Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❄Chapter 6: Being Caring🐛

Semua lelaki di luar bilik memandang antara satu sama lain.

"Umn, hai?" kata Moon Bin yang cuba hilangkan awkward moment itu.

"Hai! Aku Kim Myung Jun, panggil aku MJ" tegur MJ dengan peramahnya sambil berjabat tangan dengan semua kecuali Rocky.

"Kau pemain drum yang popular tu kan?" tanya Sanha pada Jinjin. Jinjin mengangguk sambil tersengih dengan bangganya.

"Sanha, aku dengar ramai perempuan dari kelas aku cakap pasal kau. Ramai betul peminat" kata Jinjin pula.

"Memanglah, sayakan comel" kata Sanha sambil buat aegyo. Ah, mula la tu.

"Min Hyuk? Yang menang pertandingan menari tahun lepas?" tanya Moon Bin.

"Ya, kau? Bukan kau ke yang dapat nombor dua?"

"Ingat juga kau kan?"

"Ingatlah, kau masuk pertandingan nyanyi sekali, kan? Tapi dah tak masuk sejak tahun lepas" jawab MJ pula.

"Yup" jawab Moon Bin.

"Apa presiden sekolah buat kat sini?" tanya MJ pada Eun Woo.

"Tadi temankan Jihye pergi sini" jawab Eun Woo. "Woah, kita dipertemukan disebabkan kawan seorang perempuan"

"Kecuali saya, saya kenal mereka semua" kata Sanha yang mengada-ngada.

"Ok, jom kenalkan diri masing-masing, termasuk macam mana kita boleh kat sini" kata Jinjin yang dah macam ketua. "Aku Park Jin Woo, panggil aku Jinjin. Macam yang korang dengar, aku pemain drum kat sekolah. Dan tadi aku hantar Eun Ha pergi sini, budak cermin mata tu"

"Aku Kim Myung Jun, atau MJ. Mula-mula, aku saja nak lepak dengan May, perempuan yang bermata biru. Lepastu, dapat tahu Ji Hyun pengsan dan Rocky jadi risau, jadi aku join dia pergi sini"

"Nama aku Cha Eun Woo. Tadi aku hantar Jihye. Jihye perempuan yang berdiri sebelah May"

"Moon Bin. Aku dekat sini sekarang pasal bawakan beg dan telefon budak panda yang baru tadi cari pasal dengan aku. Boleh pula dia tinggalkan di sekolah"

"Nama aku Park Min Hyuk, panggil aku Rocky, new nickname. Aku... Er, r-risau pasal Ji Hyun. Tadi, aku teman dia menari, lepas tu dia pengsan"

"Yoon Sanha di sini. Tadi saya ikut Noona Seulra hantar Ji Hyun pergi hospital. Dan saya salah satu daripada diaorang semua"

"Maksudnya?" soal MJ yang tak faham.

"Saya kawan dengan diaorang semua sejak sekolah rendah"

🍬Di bilik ward🍬

Sudah 2 jam mereka semua berada di hospital sambil tunggu Ji Hyun sedar. Ji Hyun membuka matanya sedikit demi sedikit. Matanya tertumpu pada lampu di siling putih.

"Ji Hyun! Awak okay!?" tanya satu suara. Ji Hyun memandang kiri dan ternampak Eun Ha.

"Ah, Eun Ha. Saya tak apa-apa" kata Ji Hyun sambil tersenyum lemah.

Semua menghembuskan nafas lega.
"Ji Hyun, lain kali kena check badan lemah atau tak. Tak boleh main sebarang buat sesuatu kalau badan tak sihat" Seulra berceramah. Yela, unnie caring risaukan dongsaeng, memang la.

"Okay, Unnie"

"Tak boleh 'okay' je. Ingat tu" sambung Seulra.

"Ah, Ji Hyun, aku salah dengar ke pasal budak lelaki nama.. Apa dia? Batu? Whateverlah! Dia risaukan kau?" tanya Eun Min yang cuba mencungkil rahsia. Ji Hyun kekal dengan muka blur.

"Dia risaukan saya? Sebab dia kawan saya. Dan saya selalu buat orang risau"

"Maksud dia, kau ada apa-apa dengan Rocky?" tanya May yang join sekali.

"Ya"

"Kau in relationship ke!?" tanya Eun Ha yang terkejut.

"Ya, dia kawan saya" jawab Ji Hyun yang menyebabkan May dan Eun Min facepalm.

"Relationship yang dia maksudkan ialah hubungan yang istimewa"

"Relationship kan hubungan. Hubungan saya dengan dia ialah kawan" jawab Ji Hyun yang membuatkan Eun Min dan May fed up. Dah sah-sah yang Ji Hyun bukan ada hubungan istimewa dengan Rocky. Mungkin Rocky yang sukakan Ji Hyun.

"Jadi, May. Siapa stalker kau tu?" tanya Jihye pada May.

"Ah, dia tu. Kawan Rocky, MJ. MJ ni, mulut dia macam setiap hari wajib minum sebotol air gula. Sebab tu mulut manis macam gula. Tapi, Best juga kawan dengan dia, dia suka buat lawak" jelas May panjang lebar. "Yang handsome tadi? Tu bukan presiden ke? Macam mana boleh bersama dengan dia? Cair aku tengok dia"

Jihye pandang May atas bawah atas bawah. Sejak bila kawan dia buang tabiat ni?
"Aku buat kerja kumpulan dengan dia dekat rumah dia. Lepas tu, aku dapat tahu Ji Hyun masuk hospital, dia hantarkan aku pergi sini"

"Kenapa mesti rumah dia?" tanya Seulra sambil smirk.

"Ah, mestilah. Mungkin dia fikir rumah aku tak selesa kalau aku bawa dia kat rumah aku"

"Di dalam bilik?" tanya Eun Min.

"Boleh aku tanya, kau fikir apa?" Tanya Jihye pada Eun Min. Panda ni...

"Eun Ha" panggil Seulra. "Macam mana kau boleh Jinjin pergi sini?"

"Oh, tadi masa di sekolah, dia hantarkan aku pergi sini" jawab Eun Ha. Actually, Seulra risau kalau Jinjin apa-apakan Eun Ha. Sebab dia tahu Jinjin...

"Sanha tumpang kau ke tadi?" pada Seulra. Seulra mengangguk.

"Siapa nak jaga Eun Ha malam ni? Seok Jin esok baru balik" tanya May.

"Biar saya jaga" kata Seulra.

"Okay, aku nak balik dulu. Dah lambat ni" May mengemas barang-barangnya. Baju sukan masih dipakainya, kerana tidak sempat balik rumah. "Bye" May melambaikan tangan pada semua.

"Aku pun balik dulu" jawab Jihye. "Game menunggu"

"Dah malam rupanya, memang kena balik la jawabnya" kata Eun Min sambil berdiri diikuti dengan Eun Ha.

"Bye"

May membuka pintu dan ternampak lelaki-lelaki sedang sibuk bercerita. "Amboi, dah jadi kawan?"

"May, dah nak balik" tanya MJ.

"Ya"

"Nak tumpang, boleh?"

"Boleh je. Jom" pelawa May. Terus MJ mengikuti langkah May keluar.

"Jihye! Aku tumpang kau, ye?" kata Eun Min sambil mengikuti Jihye keluar.

"Boleh. Eun Woo, kau okey naik basikal?" tanya Jihye pada Eun Woo. Eun Woo mengangguk. "Saya okay"

Eun Ha keluar dari bilik sambil memegang begnya. Terus, Sanha datang ke arahnya.
"Seulra Noona jaga Ji Hyun?" tanya Sanha.

"Ah, ya"

"Kalau macam tu, Sanha pun stay la. Nak temankan Seulra Noona. Kau, Rocky?"

"Aku? Mungkin stay, mungkin tak. Kalau aku rasa aku perlu jaga Ji Hyun, aku stay. Kalau tak, aku ambil teksi balik rumah" jawab Rocky.

"Eun Ha, nak aku tumpangkan kau lagi sekali?"

"Ah, aku nak minta tum-" Eun Ha melihat sekeliling. Kawan-kawannya lebih mendahului meninggalkannya. "-pang kawan"

"Naik dengan aku je la. Nanti aku hantar" pelawa Jinjin.

'Boleh dipercayai ke? Takkan awal-awal lagi dah boleh hantar balik rumah'

"Tak pe la, saya naik teksi je. Nanti menyusahkan" Eun Ha tolak pelawa Jinjin. Tapi, baru Eun Ha teringat, dia tidak membawa duit lebih.

'Aduhai, kenapa malang sangat nasib aku'

"Eh, tak pe. Saya boleh hantarkan. Tak menyusahkan pun. Lagipun, awak ada duit yang cukup untuk teksi?"

'Aik, macam tahu-tahu je. Dia boleh baca fikiran aku?'
"Ah, saya ada kad bas. Jadi saya rasa saya boleh balik naik bas.

"Bas? Dekat hospital ni tiada perhentian bas berdekatan"

'Dia desak aku ke apa ni? Dah, aku fed up'
"Ok, saya nak tumpang awak hantar saya balik" kata Eun Ha sambil mengeluh. Dia sudah tidak punya alasan lagi.

"Ok, jom" Jinjin seperti gembira. Dia tersenyum-senyum sambil berjalan.

🐛🐛🐛🐛

"Ok, turunkan saya di sini. Saya boleh jalan kaki" kata Eun Ha sementara Jinjin menghentikan motornya jalan raya. Terdapat satu jalan yang menghala ke satu kawasan perumahan. Eun Ha turun dan sekali lagi lupa untuk tanggalkan helmet.

"Eh, helmet aku!"

"Eh! Ah, sorry" Eun Ha menanggalkan helmet itu lalu menyerahkannya pada Jinjin.

"Betul ke awak nak jalan di tengah-tengah gelap ni? Kenapa tak banyak lampu jalan di sini?" tanya Jinjin sambil menutup enjin scooternya.

"Ya, memang tak banyak lampu jalan"

"Pernah jalan sorang-sorang waktu macam ni?" tanya Jinjin, Eun Ha menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu, saya hantar awak balik la"

"Eh, tak payah, tak payah. Menyusahkan"

"Habis, takkan saya nak biarkan awak jalan satu orang di gelap-gelap macam ni"

"Tak payah, tak payah" Eun Ha terus berjalan beredar dari situ. Jinjin turun dari motorsikal lalu mengikuti Eun Ha dari belakang.

"Awak tak takut ke scooter awak kena curi"

"Tak takut pun. Kalau kena curi, beli baru. Lagipun takkan di tengah jalan yang ramai orang, ada yang nak curi. Jauh lagi rumah awak?"

"Ya"

"Kata tadi dekat"

"Sebab saya dah biasa jalan jauh-jauh"

Kemudian, semua menjadi awkward. Semuanya senyap tidak membuka mulut. Masing-masing di luar nampak cool. Tapi di dalam cemas cari ayat.

"Nampak bintang tu?" tanya Jinjin.

"Nampak"

"Buruj apa tu?"

"Lyra"

"Woah, awak boleh agak"

"Ya, sebab saya suka tengok langit waktu malam di balkoni sambil baca buku bintang"

"Lyra ni ceritanya pasal apa?"

"Orpheus menpunyai sebuah kecapi. Muziknya sangat menawan sehingga benda-benda tidak bernyawa boleh terpesona. Orpheus berkahwin dengan Eurydice, seorang nymph. Tetapi Eurydice mati di patuk ular. Orpheus masuk ke dalam underworld untuk membawa balik Eurydice. Hades terpesona dengan muzik yang di mainkan Orpheus lalu membenarkan Eurydice kembali bersama. Tapi dengan syarat, Orpheus tidak boleh memandang belakang. Semasa di akhir-akhir perjalanan, Orpheus berasa gerun dan memandang belakang. Sebab tu, Eurydice tak boleh tinggalkan Underworld. Orpheus pun berasa sedih dan *sambung bercerita*"

(Thanks to comic for your help. Nak tahu kesudahannya? Tanya google 😂. Author malas nak taip. Mode ngantuk di petang hari)

Jinjin hanya mengangguk faham walaupun sebenarnya dia tak faham langsung nama-nama yang disebut dan apa yang dah jadi.

"Awak dengar tak?"

"Dengar" kata Jinjin. Dia perasan yang Eun Ha nampak excited dalam bab bab begini.

Di depan rumah Eun Ha, seorang lelaki sedang sandar di pagar rumah.

"So Hyun" kata Eun Ha pada lelaki yang dipanggil So Hyun itu.

"Eun Ha! Awak tak apa-apa? Siapa ni?" kata So Hyun sambil menjeling Jinjin. Jinjin hanya menahan perasaan marah. Lantas dia menarik Eun Ha dari sisi Jinjin.

"Ah, So Hyun. Dia cuma kawan"

"Kawan? Ramai lagi kot kawan kau, kenapa tak minta aku ambil kau?" tanya So Hyun.

'Adui budak ni, why must be childish?' fikir Eun Ha.

"Pergi masuk" So Hyun menolak Eun Ha masuk ke dalam rumahnya.

Jinjin hanya tersenyum menahan perasaan marah. Ah, biarlah. Bukan boleh buat apa. Jinjin beredar dari situ dan pulang ke rumah.

Sanha's POV

Aku masuk ke dalam bilik ward lalu mataku melirik kearah jam. 12.00 a.m. Rocky di luar sudah terangguk-angguk menahan tidur. Seulra Noona dan Ji Hyun sudah tidur.

Noona Seulra hanya tidur dengan kepala dan lengannya di atas katil. Aku mengambil selimut yang disediakan lalu menyelimuti Noona. Mesti dia penat.

Ala, muka tidur dia comel! ≧﹏≦

"Sweet dream, Noona. Mimpi pasal saya ye" aku mengusap rambutnya dengan lembut. Aku berjalan ke arah sofa yang berada di tepi tingkap lalu baring.

🍬Third person's POV🍬

Cahaya matahari menyinari bilik ward melalui langsir-langsir putih di jendela. Seulra bangun dan merasakan sesuatu beban di sebelah kirinya. Seulra melihat, lalu matanya terbuka luas.

"Yoon Sanha!" jeritnya dalam bada berbisik kerana tidak mahu membangunkan Ji Hyun. Terus Sanha terjaga lalu mengalihkan diri daripada badan Seulra.

"Kenapa tidur atas badan aku?"

"Ala, semalam Sanha tak dapat tidur. Lagipun Sanha takut hantu mengejar. Jadi Sanha tidur la sebelah Noona"

"Tapi kenapa sandar atas badan aku"

"Sebab Noona sangat hangat dan Sanha rasa selesa dan selamat bersama Noona" kata Sanha sambil buat puppy eyes.

"Dah, dah la. Bangun. Masih belum lambat untuk ke sekolah"

"Ala, Sanha tak nak pergi sekolah"

Tiba-tiba, seseorang masuk ke dalam bilik. Seulra dan Sanha memandang seorang doktor masuk ke dalam di ikuti Rocky yang sedang menguap.

"Saya akan memeriksa keadaan Cik Ji Hyun" kata doktor tersebut.

"Kami tunggu di luar" kata Sanha sambil menarik tangan Seulra keluar. Sanha baru ingat dia dapat bersendirian dengan Seulra di luar, tapi Rocky menjadi penyibuk. Kacau daun betul. Selepas menunggu seketika, doktor keluar dari bilik ward.

"Kamu penjaga Kim Ji Hyun?"

"Ya doktor" jawab Seulra.

"Cik, Ji Hyun sudah stabil tapi masih memerlukan rehat. Esok baru dia boleh keluar hospital"

"Oh, baik doktor" jawab Seulra lalu doktor itu beredar pergi.

"Hari ini hari apa?" tanya Rocky tiba-tiba.

"Hari Rabu" jawab Sanha.

"Rabu? Aish, saya tak nak pergi sekolah. Ada kelas Puan Yoo"

"Tak apa ke kalau tak pergi?"

"Harini saya tak nak pergi sekolah"

"Kalau macam tu, apa kata kalau kau jagakan Ji Hyun?" tanya Seulra. Rocky mengangguk tanda setuju.

A/N:

Dah siap! Sorry chapter ni tak best, saya akan cuba cari idea untuk lebih banyak idea yang sest dan kelakar. Dan maaf kalau banyak typo atau apa. Mode malas datang dan saya tak baca balik sebab ngantuk. *menguap* Saya lapar di sini dan nak makan TT. Apa-apa pun, see you in next chapter~

Babai~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro