🌻Chapter 5: Collapse, Panic☁
🌻🌻🌻🌻
Seperti biasa, May akan berlatih bola keranjang di gelanggang sekolah. Peluh didahi dilapnya. Selesai dia menjaringkan 10 gol, baru sahaja dia mahu mengambil air, sebuah tangan telah menghulurkannya sebotol air mineral.
"Nah!" kata tuan punya tangan.
"Kau buat apa kat sini MJ?" tanya May selepas mengambil air mineral itu. Segera dia membuka dan meneguk airnya.
"Untuk melihat perepuan cantik main bola. Awak telah jaringkan sebanyak 10 gol ke hati saya"
"Amboi, manis betul mulut kau"
"Memang manis, sebab ia hanya akan manis bila ianya untuk awak"
"Apakah?" May sekadar memandang MJ dengan muka menyampah.
"Jangan menyampah dengan saya, nanti awak tersumpah hati saya dengan cinta"
(Sweet talker betul Mamat ni)
"Macam mana kau boleh kaitkan sumpah dengan menyampah ni?" May tergelak kecil. "Berhentilah dengan ayat manis kau tu, nak muntah aku dengar"
"Oh, ye ke? M-"
"Ayat manis lagi?"
MJ mengangguk sambil tersengih-sengih.
"Dah, la. Latihan aku berhenti sekejap, aku nak visit kawan aku kat studio menari, nak ikut?" tanya May seusai menutup botol mineral.
"Kalau untuk perempuan cantik, boleh je" kata MJ sambil mengikuti langkah May keluar dari gelanggang.
"Aku dah kata berhenti"
"Ini bukan ayat manis, saya menyatakan fakta. Awak memang cantik"
May fed up. Memang itu yang selalu MJ kata bila berjumpa dengan May, MJ akan kata 'Awak Cantik'. Sewaktu berjalan, masing-masing mempunyai fikiran tersendiri.
'Teruk sangat ke confident aku sampai dia perlu puji setiap hari supaya aku lebih berkeyakinan? Bukan aku memang yakin diri ke?' fikir May sambil memandang ke arah MJ.
'Ah, biarlah dia. Sweet talker memanglah'
'Kenapa dia susah sangat nak dapat?' MJ pula, sibuk memandang luar tingkap berfikir sambil berjalan. Selang beberapa saat, dia pasti memandang ke arah May.
'MJ, kau pernah berjaya dapatkan seseorang? Kalau berjaya pun, kau bukannya serious'
Masa dalam perjalanan, sebab penat sangat, May kurang stabil dan hampir-hampir terjatuh. Nasib baik MJ sempat menangkap May.
"Awak tak apa-apa?"
"Aku okay, aku okay" cepat-cepay May berdiri sebelum kembali berjalan. "Kenapa cliche sangat ni?" dia mengomel.
Sampai sahaja di depan studio menari, May membuka pintu. Terkejut May bila ternampak seorang lelaki sedang mengangkat seorang gadis dalam bridal style.
"Min Hyuk, apa dah jadi dengan Ji Hyun!?" laju saja May berlari kearah Ji Hyun yang mukanya pucat.
"Dia pengsan masa menari" kata Rocky yang dalam keadaan cemas. "Kita pergi bilik kesihatan" kata Rocky lalu, mereka semua pun bergegas keluar dari bilik tarian.
"Haish, Rocky! Lambat betul lah kau jalan!" marah May.
"Aku tengah angkat Ji Hyun ni!" Rocky pula, cuba sedaya-upaya untuk menyamai langkah May yang laju. May kan atlet, memang laju ( ̄∀ ̄).
"Mari sini! Biar aku angkat" May merampas Ji Hyun daripada Rocky sebelum mengendongnya. Laju saja dia membawa Ji Hyun ke bilik kesihatan.
"Jangan pelik Min Hyuk, setiap kali dia sukan, aku tengok dia, dia memang kuat dan laju" kata MJ yang berjalan laju mengikuti May dari belakang.
"Hyung stalk dia?"
"Tak lah, aku perhatikan dia masa sukan"
Di bilik kesihatan, Cik Yuki iaitu cikgu jururawat sekolah sedang makan biskut. Tiba-tiba pintu di buka dengan kuat. Terkejut Cik Yuki sehingga menyebabkan biskut-biskutnya jatuh bertaburan.
"Yah! Mana adab kamu?" marah Cik Yuki terhadap May yang tergesa-gesa meletakkan Ji Hyun di atas katil.
"Ji Hyun pengsan, Cikgu" kata May. Dengan nada yang risau.
"Pengsan lagi?" Cik Yuki memeriksa keadaan Ji Hyun. "Kamu perlu bawa dia ke hospital"
"Ha? Tapi, takkan saya nak angkat dia sampai ke hospit-.. Ha! Seok Jin oppa!"
Laju saja May mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon Kim Seok Jin, abang kepada Kim Ji Hyun.
"Maaf, nombor yang anda dail ti-" May mengakihiri panggilan dan mendail sekali lagi. Hampa, jawapan yang dia dapat adalah sama.
"Alamak, aku lupalah hari ini dia ada konsert! Seulra! Dia tak sibuk kan sekarang"
❄❄❄❄
Seulra sibuk menonton gelagat ahli-ahli Running Man di TV sambil memakan makanan ringan. Kejap-kejap, dia terketawa, kejap-kejap, marah sebab pasukan yang dia sokong tak dapat point.
(Saya macam ni✌. Anda?)
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Seulra memandang nama di skrin yang tertera.
Umang-umang
"Kenapa tiada angin, tiada ribut call aku?" Seulra mengomel.
Seulra menjawab panggilan telefon tersebut.
"Hello?"
"Tough Cookie! Tolong!"
"Kenapa awal-awal lagi dah panggil aku macam tu?"
"Whateverlah! Kau tak sibuk kan sekarang? Ji Hyun pengsan"
"What!? Lagi? Jadi, kau nak suruh aku buat apa?"
"Cik Yuki suruh hantar pergi hospital. Kau boleh suruh pemandu kau hantar, kan? Abang Ji Hyun takde"
"Okay, aku gerak sekarang"
Running man di TV ditutup. Seulra mengambil jaket sebelum keluar rumah. Langkah laju di atur ke arah pemandu keluarganya, atau boleh dikatakan, Personal Assistant kepada keluarganya kerana sudah lama berkhidmat.
"Bawa saya ke sekolah"
"Baik, cik muda"
Sanha yang baru hendak bermain bola di halaman rumah ternampak Seulra yang tergesa-gesa.
"Noona! Noona nak pergi mana?" kata Sanha sambil keluar dari rumah.
"Ji Hyun pengsan di sekolah. Aku nak hantar dia pergi hospital"
"Noona nak ambil Ji Hyun dari sekolah? Sanha nak ikut. Terima kasih!"
Belum lagi Seulra bagi lampu hijau, Sanha sudah masuk ke dalam kereta. "Sanha, kenapa kau nak ikut?" tanya Seulra apabila dia memasuki kereta.
"Apa yang Noona cakap ni? Ji Hyun pun kawan saya, siap satu kelas lagi sejak sekolah rendah" kata Sanha.
"Yela! Kau boleh ikut" kata Seulra dengan marah. Dia pun tak tahu kenapa ada perasaan marah. Cemburu? Dalam kamus Seulra, dia tak percaya benda tu.
🍀🍀🍀🍀
"Pasal kau la ni! Kita kena bersihkan kelas" marah Eun Min sambil menyapu habuk-habuk yang ada di kelas.
"Asyik salahkan aku je! Kau pula? Tiba-tiba marah-marah masa tengah kelas" Moon Bin pula yang marah. Perang mulut asyik berlaku di antara mereka semenjak mereka didenda membersihkan kelas. Kesian betul mereka mendapat Puan Yoo sebagai guru kelas.
"Atau..." Moon Bin memberikan pandangan penuh makna sambil tersengih.
"Atau?"
"Kau marah aku sebab masa kita kena denda, aku bagi fake hope, kan?"
"Apa? Sejak bila? Betul ke?" laju mulut Eun Min bertanya. Nadanya berbunyi marah. Ketara sangat dia marah.
"Kau pun selalu bagi fake hope"
"Aku tak terasa pun dengan fake hope yang kau bagi! Aku tak rasa tu fake hope pun!" tipu Eun Min yang ketara. Moon Bin tergelak kecil, malas dia mahu terus berperang mulut dengan panda ni.
"Baby don't cry, tonight~"
Telefon Eun Min berdering.
"Bukan kau tak suka jiwang ke? Boleh pula pasang lagu tu jadi ringing tone" sempat lagi Moon Bin mengejek. Eun Min mencapai telefonnya di dalam poket lalu menjawab panggilan itu.
"Hello?"
"Min, aku dalam perjalanan pergi sekolah May. Ji Hyun pengsan" kata Seulra di hujung talian.
"Apa? Ji Hyun pengsan? Habis, macam mana?"
"Kau nak aku tumpangkan kau? Aku nak hantar dia pergi hospital"
"Mesti! Aku tak boleh biarkan dongsaeng kesayangan aku dibiarkan tanpa penjagaan"
"Kau ingat aku tak pandai jaga dia, panda? Keluarlah, aku kat depan. Nasib baik sekolah kita lebih dekat dengan rumah aku berbanding dengan sekolah Jihye. Kalau ta-"
"Kwon Seulra. Yela, yela, berhentilah membebel, nanti cepat tua. Aku on the way"
Eun Min mengakhiri panggilan sebelum bergegas keluar daripada kelas. Telefon terlepas dari gengaman. Tetapi, sebelum sempat dia pergi, lengannya ditarik seseorang.
"Kau nak pergi mana?" tanya Moon Bin. Dia risau sebenarnya, tapi buat-buat cool.
"Pergi hospital!" Eun Min melepaskan genggaman Moon Bin lalu berlari di koridor sekolah.
"Haish! Dia ni tak pandai jawab soalan betul-betul!? Yah, Choi Eun Min, bagi tahu aku betul-betul! Panda!"
Eun Min berlari masuk kedalam kereta besar milik Seulra.
Moon Bin pula menjadi risau. Segera dia menelefon Eun Min untuk mengetahui perkara yang sebenar. Tiba-tiba, lagu Baby Don't Cry daripada kumpulan EXO kedengaran. Moon Bin memasuki kelas apabila dengar lagu itu lalu terpijak sesuatu. Telefon Eun Min.
Nasib baik tidak rosak di pijak Moon Bin. Moon Bin mengambil telefon itu sebelum membersihkan habuk yang disebabkan pijakannya. Beg Eun Min pula berada di atas meja.
"Budak naif ni" Moon Bin mengeluh.
☁☁☁☁
"Hello?" jawab Jihye sambil berjalan ke arah balkoni. Eun Woo yang menunggu di dalam, melihat ke arah Jihye sambil berfikir apa perbualan Jihye.
Tiba-tiba Jihye masuk ke dalam dengan muka yang cemas.
"Kenapa Jihye?"
"Eun Woo. Kau kena tolong aku, aku perlu pergi hospital sekarang"
"Sekarang?"
"Ya! Tolong bawa aku pergi sana, aku takde masa nak tunggu pemandu aku pergi sini!" kata Jihye yang betul-betul sedang cemas.
"Ikut saya" mereka berdua berlari keluar dari bilik. Semasa hendak menyarungkan kasut, ibu Eun Woo muncul dari dapur.
"Awalnya kamu balik? Mak cik baru siap buat kek untuk kamu"
"Ya, mak cik. Saya pergi dulu" kata Jihye sambil tunduk.
"Eun Woo, kalau kamu nak guna kereta, sekarang ayah kamu sedang pakai"
"Apa!? Habis tu, macam mana?" Jihye pandang Eun Woo dengan penuh kerisauan. Eun Woo berfikir sejenak.
"Jihye, awak okay kalau naik basikal?"
"Basikal?"
"Ya, saya bonceng, awak tunggang"
"Bolehlah!"
Eun Woo segera mengambil basikal lalu membawanya keluar rumah diikuti Jihye. Jihye duduk di tempat duduk selepas Eun Woo menaiki basikal tersebut. Tapi, dia pelik, kenapa Eun Woo masih tidak jalan.
"Apa yang awak buat tu? Kalau awak pegang besi, jatuh nanti. Peluk saya" kata Eun Woo.
"A-apa? P-peluk?"
"Awak tak selesa? Kalau macam tu, pegang bahu saya sajala"
"Okay" Jihye memegang bahu Eun Woo tapi itu pun masih teragak-agak. Terus, Eun Woo mengayuh dengan laju. Jihye mula berasa tidak selamat. Memanglah macam tu, sudah lama Jihye tidak menunggang basikal. Dia berasa badannya tidak seimbang, lantas dia memeluk Eun Woo dari belakang. Eun Woo pula tidak sedar bahawa dia tersenyum.
🌼🌼🌼🌼
"Apa budak ni buat kat sini?" tanya May apabila memasuki kereta Seulra. Ji Hyun disandarkannya di kerusi.
"Takkan saya tak boleh tolong Ji Hyun" kata Sanha yang duduk di kusyen belakang sekali.
"Suka hati kau la budak" kata May yang hampir menutup pintu, tetapi sesuatu menahan.
"Kau buat apa kat sini?" tanya May kepada MJ dan Rocky.
"Sebab saya bersama dia tadi, saya jadi risau pasal dia" kata Rocky yang nampak malu bila dia sebut perkataan risau.
"Kau?" tanya May kepada MJ.
"Saya...
Hanyalah....
Penyibuk"
MJ jawab putus-putus.
"Dah, aku malas nak layan. Lagipun badan Ji Hyun dah sejuk ni. Kalau nak lawat, datang petang ke malam ke, sekarang ke. Tapi tak payah nak tumpang sini" May menghalau mereka berdua sebelum menutup pintu kereta.
"May, nanti MJ merajuk" omel MJ. Kereta itu terus memecut laju.
Di dalam kereta, Eun Min memakaikan Ji Hyun selimut yang disediakan di dalam kereta Seulra. Badan Ji Hyun sangat sejuk. Mereka semua risau.
"Cepat sikit" kata Seulra kepada pemandunya.
Ji Hyun mempunyai tekanan darah yang rendah dan kadang-kadang badannya lemah dan tidak boleh buat kerja berat. Tetapi, Ji Hyun susah membezakan waktu badannya kuat atau lemah. Itulah sebab selalunya Ji Hyun pengsan.
Ibubapa Ji Hyun berada di luar negara sekarang atas faktor pekerjaan. Abangnya, Kim Seok Jin pula seorang idol yang sibuk bekerja. Tinggal Ji Hyun dan pembantu-pembantu rumah yang tinggal di rumah. Jadi, kalau ada apa-apa terjadi kepada Ji Hyun, yang risaunya ialah kawan-kawan baiknya.
May, dari tadi terdiam.
"Kau fikir apa?" tanya Eun Min.
"Aku rasa aku lupa something..."
"Samalah, aku asyik terfikir pasal ulat"
"Aku pula asyik terfikir pasal buku"
Mereka berdua terkejut. Sanggup mereka lupakan kawan mereka.
"Flower Princess!" jerit kedua-duanya serentak.
🐛🐛🐛🐛
Eun Ha yang tadi sibuk membaca buku di perpustakaan membuka telefonnya selepas mendengar deringan lonceng dari peranti itu.
May: Ji Hyun pengsan. Sorry kami lupa kau! >_< Jumpa di hospital. Kami OTW pergi sana
Eun Ha terkejut. Ji Hyun? Pengsan lagi? Memang kawan-kawannya risau, tapi yang paling risau pasal Ji Hyun ialah Seo Eun Ha, kawan yang paling rapat dengan Kim Ji Hyun.
Eun Ha menjadi cemas. "Macam mana ni" omel Eun Ha sambil mengembalikan buku-buku yang dia baca di perpustakaan.
Dia berlari di koridor, tiba-tiba terlanggar seseorang. Badan Eun Ha yang ringan jatuh ke lantai.
"Eun Ha, awak ok?" tanya Jinjin yang sudah menghulurkan tangan. Tangannya disambut Eun Ha yang cuba berdiri.
"Saya okay"
"Kenapa tergesa-gesa?
"Kawan masuk hospital" kata Eun Ha sambil memakai kembali cermin matanya yang jatuh.
"Nak saya tolong hantarkan?"
☁☁☁☁
"Jauh lagi?"
"Jihye, saya sedang bawa dengan laju. Jangan cemas sangat. Kalau rasa lama, lihat sekeliling, mesti rasa sekejap"
Jihye yang dari tadi meletakkan mukanya dia atas belakang Eun Woo mula mendongakkan kepalanya. Dia dapat melihat bunga-bunga sakura turun menghujani mereka berdua. Pemandangan yang indah dinikmatinya, ditambah lagi dengan angin yang bertiup lembut. Jihye tersenyum apabila melihat pemandangan indah. Dia lupa, bila kali terakhir dia menikmati pemandangan seperti ini?
Dari jauh, mereka nampak macam perfect couple. Sejuk mata memandang, tapi ada yang panas hati memandang. Memanglah, lelaki handsome, siapa tak jealous.
"Kita dah sampai" kata Eun Woo sambil memberhentikan basikalnya.
"Eh, dah sampai?"
"Kejapkan?"
"Ye la. Betul apa yang kau kata" Jihye turun dari basikal Eun Woo.
"Sekejap" kata Eun Woo tiba-tiba. Dia mendekatkan tangannya dengan kepala Jihye lalu menyapu semua bunga yang ada di kepala Jihye. "Macam flower crown"
Jihye tidak tahu mahu balas apa. Suasana menjadi awkward sekejap.
"Umn, k-kita masuklah. Aku rasa diaorang dah sampai"
🐛🐛🐛🐛
Sampai saja Eun Ha di hospital, terus Eun Ha turun dari scooter milik Jinjin. Helmet di kepala tidak ditanggalkan kerana mahu cepat.
Jinjin yang terlupa tentang helmetnya pusing untuk kembali ke rumah. Semasa keluar dari ruang parking, 2 pelajar lelaki menyusup masuk ke dalam.
"Kenapa aku rasa aku lupa sesuatu?" omel Jinjin semasa berada di trafik. "Helmet? Ah! Aku lupa minta dia"
🌼🌼🌼🌼
Rocky dan MJ masuk ke dalam bilik ward. Terdapat 8 orang di bilik itu. Seorang gadis pucat terbaring di atas katil. 2 lelaki sedang duduk di sofa. Eun Min dan Eun Ha duduk di sebelah katil Ji Hyun sambil memegang tangannya kerana risau. Jihye, Seulra dan May pula berdiri di sebelah mereka.
"Dia okay? Apa doktor cakap?" tanya Rocky dengan risau.
"Siapa diaorang?" tanya Seulra dan Sanha serentak. Timing yang bagus 👍.
"Ah, budak ni, Rocky. Orang yang jatuh hati dengan Ji Hyun sampai sanggup temankan Ji Hyun menari" gurau May, walaupun itu betul.
"Diamlah, May" marah Rocky yang sudah malu. "Saya cuma kawan Ji Hyun dan classmate May"
"Saya pula" MJ tiba-tiba bersuara. "Stalker May"
Terlopong mulut semua orang.
"Apa yang kau cakap ni?" tanya May.
"Dah tadi kau gurau, aku pun join sekali gurau" jawab MJ sambil tersengih.
"Guys, dia bukan stalker aku atau apa. Dia cuma schoolmate dan..." May mencari ayat yang sesuai tentang MJ.
"Panyibuk" MJ tolong habiskan ayat.
"Ya, betul tu"
Rocky berjalan mendekati Ji Hyun yang masih tidak sedar. "Apa yang doktor cakap?"
"Dia perlu ditahan di hospital sementara nak stabilkan tekanan darah dia" kata Eun Min. "Kebelakangan ni dia nampak lemah, tapi dia masih nak menari dengan aktif"
Tiba-tiba, pintu ward dibuka dengan kuat. Moon Bin dan Jinjin masuk ke dalam dengan gaya koboi. Semua orang punya muka be like -_-
"Eun Ha/Min mana?" tanya kedua-duanya serentak.
"Oi, buta ke sampai tak nampak aku kat sini?" kata Eun Min dengan marah.
"Kau patut bersyukur, Eun Min. Ni aku tolong bawakan beg kau dengan telefon sekali. Kalau tak, memang belum tentu lagi ada kat sekolah esok" jawab Moon Bin pula. Dah nak mula lah gaduh mereka ni.
"Eun Ha, helmet saya" kata Jinjin pada Eun Ha. Eun Ha terus mengambil helmet yang berada di atas meja lalu menyerahkannya pada Jinjin.
"Maaf, Jinjin-sunbaenim" kata Eun Ha dengan sopan.
"Tak payah formal sangat. Panggil Jinjin" kata Jinjin sambil tersenyum comel.
Seulra memandang mereka sambil terkejut.
'Jinjin? Macam mana dia boleh berbaik dengan Eun Ha?' fikir Seulra.
"Dah, semua lelaki keluar dulu. Biar gadis-gadis yang berada di bilik" kata Eun Min dan May sambil menolak semua lelaki ke luar.
"Kau perempuan ke panda?" sempat lagi Moon Bin mengejek sebelum Eun Min menutup pintu lalu menguncinya.
Semua lelaki yang berada di luar memandang antara satu sama lain.
A/N:
Akhirnya! Habis juga tulis. Saya kekurangan idea untuk chapter ni. Maaflah kalau tak banyak part sweet dan ada cliche. Minta maaf juga kalau chapter ni tak fun...
Dan saya terfikir nak tukar tajuk applyfic ni... Sebab saya ada satu buku nama dia 'After I met you'. Macam samakan bunyi dia 'After I met you' dengan 'I met her'. Plus, cliche.
Hahaha, saya tak suka cliche tapi selalu buat cliche. Anyway,
See you in the next chapter~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro