Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🏫Chapter 28: Back to school📚

❄❄❄❄

Reben biru diikat kemas pada kolar baju, manakala rambut lurus bersinar itu diikatnya menjadi ekor kuda. Seulra memerhatikan sosok dirinya dihadapan cermin, memang sangat cantik seperti biasa hohoho.

"Cik muda, ini beg sekolah cik" kata seorang pelayan seraya menghulurkan beg kulit itu pada Seulra, lalu Seulra terima dengan penuh elegan.

Buka saja pintu, Seulra disapa dengan ceria oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan pengikut setianya, Yoon Sanha.

"Good morning, noona!" Kata Sanha dengan manja lalu menerima anggukan dari Seulra.

"Good morning" balas Seulra dengan penuh cool seperti biasa.

"Wah noona nampak sangat serius dan bersemangat hari ini, mesti sebab harini kita mula sekolah lagi, kan?"

Langkah Seulra automatik terhenti sebelum dia memandang ke arah Sanha.

"Sejak bila aku bersemangat?" Tanya Seulra, pelik dengan pernyataan Sanha tadi.

Dengan menggunakan jari telunjuk, Sanha menunding ke arah rambut ekor kuda yang diikat kemas itu. "Kalau noona ikat rambut, noona nampak lebih ceria"

Seulra memegang rambutnya, selalu dia melepaskan rambut tapi entah kenapa mood apa yang menyampuk dia pagi ini sampai mahu ikat ponytail.

Mungkin betul apa yang dikatakan Sanha, memang pagi ini dia berasa lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah setelah hampir sebulan bercuti.

Tiba-tiba Seulra terfikirkan sesuatu.

Benda sekecil itu pun Sanha boleh sedar?

🐛🐛🐛🐛

Walaupun ada buku di tangan, kepala Eun Ha tetap terangguk-angguk akibat rasa mengantuk. Sesekali dia menguap dengan mulut yang lebar sehingga matanya berair, ada juga masa dimana matanya hampir tertutup, tetapi sedaya upaya dia cuba hentikan hal itu.

Haih novel oh novel, kenapa tidak muncul sewaktu awal-awal musim cuti? Kenapa waktu cuti dah sampai ke penghujung baru kau nak muncul? Namanya 'Red String If We Love Again', dengan plot yang bagus, dengan cerita yang amat menarik perhatian, dengan unsur suspensnya, mustahil bagi Eun Ha untuk berhenti membaca novel sebaik itu.

Makin keras dia cuba untuk melawan rasa mengantuknya, makin bermaharajalela pula sampaikan kadang-kadang dia tidak dapat paksa badannya bangun dari alam mimpi.

Dan akhirnya dia kalah.

Kebetulan Jinjin sedang lalu disitu, kelihatan Eun Ha sudah lena dibuai mimpi di bawah pokok Ginko yang ditanam di sebelah sekolah.

"Pffft," Jinjin menahan gelak. Budak ni awal lagi pun sebelum kelas bermula boleh pula duduk disini?

Jinjin jalan mendekati Eun Ha sebelum dia melutut betul-betul dihadapannya. Wajah yang sedang lena itu dia tenung.

Angin musim panas mula bertiup lalu memukul daun-daun di setiap pokok di sekeliling mereka.

Sehelai daun ginko yang turut ditiup angin tercabut dari batang daunnya lalu dibawa terbang sebelum mendarat betul-betul di atas rambut Eun Ha.

Melihat daun itu, Jinjin cuba mengalihkannya menggunakan tangan.

Okay bayangkan kau sedang tertidur sebab mengantuk. Tiba-tiba sewaktu kau buka mata, yang betul-betul depan kau tu crush kau. Mula-mula kau fikir itu mimpi, tapi sebab kau dapat rasa tangan dia gelus rambut kau, kau tahu itu bukan mimpi.

Apa reaksi kau?

Dan itulah yang terjadi pada Eun Ha. Matanya membulat apabila dia ternampak Jinjin, otaknya yang pintar itu secara tiba-tiba berhenti berfungsi kerana terlalu panik untuk memproses apa yang sedang terjadi. Tanpa dia sedar, pipinya terasa panas.

"J-jinjin-subae!?" Kata Eun Ha dengan panik, membuatkan Jinjin tergelak.

"Panggil oppa, jangan panggil sunbae" kata Jinjin sambil tersenyum, lalu terserlah gigi arnabnya. Dikerling sekejap masa di jam tangan sebelum dia bingkas bangun lalu berjalan pergi. "Jom, dah nak waktu masuk kelas"

Walaupun sudah diajak untuk berjalan bersama-sama, Eun Ha kekal terduduk disitu dengan keadaan masih rosak.

EunHaError.exe

🌻🌻🌻🌻

Dikala pelajar lain menjadi bersemangat untuk pergi ke sekolah, May kekal lesu tidak bermaya. Semalaman dia menghabiskan waktu malamnya menyiapkan kerja sekolah sepanjang cuti musim panas. Tapi itu pun masih ada yang belum disiapkannya.

Sedang badannya yang lemau itu dia seret pergi ke kelas, tiba-tiba bahunya ditepuk membuatkan dia menoleh.

"Apa kau" tanya May pada Min Hyuk yang hanya tersengih senang.

"Saja tegur, tak salahkan?"

Amboi, mood bagus nampak. Melihat sahaja Min Hyuk ceria seperti itu, May sudah boleh meneka.

"Seronok sebab akhirnya boleh jumpa Jihyun, kan?"

Mendengar kata-kata May itu, mata Min Hyuk membulat. "A-apa kau cakap ni?"

"Eh~?" kali ini, giliran May pula tersengih sambil dia membuat nada mengusik. "Betul kan?"

"Haish," muka Min Hyuk yang sudah terasa hangat itu dia tutup separuh dengan tangannya. "Berhenti lah May"

Sengihan May makin melebar apabila melihat Min Hyuk lansung tidak mampu menunjukkan wajahnya. "Kau suka Jihyun, kan?"

Dengan muka yang merah padam, Min Hyuk hanya mampu memberi May satu jelingan yang sangat tajam, namun tidak cukup untuk mematikan usikan May.

"Dah tahu tu, diam-diam boleh tak?" Kata Min Hyuk, cukup sedar bahawa perasaannya terhadap Jihyun sangat ketara terlihat, lagi-lagi di mata kawan baiknya sendiri iaitu May. Mustahil untuk May lansung tidak perasan perubahan Min Hyuk yang automatik apabila Jihyun muncul.

Apabila kedua-duanya sampai di kelas, May menepuk bahu Min Hyuk tanda beri semangat. "Ni aku bagi kau satu tips"

"Apa dia?"

"Kau ada pesaing" kata May dengan serious sebelum berlalu pergi ke tempat duduknya.

'Memang lelaki sekeliling aku ni memang suka Jihyun ke? Mula-mula abang aku, sekarang best friend aku pula? Waduhh susah hidupku jadi orang ketiga ini' omel May seorang diri, walhal dia sendiri pun tidak sedar yang dia juga turut membuat orang lain menjadi orang ketiga.

Siapa lagi kalau bukan Min Hyuk yang sentiasa jadi mangsa MJ sebab rapat dengan May.

☁️☁️☁️☁️

Jihye menarik nafas dalam sebelum menghelanya. Diri pula gemuruh mahu membuka pintu kelas dihadapan kerana takut mahu bertemu dengan seseorang.

'Apa nak takut, Eunwoo okay lah' Jihye cuba memujuk dirinya sendiri sebelum pintu itu dibuka.

Di dalam kelas, keadaan riuh seperti biasa. Tidak, lebih riuh dari biasanya kerana sibuk menceritakan topik percutian mereka.

Perlahan-lahan Jihye berjalan lalu duduk di tempatnya. Kelihatan Eun Woo sedang berbual dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Mahu sahaja Jihye menegur Eun Woo untuk mengetahui apakah dia sudah baik atau belum, namun perbualan mereka lansung tidak memberi ruang buat Jihye untuk menyelit.

Dan pintu kelas sekali lagi dibuka lalu seorang lelaki dewasa masuk ke dalam kelas. "Dah dah pergi duduk tempat asal. Cuti dah habis dah pun," kata Cikgu Hwang lalu semua pelajar pun berpusu-pusu kembali ke tempat duduk.

"Eun woo," panggil Jihye dengan nada berbisik, tapi tidak menerima apa-apa respon. "Eunwoo!" kali ini dengan suara bisikan yang lebih kuat.

Aduh, macam bisikan itu pula. Barulah Eunwoo menoleh ke arah Jihye.

Riak wajahnya yang tidak menunjukkan apa-apa ekspresi itu membuatkan Jihye menjadi kaku sebentar. Selalunya senyuman mahupun reaksi sapaan akan diberi, tetapi kali ini lain. Sangat lain daripada saat-saat mereka sudah menjadi rapat.

Jihye menolak tepi perasaan itu. "Annyeong," sapa Jihye sambil melambaikan tangannya sedikit. Iyalah sudah lama tidak berjumpa, mestilah mahu bertegur sapa dengan kawan, kan?

Eunwoo untuk seketika waktu lansung tidak berkata apa-apa, sebelum tiba-tiba bibir lelaki itu mengukir satu senyuman tipis. "Annyeong"

Jihye terkesima sebentar.

Senyuman itu lansung tidak ikhlas dan cara dia balas sapaan macam orang tiada perasaan. Ehh tidak, MACAM ORANG MALAS MELAYAN!

Sejujurnya Jihye terasa dengan perbuatan Eunwoo kerana dia sangat tahu, itu lah cara Eunwoo melayan peminat-peminatnya.

Dan sejak itulah Eun Woo tidak lagi melayan Jihye sebagai kawan rapat, melainkan seperti tiada apa-apa pernah terjadi di antara mereka.

Only as a random classmate

🍀🍀🍀🍀

Sedang masa rehat pelajar (waktu antara kelas), dengan nikmat Eun Min mengunyah biskut butter yang dibawanya.

Ditengah kebahagiannya itu, tiba-tiba 'kesayangan' Eun Min diculik lalu dengan kejam dimakan begitu sahaja. Eun Min memandang si penculik yang kejam itu dengan keadaan terkejut sebelum satu jelingan maut dia berikan.

"Taguna kau" marah Eun Min.

"Okaylah tu, biskut ni lagi bahagia masuk perut lelaki kacak berbanding masuk perut panda, tahu tak?"

"Moonbin!" Lantas Eun Min bangun lalu botol yang penuh dengan air itu dia angkat untuk dijadikan senjata buat menyerang lelaki 'taguna' tersebut.

"Eh panda macam ni larat ke nak lari?" Sempat lagi Moonbin mengejek sebelum dia melarikan diri. Maka terjadilah kejadian kejar-mengejar sehinggalah cikgu masuk ke kelas.

Akibat masih bergaduh sewaktu cikgu mengajar, buat sekali lagi mereka didenda berdiri di luar kelas seperti dahulu.

"Salah kau lah ni"

"Apa aku pula, kau yang cari pasal"

"Aku cuma bagitahu fakta"

"Kau fikir bagus ke curi makanan orang?"

Haih di kelas, di luar kelas semua nak gaduh. Bila nak insaf?

Tapi sedang mereka sibuk beradu mulut, guru di dalam kelas pula sedang memberikan pengumuman yang sudah semestinya tidak mereka dengari.

"Cikgu tahu ini mendadak, kamu semua pun baru naik cuti" kata Cikgu Yoo sambil semua pelajar yang berada dalam kelas memberikan perhatian mereka pada guru tersebut.

"Tak lama lagi sekolah kita akan mencapai ulang tahun yang ke-50, jadi pihak sekolah memutuskan untuk menganjurkan festival sebagai sambutan"

Mendengar sahaja pengumuman itu, terus riuh satu kelas. Siapa sahaja yang tidak teruja mendengar perkataan festival? Sudah semestinya ramai yang menantikan sambutan seperti itu!

Kecuali dua ekor pelajar diluar kelas yang masih bergaduh dan tidak mengetahui apa-apa.

Part masing-masing pendek. Part May dan Jihyun saya gabungkan ya. Dan maap chap ni memang cara tulis orang tengah malas HAHAHAHAHAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro