☁️Chapter 27: Expected Confession🎐
Harap maklum chapter ni saya tulis sambil dengar lagu jadi opkos jiwang habis
"Jihye, sini" ajak Eun Woo sebelum tangan Jihye cepat-cepat diraihnya tanpa izin.
"Kita pergi mana?" Tanya Jihye, rasa pelik tiba-tiba dibawa ke pantai di tengah malam.
"Nanti kau tahu" kata Eun Woo sambil dia menoleh-noleh seperti sedang mencari sesuatu
Walaupun binggung, Jihye hanya menurut saja. Entah apa yang mahu ditunjukkan Eun Woo, dia pun tak tahu.
Dirinya terus-menerus ditarik Eun Woo tidak tentu arah sampailah mereka sampai ke arah satu perahu yang bagaikan disediakan untuk mereka di dipesisir pantai.
"Jom naik" pelawa Eun Woo, namun dipandang pelik oleh Jihye. Eun Woo menghela nafas. "Jangan risau lah, malam ni air surut"
"Bukan itu masalahnya. Buat apa mendayung tengah malam macam ni... kita dua je ke?" Berkerut kening Jihye memandang perahu itu sebelum pandangannya dialihkan ke arah Eun Woo.
"Percaya cakap aku, malam ni memang lawa" tangan Eun Woo yang dari tadi masih memegang tangan Jihye di tariknya lembut sebelum dia memperlawakan Jihye duduk di atas tempat duduk dalam perahu kayu itu.
Tali yang mengikat perahu itu pada batang kayu yang tertanam di pasir Eun Woo lepaskan lalu perahu pun perlahan-lahan terapung menjauhi pantai. Maka masa itu lah Eun Woo mula mendayung laut yang tenang ketika itu.
Splash splash
Hanya bunyi air hasil dayungan Eun Woo sahaja kedengaran manakala mereka terdiam tanpa kata bicara.
Bayu darat dengan lembut menerpa wajah manakala langsir langit yang gelap pula dihiasi dengan percikan bintang-bintang berkelipan. Jelas saja laut jernih itu mencerminkan keindahan samudera malam.
Dengan bebola mata hitam yang berkelipan dengan keterujaan, Jihye memandang butiran bintang-bintang yang tidak terhitung jumlahnya bagaikan baru pertama kali melihat.
The River of Star
Dengan maksud sebenar, gugusan bintang yang ada di langit itu merupakan galaksi bima sakti yang sememangnya mereka belajar di buku sekolah.
"Kau bawa aku tengok milky way, ke?" Tanya Jihye yang sememangnya tahu bukan senang untuk nampak jambatan bintang tersebut walaupun berada di luar kota.
Dayungan Eunwoo terhenti sebelum paras wajah yang tampan itu di tolehkan ke arah Jihye. Dengan bantuan cahaya bulan berbentuk sabit, samar-samar jelas dapat mereka memerhatikan setiap inci di muka mereka.
Sunyi, tapi tenang. Masih bernafas, namun masing-masing hanyut di bawah arus tenungan mata.
Tiba-tiba Eunwoo mengerdip-ngerdipkan matanya, seperti mahu menghentikan pertentangan mata itu. Nafas panjang ditarik sambil bibirnya diketap kecil.
Jihye dapat membaca setiap perilaku Eunwoo. Melalui perbuatannya, sudah pasti ada sesuatu yang ingin di sampaikan Eunwoo dan Jihye dapat meneka apa itu.
Sambil Eunwoo mencari keberanian untuk berkata, Jihye pula mencari cara untuk memberi jawapan. Kedua-duanya berfikir ayat yang bakal diutarakan.
"Ji-"
"Ak-"
Belum habis bercakap, masing-masing terdiam kembali apabila mendengar pihak lain ingin berkata sesuatu. Selepas 3 saat berlalu, Eunwoo dengan sendirinya membuka mulut.
"Jihye," kata Eunwoo sambil matanya memancarkan perasaan penuh berharap. Melihat sahaja mata itu, makin berat hati Jihye digantung dengan rasa bersalah.
Dengan hati yang berdebar-debar dan nafas yang tidak teratur, Jihye menunggu ayat itu diucapkan.
"Aku suka kau"
Tepat. Sangat tepat seperti yang disangka Jihye. Perasaan gundah-gulana yang disedarinya sudah naik dari tadi dengan keras mula menolak-nolak dada.
'Tenang, Choi Jihye Li Hwa,' Jihye cuba memujuk diri sebelum wajahnya dibuat-buat selamba. "Jadi?"
'Aduh, banyak-banyak jawapan, itu pula kau bagi!' Jihye menjadi panik dan mahu memukul-mukul kepalanya.
Mendengar jawapan itu, kedua-dua kening Eunwoo terangkat seketika sebelum dia memalingkan wajahnya kerana tidak tahu mahu membalas apa.
"Err, cuma saja nak bagitahu"
Beban dalam dada Jihye memberat tatkala tiada lansung unsur selamba mahupun ketulusan dapat didengar dalam suara Eunwoo. Apa yang baru diucapnya tadi kedengaran tidak ikhlas, malah kedengaran lebih sedih.
Tiada apa-apa yang perlu Jihye cakapkan lagi, tidak perlu dia membuka mulut dan membazir tenaga memberi harapan palsu. Cukuplah dengan respon sebegitu sudah memberi petunjuk yang cukup.
Namun tanpa mengetahui sebab, tidak mampu Jihye membiarkan Eunwoo rasa kecewa begitu sahaja. Bagaikan ada satu kegelisahan melilit dirinya memaksa memberikan banyak penjelasan yang tiada kepentingannya.
Woah, Jihye yang dingin tiba-tiba kisah untuk menjaga hati orang? Bukan untuk menjaga hati sahabatnya mahupun ahli keluarganya, melainkan lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu, yang sebelum ini lansung tidak dia ambil kisah walaupun duduk hanya bersebelahan.
Ah peduli apa, fikir Jihye sebelum mulutnya dibuka untuk memujuk lelaki itu.
"Eunwoo," kata Jihye sambil matanya jelas menunjukkan rasa kekesalan. "Minta maaf"
Membulat mata Eunwoo mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Jihye itu. Sangkanya Jihye yang dingin takkan ambil kisah tentang perkara yang remeh-temeh seperti ini.
"Aku tak bermaksud nak reje--, okay aku jujur, aku tak dapat terima perasaan kau" kata Jihye dengan jujur.
Eunwoo terdiam sebentar. Suasana yang hening itu terus berlansung sebelum dia hanya mengangguk perlahan. Lirikan matanya dialihkan lalu kedua tangannya mula mendayung sekali lagi.
"Eunwoo," panggil Jihye, merasa tidak selesa dengan respons senyap yang diberikan lelaki itu. "Kita masih kawan kan?"
Pang! Eunwoo menahan rasa sakit serangan itu. Wah, usahanya setinggi gunung, macam itu sahaja hasilnya?
Dengan senyuman paksa tertampal di wajah, Eunwoo memandang Jihye dengan perasaan geram. "Jangan risau Jihye, aku professional. Perasaan extra ni takkan ganggu persahabatan kita"
🐛🌻🌼🍀☁️❄
Professional apanya, itu semua dusta belaka apabila Eunwoo lansung tidak mahu bercakap dengan Jihye.
"Wahh, ada orang gaduh lah" bisik May pada Eun Min.
"Yelah, pergaduhan rumah tangga kot" balas Eun Min sambil mereka mengangguk-anggukan kepala mereka tanda setuju dengan pernyataan itu.
"Sempat lagi bergosip, dah siap packing barang?" Aduh, si mak sudah mula membuka mulut. Siapa lagi kalau bukan Seulra yang terlebih caring tapi nampak dingin itu.
"Dah," tipu May dan Eun Min serentak sebelum kepala mereka berdua diketuk dengan kuat.
"Jangan buat kita terlepas flight sebab kamu dua sibuk kemas barang. Kau fikir aku belikan tiket murah?"
Maka dengan itu, terpaksalah May dan Eun Min akur dengan kata-kata unnie mereka.
MJ yang baru balik dari membuang sampah diluar tersengih apabila ternampak wajah monyok May. Pasti tadi baru siap kena marah.
"Jihyun, warna baju kita samalah!" Kata Eun Ha dengan teruja apabila mendapati baju yang sedang dipakai mereka berdua mempunyai tona warna yang sama, iaitu warna harlequin green.
"Iyalah, sama" kata Jihyun sambil tersenyum senang.
"Hijau? Wah kebetulan sama" mendengar sahaja suara yang matang itu, automatik Eun Ha terdiam sebentar sebelum perlahan-lahan memandang ke arah Jinjin. Baju yang sedang dipakai Jinjin juga berwarna hijau, iaitu spring green.
"Hari ini kita kumpulan hijau okay?" Cadang Jinjin yang kelihatan lebih ceria daripada biasa.
"Hmn, boleh" balas Eun Ha sambil menganggukkan kepalanya.
Seulra di tepi hanya mampu jeling sekilas. Haih nak buat macam mana juga, dia sudah setuju untuk tidak masuk campur hubungan mereka.
"Hah, korang ada geng warna?" Mendengar sahaja perbualan itu, Sanha turut kacau daun mahu masuk campur.
Lantas dia membandingkan warna bajunya dengan baju Seulra. Dress yang sedang dipakai Seulra berwarna kuning Canary manakala T-Shirt yang Sanha pakai pula berwarna kuning lemon.
Walaupun sama kuning, sungguh jelas tona warna kuning mereka jauh beza. Tapi Sanha peduli apa. Dengan laju dia pergi ke sisi Seulra sambil dengan bangganya memberitahu, "Kalau korang kumpulan hijau, aku dan Noona ialah yellow couple!"
"Wah Sanha, lajunya claim" usik Jinjin, membuatkan Sanha tersengih.
"Hehe mesti" kata Sanha dengan riak. "Nampak tak jodoh kami kuat"
Seulra ditepi mengeluh kecil, malas mahu melayan karenah kebudak-budakkan mereka. Adakah patut warna baju yang sama pun mahu diheboh-hebohkan?
"Sesiapa ada nampak tak pelampung Doraemon Eun Min?"
Suara yang tiba-tiba menyampuk itu membuatkan kesemua mereka memandang ke arah tuan punya suara, iaitu Min Hyuk AKA Rocky.
Lantas Sanha retak seribu manakala kumpulan hijau menahan gelak apabila mereka ternampak Min Hyuk yang juga memakai baju berwarna kuning.
Julukan Yellow Couple itu seharusnya diberikan kepada Min Hyuk dan Seulra yang sama-sama dipadankan dengan baju tona warna yang sama, iaitu kuning canary. Bukan itu sahaja, jika mahu digandingkan dengan dress, bukan kah kemeja yang sedang dipakai Min Hyuk itu lebih sesuai?
Min Hyuk menjadi binggung, sunyi sepi sahaja jawapan yang dia dapat.
"Rocky, dah jumpa?" Tiba-tiba muncul Moonbin dari belakang apabila mendapati agak lama masa yang diambil Min Hyuk untuk bertanya pada yang lain.
Tanpa sengaja, matanya tertangkap pakaian yang sedang dipakai Min Hyuk dan Seulra yang sememangnya sedondon. Kerana terkejut, laju mulutnya berkata "Woah, Seulra-sunbae dengan Min Hyuk memang pakat ke?"
Makin leburlah Sanha padahal tadi punya bangga ada warna baju yang sama dengan Seulra.
🍬🍬🍬🍬
"Dia masih berkulat ke?" Tanya MJ pada Min Hyuk. Mereka memandang sekilas ke arah Sanha yang sudah lama mendiamkan diri kerana makan hati.
"Ya, padahal aku ada minta maaf" kata Min Hyuk sebelum mengeluh. Dia bukannya boleh buat apa-apa pun bila terpakai baju yang sama dengan Seulra. Kalau mahu tukar pun, semua pakaiannya sudah siap dikemaskan ke dalam beg.
"Eih, warna baju tak sama pun nak merajuk" usik May namun tidak diendahkan Sanha.
"Gediknya budak" kali ini giliran Eun Min pula yang mengusik, lalu kedua-dua mereka tergelak.
"Kekekekekekekekekekekeke"
Kerana tidak tahan diusik, dengan geram Sanha berjalan ke arah kawan-kawan baiknya iaitu Eun Ha dan Jihyun. Dengan murung dia memuncungkan bibirnya.
"Sanha, warna baju tu cuma kebetulan" Eun Ha yang baik pula cuba memujuk Sanha. Namun apakah daya, Eun Ha bukannya jenis pandai memujuk.
"T-tapi..." Sanha cuba mencari alasan yang tidak dapat dia jumpai.
Tiba-tiba dia menoleh ke arah Jihyun dengan muka serius. "Jihyun, takkan awak tak marah baju Rocky sama dengan noona!" Bentak Sanha.
Jihyun hanya mampu berasa hairan. "Kenapa saya nak marah?" Tanya Jihyun sambil membengkokkan sedikit kepalanya.
"Baju diaorang sama, nampak macam couple"
Sekali lagi, Jihyun berasa hairan. "Jadi?"
Mendengar jawapan Jihyun, Sanha naik stress jadinya. Argh, bila kapal terbang nak sampai ni!? Sudah penat dia menunggu di balai berlepas sambil diusik oleh noona-noona dan hyung-hyung.
Moonbin pula hanya terdiam sambil memandang ke arah satu kapal terbang yang sedang mendarat di lapangan melalui tingkap kaca yang besar itu. Fikirannya kusut.
KENAPA 5 HARI DI HAWAII TERASA SANGAT SINGKAT!? Mereka masih belum puas berenang di air laut, makan barbeku dan bermain bersama-sama. Balik sahaja ke korea nanti, pasti kerja rumah menjadi fokus utama kerana cuti musim panas tidak lagi panjang. Moonbin mengeluh perlahan.
Maka selepas ini mereka pasti sibuk dengan sekolah.
Separuh dari chapter ni ialah special chap sakuraaaa- and idea lagu also credit to her (maaplah monolog terlebih panjang. Sedang berjiwang tu). Lepas ni setiap chapter berfokus pada satu watak. Sebab sebelum ni cuma May, Jihye dengan Eun Ha ada chapter special sendiri, lepas ni special chapternya tinggal satu ya~ yang lain ada dua.
Dan sebab special chapter Jihye dah separuh kat sini, next special pun separuh juga AGAGAGAGAGAGA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro