🍦Chapter 4: Smile🍰
(Dapat teka lagu emoji di atas?)
🐛🐛🐛🐛
Eun Ha tidak dapat tidur tenang. Badannya asyik menukar posisi tidur. Kejap peluk bantal peluk, kejap tidur mayat, kejap pandang tingkap, kejap pandang dinding. Eun Ha bangun.
"Saya nak dengar awak main piano"
"Saya nak dengar awak main piano"
"Saya nak dengar awak main piano"
Ayat Jinjin bergema di kepalanya. Senyuman Jinjin asyik muncul di kotak fikirannya.
"Kenapa aku asyik fikir pasal dia? Dan takkan aku kena main piano lagi?" omel Eun Ha sebelum baring semula. Dia pandang kearah tingkap sambil termenung. Tiba-tiba, terdapat suatu lembaga di langsir tingkap lalu dengan laju.
'Apa tu? Jangan-jangan...' Eun Ha terus membalut tubuhnya dengan selimut.
Keesokkan hari
"Seo Eun Ha, awak okay? Kenapa nampak penat?" tanya Seulra.
"Semalam tak boleh tidur..." kata Eun Ha sebelum menghirup kopi yang dibeli dari mesin air.
"Fikit pasal Jinjin?"
Tersembur air kopi dari mulut Eun Ha. Nasib baik mereka berada di taman yang tidak ramai orang. Kalau di tempat yang ramai orang, malu Eun Ha dibuatnya.
"Kenapa? Betul ke?" Eun Min tersengih-sengih.
"M-mana ada"
"Mengaku la, mesti kau happy hari itu dia bercakap dengan kau"
"Min, kalau dia kata bukan, bukan la tu" kata Seulra.
"Ye la"
Tiba-tiba,
"Hachu!" Eun Min bersin.
"Eun Ha, aku rasa kau selesma. Dari tadi kau asyik bersin je" kata Min.
"Hidung kau pun dah merah. Nah, ambil tisu ni" kata Seulra sebelum menghulurkan sebungkus tisu.
"Terima kasih" Eun Ha mengambil bungkusan tisu itu. Dia terus bangun.
"Saya nak pergi perpustakaan dulu"
"Ok, have a naicu taimu riding" kata Min dengan sebutannya yang salah.
"Nice time reading" Seulra betulkan kesilapan Min.
"Aku tahu lah"
🌼🌼🌼🌼
"Saya dah bahagikan kamu kepada 4 kumpulan. Penari-penari terbaik sekolah akan mengajar kamu koreografi lagu yang dipilih" kata Young Seon.
"Jihye, kamu ajar kumpulan 2" arah Young Seon. Kemudian, dia mengarah yang lain pula.
Jihye pergi ke kumpulan 2, kumpulan Ji Hyun, Rocky dan penari lain-lain.
"Lagu apa yang kita dapat" tanya Jihye kepada seorang lelaki.
"Tarian Ringa Linga"
Jihye menguap kerana mengantuk. Gara-gara semalaman main game.
"Baiklah, ikut step saya" kata Jihye sambil menguap.
"Mula-mula.." Jihye mula mengajar sementara pelajar-pelajar lain mula ikut. Ji Hyun mengikut pergerakan itu, tapi tidak membuat betul-betul. Dia hanya fokus dengan memandang Jihye dengan teliti.
"Awak boleh catch up?" tanya Rocky yang sedar apa yang Ji Hyun buat. Ji Hyun mengangguk.
"Betul ni?"
Ji Hyun mengangguk.
"Sebab saya nam-" Rocky terdiam apabila Ji Hyun meletakkan jari telunjukmya di bibir.
Selepas belajar separuh daripada koreografi tersebut, masa perjumpaan kelab telah habis.
"Ji Hyun, saya pergi dulu. Hari ini ada kelas tambahan. Alamak, saya dah lambat"
Jihye berlari keluar dengan laju.
Seorang demi seorang beredar keluar, yang tinggal hanyalah Ji Hyun dan Rocky.
"Awak boleh ke? Perjumpaan seterusnya kena buat persembahan. Betul awak boleh catch up?" tanya Rocky dengan risau.
Ji Hyun mengangguk.
Mana tak risaunya, Rocky seorang yang suka mengambil berat. Ji Hyun pula muka macam orang yang hilang ingatan. Tadi masa menari, macam langsung tidak faham.
"Saya nak tengok awak menari" kata Rocky. Dia kemudian membuka telefonnya sebelum memasang lagu Ringa Linga.
Ji Hyun menari dengan lancar, macam dia sudah biasa menari Ringa Linga. Laju, tepat dengan timing, koreografi yang betul. Rocky buat kedua kali terpegun dengan Ji Hyun.
'Patutlah Jihye-sunbaenim tak tegur Ji Hyun tadi' fikir Rocky.
Sampai separuh jalan, Rocky terus hentikan lagu. Ji Hyun berhenti.
"Awak memang pandai. Minta maaf sebab salah fikir" kata Rocky dengan malu.
"Tak apa. Orang lain pun selalu fikir begitu"
Ji Hyun mengambil begnya lalu berjalan keluar. Tetapi, tiba-tiba langkahnya terhenti.
"Rocky" panggil Ji Hyun.
"Kenapa?"
"Awak ada masa lepas balik"
"Ya, kenapa?"
"Jihye-unnie perlu pergi rumah kawan. Boleh teman saya berlatih menari?"
Rocky sebenarnya agak terkejut dengan permintaan Ji Hyun. Dia dan Ji Hyun? Berdua-duaan?
Tanpa dia sedar, dia menganggukkan kepalanya dengan laju seperti beria-ria.
Ji Hyun tersenyum ceria, nampak barisan giginya.
"Tunggu di sini lepas balik. Terima kasih" kata Ji Hyun dengan ceria sebelum berlari keluar dari studio menari dengan gembira.
Rocky terpaku kerana terpegun. Pertama kali dia terpegun kerana kecantikkan Ji Hyun, kedua kali dia terpegun dengan kehandalan Ji Hyun menari. Kali ini, terpegun kerana senyuman Ji Hyun.
'Apa yang dah jadi dengan aku ni? Kenapa dia selalu buat aku breathless?'
🌻🌻🌻🌻
(Author buat part ni sambil dengar lagu breathless. Cuba korang baca sambil dengar lagu breathless. Saya suka lagu ni)
"May!" panggil MJ. May memandang belakang dan ternampak MJ berlari ke arahnya.
"Ni, tadi buku awak terjatuh" kata MJ lalu menyerahkan buku itu. May memeriksa buku-buku yang dia pegang, memang ada yang hilang.
"Terima kasih" senyum May sebelum mengambil buku tersebut. Tetapi, dia tidak dapat menarik buku itu kerana MJ memegangnya terlalu kuat. May melihat kearah MJ, MJ sedang merenung ke arahnya.
"K-kenapa?"
"Sangat cantik" kata MJ masih terpaku sambil merenung ke arah mata biru May. May menjadi takut dan gelisah. Dia tidak biasa dengan situasi begini.
'Apakah?'
MJ tersenyum, dia tidak dapat tahan lagi. Terderai ketawa MJ.
"Yah! Kau ingat ni lucu ke?"
"Kau patut tengok muka kau tadi! Hahahahaahahaha"
May memukul lengan MJ menggunakan buku ditangannya. Mulut muncung muncul di mukanya.
"Alala~ janganlah merajuk wahai May. Lagipun, memang betul awak cantik. Sangat cantik'
May terkejut campur malu.
"Dahla, aku nak pergi dulu" May memusingkan badannya dan berjalan ke tempat yang dia sepatutnya pergi.
'Aku tak boleh lepaskan peluang macam semalam'
"May, may!" panggil MJ. May memandang.
"Awak tahu bulan berapa saya lahir?"
"Tak. Bulan berapa?"
"Bulan yang paling cantik dan bulan yang menyinari hati saya, May!" jerit MJ membuatkan ramai pelajar lain dengar jeritan itu.
"Diam lah, aku blah dulu" May dengan lajunya meninggalkan tempat itu. Malu, gembira, marah bercampur-baur dalam hatinya.
MJ tersenyum-senyum seperti dia telah berjaya melakukan sesuatu.
🍀🍀🍀🍀
"Eun Min pinjam pensel" panggil Moon Bin. Eun Min menjelir lidahnya.
"Tak boleh"
"Kenapa?"
"Siapa suruh kau tipu aku semalam"
"Yela, sorry. Sekarang bagi aku pinjam"
"Sorry je? Nampak sangat tak ikhlas"
"Bagi pinjam lah, macam mana nak salin nota" kata Moon Bin yang tidak sedar suaranya semakin kuat.
"Kau ni, boleh tak minta baik-baik?" kata Eun Min. Dia juga tidak sedar suaranya menjadi semakin kuat.
"Yela, yela.. Saya minta maaf pasal semalam. Awak jangan lah marah. Sekarang boleh awak bagi pinjam pensel" kata Moon Bin dengan manja.
"Eih, geli aku. Nah ambil ni" Eun Min menbaling penselnya ke arah Moon Bin. Moon Bin dengan pantas menangkapnya.
"Warna pensel ni hitam putih. Panda"
"Tahu ejek orang je. Aku tak dengar pun 'terima kasih' dari kau"
"T-H-A-N-K Y-O-U"
"Pe-" Eun Min cuba menghabiskan ayatnya tetapi tidak sempat.
"Moon Bin, Choi Eun Min, kenapa bising sangat? Sampai sini boleh dengar" singa betina mula berbicara.
"Maaf Puan Yoo, kami cuma bincang pasal nota yang cikgu bagi"
"Saya tak terima alasan kamu. Di sebabkan kamu menggangu kelas saya, kamu didenda berdiri di liar kelas dengan tangan yang terangkat. Pergi!" arah Puan Yoo.
Eun Min dan Moon Bin berdiri lalu berjalan keluar kelas dan lakukan seperti yang disuruh.
"Salah kau la ni, orang nak pinjam pensel, kau nak marah-marah" marah Moon Bin.
"Salah kan aku pula. Habis kau tu, menipu aku semalam"
"Sekurang-kurangnya aku dah minta maaf"
"Moon Bin! Choi Eun Min! Diam!" jerit Puan Yoo dari dalam kelas. Muka Eun Min bertukar menjadi muram.
"Eun Min jangan lah marah" pujuk Moon Bin. Eun Min memandang kearah lain. Langsung tidak memberi respons.
"Eun Min, jangan marah... Tangan awak lenguh ke? Jangan risau, tangan aku pun lenguh" Moon Bin tergelak dengan lawaknya yang hambar. Eun Min tidak memberi respons.
"Eun Min"
"..."
"Eun Min"
"..."
"Panda"
"Apa?" Eun Min terus memandang ke arah Moon Bin. Pandai pula bagi respons kalau kena ejek.
"But you're my everything, everything, everything" Moon Bin menyanyi lagu I Need You sambil buat muka sedih yang kelakar.
Eun Min cuba menahan, tapi tidak dapat. Terktawalah dia. Moon Bin tahu, Eun Min memang suka ketawa dan senang terhibur.
"Choi Eun Min, diam!"
Terus terhenti gelak Eun Min selepas mendengar jeritan Singa Betina.
Tiba-tiba, Moon Bin mengelus rambut Eun Min. Selalunya Moon Bin mengelus kasar, tapi kali ini lain, dia mengelus dengan lembut.
"Senyum, aku suka tengok kau senyum" kata Moon Bin dengan lembut. Eun Min cair seketika dengan kata-kata Moon Bin.
"-kalau kau tak ketawa" sambung Moon Bin sebelum terus mengelus kasar rambut Eun Min. Perosak keadaan betul Moon Bin ni.
"Jangan kacau rambut akulah, Binnie"
"Masalahnya aku suka rambut halus kau" sekali lagi, suara Moon Bin menjadi lembut. Dia menyikat rambut Eun Min dengan jarinya.
"-yang tak berapa nak halus?" teka Eun Min. Lebih baik dia yang rosakkan kata-kata manis Moon Bin daripada jadikannya harapan palsu.
"Pandai pun!" sengih Moon Bin sebelum mengangkat kembali tangan kirinya.
Eun Min mengeluh. 'Kenapalah aku boleh jumpa dengan orang macam ni?'
🐛🐛🐛🐛
Eun Ha sedang sibuk membaca buku di perpustakaan. Tanpa dia sedar, seseorang mengambil tempat duduk di depannya.
"Hachu!" bersin Eun Ha lagi. Dia mengeluarkan bungkusan tisu yang diberi oleh Seulra. Malangnya, semua tisu sudah habis digunakan. Eun Ha mengeluh. Tiba-tiba, sebuah tangan menghulurkan sehelai sapu tangan.
"Nah, ambil la"
Eun Ha mengambil sapu tangan itu sambil memandang tuan punya tangan, Jinjin. Terkejut Eun Ha.
"Sejak bila awak kat sini"
"Dari tadi saya duduk sini. Awak yang tak perasan" kata Jinjin sambil tersenyum. Senyuman itu ialah salah satu sebab kenapa Eun Ha tidak boleh tidur semalam.
"Terima kasih sebab pinjamkan sapu tangan"
"Takpa, awak ambil lah sapu tangan saya. Lagipun, sapu tangan saya bersih"
"Ah! Tak apa, tak apa. Nanti saya cuci kemudian saya bagi awak balik"
"Jangan risau, awak ambil je"
"Tak boleh, ini awak punya"
"Kalau macam tu, awak kena sertai kelab musik"
"Saya ambil la sapu tangan ni" kata Eun Ha sebelum memasukkan sapu tangan itu kedalam poketnya. Dia sambung membaca buku.
'Dia ni, jual mahal pula' fikir Jinjin. Dia memang betul-betul mahu Eun Ha ikut kelab musik. Bagi Jinjin, Eun Ha memang berbakat bermain piano.
"Eun Ha" panggil Jinjin.
"Ya?" Eun Ha mengalihkan pandangan daripada buku ke arah Jinjin. Saat itu, mata mereka bertembung. Eun Ha menjadi kaku. Jinjin pula merenung mata Eun Ha.
"Eun Ha, saya nak dengar awak main piano"
Waktu itu, Eun Ha berasa masa berhenti seketika. Perasaannya menjadi lain. Dia tidak tahu kenapa dia rasa macam itu. Eun Ha tidak dapat mendengar apa-apa selain dengupan jantungnya yang laju. Baginya, perasaan tu pelik.
Tapi semua itu cuma sementara. Eun Ha mengambil nafas yang panjang sebelum menghembusnya.
"Saya akan fikirkan" kata Eun Ha sambil berdiri. Sebelum dia berlalu pergi, Jinjin memanggilnya.
"Eun Ha. Saya cuma nak bagitahu yang saya betul-betul nak awak sertai kelab kami dan main piano. Tapi, saya takkan paksa" kata Jinjin yang sudah rasa bersalah.
"Tak apa, saya tak marah"
❄❄❄❄
"Noona" panggil Sanha yang menyibuk di meja makan Seulra dan Eun Min.
"Kenapa?"
"Noona tak pandai senyum ke?"
Terhenti Seulra mengunyah makanan.
"Aku boleh senyum, tapi jarang"
"Cuba senyun sikit, dah lama Sanha tak tengok Noona senyum.
"Jangan kacau aku makan, Sanha. Lagi satu, mana Eun Ha?"
"Dia suruh saya bagitahu Noona dan Eun Min Noona yang dia baca buku di perpustakaan. Nanti dia makan sekali dengan Noona"
"Oh..." kata Eun Min tanda faham.
"Noona, tengok Sanha" kata Sanha sambil buat aegyo. "Perasan apa-apa dengan aegyo yang Sanha buat?"
'Aegyo tu kau tak pernah buat sebelum ni' jawab Seulra dalam hati.
"Tak"
"Tadi aegyo baru saya. Comel tak?"
'Comel! (>ω<)'
"Tak"
"Sikit pun tak?"
'Terlebih!≧﹏≦'
"Boleh la"
Seulra sebenarnya fangirl dalam hati. Tapi, tunjuk cool.
"Noona, nah!" Sanha cuba suap kentang goreng bagi Seulra.
"Untuk Eun Min Noona tak ada ke?" tiba-tiba Eun Min menganggu. Kacau daun betullah panda ni.
"Nanti Sanha bagi" kata Sanha yang berkemungkinan besar janji palsu.
"Seulra-Noona, ahh"
Ego Seulra tiba-tiba meninggi.
"Tak nak aku" jawabnya. Padahal, dalam hati, beria nak.
Sanha sedih, dia buat keputusan untuk menyuap Eun Min.
"Eun Min-Noona, ahh"
"Tak apa. Kan tadi Sanha kata nak bagi Seulra. Kalau Seulra makan, baru saya makan" kata Eun Min yang membuatkan Seulra terkejut, tiba-tiba Eun Min buang tabiat. Selalunya, Eun Min akan menerima makanan yang di beri.
"Kalau macam tu, aku tak ada pilihan lain. Aku tahu kau nak makan fries ni, Eun Min. Jadi aku makan" kata Seulra dengan cool. Sanha kemudian menyuap Seulra.
Tiba-tiba, Eun Min mencuit Sanha. Dia mendekatkan diri dengan Eun Min kemudian Eun Min berbisik di telinga Sanha.
"Hei, budak. Aku dah tolong kau. Sekarang, bagi aku separuh daripada kentang goreng kau" Rupa-rupanya, ada udang di sebalik batu. Sanha mengeluh. Dia terpaksa memberi separuh daripada kentang gorengnya.
"Relax, aku dikira baik sebab aku tak ambil semua"
"Choi Eun Min jahat"
"Pergi minta Seulra pujuk kau"
☁☁☁☁
Jihye melangkah masuk ke rumah Eun Woo yang besar. Dia agak terpegun dengan rumah itu.
"Besar rumah kau" kata Jihye.
"Masuk la" pelawa Eun Woo.
Masuk saja dirumah, mereka disapa oleh orang gaji milik keluarga Eun Woo.
"Dong Min, kamu dah pulang" sapa seorang wanita berumur 40-an.
"Eomma, saya dah balik" kata Eun Woo dengan sopan. Ibu Eun Woo memandang Jihye "Oh, kamu bawa kawan"
"Selamat sejahtera makcik, saya Choi Ji Hye Li-Hwa" kata Jihye dengan sopan sambil tunduk.
"Kacukan cina?"
"Ya"
"Oh, patutlah muka dan nama macam cina. Buatlah macam rumah kamu sendiri, makcik nak sambung buat kek" kata ibu Eun Woo sebelum berjalan ke dapur.
"Jom pergi bilik saya" ajak Eun Woo. Mereka berjalan naik tangga lalu Eun Woo membukakan pintu biliknya untuk Jihye.
Jihye masuk kedalam dan di hadapannya ialah bilik yang luas dan berwarna biru lembut dengan sebuah grand piano berwarna hitam. Tetapi, apa yang menarik perhatian Jihye ialah sebuah komputer dengan 3 skrin yang besar dan beberapa alat permainan video diatas meja Eun Woo.
"Awak main game?" tanya Jihye.
"Ya, kenapa?"
"Tak, cuma saya tak sangka presiden sekolah main permainan video"
"Ohh, pelikkan?"
"Tak, saya pun suka main game, saya gamer"
"Gamer? Jadi awak kenal game-game yang ada di atas meja?" tanya Eun Woo. Jihye mengangguk.
"Woah, ini pertama kali saya berkawan dengan perempuan yang main game"
"Ye ke? Awak mesti ada ramai kawan perempuan kan?"
"Ya, memang ramai. Jom buat kerja sejarah"
Mereka berdua mula merujuk buku-buku sejarah tentang kerajaan Silla. Tetapi masih tidak cukup maklumat yang mereka dapat.
"Maklumat yang ini tak cukup la. Jom cari di internet"
Jihye berjalan dengan laju kearah komputer kerana dia memang tidak sabar untuk menggunakan komputer edisi terbaru itu. Eun Woo tergelak dengan gelagat Jihye. Jihye melabuhkan punggung di depan komputer manakala Eun Woo pula yang berdiri belakang Jihye.
"Ah, saya dah jumpa"
"Mana?" Eun Woo yang dibelakang Jihye meletakkan tangannya di atas meja bersebelahan dengan tangan Jihye. Kepala Eun Woo pula berada di atas kepala Jihye. Jihye mula berasa tidak selesa dengan kedudukan yang begini.
'Dia dekat sangat dengan aku'
"Oh, banyaknya kau jumpa, pandai" puji Eun Woo. Jihye kembang sedikit. Tapi memang betul pun. Kalau bab-bab cari maklumat, Jihye pemenangnya.
Selesai semua kerja kumpulan, masih banyak masa sebelum Jihye balik.
"Nak main game sama-sama? Nak stay lama sikit di sini sebelum aku balik"
"Boleh. Game apa? Puzzle? Perang? MMORPG?"
"Car racing. Kita lawan?"
"Jom"
Eun Woo menekan butang on manakala Jihye memasang wayar yang patut pada Xbox milik Eun Woo.
"Awak bersedia"
"Sentiasa"
Dengan serentak, mereka tekan butang 'start'.
"Awak kalah nanti, saya pandai tentang lumba kereta"
"Dah banyak perlawanan saya menang. Lawan international pun saya dapat nombor 1"
Jihye melanggar kereta Eun Woo.
"Sorry, saya sengaja"
Kali ini, Eun Woo pula yang melanggar kereta Jihye. "Oh, maaflah. Saya tak nampak kereta awak di sana"
Selepas asyik menekan enjin dan berlanggaran antara satu sama lain, akhirnya Jihye menang.
"Yeah, aku menang~" nyanyi Jihye, hilang swagnya. Eunwoo tergelak melihat gelagat Jihye.
"Pertama kali saya kalah dengan seorang perempuan"
"Oh, ye ke? Saya terharu menjadi orang pertama"
Jihye tersenyum, menampakkan lesung pipitnya.
Senyuman di bibir Eun Woo menghilang. Ini pertama kali Eun Woo nampak Jihye senyum betul-betul.
Tiba-tiba, handphone Jihye berdering. Jihye melihat nama yang tertera.
Umayrah Kim
"Hello?"
A/N:
Jeng, jeng, jeng! Tunggu chapter seterusnya untuk tahu apa yang jadi. By the way, author suka baca comment korang. Bila baca, author akan tersenyum-senyum (walaupun di dalam bilik yang gelap di tengah malam) dan comments tu akan memberi lebih banyak semangat untuk sambung tulis cerita.
Again, thanks for your nice comments. Saranghae <3.
Meet you in the next chapter~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro