Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎠Chapter 20: Memories Between Us🎡

Guys, chapter ni memang panjang daripada biasa. Tapi chapter ni lebih kepada May dan Eun Min. So, tabah je la baca benda panjang ni 😂😂

Jihye's POV☁

Rancangan apakah ini? Mengarut tahap kebabun! Eunwoo, kau ni pandai ke bodoh sebenarnya? Macam mana kau boleh dapat nombor 1 dalam tingkatan!?

"Eun Wo-" belum habis kata-kataku, Eun Woo sudah meletakkan jari telunjuknya di bibirnya dengan mukanya yang serius. Okay, aku tergoda. Tch, macamlah aku tergoda.

Serious rasa panas di sini. Kami sekarang di taman tema. Dan jangan fikir kami ke sini macam kat novel dan drama cliche tu,

Kami nak dating di sini! Naik roller coaster pastu jerit-jerit dan cakap 'saya takutlah' dan naik ferris wheel dan mengedik kata gayat. Pastu bila sampai puncak, bercium

Euw.. No! Tapi, itu juga bakal kami lihat  ̄ˍ ̄

Sekarang aku dan Eun Woo memakai cermin mata, topi dan kot. Nak tahu sebab kenapa? Stalk orang dating kat amusement park. Dan ini juga sebahagian daripada idea Eun Woo yang mantap lagi hebat itu.

Sekarang kami sedang memerhatikan Moonbin yang sedang menunggu Eun Min. Aduhai, janji pukul 9 pagi. Ini dah nak pukul 10.

Moonbin yang teramat berasa bosan datang ke arah kami.

"Weh, bila dia nak datang ni?" Moonbin mengeluh. Terus Eun Woo menaikkan cermin matanya.

"Moonbin, tunggu lama sikit. Mana tahu tiba-tiba dia sampai. Jangan buat macam ni, nanti kantoi" nasihat Eun Woo.

"Lebih baik si panda ni datang. Kalau dia tak datang, memang habis aku kerjakan. Ingat senang ke nak ajak dia?"

Ya, memang Moonbin mengalami kesusahan semasa mengajak Eun Min. Semalam semasa kami sedang planning (di rumah besar Eun Woo ( ̄∀ ̄)), hampir 10 kali dia telefon, lepas tu batalkan kerana sudah hilang ayat yang mahu dinyatakan dan takut Eun Min angkat.
Mukanya nervous gila masa nak call Eun Min.

Tiba-tiba, satu idea keluar di kepala otakku, cara untuk memujuk Moonbin.

"Tunggulah dia. Kalau dia lama betul macam ni, tahu tak berapa lama masa yang dia ambil untuk bersiap? Supaya dia nampak cantik di hadapan kau" jelasku. Terus aku boleh nampak macam mana pipinya boleh merona merah lalu dia memandang tempat lain sambil menggosok belakang lehernya.

"Erk, yeke? Err.." dia sudah kehilangan kata-kata. Nampaknya rancangan aku tidak berjaya. Aku tidak berjaya memberi dia semangat atau suruh dia bersabar. Malah dia makin nervous pula.

"Aku nak balik lah" kata Moonbin.

"Eh, kenapa pula? Kau suka dia ke sampai kau nervous camni?" tanya Eun Woo. Aku boleh faham apa yang sedang di lakukan oleh Eun Woo.

"Tak, mana ada! Okay, aku tunggu" kata Moonbin seraya sambung tunggu.

Nampaknya Eun Woo lebih berjaya dari aku, taguna.

"Moonbin!" jerit satu nama. Hahaha, sudah datang yitu panda.

Dia memakai baju cream beserta dengan mini skirt berwarna coklat. Rambutnya dilepaskan dan rambut depannya di klip ke tepi.

(Profile picture lamaku. Wuahahahahha)

Okay, Eun Min kelihatan comel tapi serious dia buang tabiat. Selalunya dia pakai seluar pendek atau legging disertai dengan T-shirt panjang ataupun crop top. Kenapa tiba-tiba jadi comel ni?

Lagi-lagi boots yang dia pakai, bereben.

🌼Min Hyuk's POV🌼

Aku tak faham betullah, kenapa diaorang suruh aku temankan May pergi taman tema? Hanya sebab aku rapat dengan dia sebagai rakan sekelas?

Sekarang kami sedang makan dan sememangnya aku tak selesa sebab May aysik tenung aku. Apa yang dia fikirkan ni?

"Kau boleh tak jangan tenung aku?" aku memandangnya sekilas.

"Seriously? Aku masih tak percaya kau ajak aku pergi amusement park. Kau buat apa ajak aku? Mesti ada something ni"

"Salah ke ajak kawan keluar?"

"Salah, kenapa berdua-duaan?"

Betul juga apa dia cakap. Tapi aku nak buat macam mana? Dah ini plan Eun Woo. Dia kata, siapa paling rapat kena bawa dia. Aku tahulah aku paling rapat dengan dia tapi...

Aku boleh rasa jelingan seseorang...

"Lek lah, keluar pergi amusement park je kot. Bukan aku ajak kau pergi tempat yang tak patut"

"Okayla, okay. Jom kita pergi roller coaster?" ajaknya seraya berdiri.

"Tak nak, aku nak main tembak-tembak"

"Ala... Jom lah" eish budak ni, sempat lagi buat aegyo? Dan aku boleh rasa tenungan tajam tu sedang menusuk aku.

"Boleh lah" May buat aegyo lagi. Dan... Sememangnya berkesan. Macam mana lah dia tahu kelemahan aku 〒▽〒

"Okay, jom" aku turut berdiri lalu May menarik aku bagaikan kanak-kanak ribena yang sangat ceria.

🌻MJ's POV🌻

"Kau okay tak ni?"

"Okay"

"Kenapa muka masam semacam je?" kata Jinjin. Itu lansung itu menarik perhatian aku daripada dua pasangan di hadapan aku.

Hahaha, fikir diorang sweet sangat? Dua ekor ni lansung tak sesuai bersama-sama!

"Kau jealous ke?" tanya Jinjin sambil memandang aku semacam.

"Kalau aku cakap 'ya', apa kau nak buat?" tanya aku seraya menjeling Jinjin.

"Wuish marah! Lek lek, bukan diorang couple pun"

"Kau nampak tak diaorang bersweet-sweet padahal tak sesuai lansung? Dah, jom kita ikut diaorang sekarang"

Penyamaran aku pakai, Mr. Sawit. Aku pun tak faham kenapa mascot yang dibagi pinjam ni mascot kelapa sawit. Ingat nak promote minyak kelapa sawit ke apa?

Jinjin pula pakai mascot beruang.

Dengan belon di tangan, kami dengan senyap-senyap mengikuti mereka. Dan, ya! Aku yang tak habis-habis jeling dan beri renungan yang tajam pada Rocky.

"Encik Sawit! Nak belon!" beberapa budak berpusu-pusu mahukan belon tersebut.

"Boleh! Ambil la! Jaga baik-baik, jangan sampai pecah eh" aku memberi satu orang satu belon.

Tiba-tiba May yang sedang beratur memandang aku. Ketara sangat ke suara aku?
Shot! Jangan kantoi sudah.

🍬Third person's POV🍬

"Moon Bin, kita nak ke mana?" tanya Eun Min seraya memandang Moonbin dengan wajah acah comel.

"Eih! Berhenti buat muka acah comel! Menyampah tahu tak?" marah Moonbin yang membuatkan Eun Min menjelingnya.

Okay, tak berkesan petua tu. Nak tahu kenapa Eun Min lambat? Banyak persiapan telah dia lakukan termasuklah membaca buku 'macam mana nak charm lelaki yang kita suka?' salah satu karya merapu CattenieEsternila yang tersangatlah mengarut.

Makin dibuat apa yang disuruh buku itu, makin tidak rapat mereka berdua.

'Psh, menyesal aku ikut buku mengarut tu' fikir Eun Min lalu membuat keputusan untuk tidak melakukan seperti yang disuruh oleh buku itu.

🌻🌻🌻🌻

May dan Min Hyuk masih beratur. Memang sangat panjang barisan itu. Dan May tidak tahu kenapa dia dapat merasakan kehadiran MJ. Min Hyuk pula tidak senang duduk.

"Aku dah penat beratur. Kita tunggu barisan ni sikit dulu baru beratur" kata Min Hyuk.

"Nak tunggu kat mana?"

"Kita pergi jalan-jalan dulu. Ha! Nak cotton candy?" tanya Min Hyuk lalu menerima anggukkan daripada May. Mereka berdua pun pergi ke kedai gula-gula kapas yang berdekatan.

"Kau tunggu sini jap. Aku nak pergi tandas" kata Min Hyuk.
Kini May tinggal keseorangan dengan gula-gula kapas di tangan.

Disebabkan lama betul Min Hyuk pergi tandas, MJ yang sedang memerhatikan May mula rasa risau. Rasa marah pada Min Hyuk sudah mula menguasai hati.

'Tadi sibuk dating dengan May. Sekarang boleh pula dia tinggalkan May sorang-sorang? Tak kesian ke? Taguna punya jantan. Siap aku kerjakan nanti' sedang MJ mengomel dalam hati seorang diri, tiba-tiba dia merasakan getaran pada poketnya.

Aku bagi dia pada kau
-Min Hyuk

MJ agak terkejut dengan message Min Hyuk. Tapi pada masa yang sama, tersenyum kegembiraan. Lantas dia menunjukkan message itu pada Jinjin.

"Pergilah tukar baju" kata Jinjin. MJ terus pergi dari situ dengan hati yang riang.

May pula seperti cacing kepanasan menunggu Min Hyuk.

"Lamanya Rocky.." May mengeluh.

Tiba-tiba, dia merasakan sebuah cuitan di belakang badannya.
Dia memandang belakang, belon?

Tapi apabila belon itu di alihkan, kelihatan MJ sedang tersenyum ke arahnya.

"Myung Jun, kau buat apa kat sini?" tanya May, terkejut.

Salah satu gula-gula kapas yang dipegang May di ambil MJ lalu dimakannya. Satu pukulan hinggap di bahu MJ.

"Itu gula-gula kapas Rocky" marah May, MJ memandang May dengan sengihan.

"Kini, gula-gula kapas yang manis ni jadi milik aku"

"Sejak bila pula?"

"Sudah ditentukan jodohnya"

May memandang MJ atas bawah, atas bawah.

"Gula-gula kapas dengan jodoh? Apa maksud kau?"

"Takde lah. Ah, Min Hyuk kena pergi sebab ada urgent jadi aku je la yang bawa kau jalan-jalan"

"Betul ni?"

"Ya. Dah jom pergi roller coaster" ajak MJ seraya menarik May. "Lagi satu, kau nampak cantik harini"

"Itu juga yang kau cakap  ̄ˍ ̄"

☁☁☁☁

Jihye kepanasan. Mereka berdua mengikut Moonbin dan Eun Min menuju ke sebuah restoran di taman tema.

Tempat duduk diambil mereka berdua, begitu juga Jihye dan Eun Woo. Melihat keadaan Jihye yang sudah bermerah pipinya kerana panas dan tangan di kipas-kipaskan pada diri sendiri, Eun Woo mengambil keputusan untuk order sesuatu.

"2 milkshakes" kata Eunwoo kepada pelayan.

Sedang memerhatikan Eun Min dan Moonbin, Eunwoo sekali sekala memandang Jihye. Apabila Jihye memandang ke arahnya, pasti pandangan itu serta merta di alihkan.

"Kau apa je pandang aku" kata Jihye sambil menyilangkan tangannya, rasa rimas bila Eun Woo asyik pandang-pandangnya.

"Kau nampak lain kalau pipi merah. Sebab tu aku asyik tengok kau" kata Eunwoo.

Jihye merasakan pipinya, panas. Ini mesti sebab rasa panas yang di alaminya.

"Oh, yeke" kata Jihye. Tidak tahu mahu balas apa.

Sekarang keadaan kekok menemani mereka. Sambil memandang Eun Min dan Moonbin, mereka tidak tahu mahu berkata apa lagi.

🍀🍀🍀🍀

"Cepat, apa kau nak? Aku belanja" kata Moonbin sambil melihat menu yang ada.

"Tak tahu lah. Rambang mata aku sekarang"

Moonbin ketawa halus. "Hahaha, panda biasalah. Kalau macam tu, kita makan benda ringan je la"

"Okay"

Semasa makanan sudah sampai, Eun Min tidak makan dengan gelojoh. Sebab pagi ini dia sudah bersarapan jadi, perutnya masih kenyang.

Moonbin terdengar ringtone messagenya berbunyi. Lantas dikeluar telefon dari poketnya sebelum membaca message.

Lepas ni bawa dia pergi roller coaster
-Eun Woo

Moonbin membalas 'ok' sebelum memandang kembali Eun Min. Okay, kalini memang Eun Min kelihatan comel. Terutama sekali bila dia pakai klip rambut yang bereben di atas kepala. Itu yang difikirkan Moonbi.

Tangan Moonbin yang memegang telefon dibawahkan sedikit. App 'camera' ditekan. Lalu, Moonbin curi-curi mengambil gambar Eun Min. 'Comel' kata hatinya.

"Kau buat apa tu?" tanya Eun Min. Moonbin menggeleng.

"Takde apa, cuma tengok message-message lama"

🌼🌼🌼🌼

Jinjin, boleh kau perhatikan diaorang seorang diri?

Selepas mesaage itu ditulis, Min Hyuk menghantarnya pada Jinjin. Rasanya sekarang Jinjin tidak buka telefon. Apron diambilnya dan topi dipakai di atas kepala.

"Terima kasih Min Hyuk sebab sudi tolong. Kalau tak, tak tahulah macam mana nak handle" kata Hoshi pada Min Hyuk. Min Hyuk hanya tersenyum kepadanya.

"Ala, perkara kecil je ni. Lagipun, bos kau dah janji nak gajikan aku kan?"

Kedai manisan bertempat di taman tema tersebut sedang dipenuhi orang. Disebabkan bilangan pekerja tidak cukup, kedai tersebut terdesak perlukan lagi satu tenaga kerja. Memandangkan Hoshi bersahabat dengan Min Hyuk, dia meminta pertolongan Min Hyuk yang kebetulan juga berada di taman tema.

"Oppa, saya nak ice cream"

"Boleh je baby!" kata seorang namja lalu mencubit pipi seorang gadis. Min Hyuk kenal suara itu. Dia memandang kedua-dua orang itu. Tak salah lagi, itu Ji Hyun dan abangnya, Seok Jin yang sedang cuti.

"Selamat datang" sapa Hoshi. Ji Hyun memandang Min Hyuk dengan wajah yang terkejut.

"Rocky?" tanya Ji Hyun. Min Hyuk mengangguk sambil tersenyum.

"Awak nak manisan apa?" tanya Min Hyuk.

"Ice cream"

"Perisa?"

"Batu..." omel Ji Hyun sambil termenung.

"Maaf, tiada perisa batu, hahaha" Min Hyuk ketawa hambar, memikirkan Ji Hyun membuat lawak pada masa yang sama, dia sentap.

"Err, tak! S-saya nak perisa strawberi" kata Ji Hyun.

"Nak apa-apa topping?"

"Tak perlu"

"Okay, tunggu sebentar ye" Min Hyuk mengambil satu kon lalu meletakkannya di sebuah mesin (?) lalu ice cream di dimasukkan ke dalam kon ice cream tersebut. Tiba-tiba Min Hyuk terfikirkan sesuatu.

Setelah mereka keluar dari kedai ice cream itu, Ji Hyun mengigit ice creamnya. Apabila dia perasan sesuatu, dia melihat ice cream itu. Dalam ice cream itu ada banyak coklat berbentuk hati dan ada tulisan tertulis 'I love you' pada coklat itu. Mesti coklat tu jenis mahal kan?

Ji Hyun menjadi pelik, tadi sengaja dia tidak mahu meminta topping supaya dapat menjimatkan duit abangnya.

Di kedai pula, Min Hyuk memasukkan duitnya ke dalam cash.

"Min Hyuk, kenapa kau letak duit kat dalam tu?" tanya Hoshi.

"Aku belanja seorang pelanggan"

🐛🐛🐛🐛

Jinjin hanya mampu tabah je jadi bear ni. Dahlah besar kepala bear tu, tebal lagi.

(Bayangkan Jungkook dalam MV 'for you')

Sambil melayan karenah budak-budak yang entah datang dari mana, dia memerhatikan MJ dan May yang sedang beratur. Adui, sweet betul dua-dua tu.

"Tinggi betul roller coaster tu"

"Kenapa? Takut?"

"Haah, saya takut awak jatuh tapi bukan di dakapan saya" lancar sungguh MJ bagi pickup line.

"Oh, yeke? Aku fikir.. Urmmnn" May sudah kehilangan kata-kata untuk merosakkan pickup line itu.

Jinjin hanya tersenyum di sebalik kepala beruang itu. Haih, rasa nak buat macam tu pula. Tapi dengan siapa?

Jinjin teringat zaman kegemilangannya di mana dia sering dipanggil ke bilik disiplin. Dia bukan sahaja sering buat jenayah sekolah, malah sering cuba pikat gadis-gadis di sekolah. Ramai juga yang sangkut, secara tidak lansung, dialah playboy terkenal sekolah.

Tapi nasib baik dia sempat insaf apabila teringatkan macam mana patahnya hati sahabatnya, Ji Sook apabila putus cinta.

"Eun Ha, tunggu sini. Aku nak pergi beli makanan sekejap" kata Soo Hyun pada Eun Ha. Eun Ha hanya mengangguk seraya duduk di sebuah bangku.

Sedang Eun Ha menunggu Soo Hyun untuk kembali, tiba-tiba datang Mr. Bear. Eun Ha teringat zaman kanak-kanaknya di mana Encik Beruang menjadi kegemaran.

Setelah semua budak-budak itu pergi ke ibu bapa masing-masing, Jinjin menghela nafas lega. Tiba-tiba dia merasakan cuitan di bahu. Dia memandang belakang lalu ternampak seorang gadis sedang tersenyum ke arahnya.

"Urmm, b-boleh kita ambil gambar?" tanya Eun Ha yang tergagap-gagap. Tadi, berusaha dia kumpul kekuatan.

Jinjin yang agak terkejut tersenyum gembira. Lantas dia mengangguk lalu selfie diambil bersama-sama.

"Gumawo" kata Eun Ha.

Tiba-tiba dia merasakan sesuatu di letakkan di atas kepalanya.
"For you" kata Mr. Bear. Eun Ha seperti mengenal suara itu tapi dia tidak tahu siapa.

Belum sempat dia tanya apa-apa, Mr. Bear itu sudah pergi.
Skaf mini mouse itu disentuhnya. Murah hati betul Mr. Bear itu. Dan Eun Ha masih lagi pelik, siapa yang memberinya?

Walaupun skaf mini mouse yang sepatutnya diberikan kepada adik perempuannya diberi Eun Ha, Jinjin puas. Dia gembira memandang Eun Ha tersengih kerang busuk sambil memegang telinga mini mouse itu.

🍀🍀🍀🍀

"Hidup lagi kau rupanya?" kata Eun Min apabila berjumpa dengan May di roller coaster.

"Oh, aku fikir kau dah mampus dengan makanan kau" kata May pula. Dua-dua menjeling sesama sendiri.

Eun Min dan May membuat mimik muka yang pelik-pelik pada masa yang sama.

"Pfft" mereka berdua hanya menahan gelak kerana muka yang dibuat amat kelakar dan memalukan.

"Jom Moonbin, kita pergi tempat lain" kata Eun Min yang mahu pergi tapi tiba-tiba tangannya ditahan.

"Aku nak naik roller coaster, kan MJ?" kata Moonbin. MJ menganggukkan kepalanya sambil tersengih.

"Jom, giliran kita dah sampai" kata MJ seraya seret May.

Tiba-tiba MJ dan Moonbin duduk bersama-sama dan tiada tempat duduk lain selain daripada sebelah May.

"Moonbin, aku tak nak lah" Eun Min mencebik.

"La, kenapa pula?" tanya Moonbin.

"Buat apa aku nak duduk sebelah umang-umang?"

Kata-kata Eun Min membuatkan May menjelingnya.

"Eleh, macamlah aku hadap sangat nak duduk sebelah Panda. Duduk je pun, bukannya apa" disebabkan kata-kata May itu seperti satu cabaran, Eun Min pun duduk sebelah May.

Lalu roller coaster (?) pun mula bergerak di landasan.

"What the heck, tinggi gila puncak dia" kata May.

"Aku pun dah rasa gayat dah" kata Eun Min. Hahaha, sekali lagi mereka lupa yang mereka sedang bergaduh dan merajuk.

"Wey, wey! Seingat aku, masa kali terakhir kita naik benda ni, tak lah tinggi sangat!" May sudah ketakutan.

"Tu lah, tapi kali terakhir kita pergi masa sekolah rendah. Memang lupa la-, argh! Tingginya!" Eun Min sudah terlebih dahulu menjerit apabila dia terpandang bawah padahal belum sampai ke puncak.

"Eomma! Aku takut!"

"Aku pun sama!" gayat katakan. MJ dan Moonbin hanya ketawakan mereka.

"Yah, korang ni jahatlah" kata mereka berdua sekaligus. Apabila sudah sampai dipuncak, mata Eun Min dan May terbeliak.

Maka, jatuhlah oller coaster itu, lantas Eun Min dan May peluk sesama sendiri.

"Eomma!"

Tapi semasa menaiki roller coaster itu, mereka mula menikmati dan berasa seronok. Mereka berdua pun teringatkan zaman kanak-kanak mereka di mana Seok Jin dan Mingyu membawa mereka ke taman tema. Sungguh gembira masa itu.

☁☁☁☁

Jihye yang kat bawah ni pun sudah menggigil melihat roller coaster itu.

"Takut ke, Jihye?" tanya Eun Woo.

"Takde lah" tipu Jihye.

"Kau ni kuat betul menipu" kata Eun Woo seraya menolak kepala Jihye dengan jari telunjuknya.

"Apa ni, suka-suka hati je tolak kepala orang" marah Jihye sambil menjeling sengihan Eun Woo.

"Eh, Jihye!" kata seseorang. Jihye memandang manusia itu, Seulra. Seulra sedang memegang tangan seorang kanak-kanak.

"Sejak bila kau beranak?" tanya Jihye dengan pokerface.

"Woi, woi, apani. Aku bawa anak buah aku yang baru balik dari Jerman jalan-jalan la" kata Seulra sambil buat muka -_-
"Kau buat apa kat sini?"

"Baikkan hubungan dua ekor haiwan"

"La, kenapa kau tak ajak aku?" marah Seulra.

"Habis kau pun gaduh" ayat Jihye membuatkan Seulra sentap.

"Diamlah Rude Swagger"

"Kau pun sama, Tough cookie"

Mula lah Seulra dan Jihye berdebat sesama sendiri. Souha, anak buah Seulra pula takde kerja selain pergi usya Eun Woo yang handsome.

🌻🌻🌻🌻

"Jom pergi rumah hantu!" ajak MJ.

"Jom, aku pun nak pergi juga" kata Moonbin pula. Lalu, May menjeling dua ekor tu.

"Apa motif korang sebenarnya?" tanya Eun Min dengan nada yang marah.

"Korang nak baikkan kami ke? Darimana korang tahu kami gaduh?" pertanyaan May membuatkan Moonbin dan MJ mula panik

"Eh, korang gaduh ke? Jom berbaik" kata MJ yang terang-terang lagi seperti menipu.

"Kalau nak buat macam ni, tak payahlah. Kau ajak aku pergi sini semata-mata nak hadap dia?" marah May, MJ terdiam.

"Aku nak pergi dulu. Buat apa aku duduk sini" kata Eun Min pula.

"Sekurang-kurangnya, temanlah aku pergi rumah hantu" kata Moonbin.

"Kau pergilah dengan MJ sebelah kau tu. Buat apa nak ajak panda penakut cam aku?" Eun Min menjeling seraya pergi. Sungguh serious dan menakutkan.

May pun turut berlalu pergi.

(Mohon maaf kalau part ni jiwang. Author buat sambil dengar lagu spring day. Dan aku tak tahu kenapa aku jiwang sangat sampai rasa nak nangis)

Sedang mereka berjalan-jalan, mereka memerhati sekeliling taman tema. Ada banyak perubahan. Tapi memori semasa kecil masih segar di ingatan.

Satu per satu tempat dikunjungi, satu per satu memori muncul di kotak fikiran, setiap memori membuatkan senyuman muncul di bibir.

Senyuman hambar lagi sedih, menginginkan semua itu berlaku lagi, tapi masih ikutkan ego. Mengapa mereka tidak lepaskan sahaja ego itu?

Apabila teringatkan punca pergaduhan mereka, luka yang perit boleh saja membuatkan air mata menitis. Disebabkan luka itu juga, ego dijaga. Jangan ada yang kalah, jangan ada yang dianggap lemah. Hanya fikir diri mereka sahaja betul.

Tetapi memori gembira yang kuat mencengkam ingatan mereka, memori yang membuatkan rasa rindu meluak-luak.

When can they end the winter relationship?
When will the friendship become warmer as back then in spring day?
This winter that make them shivering only because the coldness of hard ice which called ego
When will they break up that ice?

Eun Min dan May terhenti daripada sambung berjalan. Mereka memandang tempat dimana kaki membawa mereka. Park carousel horse ride

Flashback

"Aku dah paksa mak ayah aku bawa kita jalan-jalan. Tapi diaorang sibuk" keluh Jihye.

"Samalah dengan aku" keluh Seulra.

"Macam mana kalau saya ajak Jin-oppa" cadang Ji Hyun. Semua memandang Ji Hyun.

"Boleh! Boleh! Aku pun nak ajak Mingyu... Walaupun aku tak tahu dia free atau tak" kata May pula.

"Tolonglah dia bawa kita! Aku betul-betul harap kita boleh pergi amusement park" pinta Min.

"Amusement park! Mesti seronok kan?" kata Eun Ha.

"Tak sabar aku kalau jadi" kata Jihye.

🍬🍬🍬🍬

"Wah! Aku pergi ferris wheel!"

"Aku nak pergi horse ride tu!"

"Saya nak pergi cawan!" sungguh riang mereka semua. Minggu, Wooseok dan Jin hanya tersengih memandang mereka. Tidak lupa juga Taehyung yang turut berada di sana.

"Baik anak-anak sekalian, jangan excited sangat. Kesian abang-abang handsome ni nak jaga korang" kata Taehyung.

"Oppa! Jom pergi sana"

"Eh, sana dulu lah"

"Wait!" kata seseorang dengan suara yang kuat sehingga semua orang memandang Eun Min.

"Kita makan dulu!"

Ya, makan paling penting..

"Jom kita pergi horse ride tu" ajak Wooseok. Terus keenam-enam gadis berserta empat namja handsome yang sudah besar panjang tapi buat perangai macam budak-budak naik kuda-kuda.

"Ji Hyun, senyum!" Jin mengambil gambar Ji Hyun.

Jihye dan Seulra pula rancak berbual, dan kali ini tiada debat antara mereka berdua.

Eun Ha teramatlah hambar kerana sibuk lagi baca buku.

May dan Eun Min pula ejek mengejek sesama sendiri sambil buli-membuli.

"Peh, montel betul pipi kau" kata Eun Min yang sedang mencubit pipi May.

"Rambut kau kusutlah" kata May yang menarik rambut Eun Min. Dua-dua pun gelak.

"Flower princess~!" kini mereka mengejek Eun Ha pula.

End Flashback

Segala kenangan itu membuatkan hati mereka berhenti sekejap, lalu berfikir.

'Bila nak akhiri semua ni dan jadi seperti dulu?'

Ego mula dibuang sedikit demi sedikit. Rasa kesal mula muncul. Lantas mereka berdua cari sesama sendiri. Padahal depan mata je kot -,-

"Panda!"

"Umang-umang!"

Apabila kedua-dua mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berpeluk pada masa yang sama, air mata mula menitis.

"Aku rindu kau Umayrah"

"Aku pun rindu kau juga, Min"

Air mata dan hingus di lap. Orang awam sudah memandang mereka dengan wajah
Kenapa-dengan-diaorang-ni??

"A-aku minta maaf sebab tak support kau" kata Eun Min sambil menguis-guis kasutnya pada lantai.

"Aku pun sama. Minta maaf sebab merajuk" kata May pula. Lalu Eun Min mula menarik pipi May manakala May menarik rambut Eun Min. Dua-dua pun buat muka yang kelakar.

"Hahahaha!"

Jihye, Seulra, Eun Woo, Moonbin, MJ dan Jinjin di tepi berasa bangga apabila mereka sudah berbaik. Seulra yang sudah menangis kegembiraan telah membuatkan Jihye terkejut.

"K-kenapa dengan kau ni?"

Tiba-tiba Seulra berlari kearah May dan Eun Min sebelum memeluk mereka berdua.
"Akhirnya, korang dah berbaik! Korang tahu tak macam mana aku risaukan korang" kata Seulra sambil menangis.

Eun Min dan May be like hantu mana ni?

"Lek lek, berhentilah nangis Seulra. Dahlah muka kau buruk bila nangis" ejek Jihye, Seulra hanya menjeling.

Souha ditepi kerjanya melekat je dengan Eun Woo. Aduhai budak ni.

"Memandangkan sekarang dah petang, jom makan. Aku belanja" kata Eun Woo. Semua bersorak riang.

Sedang mereka order makan, kelibat dua orang membuat mereka semua kecuali Jinjin terkejut.

"Eh, korang kat sini?" tanya Eun Ha yang masih memakai skaf mini mouse itu tadi.

"Eh, tak lah, kami kat jalan raya" masin betul mulut Jihye berkata.

"Jemputlah duduk"

Eun Ha dan Soo Hyun pun turut duduk. Jadi di restoran tu, meja mereka lah yang paling bising.

"Jom, pergi rumah hantu" ajak Moonbin bersemangat.

"Taknak" balas Eun Min.

"Lah, dah berbaik pun masih tak nak ke?" tanya Jinjin.

"Eh, korang dah berbaik?" tanya Eun Ha. Kedua-dua mereka menganggukkan kepala dan telah membuatkan Eun Ha tersenyum gembira.

"Rasanya rumah hantu dah tutup" kata Eun Woo. Terus MJ dan Moonbin mencebik.

"Ada je hantu yang boleh takutkan kita walaupun kita tak pergi rumah hantu" kata Jihye.

"Siapa?" tanya Soo Hyun yang sudah berminat ingin tahu.

"Kwon Seulra"

Terus mereka tergelak bersama, Seulra pula menjeling "Kenapa aku pula?"

"Sebab kau terlalu cantik!" MJ ber'pickup line'.

Lalu, kembanglah hidung Seulra.

🌼🌼🌼🌼

Bilangan pelanggan semakin berkurangan. Min Hyuk yang baru siap kerja keluar dari kedai itu. Tiba-tiba dia merasakan seseorang menariknya.

"Ji Hyun?" panggil Min Hyuk. Ji Hyun pun menarik Min Hyuk ke ferris wheel. Nampaknya dia sudah tempah siap-siap. Anak orang kaya, biasalah.

"Wuish, Ji Hyun. Kenapa tiba-tiba bawa saya naik ferris wheel ni?" tanya Min Hyuk.

"Saya nak naik dengan awak" kata Ji Hyun. Min Hyuk pun memandang mata Ji Hyun, memang terdapat kesedihan dan kesunyian.

"Mana abang awak?" tanya Min Hyuk, memecahkan kesunyian.

"Dia pergi restoran nak bungkus makanan"

"Tak ke dia risau awak naik ferris wheel ni?"

Ji Hyun terdiam.

"Awak tak bagitahu dia kita naik ferris wheel?" tanya Min Hyuk, terkejut. Ji Hyun menggeleng.

"Saya pun tak bagitahu dia pasal awak naik dengan saya" kata Ji Hyun. Min Hyuk menelan air liur. Habislah dia kena kecam nanti.

"Kita ni lebih dari kawan, kita ialah adik beradik kembar" kata Ji Hyun dahulu semasa dia menaiki ferris wheel bersama dengan Eun Ha masa kecil.

Air matanya mengalir tanpa dia sedar.

"Eh, Ji Hyun. Kenapa dengan awak?" tanya Min Hyuk. Ji Hyun menggeleng sambil lap air matanya.

"Saya okay" kata Ji Hyun, masih lagi menangis. Habis basah lengan bajunya.
Tiba-tiba Min Hyuk memeluk Ji Hyun. Kepala Ji Hyun di letakkan di atas bahunya.

"Nangis lah puas-puas. Tiada orang nak tengok" kata Min Hyuk. Terus air mata bercucuran, Min Hyuk dapat merasakan bahunya basah kerana air mata Ji Hyun. Ji Hyun menangis dengan teresak-esak. Buat pertama kalinya sepanjang pergaduhan itu berlansung, akhirnya Ji Hyun dapat menangis sepuas-puasnya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi letupan. Mereka berdua pun memandang langit dari ferris wheel.

"Wahh, bunga api!"

"Cantiknya!"

Nampak sangat jakun macam tak pernah nampak bunga api, Seulra dan Jihye memandang mereka dengan wajah apahal-jakun-sangat?

"Bestnya harini. Semua berjalan dengan lancar. Terima kasih Eun Woo" kata Jihye. Dia memandang Eun Woo yang tinggi itu sambil tersenyum ikhlas. Eun Woo yang nampak senyuman tiba-tiba terbatuk-batuk.

"Kau okay tak ni?" tanya Jihye yang mula panik.

"O-okay" kata Eun Woo yang cuba mengelakkan pertentangan mata. Kelihatan kemerahan pada pipinya.

"Kan bagus kalau semua ada kat sini" kata May pada Jihye.

"Takpe, aku janji satu hari nanti aku akan bawa kita semua ke amusement park lagi"

4268 words, guys! Tak termasuk author note aku tulis ni. Dah nak patah tangan aku tulis chap ni😂. Di sebabkan aku rasa chap ni terlalu panjang, malas pula aku nak baca balik. Maaf akan typo atau kesalahan tatabahasa 😜. Dan maaf juga kalau chap ni cam over sangat.

Mianhae Seulra sebab takde scene sweet awak dengan Sanha (nanti saya tulis). BTW, tahniah kerana berjaya baca sampai ke sini 👏👏👏👏

Next is Ji Hyun dan Eun Ha pula.

Okay, please vomment dan spam aku. Dah penat aku update (sebenarnya, tulis untuk mengisi masa lapang yang takde internet)

Okay, babai~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro