Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❤Chapter 22: Story Between Us🎆

"Ceritalah tentang dia" kata Jinjin sambil ayunannya yang semakin lama semakin laju. Eun Ha yang di tepi ketakutan pula kalau silap haribulan, Jinjin tercampak entah ke mana.

"Erm, dia..."

"Dia apa?" Tanya Jinjin, baru siapkan satu pusingan ayunan. Eun Ha jadi seram sejuk.

"Dia cantik, dia pandai, dia kaya, dia baik. Macam semua benda bagus tentang dia. Tapi dia juga jenis blur, clueless, tak boleh nak berdikari, degil, keras kepala, mementingkan diri sendiri" tiba-tiba suara Eun Ha pecah. Matanya terasa hangat. Alamak, kalau macam ni aku nak nangis, fikir Eun Ha.

"Eun Ha?" Kata Jinjin seraya menekan pipi Eun Ha menggunakan jari telunjuknya.

"Ya?" Eun Ha memandang ke arah Jinjin yang sedang tersenyum ke arahnya.

"Cakap 'cheessseeee' lama-lama"

"Cchhheeessseeeee?" Kata Eun Ha pada masa yang sama bingung.

"Tengok tu, kan cantik kalau kau senyum. Aku kat sini dah cair dah" kata Jinjin.

Pipi Eun bermerah. Dia tidak sedar, kalau cakap 'cheese' boleh tersenyum.

"Eun Ha, esok ada festival musim panas. Nak pergi dengan saya?" Tanya Jinjin.

"Festival musim panas?"

🌼🌼🌼🌼

Soalan yang sama ditanya pada Ji Hyun oleh Min Hyuk.

"Dia baik..." itu sahaja yang dijawab oleh Ji Hyun.

"Lagi?"

"Dia sopan"

"Describe lah banyak-banyak"

"Dia penakut"

"Erk... -,-"

"Entahlah. Kalau saya tak tahu nak cakap apa"

Air mata mengalir. Ji Hyun, menangis?

"Ji Hyun?" Panggil Min Hyuk. Terus dia terkejut bila nampak Ji Hyun menangis.

"ALAMAK! TISU MANA TISU!?" Min Hyuk jadi panik seraya mencari-cari tisu.

Terus dia petik sehelai daun daripada pokok taman rumah Ji Hyun sebelum diserahkan pada Ji Hyun.

"Nah, lap guna ni" kata Min Hyuk.

Puppy Rocky di tepi berfacepalm.
"Lap... guna daun pokok?" Tanya Ji Hyun.

Min Hyuk memandang daun yang berada di tangannya sebelum terkejut. Dia baling daun itu sebelum bersembunyi di belakang pokok.

"Aku dah tunjukkan kebodohan aku..." omel Min Hyuk pada diri sendiri.

"Pfft- Hahahahhahahahhaha" terkekeh-kekeh Ji Hyun ketawa. Min Hyuk berasa terpegun apabila nampak senyuman Ji Hyun telah kembali. Dia jarang nampak Ji Hyun senyum, apatah lagi ketawa. Melihat Ji Hyun ketawa buat dia rasa bangga.

"Saya dah tak rasa sedih lagi. Terima kasih" kata Ji Hyun sambil tersengih.

"Err, sama-sama" kata Min Hyuk sambil menggaru belakang lehernya.

Tiba-tiba Min Hyuk teringat plan asalnya. Baru dia hendak mengajak Ji Hyun, Ji Hyun terlebih dahulu buka mulut.

"Esok awak free tak?"

"Eh? Ah ya. Kenapa?"

"Umm, awak tahukan pasal festival musim panas tu?"

"Ya, nak pergi sama-sama tak?"

"Nak!" Kata Ji Hyun dengan teruja. Puppy Rocky di tepi turut menyalak dengan gembira.

🍀🍀🍀🍀

Eun Min minum milkshakenya sambil memandang ke arah May yang sibuk dengan trofi.

"Hohoho, cantik tak piala aku ni?" Kata May dengan bangga sambil mengilap trofi emasnya di atas kaunter cafe.

"Hek eleh, berlagaknya budak ni" kata Mingyu seraya headlock May lalu mengusutkam rambutnya.

"Tah! Berlagak" kata Eun Min dari jauh yang sedang minum milkshake.

"Eh, kau panda. Aku dah belanja kau, kau nak cari pasal?" Kata May. Eun Min tersengih.

Semalam ialah perlawanan bola keranjang May peringkat akhir. Dan kumpulan May menang. Tapi May dengan tak malunya membawa trofi itu balik sendiri kat rumah. Hohoho, habis dia kalau kedapatan.

"Kau dah ada trofi penjaring terbanyak, kenapa mesti nak ambil trofi kumpulan kau?" Tanya Wooseok.

"Tak nak! Trofi penjaring terbanyak kecil sangat"

Tiba-tiba pintu kedai dibuka, lonceng berbunyi.

"Maaf, kedai ini belum dibu-" May terkejut melihat 2 manusia itu. "-ka?"

Moonbin dan MJ dengan selambanya duduk di meja yang sedang Eun Min duduk.

"Hi" kata Moonbin seraya merebut milkshake daripada Eun Min sebelum meminumnya.

"Moonbin!" Marah Eun Min.

"Apa je kau buat kat sini?" Tanya May seraya mengambil tempat di sebelah Eun Min.

"Jumpa bakal isteri saya lah. Awak cantik harini May"

"Ya ampun, sudah-sudah lah tu" kata May, annoyed.

"Ini ke bakal-bakal adik ipar aku kata Mingyu yang tiba-tiba datang ke meja mereka.

Mingyu merenung ke arah dua ekor manusia itu. Moonbin dan MJ tersenyum kambing seraya mengigil dengan tenungan Mingyu. Tajam woi tenungan dia. Pada masa yang sama, sexy, aum🌚

"Macam bongok je bakal-bakal adik ipar aku ni" kata Mingyu pada Eun Min dan May.

"Eh, sejak bila pula yang dia nak jadi suami aku!" Kata Eun Min seraya menjeling Moonbin.

"Entah, tak nak aku dengan panda ni"

"Ego" kata Mingyu pendek terus membuatkan Moonbin dan Eun Min sentap.

"Nak minum apa?" Datang yitu Wooseok atau nama panggilannya Wooshin. Tapi sebab author terlanjur guna nama Wooseok, guna Wooseok je la😂

"Oppa, nak cocoa chocolate!" Kata May.

"Nak milkshake lagi satu" kata Eun Min.

"Dua monyet ni?" Tanya Eun Min pada mereka berdua.

"Amboi sesenang mulut kau je panggil kitaorang monyet" balas Moonbin. "MJ ni yang muka macam monyet!" Ejek Moonbin.

"Eh, apa salah aku!"

"Dah, order apa korang nak" kata Mingyu.

"Nak hati awak boleh?"

.
.
.
.
Krik.. krik

Sunyi sepi semuanya selepas mendengar pickupline MJ. Mingyu menahan loya di tekak. Ya ampun, betul ka dia baru menerima satu pickup line daripada seorang lelaki.

Melihat muka Mingyu sudah berwarna hijau menahan muntah, May seret MJ keluar daripada cafe.

"Saya nak Orange Frape" kata Moonbin. Wooseok tersenyum selepas mencatat order manakala Mingyu ke tandas untuk muntah pelangi.

"Jadi, ada apa korang ke sini?" Tanya Eun Min.

"Erm... er..." mula lah nervous Moonbin. Dia bermain dengan jarinya sambil memandang bawah.

Tarik nafas dalam-dalam, hembus. Tarik, hembus.

Eun Min hanya setia memerhati. Tetapi itu hanya membuatkan Moonbin makin menjadi tidak selesa.

"Tak payah lah tengok!" Marah Moonbin.

"Haish, aku tunggu apa yang kau nak cakaplah, taguna" marah Eun Min seraya menyilangkan tanggannya.

"A-aku.. aku"

"Aku apa?"

Moonbin menghela nafas. Dia cuba melihat mata Eun Min tapi apabila mata mereka bertembung, dia terus mengalihkan pandangan matanya.

"Malam ni ada festival musim panas. Nak ikut tak?"

"Ala, tu je pun" kata Eun Min. Ingat apa lah tadi. "Okay"

Moonbin tersenyum.

🌻🌻🌻🌻

"Kau buat apa je kat kedai abang aku. Dan KENAPA KAU BAGI PICKUPLINE KAT ABANG AKU!?" marah May.

"Ala May, sabar lah. Nanti hilang seri muka mu"

"Straight to the point. Bagitahu sekarang, apa kau nak?" Tanya May sambip menyilangkan tangan di dada.

"Saya nak awak"

"MJ!"

"Malam ni ada festival musim panas. Saya nak awak teman saya pergi sana" terang MJ, sambil menekankan ayat 'Saya nak awak'

(A/N: Dan mengapakah ayat 'Saya nak Awak' mengingatkan saya pada ayat 'I want you' dari lagu 'I am Me'🌚)

"Oh, boleh. Adakah ini salah satu rancangan Eun Woo?" Tanya May
"Ya" kata MJ sambil mengangguk. "Dan May..."

"Kenapa?"

"Kalini aku nak serious" kata MJ sambil merenung mata biru May.

"Ha? Maksud kau?"

"Kat festival nanti, aku nak date dengan kau betul-betul"

❄❄❄❄

"Noona!" Mula lah Sanha merengek macam budak kecil buat ke-101 kali di hadapan bilik Seulra.

Seulra dengan ganasnya membuka pintu biliknya dengab perasaan marah.

"Aku tak nak lah Sanha! You know I dislike crowded place" kata Seulra.

"Ala, noona. Kali ni je" katanya sambil buat aegyo. Seulra menahan dirinya.

'Tahan Seulra, jangan fangirl pada aegyo dia'

"Taknak" kata Seulra. Baru dia mahu menutup pintu, Sanha menyusup masuk.

"Yah! Yoon Sanha!" Marah Seulra. Sanha hanya tersengih lalu melemparkan dirinya ke atas katil Seulra.

"Aigo, lembutnya katil ni macam hati kau" kata Sanha.

"Sanha, keluar Sanha" kata Seulra seraya mendekatkan diri. Sanha buat bodoh seperti tidak dengar.

"Okay, fine. Kau duduk lah kat katil tu asal kau tak kacau aku buat kerja. Lagipun aku memang tak nak pergi festival tu" kata Seulra. Baru dia mahu pergi, tangannya ditarik.

Dia ditarik lalu jatuh di atas Sanha. Sanha lantas memeluknya. "Yah! Lepaslah!"

Seulra cuba melepaskan dirinya tapi tidak berkesan. Kekuatan Sanha terlalu kuat sampai di tidak dapat melepaskan diri datipada pelukan itu.

"Wanginya rambut kau, Seulra. Dari dulu sampai sekarang kau pakai jenama shampoo ni, kan? Tak pernah berubah"

"Paboya, sempat lagi kau hidu rambut aku. Dan kau buang tabiat ke apa tak panggil aku noona?"

"Haah sekali sekala"

Mereka terdua terdiam. Diatas katil, Sanha memeluk Seulra. Ha, fikir apa tu.🌚

"Lepas" kata Seulra dengan tegas.

"Tak nak. Noona kena pergi juga festival tu"

Seulra mengeluh. "Okay, aku pergi. Sekarang boleh lepas?"

Sanha terdiam sekejap, kekal dengan posisi itu sebelum melepaskan Seulra.

"Keluar dari bilik aku" kata Seulra sebelum bergerak ke arah meja belajarnya.

"Seulra" panggil Sanha.

"Hmn?"

"Malam ni, pastikan cantik" kata Sanha lalu bangun dari pembaringannya.

Dia pun keluar daripada bilik Seulra. Seulra hanya memandang ke arah pintu, bingung.

"Maksud dia, ni date ke?"

☁☁☁☁

Jihye sekarang ada di rumah Eun Woo. Sambil mereka rancang plan, sambil tu mereka melakukan kerja kumpulan. Kerja rumah yang diberi oleh cikgu.

"Jihye, malam ni kau pergi?" Tanya Eun Woo.

"Ya"

"Kau pergi kan festival malam ni?"

"Mestilah pergi, pastikan plan berjalan dengan lancar"

"Urm... aku maksudkan, kita pergi untuk berseronok. Pasal plan tu, Min Hyuk dengan Jinjin boleh uruskan"

"Berseronok?" Jihye memandang Eun Woo. Apabila mata mereka bertembung, terus Jihye mengalihkan pandangan matanya.

"Err, boleh" pipi Jihye merah.

'What the fuck, apasal aku accept?' Fikir Jihye. Ha, mencarut.

"Kita pergi sama-sama" kata Eun Woo sambil mengunting kertas.

"..."

"Jihye?"

"Boleh..." Kata Jihye, apabila dapat satu idea.

Kejadian malam semalam masih segar di ingatan Jihye walaupun dia cuba lupakan. Sekarang, Jihye sudah malu menghadap Eun Woo.

Eun Woo pula mengharapkan balasan dan reaksi daripada Jihye. Tapi kalau Jihye tidak bagi balasan, tidak apa. Mungkin dia sudah direject. Tapi itu tidak bermaksud dia akan putus asa terhadap Jihye.

🍬🍬🍬🍬

"Woah, ramainya orang" kata Eun Min dengan teruja.

"Boleh sesat bila-bila masa ni" kata Jihye.

"Souha nak pergi mana?" Tanya Eun Woo pada Souha. Souha yang tadinya ikut, hanya melekat pada Eun Woo.

"Ikut oppa" kata Souha dengan suara dibuat-buat comel. Naik menyampah Jihye dengan budak kecil itu.

Bila Jihye bercakap dengan Souha, Souha tidak akan bercakap. Ada sesekali Souha akan menjelingnya. Apa salah Jihye? Dia pun tak tahu. Tapi lantak dia lah.

"Moonbin! Jom main" kata Eun Min dengan teruja. "Kita main kat situ" ada menunjukkan kearah sebuah jualan di mana kita kena tembak hadiah tu dengan senapang mainan untuk memenangi hadiah itu.

"Wah, mari aku tunjukkan kehebatan aku" kata Moonbin. Terus Eun Min rasa menyampah.

May dengan MJ pula sibuk beli makanan.

"Nah" MJ menyuap May. May makan sahaja.

"Wah! Sedapnya benda ni! Takoyaki kan?" Kata May.

"Ya. Nak lagi?" Tanya MJ. May mengangguk.

"Noona, jom pergi sana" ajak Sanha.

"Eh, Sanha! Jangan aku penat!" Kata Seulra tapi ditarik Sanha.

"Eun Woo, jaga Souha baik-baik" kata Seulra pada Eun Woo. Eun Woo mengangguk manakala Souha kekal bergayut pada Eun Woo macam koala.

🐛🌼🐛🌼

"Jinjin, ramai sangat orang" kata Eun Ha pada Jinjin. Dia cuba mengejar Jinjin.

Mereka berdua berasak-asak di antara lautan manusia yang memenuhi jalan festival tersebut.

Jinjin yang seperti tidak dengar kata-kata Eun Ha, hanya berjalan. Sebenarnya Jinjin dengar, tapi dia sengaja tinggalkan Eun Ha.

Eun Ha lemah, dia susah untuk mengikut Jinjin sehingga Jinjin semakin lama, semakin tenggelam di antara lautan manusia tersebut.

"Alamak" omel Eun Ha. Dia memandang orang ramai di sekeliling yang sedang berasak-asak. Badannya mengigil.

Dia takut...

'Ramai sangat orang' Eun Ha menahan nangis.

Manakala, Ji Hyun juga begitu. Dia ditinggalkan dan sesat di antara orang ramai.

Dengan menggunakan firasatnya untuk mencari Min Hyuk, hatinya kuat menyatakan dia perlu berjalan sesuatu arah.

Akhirnya dia berhenti apabila dia ternampak sesuatu.

Dia ternampak Eun Ha.

Mencangkung sambil memeluk lututnya.

Mengigil dan menundukkan kepalanya.

Di antara orang ramai.

Sebak hati Ji Hyun melihat keadaan Eun Ha. Terus dia lupakan masalahnya dengan Eun Ha. Kerana apa yang lebih penting, Eun Ha dalam kesusahan. Air mata Ji Hyun mengalir.

Dia teringat kisah lama. Cerita diantara mereka, cerita pertemuan pertamanya dengan Eun Ha.

Flashback

"Oppa! Jin oppa kat mana?" Tanya Ji Hyun yang masih berumur 3 tahun. Dia mencari sekeliling tapi tidak jumpa.

Secara tiba-tiba, dia terlanggar seseorang. Dia sedang duduk sambil memeluk lutut.

"Omma... appa..." dia menangis.

Ji Hyun melutut lalu memandang gadis itu.

"Kenapa awak menangis?" Tanya Ji Hyun.

"Omma appa saya hilang" kata Eun Ha sambil nangis tersedu-sedu.

"Saya Ji Hyun" kata Ji Hyun seraya menghulurkan tangan. Eun Ha hanya melihat.

"S-saya Eun Ha"

"Ji Hyun! Ji Hyun!" Panggil Jin.

"Oppa!" Kata Ji Hyun.

"Haih, kenapa kamu hilang, Ji Hyun? Sini. Eo? Ini siapa?" Tanya Ji Hyun sambil melihat Eun Ha.

"Ini Eun Ha, mak ayah dia hilang"

Jin melihat Eun Ha. Eun Ha memandangnya dengan mata yang masih berair kerana menangis.

"Aigoo~ comelnya dia!!" Kata Jin, geram dan hampir-hampir peluk Eun Ha. "Mari kita cari omma appa awak, nae?" Kata Jin sebelum mengangkat Eun Ha.

Ji Hyun pula memegang tangan abangnya sebelum mereka bersama-sama jalan cari ibubapa Eun Ha.

End Flashback

"Eun Ha!" Katanya sebelum memeluk tubuh Eun Ha yang menggigil.

Dia pun menarik Eun Ha ke tempat yang sunyi. Iaitu di sekitar gunung dan hutan. (Festival di diadakan di jalan yang menuju ke tokong. Tokong selalunya ada di bukit. So, memang payah nak panjat tangga pergi tokong tu)

"Minta maaf, Eun Ha" kata Ji Hyun seraya memeluk Eun Ha.

Bahu Eun Ha basah akibat air mata Ji Hyun. Dia pun memeluk Ji Hyun kembali.

"Tidak apa. Saya pun minta maaf"

Mereka berdua berpelukan sambil menangis.
Tidak sia-sia persahabatan mereka selama ni. Mereka akan terus menerus menulis cerita mereka. Cerita hidup dan persahabatan mereka.
Setelah pergaduhan ini berlansung, akhirnya Eun Ha dan Ji Hyun berbaik.

"Woi, serai ke?"

Terperanjat Ji Hyun dan Eun Ha seraya memandang punca suara itu. Menganggu betul, baru nak emo.

Suara itu ialah milik Sanha yang sambil memegang dua gula-gula kapas, patung, mainan, makanan, hadiah. Banyak lagi lah😂😂

"Eh, Sanha. Buat apa kat sini, tetiba?" Tanya Eun Ha.

"Noona pergi berehat. Dia kata 'Jangan Kacau!'" Jelas Sanha.

Memanglah, asyik disuruh ke sana ke sini, memang penatlah jawabnya.

"Korang, nak peluk juga!" Kata Sanha seraya memeluk mereka berdua.

"Dah lama kita tak bersatu macam ni!" Kata Sanha, teruja.

Ye lah, diaorang ni dari tadika lagi sekelas. Mereka bertiga selalu bersama dan dikira maknae kumpulan.

"Sanha, jom. Jihye suruh kita ambil Sou- apa korang buat?" Tanya Seulra apabila dia ternampak Sanha memeluk Eun Ha dan Ji Hyun.

"Pelukan persahabatan!" Kata Sanha. Seulra mengerutkan keningnya.

"Pelukan persahabatan ke apa, tak payah nak peluk-peluk sangat. Jom!" Marah Seulra sebelum berjalan dahulu.

Tiga ekor budak itu menahan gelak. "Seulra-noona cemburu" kata Sanha.

🍬🍬🍬🍬

Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu. Bunga api!!

Orang ramai boleh berdiri di depan sungai ataupun di jambatan kerana pemandangan bunga api di sana lebih baik.

"Sekejap lagi dah nak tengah malam! Tak sabar bunga api tu keluar!" kata Eun Min dengan teruja.

Patung yang dimenangi Moonbin tadi dipeluknya erat kerana teruja dengan bunga api tersebut.

"Ya" kata Moonbin, tersenyum memandang Eun Min.

3

2

1

Pow!!

Berbagai bunga api mencorak langit. Cantik pemandangan itu.

"Uwa!! Cantiknya!! Dah lama aku tak tengok bunga api!" Kata May dengan teruja. Dia bagaikan kanak-kanak yang baru pertama kali melihat bunga api. Matanya berkilau kerana cahaya bunga api tersebut.

"Ya, sangat cantik" kata MJ.

Tetapi dia tidak memandang bunga api tersebut, melainkan dia sedang memandang May. "Awak lagi cantik" bisiknya.

Jihye hanya tersenyum sambil melihat bunga api tersebut. Eun Woo memandang Jihye sebelum melihat bunga api itu.

Tiba-tiba, dia merasakan sesuatu yang hangat memegang tangannya. Tangan Eun Woo memegang tangan Jihye, erat.

Dia memandang Eun Woo yang matanya hanya tertumpu pada bunga api itu, seperti tiada apa-apa yang sedang berlaku.

Baru Jihye tahu, betapa besarnya tangan Eun Woo. Dan di situ dia sedar, Eun Woo seorang lelaki, seorang lelaki yang sedang memegang tangannya. Dan Eun Woo memandang Jihye sebagai perempuan, secara romantik.

Akhirnya, tanpa kata bicara, Jihye sedar perasaan Eun Woo. Dia boleh merasakan pipinya panas, jantungnya berdegup laju.

'Apa masalah dengan aku ni?'

Cliche tak? Cliche tak?😂😂 lantaklah cliche, ini sahaja idea yang termampu. Dan pasal festival musim panas tu, aku ambik idea dari shoujo manga jepun😂.

Okay, sampai sini sahaja gaduh-gaduh kita (kecuali Seulra dan Jihye yang akan sentiasa berdebat dalam story ni). Maaf, saya tak baca balik sebab excited nak pub😂😂

Adakah mereka akan start love story mereka? 🌚 ntahlah, saya yini hambar bab suspens😂😂

Okay, Babai~

See you in next chapter♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro