehyung ni, berguna jugak dia untuk aku. Terima kasih lah, wahai seketul alien yang bertandang dalam hidup aku.
------
TBC
783 words for this chapter❤ hah, part ni la yang terdelete tadi. haih jenuh nak menaip balik weh! nasib ingat sikit-sikit.
by the way, okay ke sampai chapter ni? rasa insecure laaa. sorry tauu kalau tak best:(
tak mampu nak jadi macam author lain.
mana yang sudi baca, vote and comments tu, put ucapkan terima kasyehhh sangat sebab support put❤😭
for silent readers pun, thankss tauu sebab sudi baca walaupun anda takmauu vote 😂❤ okayyy babai gais❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro