❄Chapter 18: Someone in Lonely🌹
"Hohoho, macam tu ke. Eh! Seulra, mari turun sayang" kata seorang wanita kepada seorang gadis kecil yang sedang menuruni tangga yang besar itu.
Gadis itu kekal dengan muka kosongnya seraya pergi ke arah wanita itu dan tetamunya.
"Ini nak perempuan saya, Seulra" kata Puan Chaerin sambil memegang bahu Seulra. "Senyum dekat Aunty Yoon, sayang" bisik Puan Chaerin pada Seulra.
Seulra senyum penuh hormat pada tetamu ibunya.
"Hi Seulra. Aunty Yoon ada seorang anak. Kamu kawanlah dia" senyum Puan Yoon pada Seulra sambil mengusap kepala seorang budak lelaki yang bersembunyi di belakangnya. Budak lelaki itu hanya menunduk malu.
"Cakap 'hi' dengan Seulra, Sanha" kata Puan Chaerin. Budak itu menaikkan kepalanya dan-
Seulra terjaga daripada tidurnya. Dia pun bangun lalu memandang ke arah jam yang berada di atas meja. Ia menunjukkan pukul 6.30 pagi. Seulra lantas bangun untuk bersiap ke sekolah.
Seulra ni tak perlu jam loceng untuk bangun. Automatik dia akan bangun sendiri pada masa yang sesuai.
Dia pun turun bawah ke ruang tamu. Sunyi sepi. Inilah tempat tinggal Seulra, rumah besar tapi sangat sunyi. Dia hanya ditemani dengan beberapa orang gaji sahaja. Seulra pun duduk di atas meja makan yang besar untuk bersarapan. Hanya dia seorang sahaja di atas meja makan tersebut. Maklumlah, dia anak tunggal. Lagipun, ibubapanya selalu sibuk.
🌹🌹🌹🌹
Seperti biasa, Ji Sook akan sampai awal ke sekolah. Awal pagi lagi bunyi piano sudah kedengaran.
Jari-jemarinya laju menekan kunci piano, lagu yang dimainkannya memang menusuk kalbu. Tiba-tiba pintu dikuak. Ji Sook memandang ke arah orang itu tapi jarinya masih tidak lepas daripada main piano. Woo, pandai eh
"Oh, Ji Sook-sunbae, anneyong" tunduk Eun Ha penuh hormat. Ji Sook tersenyum ke arah Eun Ha.
"Yo, Yerin!" kedengaran satu suara di belakang Eun Ha. Ya, tadi kebetulan Jinjin dan Eun Ha sama-sama bertemu.
"Apa Jinjin panggil Ji Sook-sunbae tadi? Yerin?" tanya Eun Ha, mengulangi nama yang disebut Jinjin tadi.
"Ops" Jinjin smirk ke arah Ji Sook sambil menaik-naikkan keningnya.
Ji Sook menjuihkan mulutnya tanda menyampah sambil buat muka nahas-kau-nanti. Macam Ji Sook tidak kenal perangai Jinjin yang nakal itu.
"Takde lah, tadi tersalah sebut nama" kata Jinjin pada Eun Ha.
❄❄❄❄
"Seulra-noona!" kata Sanha. "Oh, how I miss you"
"Yah! Kau ni dah kena sampuk hantu ke apa?" marah Seulra sambil ketuk kepala Sanha.
"I just miss you, that's all" kata Sanha dengan fasih. Ewah ewah, mentang-mentang pandai english.
"Dah lah, berhenti la cakap bahasa english. Shuu! Pergi sana. Aku nak baca buku" kata Seulra sambil menolak muka Sanha. Dia perlu baca buku sebab hari ini ada test. Argh, stress kerana baru-baru ini cikgu tekankan Seulra untuk menaikkan grednya.
"Apa noona ni? Sanha nak tegur sikit pun tak boleh. Sanha merajuklah!" Sanha yang merajuk pun berlalu pergi dan meninggalkan Seulra keseorangan baca buku di bangku taman.
"This kid, why he's being so childish" omel Seulra dengan loghat British yang pekat. Dia pun sambung membaca buku.
Baru Seulra pun aman kembali mem baca buku.
"Noona!" datang balik suara yang terus menerus merosakkan moodnya.
"Apa dia, Sanha?" marah Seulra apabila Sanha kembali dengan sebiji cupcake.
"Janganlah macam tu noona. Saya kembali untuk pujuk noona dengan cupcake, jadi berhentilah merajuk ya?" pujuk Sanha. Seulra pandang Sanha dengan pandangan keliru.
"Tadi kau kata kau nak merajuk. Tiba-tiba datang pujuk aku macam aku yang merajuk"
"Eh, kalau noona layan Sanha macam tu, maksudnya noona merajuk" Sanha tersenyum sumbing.
"Makanlah cupcake ni, noona" Sanha cuba untuk menyuap Seulra tapi Seulra cuba untuk menolak perlahan-lahan.
"Tak nak. Noona dah kenyang" kata Seulra. Tapi Sanha masih lagi menyuap cupcake itu ke arah Seulra.
"Sanha, aku kata aku tak nak" kata Seulra tapi Sanha masih berdegil.
"Makanlah. Mana tahu boleh hilang badmood tu" pujuk Sanha.
"Aku kata aku tak nak, tak nak lah!" marah Seulra sampai buat Sanha terlalu terkejut. Dia terkejut sampai cupcake itu pun terjatuh atas buku yang Seulra sedang baca.
"Sanha!" jerit Seulra lalu memandang Sanha. Perasaan marah campur sedih ditahan-tahan.
"Omo, noona! Mian.." Sanha mengambil cupcake itu lalu mengelap buku dengan sapu tangan tapi Seulra menghalang.
"Jangan! Kau lap nanti makin banyak tempat kena calit krim manis ni!" amaran keras diberikan berserta jelingan yang amat tajam. Memang Sanha bikin panas hati.
"Kau tahu tak buku ni hadiah pemberian papa dari luar negara!? Cetakan Oxford dan semestinya mahal dan limited edition! Padat dengan kandungan dan kau sesuka hati je rosakkan buku ni!?" bebel Seulra yang sudah berdiri. Sanha memandang bawah sambil mengetap bibir.
"Maaf noo-"
"Kau ni pun nak kata bodoh, tak lah bodoh! Kau takde otak ke? Perangai memang tak pandai nak matang! Aku dah kata 'tak nak', tak naklah! Otak salah masuk input ke!?" muka Seulra sudah bermerah dek kerana darah panas yang mendidih mengalir. Memang sedang meletup macam volcana.
Air mata sudah berlinang di mata Sanha. Cuma tunggu waktu untuk mengalir sahaja. Tangan digenggam erat, takut kemungkinan menerima pukulan daripada Seulra.
"Kau memang, urgh! Menyusahkan hidup aku! Dah, aku tak nak cakap dengan kau lagi" Seulra terus berlalu pergi dengan perasaan marah. Hentakannya keras sewaktu berjalan. Lalu, dia pun jatuh kerana menghentak kakinya terlalu kuat hingga tidak sedar ada batu kecil.
"Noona!" Sanha bangun untuk menolong Seulra tapi Seulra angkat tangan tanda protes.
"Tak payah tolong, budak! Aku boleh bangun sendiri" dengan payahnya Seulra bangun. Kakinya berdarah. Biarlah, asalkan buku kesayangannya masih selamat.
Kelibat Seulra semakin lama semakin menghilang. Muka Sanha menjadi tidak berperasaan. Air mata deras mengalir di pipi.
"I'm sorry, Seulra" bisiknya dengan suara jantan yang sedih lagi hot.
(Eh, sempat lagi aku fangirl)
❄☁❄☁
"Mana Sanha?" tanya Jihye apabila ternampak Seulra yang berjalan terinjut-injut berseorangan.
"Entah dia" jawab Seulra yang terus muram mendengar nama Sanha.
"Kaki tu kenapa?"
"Jatuh. Taguna punya batu kecil"
"Kau gaduh dengan Sanha ke?" tanya Jihye. Terus Seulra terdiam. Jihye membulatkan matanya.
"Seriously? Masalah May dengan Eun Min belum selesai. Ji Hyun dan Eun Ha belum berbaik lagi. Sekarang kau dengan Sanha!? Mai gosh! Dah lah aku malas nak hadap semua benda-benda camni" Jihye menggulingkan matanya tanda menyampah.
"Dah lah. Harini aku bawa someone yang boleh pujuk Ji Hyun" kata Seulra lalu mencari kelibat seseorang.
"Siapa?" tanya Jihye.
"Mae Ji Sook. Orang yang pergi pujuk Eun Ha masuk kelab musik"
"Aku pun bawa seseorang yang boleh pujuk May dengan Eun Min. Aku dah message diaorang semua supaya berkumpul kat sini" kata Jihye pula. Matanya ligat mencari seseorang. Tiba-tiba, ada manusia duduk sebelahnya. Manusia itu memakai cermin mata untuk menyamar menjadi orang biasa.
"Hi, Jihye. Hi Seulra" sapa lelaki itu dengan ceria.
"Taehyung?" terkejut Seulra dibuatnya. Tidak sangka salah satu 'abang angkat' kepada kumpulan mereka datang. Tiba-tiba telefon Jihye berdering. Dia pun lantas membuka telefonnya.
May:
Sorry, aku tak dapat datang harini. Ada practice
Seusai membaca, Jihye mengeluh.
"May tak dapat datang. Dia ada practice" kata Jihye lalu menggunakan tangan untuk menyokong kepalanya. "Haih, dia ni mengelak pula. Macam aku tak tahu Cikgu Yamato takde"
Cikgu Yamato ialah jurulatih May. Kalau Cikgu Yamato tiada, tiada yang akan melatih May.
"Ji Hyun tak tahu dia datang ke tak. Dah banyak kali dia tak datang" kali ini Seulra yang mengeluh. Kemudian, dua-dua mengeluh. Taehyung hanya memandang dua gadis itu.
Tidak tahu hendak buat apa, matanya memerhati sekeliling kafe. Kafe kepunyaan Kim Wooseok dan Kim Minggu itu diwarnai dengan warna coklat berhiaskan tumbuhan hijau. Aroma kopi dan biskut sememangnya kuat dan mampu buat orang luar tertarik untuk mengunjungi kafe itu. Kafe itu memberikan aroma yang tenang dan nyaman walaupun selalu penuh dengan pelanggan.
Taehyung tersenyum melihat gelagat si kecil yang sedang bergurau dengan seorang kembarnya di meja makan keluarga. Tiba-tiba, kelibat seseorang membuatkannya dirinya terkejut.
Hatinya menyoal adakah gadis itu benar-benar dia?
Gadis yang tadinya tersenyum ceria ternampak kelibat Seulra juga terhenti langkahnya. Riak wajahnya berubah serta merta apabila matanya bertentangan dengan mata Taehyung. Sedikit demi sedikit, senyumannya pudar ditukarkan dengan muka tersinggung.
"Oh, Ji Sook! Sini" tegur Seulra lalu menepuk-nepuk tempat duduk kosong disebelahnya.
Gadis kekal terdiam sambil memandang Taehyung dengan dahinya yang sudah berkerut.
"Taehyung?"
"Yerin?"
Tanya mereka berdua pada masa yang sama. Seulra dan Jihye hanya mampu melihat.
"Seulra, aku pergi dulu" Ji Sook menjulingkan matanya ke atas tanda menyampah seraya flip hair. Dia pun berlalu pergi.
Taehyung pula memandang gadis itu dengan wajah masam mencuka lalu menjelir lidah ke arah gadis itu. "Fikir dia hebat sangat" omel Taehyung.
"Apakah.." tanya Jihye dan Seulra yang inginkan penjelasan.
"Apa?" tanya Taehyung sambil memeluk tubuh. Memang sedang marah.
"Apa yang dah jadi?" Jihye memberanikan diri untuk menyoal.
"Ex aku" kata Taehyung. Jihye dan Seulra membuntangkan mata mereka dengan luas.
"What!?"
"Aku tak tahu pun" marah Seulra. Ye lah, dulu dia dengan Taehyung satu sekolah masa Seulra grade 1.
"Memang lah kau tak tahu. Masa aku couple dengan dia, kau ada program pertukaran pelajaran di Jepun"
Seulra dan Jihye memandang sesama sendiri dengan wajah terkejut.
"Kenapa kau panggil dia Yerin?" tanya Seulra pula.
"Nama sebenar dia Jung Yerin. Mae Ji Sook tu nama samaran dia famous terutama sekali dalam dunia piano"
(Siapa ingat faceclaim Mae Ji Sook kat chap yang lalu? Itulah Jung Yerin)
"Kalau takde apa-apa, aku pergi dulu" Taehyung pun bangun lalu meninggalkan mereka berdua.
"Why I have to face with all this shits?" omel Jihye. Memang pecah kepalanya. Banyak konflik melanda.
May masih gaduh dengan Eun Min. Ji Hyun dan Eun Ha belum berbaik-baik. Berita baru! Sanha dan Seulra bergaduh pula. Sekarang Ji Sook dan Taehyung yang konflik dulunya belum selesai? Oh no no no. Jihye yang malas nak ambil kisah pasal orang lain terpaksa menghadapi sebab siapa lagi kalau bukan dia yang sepatutnya bertugas menjadi pendamai?
Yo guys! Maaf dah lama tak update. Watak Seulra dan Ji Sook menyerlah. Tinggal Jihye je lagi. Wait for it guys~
BTW, Seulra. Cantik tak cover baru? Casts cover dibuat one by one applier😂😂
Ok, see you in next chapter
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro