Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌴Chapter 24: Aloha~🌅

Hawaii~

Itulah yang ditunggu-tunggu oleh sang gadis berenam.

"Mana adil! Saya nak sama flight dengan May!"

"Enyahlah kau makhluk penyibuk!" May menarik-narik kakinya yang dipeluk oleh MJ.

"Sanha! Kenapa sengaja asingkan flight!?" Marah Moonbin sementara Sanha tersenyum gaya blackmoon🌚.

Eunwoo hanya mampu menahan geram sambil menumbuhkan cendawan (dengan erti kata lain, merajuk) di hujung tempat duduk.

Pada asalnya, Eunwoo hanya mahu membawa Jihye. Tapi Jihye menolak. Dengan pujuk rayu habis-habisan, akhirnya Jihye terima dengan syarat semua rakan-rakannya ikut. Ye la, kalau bawa sorang kan, yang lain pula yang merajuk.

Disebabkan nak sangat ikut, Sanha menceritakan perkara ini pada yang Minhyuk, Moonbin dan MJ dan setelah setuju dengan cadangan mereka, dia pun ikut menempah tiket. Tidak lupa juga dia belanja tiket untuk yang lain.

Tapi Sanha dengan 'murah hati'nya membeli tiket first class untuk dirinya seorang. Yang lain dibiarnya mendapat flight middle class.

"Maaf Sanha, aku dah tukar tiket kau. Kau akan pergi ikut diaorang di middle class" kata Seulra dengan kejam.

"MWO!? ANDWAE NOONA! ANDWAEEE~" Dengan itu, Sanha pun ikut sekali memeluk kaki Seulra.

"Penerbangan ke Hawaii akan berlepas tidak lama lagi. Semua yang menaiki kapal kelas pertama boleh masuk ke pintu gerbang S manakala semua yang menaiki kapal kelas tengah boleh beratur pintu gerbang B"

"Bye bye~" kata Eun Min dengan riang sambil melambaikan tangan kepada mereka.

"Eh, awak buat apa di sini?" Tanya Eun Ha pada Jinjin.

"Aku beli tiket sendiri" kata Jinjin sambil tersengih. "Tempat duduk kau nombor berapa?"

"14-B"

"Kita duduk bersebelahan! Aku 14-A" kata Jinjin dengan teruja.

"Ohh..." kata Eun Ha sambil menunduk malu.

Mereka semua selamat menaiki kapal.

Moonbin, Min Hyuk, MJ dan Sanha jangan mampu mereput dalam kapal terbang kelas tengah kerana buah hati yang terchenta mereka berada di kapal yang lain.

"Oemji aku excited!!" Kata Eun Min dengan riang.

"Bapak ah, besar gila ruang ni. Ruang ni khas untuk aku sorang? Biar betul!" Dengan bahagianya May baring di atas kerusi yang panjang itu.

(Sila lah buka youtube untuk tengok macam mana rupa kepal terbang mewah HAHAHAHAHAHA)

"Jakunnya. Hampir setiap bulan aku naik kapal terbang camni" kata Seulra dengan hidungnya meninggi.

"Hello, aku pun sama" kata Jihye. Lalu ada bermula lah staring contest dengan effect guruh antara mereka berdua.

Eun Ha, Eun Woo dan Jinjin pula sedang meletakkan barang-barang mereka.

"Kapal terbang akan berlepas tidak lama lagi. Sila pakai tali pinggang keledar anda" kata pramugara yang bertugas. Maka semua mereka cepat-cepat duduk di tempat duduk mereka lalu memakai tali pinggang mereka.

"Laut weyh! Laut!"

"Woi, tak pernah nampak laut ke?"

"Macam bebudak pertama kali naik kapal diaorang ni"

"Zzz"

"..."

"..."

Macam-macam bunyi yang mereka keluarkan.

Semasa kapal berada di langit, Eun Min kerjanya makan sahaja. May pula main, macam-macam mainan dia bawa. Eun Woo, Seulra dan Eun Ha pula lebih senang membaca buku. Jihye dan Jihyun tidur manakala Jinjin bermain gitar yang dibawanya secara persendirian.

Di bahagian kelas tengah pula, Minhyuk, Sanha, Moonbin dan MJ bagaikan zombie hidup yang mereput.

"Encik, nak order apa-apa?" Tanya Pranugari yang bertugas dengan senyuman yang manis.

"Saya nak pergi bahagian kelas pertama" kata mereka semua sekaligus dengan gaya 'lifeless'.

"Maaf encik, encik tak boleh ke sana"

Maka mereka sambung mereput sehingga serupa bangkai hidup kerana penerbangan itu ambil masa yang lama.

(Aku malas nak tulis semua scene AGAGAGAGAGA)

Sampai sahaja mereka, Sanha paling awal keluar dan turun sebelum cepat-cepat memeluk Seulra.

"NOONA! SAYA RINDU NOONA!"

"Woi orang tengok lah!" Marah Seulra.

Eun Ha merenggangkan badannya sambil menguap apabila turun ke bawah. Jinjin datang lalu berdiri di sebelah Eun Ha.

"Seronok tidur?" Tanya Jinjin.

"Oh, haah..."

Jinjin tertawa kecil sebelum tiba-tiba nendekatkan mukanya pada muka Eun Ha.

"K-kenapa?"

"Ada kesan air liur kat muka kau. Nah tisu" kata Jinjin lalu memghulurkan sehelai tisu. Eun Ha menjadi terkejut lalu mengambil tisu itu dan lap mukanya.

Eun Woo pula ada pembantu peribadi yang mengangkat barang-barangnya. Bukan barangnya sahaja, tapi barang Jihye juga turut diangkatnya.

"Eh aku boleh angkat sendiri lah" kata Jihye. Eun Woo hanya tersenyum sebelum dia merangkul bahu Jihye.

"Jom. Ada banyak tempat saya nak tunjuk ni"

Moonbin pula datang-datang sahaja mengelus kasar rambut Eun Min. "Yah!" Marah Eun Min seraya memukul bahu Moonbin.

"Hari ini kan, aku rasa lain dari yang lain" kata Moonbin.

"Kenapa pula?"

"Aku rasa lain nampak kau bulat macam bola. Mesti tadi kerja kau makan je kan?"

Mendengar sahaja perkataan Moonbin, Eun Min menendang perut Moonbin sebelum dia berlalu pergi dengan marah.

"May! Awak nampak cantik lah harini" puji MJ sejurus sahaja berjumpa dengan May.

"Eh, rambut serabai sebab tidur ni kau kata cantik?" Kata May seraya dia perbetulkan rambutnya.

"Awak macam mana keadaan pun, tetap cantik di mata saya..." puji MJ sambil acah malu-malu. May merasa meluat lalu membuat gaya macam mahu muntah.

Couple yang paling 'normal', Minhyuk dan Ji Hyun pun bertemu.

"Awak buat apa tadi?" Tanya Ji Hyun pada Minhyuk.

"Mereput sebab tunggukan awak" kata Minhyuk tanpa fikir panjang dan terlalu berterus terang sambil dia merenggangkan badannya.

"Tunggu saya? Kenapa?" Tanya Ji Hyun. Dengar sahaja kata-kata Ji Hyun, mata Minhyuk membulat sambil dia ketawa dengan kekok.

"Ha ha ha, tak tak. Saya gurau je. Tidur tadi. Tapi masa mimpi, termimpi awak. Tu yang tunggu awak ha ha ha ha" kata Minhyuk dengan janggal.

" Oh, awak mimpi apa?" Tanya Ji Hyun yang mula berminat.

'Kahwin dengan awak' fikir Minhyuk. Tetapi cepat-cepat dia tepis pemikiran itu.

"Kat pantai nanti, awak tangkap banyak ketam" kata Minhyuk sambil tersenyum kekok.

Sampai sahaja mereka di lapangan terbang, sekumpulan perempuan dan lelaki yang memakai baju hawaii menyapa mereka dengan ramah.

"Aloha~" kata kumpulan itu sebelum mereka memakaikan kumpulan Kim Choi KwonSeo dan Astro segugus rantai bunga yang besar. Eun Woo tersenyum sambil mengucapkan terima kasih dalam Bahasa Hawaii.

(A/N: Maaflah, aye tak tahu AGAGAGAG)

Mereka berjalan ke luar dengan bagasi mereka dibawa oleh kumpulan. Terdapat 3 buah kereta mewah yang berada di luar dan pintu kereta-kereta tersebut dibuka untuk mereka.

"Jom masuk" pelawa Eun Woo.

"Kau sediakan semua ni?" Tanya Seulra. Sebenarnya kalau ikut perjanjian, Eun Woo sudah janji dia akan sediakan segalanya. Hanya tiket kapal terbang sahaja Seulra sponsor. Sanha yang dengar berita itu pula sponsor kan Moonbin, Minhyuk, dan MJ. Tidak tahu pula Jinjin pun berminat untuk ikut sekali dan membeli tiket sendiri.

"Eh, mestilah" kata Eun Woo seraya memandang ke arah Jihye.

Maka mereka duduk di kereta-kereta itu.

Eun Ha, Jinjin, Jihye dan Eunwoo di kereta pertama.

Seulra, Sanha, May dan MJ di kereta kedua.

Eun Min, Jihyun, Minhyuk dan Moonbin di kereta ke tiga.

🍀🌼🍀🌼

"Lawa gila laut tu" kata Eun Min sambil mukanya dekat sangat pada tingkap sehingga melekat hidung dan dahinya pada cermin tingkap. "Biru dia cantik!"

"Dari tadi Eun Min-unnie asyik cakap pasal" kata Jihyun apabila teringat Eun Min cakap pasal laut di kapal terbang.

"Maaf lah, aku jarang sangat pergi laut hehehe" balas Eun Min.

"Ni mesti tak pandai berenang" kata Moonbin, mengejek Eun Min. Eun Min menunduk malu sambil menjeling Moonbin.

"Diamlah!"

"Nanti saya ajar ye, sayang~" ejek Moonbin sebelum di pukul Eun Min.

"Rocky" panggil Jihyun.

"Kenapa?"

"Nanti ajar saya berenang juga" kata Jihyun sambil memegang hujung baju Minhyuk. Muka Minhyuk membahang merah.

'Comel!!!' Mahu sahaja Minhyuk menjerit.

"Mestilah boleh" kata Minhyuk sambil tersengih malu dan mukanya yang merah.

🌻❄🌻❄

"May..." panggil MJ tiba-tiba.

"Hmn?"

"Awak atlet kan? Pandai berenang tak?"

"Eh mesti" kata May dengan bangga seraya hidungnya menjadi panjang.

"Pandai terjun tak?"

"Ohohoho itulah part favourite" kata May dengan teruja.

"Bagus lah. Boleh lah awak terjun ke dalam lautan cinta di hati saya" ayat MJ membuatkan semua orang dalam kereta beku sambil memberi pandangan yang menyampah pada MJ. Lagi-lagi May. Muka dia sudah bertukar hijau, menunjukkan dia mahu muntah.

"Kenapa senyap ni? Jangan cakap malaikat cinta lalu lepas tu tembak May dengan panahan cinta saya?" Kata MJ sambil tersengih.

Maka mereka semua pun muntah~

Gurau-gurau😂😂

May lantas memijak kaki MJ dengan keadaan geram. "Aku cringe lah woi!" Marah May. MJ hanya mampu mengerang kesakitan, membuatkan May menjadi risau. "Eh, sakit sangat ke? Sorry"

"Tak, saya okay je. Sebab tadi kelopak bunga yang jatuh pada kaki saya" kata MJ dengan dramatiknya.

Maka dengan itu, lagi satu kaki MJ dijahanamkan oleh May dengan lagi teruk. Seulra dan Sanha hanya mampu tengok drama itu.

"Noona, tak boleh ke kita sweet macam tu?" Kata Sanha dengan manja.

"Kau ngarut apa?" Kata Seulra dengan pelik. Tiba-tiba Sanha mengerdip-gerdipkan matanya sambil membuat mulut muncung.

'Apa dia buat ni? Berhenti lah jadi comel' fikir Seulra dengan geram. Mahu sahaja dia mencubit pipi Sanha.

Sebelum dia berbuat demikian, dia menolak pipi Sanha menggunakan telapak tangannya. "Aku geli lah" kata Seulra dengan dingin.

"Bukan noona suka ke saya buat aegyo?"

"M-mana ada!" Kata Seulra dengan malu. Sanha hanya tersenyum sinis sambil mengalihkan tangan Seulra dari mukanya.

"Habis, nak saya jadi seksi?" Kata Sanha sebelum sebelah tangannya memegang muka Seulra.

Seulra yang terkejut menjadi pening. Mukanya membahang merah. 'Sejak bila Sanha jadi manly ni?'

"Hantu mana yang rasuk kau ni!?" Marah Seulra sambil dia menumbuk Sanha.

"Noona! Maaf! Saya fikir noona akan suka saya kalau saya ikut gaya lelaki dalam manga!" Sanha yang hidungnya telah berdarah terus memeluk lengan Seulra.

☁🐛☁🐛

Situasi di kereta 1 pula paling senyap, tiada kata yang dibicarakan. Dan sebab itu juga, kereta 1 paling awal sampai di homestay.

"Woi, laut dia cantik" puji Jihye bila ternampak laut yang biru kehijauan dan pasir pantainya berwarna putih.

"Kau lagi cantik" bisik Eun Woo pada telinga Jihye. Jihye cepat-cepat memandang Eun Woo dengan pandangan yang bingung.

"Apa kau cakap?" Tanya Jihye, inginkan kepastian.

"Pantai tu cantik sangat" kata Eun Woo sambil jarinya dihalakan pada pantai itu.

"Oh" balas Jihye, kecewa dengan jawapan Eunwoo. Baru tadi harapannya naik. "Aku nak masuk dulu lah" kata Jihye dengan dingin sebelum berlalu pergi.

Eunwoo tertawa kecil.

Eun Ha mengambil bagasinya dari belakang kereta. Dengan terhuyung-hayang dia mengangkat bagasi itu. Secara tiba-tiba bagasi itu menjadi ringan.

'Eh? Kenapa ni?' Fikir Eun Ha sebelum dia menurunkan bagasi itu. Secara tiba-tiba, Jinjin muncul dihadapan Eun Ha, turut membantu Eun Ha menurunkan bagasinya.

"Oh terkejut aku!" Eun Ha melatah sebelum dia melepaskan bagasinya dan hampir-hampir jatuh.

Dengan satu tangan memegang bagasi, satu lagi tangan Jinjin digunakan untuk memegang belakang Eun Ha untuk menangkapnya.

"Kau okay?" Tanya Jinjin. Eun Ha menganggukkan kepalanya, malu. Lalu Jinjin menarik Eun Ha untuk naik.

"Biar aku yang bawa bagasi kau" kata Jinjin seraya mengangkat bagasi Eun Ha.

"T-tapi itu saya punya" kata Eun Ha.

"Aku bukan lelaki biasa. Aku lelaki budiman" kata Jinjin sambil tersenyum manis, membuatkan Eun Ha menjadi malu.

"Ahaha, ya... a-awak lelaki" kata Eun Ha dengan gemuruh sambil memandang bawah dan bermain dengan jarinya. Jinjin kemudiannya mengelus lembut rambut Eun Ha.

"Masuklah dulu, rehat" kata Jinjin sebelum berlalu pergi.

Eun Ha memegang kepalanya, dengan muka yang merah.

A/N: Maaf dah lama tak update, hohoho. Ini lah angkara malas sangat nak buka wattpad.

Minta maaf korang dapat author yang pemalas camni😂

Jangan risau, story ni aye takkan stop HOHOHO

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro