Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🦄Chapter 9: Closer🐝

Eun Ha memandang ke luar tingkap, matanya melekat pada seseorang.

"Itu dia" omel Eun Ha saya melihat Jinjin berlatih main bola di awal pagi. OK, memang macho dan berotot.

"Awak tengok apa tu?" tanya seseoarang dari belakang.

"Oh, Jinjin ku sayang!" latah Eun Ha. Walaupun perlahan, tapi perempuan yang berada didepannya itu masih boleh mendengar.

"Oh~ salah satu peminat Jinjin ke? Aww, janganlah stalk dia. Boleh je saya kenalkan awak pada dia" kata perempuan itu sambil buat aegyo.

"Salah satu?" tanya Eun Ha.

"Dia kan handsome, mesti ramai peminat. Macam saya, saya kan cantik jadi mesti ramai peminat juga" kata perempuan itu dengan gaya gediknya. Eun Ha memandang perempuan itu, kulitnya halus, matanya cantik dan hidungnya mancung. Memang cantik.

Ini rupa dia...

(Wuahahaha, jangan kecam saya)

Gurau la, ini dia. Cuba teka yang mana satu?

Sekali lagi Cath cari pasal😂. Yang ni hah

"Nama awak siapa? Dan awak kenal saya?" tanya perempuan itu sambil menghulurkan tangannya.

"Seo Eun Ha. Tak, saya tak kenal awak" kata Eun Ha sambil berjabat tangan dengan perempuan itu.

"Seriously awak tak kenal saya? Awak ni jenis ketinggalan zaman atau apa? Saya antara pelajar paling popular kat sekolah, masih tak kenal saya?"

Eun Ha menggeleng. #actuallysentap

"Saya Mae Ji Sook, bunga rose pink di sekolah ni. Awak comel, walaupun tak secomel saya, wuahahaha" gelak Ji Sook. Kerana ketawa kuat sangat, tiba-tiba dia terbatuk-batuk. Hah, padan muka.
"Tapi saya yakin Jinjin akan suka awak, walaupun yang pastinya Jinjin lebih sukakan saya berbanding awak" Ji Sook tersenyum bangga.

#riak

"Err" Eun Ha tidak tahu mahu balas apa. Dia sebenarnya tidak selesa berada di sekeliling Ji Sook,  gadis bajet lebih tu.

"Lagipun, Eun Ha... Saya rasa Jinjin pernah cerita pasal awak" Ji Sook mula berfikir.

"Ah!"

Terkejut Eun Ha dibuatnya, cermin mata Eun Ha hampir-hampir jatuh. "A-apa?"

"Awak perempuan yang pandai main piano tu kan? Jadi awak lah yang sepatutnya jadi teman saya main piano dan sepatutnya jadi pelapis saya"

"Pelapis?"

"Saya kan dah grade 4. Awak pula baru grade 1. Jadi, bila saya dah habis sekolah, awak pula jadi pemain piano sekolah ni"

"Tapi saya tak pernah kata saya nak main piano lagi"

"Awak, kami tak jumpa lagi pemain piano lain. Dahla sekolah kita menang 4 tahun berturut-turut. Takkan biarkan je kemenangan tu. Oklah, saya pergi dulu. Perempuan yang rampas kedudukan saya di sekolah dah datang" Ji Sook menjeling seorang gadis yang berjalan ke arah mereka berdua. Gadis yang menjadi rival Ji Sook.

Ji Sook terus berlalu meninggalkan Seulra dan Eun Ha berdua-duaan di sana.

"Awak cakap apa dengan dia?" tanya Seulra, sempat lagi jeling Ji Sook.

"Takde apa-apa, borak kosong je. Dia popular ke? Saya tak kenal pun dia"

"Serious tak kenal dia? Memang tak ikut zaman betulla kau ni"

#sentaplagi

"Saya pergi dulu la" Eun Ha terus meninggalkan Seulra. Merajuk la tu.

"Alala, Flower Princess, jangan merajuk ye. Tak comel nanti" Seulra buat aegyo depan Eun Ha. Hilang cool and cold Seulra. Tapi baginya biar hilang cool, jangan kawan merajuk.

Actually, Seulra suka buat aegyo especially di gambar-gambar ulzzang nya yang dulu. Tapi sebab nak maintain cool punya pasal, dia jarang buat.

"Seulra, aegyo yang awak buat sama dengan aegyo yang Sanha selalu buat" bila Eun Ha kata begitu, baru Seulra perasan dan terus berhenti.

"Dah, jom pergi. Lonceng dah nak bunyi"

☁☁☁☁

Seronok Rude Swagger main game dalam handphone. Game apa? Eyes the horror, game hantu yang pernah menjadi kegemarannya. Sebenarnya, Jihye dah malas main game tu. Tapi sebab tengah bosan, dia main je la.

Kebetulan Eun Woo lalu lalu di sebelah Jihye lalu nampak Jihye main game tu. Dan kebetulan tu juga la, hantu tu sedang kejar Jihye.

"Wow, daebak! Awak main game macam ni?" tanya Eun Woo yang sudah berminat dengan apa yang Jihye buat.

"Perempuan tak boleh main game macam ni ke?" tanya Jihye, relax je lari dari hantu yang laju tu. Walaupun di skrin sudah tertulis 'run' berwarna merah.

"Tak, cuma jarang nampak. Saya rasa saya pernah main game macam ni, macam resident of evil"

"Ohh, company yang sama tu. Dia pun buat game ni"

"Jihye, Jihye. Pandang sini"

"Apa?" Jihye memandang kearah Eun Woo.

"Run" kata Eun Woo, serious.

"Run?" Jihye memandang kembali kearah skrin, dia dah kalah sebab dia tak sedar hantu tu ikut dia masuk dalam bilik.

"Eunwoo!"

Eun Woo terketawa gembira. Dia yang dulunya tidak pernah bercakap dengan Jihye, tapi teringin nak berbual sekarang siap bergurau lagi. Sekarang, mereka dah agak rapat. Dan Eun Woo tak tahu kenapa dia nak rapat lagi

"Betul la dari company yang sama, sebab cara main dia sama" Eun Woo tukar topik.

"Tak payah tukar topik, aku dah kalah sebab kau"

"Jangan merajuk ye"

Jihye tergelak. "Aku nampak macam merajuk ke?"

Tiba-tiba Puan Kim masuk, ruin mood betul la. Baru tengah bahagia berborak-borak.

🌻🌻🌻🌻

Habis sahaja kelas Puan Ji Hyo, May memandang belakang lalu ketuk meja Rocky. Rocky yang termenung terkejut.
"Kenapa May? Kacau daun betul la"

"Berangan apa tu? Pasal perempuan?" tanya May sambil menaikkan keningnya.

"M-mana ada, tak de la" merah pipi Rocky. Ketara sangat.

"Mengaku je la, fikir pasal perempuan kan?" May tanya sekali lagi. Rocky tunduk sambil mengangguk malu.

"Gedik juga kau ni kan, acah malu" gelak May. Rocky menggulingkan matanya. Maksud saya, roll matanya.

"Mana ada aku acah malu, aku tak malu pun"

🌼🌼🌼🌼

Masa rehat Ji Hyun nikmati sebaiknya. Jjampong dimakan dengan penuh fokus.

"Fokus betul kau dekat makanan kau kan, Ji Hyun" kata May sambil menyedut colanya.

"Jangan lah kacau dia May, dia tengah seronok makan makanan favourite dia tu"

Ji Hyun mengambil mi dengan penuh berhati-hati. Lalu dimasukkan ke dalam mulutnya disertai dengan sup yang pedas. Dia menikmati setiap rasa yang ada.

(Mood lapar)

Jihye, sambil makan sambil main game. Dasar gamer Tiba-tiba Rocky dan MJ datang ke meja mereka. MJ tersengih-sengih memandang May. Creepy di situ.

"May~"

"Apakah, kenapa?"

"Awak nampak cantik harini"

"Mohon jangan senyum macam tu, creepy betul"

Dan semakin lebar sengihan MJ yang menakutkan. Mata dia diperbesarkan. "MJ" kata May, dan ada aura takut dah.

"Yela, yela. Aku gurau je. Tapi part cantik tu aku tak gurau"

"Kau tak bosan ke setiap hari panggil aku cantik?"

"Tak, sebab memang betul pun"

"Dahlah, berhenti"

"Aku takkan berhenti selagi aku tak dapat hatimu~"

Jihye di tepi hanya mampu tengok drama romantic-comedy ni. Malas nak menyibuk.

"Ji Hyun, awak dah okay?" tanya Rocky. Ji Hyun mengangguk sambil fokus akan makanannya.

"Terima kasih sebab jaga saya haritu" Ji Hyun terhenti makan sekejap sambil memandang ke arah Rocky. Senyuman manis dihadiahkan.

"Ah, baik awak makan makanan awak. Takut nanti sejuk" jawab Rocky sambil tunjuk makanan Ji Hyun.

Jihye disebelah Ji Hyun sekali lagi hanya mampu memandang. Dagu diletakkan diatas telapak tangan sambil menghirup cola melalui straw.

Love story sana sini, Jihye keseorangan duduk diam.

"Nak sikit?" tanya Ji Hyun kepada Rocky.

Terbeliak mata Jihye. Selama ni, Ji Hyun takkan offer jjampong, tiba-tiba buang tabiat pula! Ji Hyun sudah menaikkan chopstick yang ada mi. Adui, nak suap pula tu, ni kes lovestruck ke apa?

"Tak pe, tak pe. Tadi dah makan"

Jihye pandang kiri kearah May, MJ nak suap May tapi May reject. Apakah?

Jihye buat keputusan untuk tidak memandang dan menjadi tunggul sahaja. Semua tiba-tiba jadi rapat. Sabo je la

🍀🍀🍀🍀

"Eun Min" panggil Moon Bin. Eun Min buat-buat tak dengar.

"Min" jelingan dingin hanya diberikan.

"Eun Min~"

"..."

"Panda"

"Apa?" laju sahaja Eun Min menjawab.

"Janganlah merajuk, tak pandai saya memujuk"

"Diam la"

"Alalal-"

"Annoying, tahu tak"

"Ok, ok. Aku minta maaf pasal semalam eh. Memang semalam aku ajak kau sebab saja nak hang out sama-sama. Lagipun memang aku bosan. Masa kau cakap 'date', aku ingat kau maksudkan secara romantically"

"Yah, bodohla kau ni Moon Bin. Macam mana kau boleh fikir macam tu? Kau tahu kan tak mungkin aku suka kau, hahaha" Eun Min ketawa nervous.

"Hahaha, betul tu. Macam mana aku boleh terbayang seekor panda sukakan aku. Dah la aku tak nak" Moon Bin juga gelak nervous.

Dua-dua diam dan terus alihkan pandangan pergi tempat lain, mereka menyakitkan hati mereka dengan kata-kata sendiri. Adui, mengaku je la. 2×5 je dua orang ni.

"So, kita kawan?" tanya Moon Bin.

"Ya, hanya kawan" jawab Eun Min. Sekali lagi menyakiti hati.

🍬🍬🍬🍬

"Yeah! Hari sukan nak datang! Tak sabar" jerit May.

"Yah, tak tahu malu ke? Semua orang tengok" tegur Mingyu yang kebetulan lalu sebelah May.

"Ah, yela yela" balas May, malas dengar bebelan Mingyu.

"Dengar teguran aku, boleh tak" Mingyu mengelus kasar rambut May. Habis rosak rambut May.

"Yah, jangan lah rosakkan rambut aku" marah May. Minggu menjelir lidah sebelum berlalu pergi. Wooseok datang bawa 6 milkshake yang dipesan.

"Gumawo, oppa" May buat aegyo kat Wooseok.

"Sama-sama" jawab Wooseok. Dia tersenyum ke arah Ji Hyun sebelum berlalu pergi.

"Untunglah Ji Hyun, ada orang minat" kata Eun Ha.

"Jangan cakap macam tu, dia takkan faham" kata Seulra.

Laju sahaja tangan Eun Min mengambil nilkshake yang tersedia. Panda katakan, kalau makanan, laju sahaja mengambil. Nak kongsi? Bagai membuat garam dari laut. Eh, wujud ke peribahasa tu? 😂

"Tak sabar tengok muka Jihye gelap nanti" usik Seulra.

"Gelap? Aku harap kau yang gelap. Aku duduk dalam khemah nanti, kau yang duduk dalam panas" bidas Jihye.

"Tapi kulit aku flawless, susah nak gelap"

"Tengok la nanti, wujud belang"

Mula la Seulra dan Jihye. Tak de orang berani masuk campur. Tiba-tiba, wujud manusia yang berani masuk campur.

"Minum milkshakes tu. Kalau tak, aku rosakkan rambut kau" kata Mingyu sebelum berlalu pergi. Eh, dia ni. Tak cukup rosakkan rambut May, dia pergi rosakkan rambut Seulra dan Jihye.

"Yah, Mingyu berminggu. Jangan rosakkan rambut kami la!" jerit Jihye manakala Seulra membetulkan rambutnya. Sekurang-kurangnya, rambut mereka tak dirosakkan seteruk rambut May.

"Nanti korang pergikan hari sukan tu?" tanya May, excited betul umang-umang ni. Eun Ha jawab dengan anggukkan.

"Menang la kumpulan May nanti" kata Seulra.

"Nanti masa hari sukan sekolah kau, kumpulan kau pula yang menang. Eun Min, kenapa diam je?" tanya May. Eun Min tersedar lalu berhenti menghirup milkshakenya yang sudah habis.

"Aku sedang nikmati setiap manisan dan rasa. Nak lagi?" Eun Min buat puppy eyes.

"Bayar sendiri"

A/N:
Yeah, habis exam! Tapi PT3 masih ada wey ;-;. Sorry kalau chapter ni boring berbanding dengan chapter-chapter yang lain. Yang scene l.i belum keluar, nanti akan keluar la tu. Cuma tunggu 'moment' nya.

Jumpa di chapter seterusnya,

Babai~

Lupa nak bagitahu, korang boleh panggil saya Cat, panggil Cath pun boleh. Bunyi sama an? Kalau nak korea, panggil Cheon. Nak panggil kucing pun boleh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro