🌨Chapter 15: Rain☔
"Makan banyak-banyak. Nanti cepat besar" kata Rocky kepada seekor anjing. Dia mengusap-usap kepala anjing itu.
"Saya terfikir nak namakan awak Rocky lah. Sebab saya rasa Rocky bunyi dia cool. Lagipun saya dah ada nama sendiri. Park Min Hyuk, nae Rocky?" kata Min Hyuk.
Jadi bersedialah untuk confuse antara Rocky Min Hyuk dan puppy Rocky ye.
Min Hyun memandang ke arah bekas makanan puppy Rocky. Ada sisa makanan anjing yang mahal. Mesti tadi puppy Rocky makan. Masalahnya, siapa yang bagi puppy Rocky makan?
"Jiran orang kaya kot" fikir Min Hyuk.
🌻🌻🌻🌻
"Minggu ni akan kerap berlaku hujan lebat. Kemungkinan besar, hujan lebat akan berlarutan sehingga beberapa minggu hadapan. Sila buat persediaan awal-awal" kata pengacara cuaca di TV. May menonton TV dengan penuh perhatian sambil mengunyah kuih dorayaki.
"Ala, hujan banyak ke? Tak boleh lah sukan" omel May sambil mengambil dorayaki seterusnya. "Main dalam hujan best juga kan? (☆ω☆)"
Nak main hujan ke, May?
Tiba-tiba telefon May berdering. May membuka telefonnya untuk lihat siapa yang menghantar mesej.
__
May noona, boleh tak kalau Sanha nak join noona dengan yang lain lepak esok kat cafe hyung? Boleh lah.. Sanha asyik tak dapat ikut je
Sanha
__
Selesai membaca, May pun membalas.
May: Suka hati kaulah Sanha. Jangan tanya aku kalau esok kau kena halau
Sanha: (ಥ_ಥ)
May: Maaf, tapi aku takkan pujuk diaorang ( ̄∀ ̄)
Setelah itu, selamatkanlah telefon May sebab hang kena spam dengan Sanha
🍀🍀🍀🍀
"Birunya langit" kata Eun Min sambil memandang ke arah langit melalui tingkap.
"Eh, kau dengar berita semalam?" tanya Moon Bin pada Eun Min.
"Berita apa?" tanya Eun Min yang masih lagi fokus memandang langit luas yang biru dengan awan putih bak kapas. Nampak macam lukisan apabila dipandang. Lagipun, pemandangan ini selalunya pada masa musim panas.
"Eh, kau jenis tak tengok berita?"
"Tak" gaya Eun Min macam tidak kisah pasal Moon Bin.
"Hujan akan kerap berlaku. Mungkin berlarutan selama beberapa minggu. Bawa payung tak?"
"Tak. Kau?"
"Mesti lah bawa. Ingat aku nak jalan kaki dengan basahnya?"
"Kalau begitu, hantar aku pulang dulu"
"Tak nak aku. Nanti orang kata aku berjalan dengan panda sesat. Dah aku kena tangkap"
"Maaf tak lawak"
"K... Fine..." Moon Bin acah-acah merajuk. Tetapi Eun Min langsung tidak berubah dari posisinya yang merenung ke luar tingkap.
🐛🐛🐛🐛
Langit mula mendung. Cahaya matahari yang tadinya menyinari sedikit demi sedikit malap. Guruh mula berdetum kuat, seperti sesuatu menghentak bumi dengan kuat.
Jinjin memandang kearah langit. Setitik air hujan mula menitik di atas tanah yang kering. Ramai pelajar sudah membuka payung untuk berjalan. Dia kena duduk di sekolah untuk berlatih bermain dram. Tapi sebelum dia berlatih, merayap lah dulu, rehatkan otak selepas belajar. (͡° ͜ʖ ͡°)
Sedang dia berjalan, ke sebuah laluan yang menghubungkan 2 blok sekolah (tidak berdinding), dia ternampak seorang gadis menghulurkan tangannya keluar lalu titisan hujan itu mengenai tangannya yang kecil molek itu.
"Eun Ha, buat apa main hujan?" tanya Jinjin yang muncul dibelakang Eun Ha tanpa bagi salam. Akibatnya, cermin mata Eun Ha terjatuh kedalam lopak air yang ada atas lantai. Adui, kenapa sedih sangat?
Eun Ha lantas mengambil cermin mata itu lalu mengelapnya menggunakan sapu tangan, tapi sebelum lap tu, dia pergi basahkan cermin mata tu dengan air hujan 😂😂.
"Yah, kau buat apa?!" jerit Jinjin yang terkejut dengan perbuatan Eun Ha.
"Air kat lantai ni kan kotor, kena bersihkan" kata Eun Ha dengan selamba.
"Suka main hujan eh?" kata Jinjin dengan nada mengusik. Eun Ha menunduk malu sambil mengangguk-angguk.
Jinjin berjalan mendekati Eun Ha dengan muka yang serius yang membuatkan Eun Ha menjadi takut.
"A-awak nak buat ni?" tanya Eun Ha. Tiba-tiba Jinjin tersengih sambil menolak Eun Ha keluar terkena hujan.
"Yah!" jerit Eun Ha. Memang bermerah muka Eun Ha sebab marah. Jinjin hanya buat bodoh. Okay, terserlah perangai jahat dia.
"Kan kau suka main hujan" Jinjin tersengih. Eun Ha pun menarik Jinjin biar terkena hujan.
"Pabo! Sini kau" Jinjin mula kejar Eun Ha di tengah hujan. Eun Ha yang menjadi takut menendang lopak air yang berlumpur mengenai Jinjin. Baju yang dipakai Jinjin terus menjadi warna coklat.
Lalu Eun Ha pun lari, nasib baik tak basah sangat. Eun Ha masuk ke dalam kawasan berbumbung semula sambil memandang baju yang telah kotor. Ha, tu lah sape suruh cari pasal.
Tapi Jinjin tak marah, dia hanya tersengih-sengih sendirian.
☁☁☁☁
Eun Woo berjalan ke luar sekolah dengan basikalnya lalu ternampak Jihye berdiri keseorangan. Eun Woo berjalan mendekati Jihye.
"Tak nak balik ke?" tanya Eun Woo.
"Tak, hari ni aku jalan kaki" kata Jihye sambil memandang basikal Eun Woo. "Naik basikal ke?"
Eun Woo menganggukkan.
"Eh, Eun Woo. Tayar basikal kau pancit" kata Jihye sambil menundingkan jarinya kearah tayar basikal Eun Woo yang sudah penyet macam lempeng. Peliknya, kenapa dia tak sedar tadi?
Eun Woo segera memeriksa, dengan pasrahnya dia mengeluh.
Jihye pula macam cacing kepanasan. Fikirannya penuh dengan game yang menunggu dirumah. Terutama sekali game kegemarannya, LOL. Hari ni ada promosi watak secara percuma! Rugi kalau sudah tamat tempoh. Argh! Aku betul-betul nak balik, fikir Jihye.
"Aku balik dululah!" kata Jihye sambil berlari kearah hujan.
"Tunggu!" jerit Eun Woo sambil segera meletakkan basikalnya ke tempat letak basikal lalu berlari kearah Jihye dengan blazernya dijadikan sebagai 'payung'. Dia turut memasukkan Jihye kedalam 'payung' blazernya itu.
"Jihye, jom" kata Eun Woo lalu mereka pun berlari di tengah hujan. Romantik gitu 💕. Tapi takkan romantik kalau demam 😂.
Kaki mereka berlari seirama didalam hujan dengan lopak air dipijak hingga memercik ke baju mereka. Air hujan membasahi rambut mereka dan blazer Eun Woo.
"Kau ni boleh jadi gila juga. Nak hantar aku pergi rumah buat apa?" kata Jihye dengan suara yang kuat supaya suaranya kedengaran di tengah hujan.
"Kau pula? Lagi la. Pergi lari tengah hujan tak pakai apa-apa. Kalau demam macam mana?" tanya Eun Woo.
"Kau risau ke?"
"Eh, mestilah" kata-kata Eun Woo membuatkan Jihye bermerah.
"Er, biarlah! Ni kau nak hantar aku balik ke?" tanya Jihye lalu Eun Woo mengangguk. Baik betul presiden ni = ̄ω ̄=
Ke kau nak pergi rumah Jihye?
Lalu Eun Woo pun menghantar Jihye dan duduk di rumah Jihye buat sementara waktu.
"Kamu nak tunggu hujan berhenti ke?" tanya Puan Mei Hua pada Eun Woo. Eun Woo menganggukkan kepalanya sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala yang disediakan. Besar juga rumah Jihye. Jihye menghilang entah ke mana. Tapi Eun Woo teringin nak pergi ke bilik Jihye, agaknya apa yang ada disana?
🍀🍀🍀🍀
"Wey, hantar aku" kata beliau Eun Min pada Moon Bin sedang membuka payungnya.
"Eleh, kau minta lah hantar bestfriend kau"
"Semua dah balik" kata Eun Min sambil memandang sekeliling. Tiba-tiba dia ternampak seorang gadis cantik sedang menadah tangannya supaya air hujan mengenai tangannya (mcm Eun Ha buat tadi).
Eun Min berjalan ke arah gadis itu.
"Eo? Ji Sook-sunbae?" tanya Eun Min. Ji Sook memandang lalu menganggukkan.
"Ohh, kamu perempuan haritu kan? Kawan Eun Ha" kata Ji Sook. Riak muka dan suaranya bagai tiada perasaan. Dan muram semacam.
"Ye. Kenapa nampak sedih?" Eun Min dengan tak malunya bertanya soalan private. Ji Sook hanya memandang kearah hujan yang turun dengan lebat.
"Ada memori buruk pasal hujan" kata Ji Sook seraya membuka payungnya yang berwarna merah jambu. "Saya pergi dulu"
❄❄❄❄
Seulra memandang ke arah tingkap kereta. Air hujan yang menitis-menitis pada permukaan licin tingkap tersebut memantulkan refleksi Seulra sendiri.
"Noona, noona mengantuk ke?" tanya Sanha yang ternampak mata Seulra yang nampak penat.
"Ya, setiap kali hujan, rasa ngantuk pula" kata Seulra.
(Anggap je la yang awak rasa ngantuk bila hujan eh [saya pun macam tu])
"Oh, noona sandarlah pada aku" kata Sanha yang menerima gelengan Seulra.
(Hahaha, meh sandar pada aku 😂)
Setelah 3 minit berlalu, Sanha memandang Seulra yang sudah terangguk-angguk. Kemudian, kepala Seulra tersandar pada cermin tingkap.
Sanha yang kesiankan Seulra mendekati Seulra lalu meletakkan kepala Seulra atas bahunya.
"Tidur baik-baik ye noona" kata Sanha sambil menepuk-nepuk bahu Seulra.
🌻🌻🌻🌻
May bersorak riang. Harini dia balik awal daripada biasa, lagipun abangnya, Wooseok dengan baik hatinya menjemput May daripada sekolah kerana mereka tahu May tak bawa payung.
"Wooseok-oppa ni tiba-tiba kenapa?" omel May. "Ala macam aku tak biasa dengan dia. Bukan dia tu jenis lembut ke?"
"Atau... Dia nak jumpa Ji Hyun (͡° ͜ʖ ͡°)"
Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada message masuk. Dia melihat nombor yang menghantar message itu, unknown.
Unknown: Hi May. Sorry lah, lupa nak bagitahu awak nampak cantik harini└(^o^)┘
May: Ni MJ ke?  ̄ˍ ̄
Unknown: May! Macam mana kau tahu ini aku? Kau stalk aku ke? (͡° ͜ʖ ͡°)
May: Dalam mimpi kau lah-_-
Unknown: BTW, harini hujan teruk kan? Sejuk hujan kali ni
May: Haah, tahu. Kenapa?
Unknown: Aku kesejukan harini tapi tak tahulah kenapa aku rasa hangat je bila ada dengan kau
May: Σ( ° △ °|||) Wat da?
Unknown: *blush*
May: tak payah nak acah blush la
Unknown: Aww, May ni jahatlah. Walaupun awak selalu tolak saya, saya tak tahu kenapa saya asyik tertarik dengan awak
May: Dah lah.. Kau message ni untuk bagi chia chia ke? Dari mana kau dapat no aku ni? Dan buat apa kau dengan no aku?
Unknown: Dari Min Hyuk. Mana ada bakal suami tak tahu no telefon bakal isterinya
May: Wey, dahlah. Gaya kau ni kan, macam playboy
Unknown: Kau pun sama. Tapi gaya awak ni kan saya pernah tengok
May: Gaya apa pula?
Unknown: Gaya bakal ibu kepada anak-anak saya
May: Dah lah. Aku malas nak layan kau. Serious lah sikit
Unknown: Eh! Tunggu dulu! Kau free tak esok?
May: Free, kenapa?
Unknown: Jom keluar, aku belanja
May: Tak nak Ah. Hujan macam ni baik tidur kat bilik
= ̄ω ̄=
Unknown: mengapakah~? Hujan menjadi penghalang cinta ini? 🎶🎵
May: lagu apa je kau nyanyi ni? 😂😂 dah lah, bye
May tersenyum-senyum membaca message yang ada. Dia pun menambah nombor MJ kedalam contact nya.
Kim Myung Jun
May tersengih-sengih kerang busuk melihat nama itu tertera dia senarai kenalannya
🌼🌼🌼🌼
Min Hyuk berlari dengan tergesa-gesa di tengah hujan. Payung yang dibawa digenggamnya erat-erat. Peluh kepenatan mula membasahi mukanya yang jelas menunjukkan kerisauan.
Air lopak yang terpercik dek kerana dipijak tidak diendahkan. Yang penting puppy Rocky selamat.
Dia memandang kearah kotak puppy Rocky yang sudah diteduhi dengan sebuah payung merah bercorak hati. Seseorang berdiri dihadapan kotak tersebut, seorang gadis.
Min Hyuk jalan mendekati gadis itu yang di selindung oleh sekaki payung biru bercorak polka dot. Gadis itu mengalihkan payungnya sedikit lalu memusingkan badannya kearah Min Hyuk.
Mata Min Hyuk membesar memandang gadis cantik itu. Ya, seperti jangkaan anda, gadis itu ialah Kim Ji Hyun, gadis yang berjaya buat Min Hyuk jatuh cinta.
"J-ji Hyun?" tanya Min Hyuk lalu mendekati Ji Hyun dan puppy Rocky.
Secara tiba-tiba, hujan semakin reda dan terhenti. Sebuah pelangi muncul di langit yang membiru.
Ji Hyun menanggalkan payungnya lalu menutup.
"Rocky?"
"Awak buat apa kat sini?"
"Bagi dia pakai payung supaya tak kena hujan" kata Ji Hyun sambil memandang puppy Rocky.
"Ini anjing awak ke?" tanya Ji Hyun.
"Tak, saya cuma jaga dia tapi saya tak boleh bela dia" jawab Min Hyuk lalu duduk mencangkung di hadapan puppy Rocky. Puppy Rocky menyalak.
"Comel" omel Ji Hyun yang didengari Min Hyuk.
"Jadi selama ni, awak lah yang bagi dia makan?"
"Ya. Awak pun selalu kasi dia makan, kan?"
"Haah. Dah kasi nama kat dia?" tanya Min Hyuk. Ji Hyun menggeleng.
"Saya bagi nama dia, Rocky atau kalau senang, puppy Rocky"
"Pupoy Rocky, Bagus juga"
"Tapi siapa nak bela dia? Saya kesian lah dia macam ni"
"Saya rasa saya tahu saya nak bagi kat siapa" jawab Ji Hyun. Tiba-tiba dapat idea.
🍬🍬🍬🍬
"Woof! Woof!" puppy Rocky menyalak sambil berguling-guling.
"Comelnya dia" kata Eun Ha. May mengangguk.
"Terima kasihlah Ji Hyun kerana sudi bagi kami puppy Rocky = ̄ω ̄= Wooseok gembira dapat tahu kau yang kasi" kata May sambil membaling mainan pada Puppy Rocky.
"Sama-sama" jawab Ji Hyun sambil memandang ke luar tingkap yang keadaannya...... Rain.
🌹Extra🌹
Ji Sook menadah tangannya supaya air hujan masuk ke dalam telapak tangannya. Riak mukanya kosong. Pemikirannya bercelaru mengingatkan sesuatu yang dia tak patut ingat.
"Eo? Ji Sook-sunbae?" tegur seseorang. Eun Min.
"Ohh, kamu perempuan haritu kan? Kawan Eun Ha"
"Ye. Kenapa nampak sedih?"
"Ada memori buruk pasal hujan" kata Ji Sook seraya membuka payungnya yang berwarna merah jambu. "Saya pergi dulu"
Sewaktu berjalan di tengah hujan menggunakan payungnya, dia asyik termenung. Tiba-tiba, dia hampir-hampir dilanggar dengan seorang penunggang basikal. Nasib baik sempat elak.
Ji Sook kekal berjalan perlahan. Sekali lagi dia pandang air hujan itu, terasa sesuatu yang hangat pada pipinya.
"Bogosipeo"
Dia pun mengambil telefonnya dan earphone lalu mendengar lagu Stigma dari Taehyung.
A/N:
Saya ada buat penambahan. Lol, kenapa sekarang baru nak tulis
Maaf kalau banyak typo atau tak faham
Tak tahu nak cakap apa..... Ok babai 😂
See you in the next chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro