Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🍀Chapter 7: Startled🌼

"Saya boleh jaga tapi biar saya balik dulu"

Kata-kata Rocky terimbas balik dalam kepalanya semasa membuka pintu rumah. Kebetulan, eomma nya ada di situ.

"Min Hyuk! Eomma risau, kamu buat apa semalam? Kenapa tak bagitahu Eomma?" kata eomma Rocky. Rocky tersenyum ke arah eommanya sebelum membuka kasutnya untuk masuk ke dalam rumah.

"Semalam saya cuma tolong jaga kawan yang masuk hospital. Saya tak dapat nak bagitahu Eomma sebab takde battery"

"Kamu rehat la dulu, ya"

"Tak eomma, nanti saya nak mandi dulu, tukar baju lepas tu pergi hospital sebab nak jaga dia. Eomma tolong masakkan makanan yang sedap-sedap sebab saya nak bawakan untuk dia" Rocky berjalan naik ke atas tapi terhenti bila eommanya memanggil.

"Min Hyuk, kawan kamu tu yeoja atau namja?" tanya eomma sambil tersenyum. Rocky memandang ibunya dengan senyuman nervous.

"Yeoja... "

"Kan dah agak. Aigoo, anak eomma dah jatuh cinta?"

"Takde apa-apa. Cuma kawan" laju saja Rocky melarikan diri. Malu la tu.

🌼🌼🌼🌼

Rocky masuk ke dalam bilik ward tersebut. Di depannya ialah seorang gadis yang kyusuk menonton televisyen sambil berbaring di atas katil.

"Nah, makanan untuk awak" kata Rocky sambil memhulurkan makanan tersebut. Ji Hyun menghidu.

"Ada bau jjampong " kata Ji Hyun lantas meragut bekas makanan yang dibawa. Laju sahaja dia membuka bekas makanan.
Memang betul eomma Rocky masak jjampong.

(Korang, aku terliur kat sini)

"Woah, awak boleh kesan melalui bau" kata Rocky sambil tersenyum kearah Ji Hyun yang sudah 'menyedut' mi masuk ke dalam mulut.

"Sedap. Saya suka jjampong" kata Ji Hyun sambil menunjukkan barisan giginya kearah Rocky. Tiba-tiba Rocky blush nampak senyuman Ji Hyun.
Pehal dengan Rocky ni, tu pun nak blush ( ̄∀ ̄)

"Rocky? Awak demam? Nak saya panggil doktor?"

"Tak payah! Tak payah! Tak payah!"

🍀🍀🍀🍀

Eun Min sedang berjalan-jalan dengan Seulra dan Eun Ha di koridor. Tiba-tiba, muncul Sanha kat sebelah.

"Eh, Sanha? Buat apa kat sini?" tanya Eun Min.

"Mwo? Ada salah ke?"

"Cuma, awak tiba-tiba muncul..." kata Eun Ha yang sebenarnya agak terkejut.

"Noona! Boleh ajar Sanha Bahasa English? Ada kerja rumah yang Sanha tak siap TT" Sanha tiba-tiba menarik Seulra entah ke mana.

"Woi! Yang kau tarik-tarik tangan aku ni kenapa? Eh, Sanha!" jerit Seulra. Min dan Eun Ha hanya mampu memandang.

"Patut ke kita tolong Seulra?" tanya Eun Ha.

"Ah, tak payah. Biar dua orang tu bersama. Macam lah kau tak tahu perangai Sanha" jawab Min terus berjalan masuk kelasnya.

Dia mengambil tempat duduk. Tiba-tiba seseorang panggil dia.

"Panda~"

"What the fish!" latah Eun Min bila dapat merasa tangan seseorang atas bahunya.

"Binnie! Jangan buat macam tu boleh tak?" marah Eun Min yang terkejut.

"Kau berhentilah panggil aku Binnie. Apa kau kata? What the fish? Nak makan ikan ke apa?"

"Diamlah, kenapa panggil aku?"

"Saje. Nape, ada masalah?"

"Kalau ye pun, panggil la baik-baik. Tadi aku ingat hantu manalah tadi"

"Pasal Ji Hyun, dia macam mana? Ada dapat berita?"

"Ah, Seulra kata dia dah stabil. Cuma perlu duduk kat hospital jap"

"Ohhh... Eun Min" panggil Moon Bin tiba-tiba dengan suara yang lembut.

"A-apa?"

"Aku rindu kau la, sampai tak boleh tidur semalam"

"Erk..." Eun Min tidak tahu mahu balas apa. Dia kaku.

"Aku tak boleh tidur semalam sebab teringatkan ketawa kau yang macam pontianak. Pastu, aku rindu kau......
.
.
.
.
.
punya gula-gula yang wajip kau simpan dalam beg" kata Moon Bin sambil menunjukkan sebiji gula-gula yang tadi dicurinya waktu Eun Min kaku.

"Eh, sejak bila kau ambil dari poket beg aku" Eun Min cuba capai gula-gula itu tapi tidak dapat. Moon Bin segera membuang bungkusan gula-gula itu sebelum memasukkan ke dalam mulutnya. Eun Min hanya menjeling Moon Bin.

"Hmn, perisa vanilla. Semalam oren"

"Semalam? Sejak bila kau ambil?"

"Relaks, relaks. Berlambak gula-gula dalam beg kau, macam khas untuk seminggu. Lagipun semalamkan beg kau tertinggal"

"Moon Bin, jangan curi gula-gula aku!"

"Kau ada banyak, bagilah aku satu. Dasar panda yang kedekut makanan!" kata Moon Bin sambil menjelirkan lidahnya sebelum berlari keluar dari kelas.

"MOON BIN!"

☁☁☁☁

"Ah, sedihnya takde Ji Hyun. Takdelah dongsaeng blur yang perlu aku jaga" kata May yang sibuk menguyah kimbap dalam mulut. Jihye hanya diam mendengar apa yang May cakap.

"Prince! Itu prince! Dia buat apa kat sini?"

"Dia pergi sini nak jumpa aku of course"

"Eh, perasan betullah kau ni. Kau fikir dia nak jumpa kau?"

"Kacak seperti biasa~"

Pelajar-pelajar perempuan berbisik sesama sendiri sambil memandang ke arah 'putera' sekolah iaitu Eun Woo yang sedang berjalan menuju ke arah meja Jihye dan May.

"Buat apa dia pergi sana? Nak jumpa May ke?"

"Wey, boleh jadi gosip hangat! May dan Eun Woo dah couple 💕" kata Won Ha a.k.a miss diva yang suka sangat buat gossip.

"Yah, pandai je cakap macam tu kan? Ingat bagus ke pepandai buat gossip macam tu?" tegur (y/n) sambil memukul belakang Won Ha. Reader masuk cerita.

"Jihye" panggil Eun Woo sambil tersenyum. Jihye yang tadi minum cola tersedak sekejap bila Eun Woo tiba-tiba memanggilnya.

"Kenapa?" tanya Jihye sambil memandang ke arah Eun Woo. May berbisik di telinga Jihye.
"Woo~ rude swagger ada something ke?" tanya May sambil menaik-naikkan keningnya.

"Diamlah, umang-umang" jawab Jihye pada May.
"Ah, kenapa Eun Woo?"

"Ji Hyun okay tak? Ada apa-apa yang dah berlaku?" tanya Eun Woo. Jihye pelik, Eun Woo boleh sahaja tanya di dalam kelas. Kenapa mesti sanggup ke sini semata-mata nak tanya benda ni?

"Dia okay, nanti abang dia jumpa petang ni" jawab Jihye sebelum sambung menyedut minuman. Sebab tiada sudah alasan Eun Woo untuk jumpa Jihye, dia pun meminta diri.

Tiba-tiba, muncul MJ di sebelah May. May yang selama ni tak sedar MJ ada kat sebelah dia menjerit.

"Eh, MULUT MANIS KAU HIJAU!"

Satu kantin dengar. May yang dah malu memandang bawah. Aduhai, satu kantin tengah tengok.

"Sorry, May. Tiba-tiba muncul sebelah kau" senyum MJ. Dia dengan selambanya memegang tangan May memegang kimbap sebelum menyuapkan ke dalam mulutnya.

"Eh, memandai je makan. Dah shoo, shoo"

"Ala, nak duduk dengan perempuan cantik"

"Perempuan cantik? Eh, berhentilah MJ"

"Tapi memang betul pun kau cantik" MJ tersenyum manis sambil buat puppy eyes ke arah May.

Jihye yang berada di tepi hanya mampu melihat drama romantik comedy free ni dengan muka yang bosan sebelum sambung minum cola nya.

🐛🐛🐛🐛

"Eun Ha!" sergah Jinjin dari belakang Eun Ha. Eun Ha mengigil sebab terlalu terkejut. Dengan perlahan-lahan dia pandang belakang.

"Jinjin... Terkejut saya"

"Buat apa kat sini?"

"Cari DVD untuk Soo Hyun" kata Eun Ha sambil memilih DVD movie yang diletakkan di atas rak. "Awak?" tanya Eun Ha.

"Aku nak beli album-album lagu yang lama" kata Jinjin. Eun Ha perasan sesuatu, sejak bila Jinjin cakap informal?
"Jadi, bila awak nak jadi ahli dalam kelab kami?" tanya Jinjin. Aik, tiba-tiba jadi formal balik.

"Ah, saya tak pasti lagi" jawab Eun Ha yang masih terfikir kenapa Jinjin macam nak sangat dia masuk kelab musik.

"Nak saya tumpangkan pergi hospital?" tanya Jinjin. Sebenarnya, memang itu niat Eun Ha selepas beli DVD untuk Soo Hyun. Macam tahu-tahu pula Jinjin ni.

"Ah, okay"

🌼🌼🌼🌼

Kelima-lima gadis membuka pintu ward dan wrong timing....

Rocky sedang menyuap Ji Hyun.

Reaksi mereka:

May: 'peewit' ( ̄∀ ̄)

Eun Min: 'Oho! Apa dah jadi?' (☆∀☆)

Jihye: just cool

Seulra: muka 'APA-YANG-KAU-BUAT?'

Eun Ha: ('・∀・`)

Baju Ji Hyun ada butiran nasi. Ni mesti kes makan berterabur ni. Sebab tu Rocky suapkan. Rocky cepat-cepat letakkan kebawah sudu itu.

"Tak payah nak bersweet sangatlah" gurau Eun Min.

"Sweet? Sweet maksud manis kan? Kami tak manis" jawab Ji Hyun yang sebenarnya tidak faham dengan maksud Eun Min. Ah, biarlah. Macam kita tak tahu perangai Ji Hyun.

"Nak kitaorang keluar dan biarkan korang berdua?" tanya Jihye sambil menunjuk ke arah pintu ward.

"Kenapa tanya? Kenapa nak keluar?" tanya Ji Hyun yang blur. May tergelak dengan ke'blur'an Ji Hyun.

"Kenapa May ketawa?" tanya Ji Hyun.

"Biarkan Sunshine Umang-umang ni ketawa sorang-sorang" jawab Seulra lalu block May daripada pandangan Jihye. May menolak Seulra ketepi.

"Memandai eh Tough Cookie?"

"Ayo, dah nak mula gaduh" kata Jihye.

"Nak cari pasal, Rude Swagger? Eh, sejak bila kau duduk di sofa? Siap ada popcorn lagi dengan 3D glasses lagi?"

"Saya sedang menonton persembahan yang menarik" kata Jihye dengan selambanya makan popcorn. Eh, tiba-tiba Eun Ha pun sebelah Jihye join makan popcorn.

Ok, mengarut 😂.

"Haih, kebudak-budakan betullah diaorang semua ni.. Gaduh je. Cubalah jadi matang macam aku sikit" kata Eun Min acah cool. Padahal dalam group, dia yang paling childish.
Semua memandang dia dengan muka -_-

Tiba-tiba, pintu dibuka. Seorang lelaki handsome masuk ke dalam bilik, sekali lagi gaya koboi.
Kim Seok Jin.

Mata Rocky terbuka luas. Dia terkejut apabila seorang idol sedang berdiri di hadapan matanya.

"Jin BTS?" tanya Rocky. Jin mengganguk. Rocky be like ▔□▔)/.

"Ji Hyun Honey, kamu okay tak baby?" tanya Jin dengan risau apabila dia mendekati Ji Hyun. Rocky bertambah terkejut dengan panggilan yang digunakan Jin untuk memanggil Ji Hyun.

"Saya okey, kenapa Oppa datang lambat?"

"Baby Ji Hyun sayang, sebab semalam Oppa ada konsert. Tahu tak Oppa handsome risau?" kata Jin sambil memegang kedua-dua pipi Ji Hyun. Lantas dia memeluk Ji Hyun. Melebih pula Jin ni ⊙﹏⊙.

Mulut Rocky hanya terlopong memandang adik-beradik ni. Tiba-tiba seseorang meletakkan tangannya diatas bahu Rocky.
"Jangan pelik" kata May.

❄❄❄❄

"Seulra" panggil Puan Chaerin. Seulra berjalan kearah sofa lantas melabuhkan punggung disebelahnya.

"Ya, mama?" tanya Seulra sambil memandang ke arah kaca televisyen.

"Mama dengar Fantagio Ent. ada buat uji bakat. Kamu tak nak join?"

"Mak nak suruh saya jadi artis macam mama dengan papa?" tanya Seulra dan dibalas dengan anggukan mama nya. "Saya tak pasti la Mama. Sebab saya nak fokus pada pelajaran. Nanti saya cuba pertimbangkan"

"Mama takkan paksa kamu" kata Puan Chaerin sambil mengusap-usap kepala Seulra. "Kamu boleh jadi apa yang kamu mahu. Tapi mama cuma rasa nanti bazir muka cantik kamu ni"

Seulra tersenyum dengan kata-kata eommanya. Ala, kembangla tu. Tapi memang betul pun Seulra memang cantik. Di sekolah, ramai peminat. Tambah-tambah lagi, dia ni bekas model kanak-kanak dan ulzzang.

"Tapi kalau boleh kan.. Mama nak kamu ajak kawan-kawan kamu sekali jadi idol. Kalau dah debut, kamu semua boleh jadi satu kumpulan. Diaorang cantik kan? Rugi muka cantik diaorang nanti" Puan Chaerin memuji kawan-kawannya pula.

"Nanti saya bagitahu diaorang lah" kata Seulra sambil bangun. "Selamat malam" kata Seulra sebelum berjalan ke arah tangga.

A/N:
Sorry lama dah tak update... Maaf kerana menunggu, hehehe. Bosan an? Sorry again.. Kekurangan inspirasi TT, lawak pun pakai lawak hambar, lawak fresh belum masuk dalam kepala otak lagi... Dan minggu depan exam and I be like
"Wat Da!!??"

Ok, jumpa di next chapter

Babai~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro