CHAPTER 1 🌺
。゚•┈୨ 5 votes + 2 comments ୧┈•゚。
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Aku Choi Seoyun. Pelajar tahun ketiga di Seoul Claster Highschool. Aku hanya gadis biasa di sekolah itu. Langsung tidak dikenali oleh semua pelajar Seoul Claster Highschool melainkan classmate. Aku tak famous.
Aku pun tidak terlalu pandai. Duduk pun kat kelas 3B-1. Kawan? Kawan pun aku tak ada walaupun seorang. Semua anggap aku pelik. Semua tak nak berkawan dengan aku.
Tapi, aku okay je. Tak mati pun kalau tak ada kawan kan? Boleh je hidup sampai sekarang. Kat kelas pun orang lain ada deskmate, aku alone. Siapa je nak duduk sebelah aku? Just disebabkan aku terlalu pendiam, mereka semua judge aku 'sombong'.
Aku bukan sombong, aku cuma malu untuk memulakan perbualan dengan orang sekeliling.
Benda ni masih sama berlaku pada aku sejak mula jadi pelajar di sekolah ini. Sejak dari tahun pertama sehinggalah masuk tahun kedua. Aku masih sama, sentiasa berseorangan. Tak macam orang lain, dah ada geng masing-masing.
And aku jugak jenis tak suka bergambar. Aku rimas. Aku tak suka tengok wajah aku dalam gambar. Entah kenapa aku pun tak tahu. Padahal, kalau nak dibandingkan wajah aku dengan senior perempuan tahun keempat yang bernama Park Hyera itu, sama taraf je. Aku ni kira cantik lah jugak.
Bukan nak riak tapi benda betul en?
Waktu tahun pertama yang lalu, semua kelas dari setiap tahun perlu mengambil gambar bersama classmate dan guru kelas untuk diletakkan dalam majalah sekolah. And for your information, sekolah ni famous sebab banyak anak orang kaya, ternama, berpangkat dan yang terlalu pandai masuk ke sekolah ni.
Bila dah ramai anak dari golongan elit, semua paras wajah mereka jangan cakaplah. Dah macam sekolah untuk anak-anak raja. Sebab tu ramai yang nak masuk sekolah ni. Setiap kali tahun baru, mesti ambil gambar and lepas tu masing-masing post kat social media.
Aku dah lah tak minat dengan semua ni. Aku masuk sekolah ni pun demi eomma dan appa aku. Tak nak kecewakan orang tua punya pasal, tu yang aku wujud kat sekolah ni. Aku pun tak tahulah macam mana pengetua boleh ambil aku jadi student kat sini sebab result exam since aku in middle school dulu bukannya hebat mana pun. Markah pun cikai je.
Waktu classmate aku semua ambil gambar dulu, aku menyelinap lari pergi tandas, lepak kat rooftop. Ambil gambar memang sekejap, tapi disebabkan semua classmate aku yang perempuan nak tengok kelas senior favourite diorang tu ambil gambar, tu yang jadi lama. Cikgu pun dah faham.
Mana tak nya, senior semua handsome nak mati. Bukan classmate aku je yang tergedik-gedik malah semua student perempuan kat situ overdose gediknya. Lepas tu, sibuk nak ambil gambar berdua-dua dengan crush. Normal lah tu. Aku mana mampu nak ada crush. Aku kentang je.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
"Seoyun! Mari sarapan!" panggil Puan Choi dari bawah.
Anak perempuannya itu selagi dia tak memekik macam orang gila kat dapur, selagi tu lah bayangan dia tak muncul. Kadang tu kena gegar bilik baru nak bangun.
Seoyun yang mendengar jeritan eomma dari dapur menutup telinganya dengan bantal. Eomma kalau menjerit nombor satu. If ada contest for ratu menjerit, eomma pemenangnya.
Gadis itu mengeluh. Selimut yang membaluti tubuhnya ditolak ke tepi. Kakinya melangkah malas menuju ke bilik air setelah mengambil tuala yang tergantung kemas di belakang pintu.
Kenapa lah malam berlalu sekejap sangat? Mimpi pun separuh jalan je. Tergantung sepi tanpa ending.
Selang 20 minit, Seoyun telah siap menyarungkan seragam sekolah pada tubuhnya. Rambut panjang yang sengaja dilepaskan itu disikat biar nampak kemas.
Beg sekolah dicapai dan gadis itu lantas turun ke bawah. Puan Choi yang sedang bercekak pinggang berdiri di sisi meja makan yang sudah terhidang dengan sarapan pagi.
"Hah! Ingatkan nak suruh eomma angkut baldi untuk siram kamu! Nasib baik turun." kata Puan Choi sambil menarik kerusi untuk memberi anak gadisnya duduk.
Seoyun tersengih. Roti yang ada di depan diambil dan masuk ke dalam mulut. Puan Choi menuang susu ke dalam cawan lalu diberikan kepada Seoyun. Gadis itu terus meminumnya.
"Kamu makan lah dulu. Eomma nak naik atas, bersiap. Nanti eomma hantar kamu pergi sekolah. Eung?"
Puan Choi berjalan dan menaiki tangga.
"Aik, appa mana?" tanya Seoyun dengan sedikit kuat.
"Appa dah pergi kerja awal pagi tadi. Ada meeting kat office." jawab Puan Choi sebelum terdengar pintu biliknya ditutup.
"Oh...." Seoyun terangguk-angguk. Dua keping roti yang sudah disapu jem strawberi diambil. Dia mengunyah roti itu dengan perlahan. Even eomma prepare roti je untuk breakfast, tapi still rasa sedap.
Setelah siap breakfast, Seoyun masuk ke dalam ruang tamu dan duduk bersila di atas sofa. Butang yang ada pada remote TV itu ditekan untuk membuka siaran tersebut.
Baru nak ketawa tengok rancangan Running Man yang ulangan untuk episod semalam, Puan Choi sudah turun dengan membawa handbag di tangannya.
"Alaaa, eomma. Baru Yun nak tengok ni. Kenapa eomma cepat sangat bersiap? Eomma tak mandi ke?"
Haih, baru nak lepak kejap. Tak tenang betul.
"Yah! Eomma bukan macam kamu lah! Pagi buta lagi eomma dah mandi. Kamu apa tau? Dah, cepat! Nanti lambat!" gesa Puan Choi.
Seoyun bangun dengan malas dari sofa. TV yang dibuka sebentar tadi ditutup semula. Mulutnya sengaja dimuncungkan sebagai tanda protes kerana tak dapat tengok TV lama-lama.
Tapi, Puan Choi tak melayan dengan kerenah mengada-ngada anak gadisnya yang seorang itu. Nanti makin dilayan, makin menjadi.
Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan kemudian Puan Choi memandu sehingga tiba di hadapan sekolah Seoyun.
❖ ── ✦ ──『📸』── ✦ ── ❖
Seoyun menghantar bayangan kereta Puan Choi sehingga hilang dari pandangan. Menurut eomma nya, lepas menghantar dia ke sekolah, eomma nak pergi pasar. Eomma nak cepat sebab nanti ayam, ikan and daging dah tak fresh.
Seoyun berjalan sehingga tiba di pintu pagar sekolah. Di situ terdapat dua orang pengawas lelaki yang sedang berdiri mengawasi pintu pagar.
Setiap pelajar yang baru sampai semua ditegurnya. Budak perempuan yang tak kuat iman tu menjerit macam kena histeria. Eksyen sungguh.
"Annyeong. Selamat pagi!" sapa salah satu pengawas lelaki yang sedang berdiri di tepi pintu pagar dengan mesra.
"Selamat pagi." Seoyun tersenyum nipis dan tunduk sedikit dihadapan pengawas lelaki yang tersenyum manis itu.
Name tag yang terpasang pada kot pengawas lelaki itu dibaca dalam hati.
KIM SEOK JIN
Manakala pengawas yang berdiri di sebelah Kim Seokjin di mana dia lebih rendah dengan ketinggian pengawas yang berwajah tampan itu. Mukanya yang putih pucat serta tiada senyuman yang terlukis pada wajah hanya memandang pelajar-pelajar yang baru tiba tanpa perasaan.
MIN YOON GI
Seoyun tak nak fikir lama-lama lagi pasal pengawas itu dan dia terus berjalan sehingga tiba di kelasnya.
As usual, bila Seoyun datang, orang lain macam buat-buat tak nampak je. Seoyun abaikan semua itu dan hanya duduk di tempatnya yang terletak di belakang dan hujung tepi tingkap.
"Sunbae Jungkook! Sunbae Taehyung! Saranghaeyo!!"
Kedengaran classmate perempuan Seoyun menjerit di depan pintu kelas. Siapa lagi yang membuatkan diorang semua ni histeria kalau bukan senior tahun keempat yang paling famous kat sekolah ni kan?
Dah lah handsome, duduk kelas first, ada talent, anak orang kaya. Cuba kalau tak ada semua tu, sikit pun orang tak pandang. Hmm, macam aku.
Walaupun Seoyun bagaikan katak bawah tempurung kat sekolah ni, tapi dia tahu siapa yang duduk kat rangking first untuk yang paling famous kat sini.
Of course lah Kim Taehyung, anak CEO daripada syarikat yang paling terkenal kat Korea Selatan ni. Dengar cerita, tahun ni jejaka itu yang menyandang tugas untuk mengambil gambar semua kelas yang akan datang dalam masa dua bulan lagi. Maklumlah, dia ada kepakaran dalam bidang photographer. Dah tu, handsome pulak.
Sekolah ini 100% menggunakan khidmat tenaga pelajar untuk membuat majalah sekolah. Dari edit cover majalah, penulis laporan, print and ambil gambar, semua pelajar yang buat. Sekolah dah peruntukkan peralatan and tinggal nak guna je.
Rangking kedua pulak Jeon Jungkook. Dia ni pulak ada talent dalam menyanyi. Seoyun ingat lagi sewaktu majlis prom untuk tahun lepas, Jungkook ada menyanyi satu lagu kat situ. Semua histeria. Ye lah, suara merdu. Dia pun salah satu atlet sekolah yang terkenal. Dia main basketball, fuh! Dah macam halilintar. Laju giler!
From there, mereka berdua tu jadi idaman para gadis especially classmate perempuan Seoyun. Tapi Seoyun tak turut serta sebab semua tu buang masa and tenaga. Setiap kali jumpa je mesti menjerit.
Segala lamunan Seoyun terhenti sebaik saja Cikgu Seongwoo masuk ke dalam kelas untuk mengajar mata pelajaran Biologi.
------
TBC
1358 words ♥! Okeh , ni fanfic baru pulak! ❤ hmm , bila baca balik rasa macam hambar pulak. Haih...tapi tak apa, for next chapter and seterusnya, putri akan selitkan idea lagi besshhh punya wokey? Muah macehhh untuk yang sudi vomments this fanfic 💜💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro