🌸Chapter 2: Wondering?☀
🌼Ji Hyun's POV🌼
Saya sedang berjalan kearah makmal bersama rakan-rakan sekelas yang lain. Saya memandang kelas yang saya lalu, kelas 4-A iaitu kelas Jihye. Masa itu saya ternampak seorang pelajar lelaki yang duduk disebelahnya sedang memandang ke arah Jihye. Pelajar lelaki itu... Ummnn... Ketua kelas? Presiden sekolah rasanya, Lee Dong Min atau lebih dikenali sebagai Cha Eun Woo.
Eun Woo kadang-kadang menumpukan pelajaran, kadang-kadang matanya bergerak memandang Jihye.
"Ji Hyun! Kamu buat apa tu?" tanya rakan sekelas saya, Megan.
"Tak ada apa-apa" saya terus berlari mengejar rakan-rakan sekelas saya.
☁Jihye's POV☁
"Saya akan bahagikan kamu dalam satu kumpulan 3 orang. Tapi, disebabkan jumlah murid dalam kelas kamu tidak cukup, ada satu kumpulan yang mempunyai 2 orang sahaja" kata Puan Yoo sebelum mengeluarkan sehelai kertas.
"Han Jong Min, Won Ha dan Kim Jinhee. Kamu bentang pasal..."
Kemudian cikgu terus panggil nama demi nama dan tajuk yang perlu dibentangkan. Aku pula separuh termenung sambil menunggu nama aku dipanggil.
Aik, banyak nama dah kena panggil, kenapa nama aku belum kena sebut? Jangan cakap...
"Lee Dong Min dan Choi Ji Hye Li-Hwa, kamu berdua ialah kumpulan yang hanya ada dua orang. Eun Woo, saya tahu kamu boleh manage, kan?"
"Ya, Cikgu" jawab pelajar lelaki yang duduk sebelah aku. Jap, Lee Dong Min? Ada banyak Lee Dong Min kat sekolah ni. Jap, Eun Woo? Bukan itu nama presiden sekolah ke?
Tak silap aku, nama sebenar Eun Woo, Lee Dong Min kan? Eh, since when dia duduk sebelah aku.
"Jadi, Eun Woo dan Jihye, kamu perlu selidik dengan lebih dalam tentang sistem pemerintahan negara Silla di bawah pemerintahan Sam Mek Jong"
(Jom kita belajar Hwarang, hehe)
Aduhai, kenapa kumpukan kami dua orang je? Tapi, okay juga, tak lah heboh sangat.
🌼Rocky's POV🌼
Haish, dari haritu aku asyik terbayangkan perempuan rama-rama tu. Aku tak tahu macam mana aku boleh terpegun. Dia cantiklah.. Eh, aku fikir apa ni?
"Rocky, kau fikir apa ni? Termenung memanjang" tanya May, budak yang duduk depan aku.
"Rocky? Kenapa kau panggil aku macam tu?"
"Kelakar lah nama tu, tapi cool apa. Ada satu kawan aku, bila dia nampak kau, dia panggil kau Rocky"
"Kawan kau? Yang mana satu?"
"Kawan aku yang... Entahlah, aku dah lupa"
Rocky? Cool juga nama tu. May selalu kawan dengan perempuan rama-rama tu kan? Kalau May kata itu kawan dia, mungkin perempuan rama-rama tu yang panggil aku Rocky...
Eh, aku berangan apa ni? Buat apa aku nak gembira?
"Ha, tengok tu, muka berangan lagi" kata May sambil ketuk meja aku.
"Hahaha, tak ada apa-apalah..."
🌻MJ's POV🌻
"Hey, Min Hyuk, kenapa tersenyum-senyum ni?" tanya aku sambil mengambil tempat duduk disebelahnya. Sandwich di tangan aku makan.
"Senyum? Mana ada aku senyum"
"Pandang siapa?" aku usik dia lalu melihat arah yang dia sedang lihat tadi.
"Woah, cantik kan perempuan tu? Aku dengar dia top student. Dia grade 1 kan?" (15 tahun)
"Tak tahu. Mungkin dia junior kita" kata Min Hyuk sebelum sambung memandang ke arah gadis itu.
"Kau suka dia kan?" aku tersengih. Riak muka dia berubah.
"Tak, tak. Aku mana ada suka dia"
"Tengok muka dah tahu. Tu merah dah pipi"
"Biarlah. Eh, aku dah jumpa nickname yang sesuai dengan aku" tiba-tiba cakap pasal nickname. Tukar topik la tu..
"Apa nickname yang kau dapat?"
"Rocky, cool kan?"
"Rocky? Cool dan sesuai juga dengan kau sebab kadang-kadang kau boleh jadi keras macam batu. Dari mana kau dapat nama tu?"
"Classmate aku, May kata kawan dia panggil aku Rocky" dia menunjuk kearah gadis yang sedang bercakap dengan perempuan grade 1 tadi. Perempuan tu, dia yang lari laju hari tu kan?
"Nama dia May?"
"Ya, kau kenal dia?"
"Haritu, masa belajar dalam kelas, aku nampak dia berlari di padang. Lajunya"
"Dia atlet, memang laju"
Aku memandang May. Mata dia biru, cantik. Ok, fine, dia comel, aku nak try?
❄Sanha's POV❄
Mana Noona Seulra? Dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa...
"Hah! Jumpa pun" aku berlari ke arahnya. "Noona, noona nak pergi mana?"
"Yoon Sanha" dia sebut nama aku.
"Ya"
"Sekarang masa apa?"
"Masa rehat?"
"Masa rehat kita buat apa?"
"Makan?"
Dia memberi pandangan yang dingin sebelum berjalan ke arah kantin. Aku cepat-cepat berlari ke arahnya.
"Noona, jangan layan Sanha macam tu. Jahat..." Aku buat aegyo. Dia seperti menahan something. I think, she think that I'm so cute and couldn't resist it.
"Jangan buat muka macam tu, boleh tak?" dia kata dengan nada marah sebelum dia berjalan dengan laju-laju menuju kearah kantin. Cute noona. Dia tak nak orang tahu perasaan sebenar dia.
"Noona Tough Cookie! Wait for me!"
🐛Eun Ha's POV🐛
Aku berjalan di koridor menuju ke kantin. Tiba-tiba, aku ternampak seseorang berjalan ke luar kelasnya. Lelaki haritu! Baik aku jalan cepat-cepat.
Aku berjalan dengan laju dihadapannya, dengan harapan dia tidak perasan.
"Awak!" dia panggil aku ke? Mungkin dia panggil orang lain.
"Awak!" dia panggil sekali lagi. Dia perasan aku ke? Buat-buat tak dengar.
"Awak" kali ini, dia tarik lengan aku. Aku terkejut.
"Opps! Sorry" dia melepaskan genggaman itu.
"T-tak pe" aku cuba lari, tapi apa pula nanti dia fikir? Aku cuba untuk tidak melihat kearahnya. Kenapa aku perlu berhadapan dengan lelaki yang aku tak kenal?
"Awak masih marah pasal kes haritu?"
"Tak, m-mana ada"
"Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak cederakan awak"
"Tak pe, saya okay" aku cuba memberikan senyuman, tapi hambar jadinya.
"Sebagai tanda minta maaf, saya belanja awak makan"
Apakah? Berani pula dia belanja aku makan. Masalahnya, aku nak lari lah, tak berani.
"T-t-tak pe, tak payah.. Kawan saya dah tunggu dah ni. Jangan risau, saya tak marah. Ok, bye"
Aku cepat-cepat berlalu pergi. I wonder, dia sedang tengok aku ke?
"Eun Ha" panggil seseorang tiba-tiba. Aku memandang, Eun Min rupanya.
"Aku nampak tadi kau bercakap dengan Jinjin!"
"Jinjin? Nama dia Jinjin?"
"Yup, takkan kau tak kenal dia. Dia popular la, macam mana kau boleh bercakap dengan dia?"
"Cakap kosong je"
"Habis.. Nape sampai tahap tarik lengan tadi?"
"Taklah, dia cuma minta maaf dengan aku"
"Pasal?"
"Haritu.." aku mula menceritakan perkara yang sebenar.
🍀Moon Bin's POV🍀
Aku sedang menolong guru mengangkat buku. Kenapa asyik aku je jadi mangsa angkat buku ni? Bab bab angkat benda berat, mesti cikgu aim aku.
Tahulah aku kuat.
"Siap pun hantar semua buku"
Aku berjalan keluar dari bilik guru. Tiba-tiba aku ternampak seseorang, Eun Min dengan kawan dia Eun Ha dan Seulra. Haritu, aku terkejut bila tiba-tiba dia puji senyuman aku. Masa tu aku cair sekejap. Rupa-rupanya, harapan palsu. Sedih betul...
"Eun Min!" panggilku. Dia memandang lalu berjalan ke arah aku.
"Binnie, kenapa?"
"Berhentilah panggil aku Binnie"
"Nama tu comel, ok? Lagipun, berhappylah, at least aku kasi nickname"
"Kalau nickname macam tu, buat apa nak happy? Pasal kerja rumah semalam, kau dah siapkan"
"Belum"
"Baik kau siapkan sebelum aku kena tolong cikgu hantar buku lagi" aku mengelus kasar rambutnya.
"Yah! Jangan kacau rambut aku boleh? Tahulah rambut aku cantik"
"Eleh, tolonglah. Rambut kau tu cuma mainan aku je"
"Berhentilah encik berlagak hebat. Dah, makanan aku dah tunggu"
"Makanan kau ke makanan kantin! Kurangkanlah makan sikit, panda!"
"At least aku masih kurus even though kuat makan"
"Tak nampak body shape. Tengok aku, badan fit"
"Dah, rasa menyampah aku tengok. Bye"
Aku tergelak kecil. Memang aku suka cari pasal dengan dia. Dia ni jenis open dengan semua orang, jadi senanglah aku jadi rapat dengan dia. Aku tersenyum bila teringat gelagatnya.
Eh, baik aku pergi kantin, dah rasa lapar ni.
A/N:
Chapter 2! Buat juga akhirnya. Tiba-tiba, jadi rajin sangat nak buat. And thank you so much for your kind comments di chapter yang lepas. Minta maaf kalau chapter yang ni hambar.
Kepada yang baca tapi tak apply kat af ni, anggap jela ni sebagai fanfiction ASTRO 😂.
Dan korang patut lagu ASTRO confession, cair aku dengar lagu tu. Ok, jumpa kat chapter 3.
Bye~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro