🌳Chapter 14: Camp 2🍃
"Wey! Harini kita daki gunung!" kata May pada Jihye.
"Senyap boleh tak, Umang-umang? Aku dah lah tengah mamai bangun pagi-pagi buta ni" kata Eun Min sambil cuba meletakkan kepalanya di atas bahu Seulra tapi Seulra elak.
"Kami tahu, May. Cikgu pengurus kumpulan kami dah cakap" jawab Seulra.
"Eh, Cikgu kumpulan masakan tak bagitahu pun" kata Eun Ha. Ji Hyun mengangguk tanda setuju.
"Ha, jadi kalau kau dah tahu, aku cop dengan cikgu kita jadi satu kumpulan. Cikgu suruh buat satu kumpulan 6 orang" kata Eun Min dengan bersemangatnya.
"Okay!" kesemua mereka bersorak dengan riangnya.
Moon Bin memandang ke arah Rocky, nak tanya ke tak? Nak join ke tak? Aish, tanya je la.
"Rocky, boleh kita satu kumpulan tak untuk jungle trekking? Kawan yang lain semua dah ada kumpulan"
"Oh, boleh. Kami pun tak cukup orang. Setakat ni baru aku dengan MJ" kata Rocky sementara MJ berjalan ke arah mereka.
"Eo? Moon Bin join kita?" tanya MJ yang tadi sudah terdengar perbualan mereka.
"Nae"
"Oh, hi Moon Bin. Sayang Moon Bin!" kata MJ sambil buat heart shape.
"Hahaha, gurau lah" kata MJ. Rocky mendekati Moon Bin lalu berbisik di telinganya.
"Jangan layan sangat orang gila ni"
"Yah, aku dengarlah" Moon Bin memukul bahu Rocky sementara Rocky sudah terketawa.
"Ala, noona! Boleh lah! Nak join kumpulan noona!" yang kumbang ni sorang berabis merayu dengan Seulra dan Jihye.
"Tak boleh la Sanha. Dah cukup-cukup 6 orang" jawab May.
"Habis... Takkan nak buang Sanha macam ni je" Sanha buat puppy eyes.
"Nak buat macam mana Sanha, kalau boleh,saya pun nak awak masuk" kata Eun Ha pada Sanha tapi dengan serta merta dia menerima pandangan 'aku-nak-kita-je-dalam-group-ni' dari Seulra, Jihye, May dan Eun Min. Girls only katakan 😂.
"Mohon tabah Sanha, kau kena kick" kata Ji Hyun tiba-tiba. Semua terkedu mendengar kata-kata Ji Hyun. Dari mana dia belajar ni? Mesti sebab tengok banyak sangat wayang gangster ni.
"Alah..." Sanha mencebik. Nak buat macam mana, tak dapatlah join. "Yelah yelah" Sanha give up lalu memandang sana sini untuk mencari group open.
Lalu dia ternampak Moon Bin, Rocky dan MJ berdiri bersama-sama.
"Boleh saya join?" tanya Sanha. Rocky dan Moon Bin seraya mengangguk.
"Kita cuma ada 4 orang. Perlu lagi 2 orang" kata MJ.
Jinjin datang kearah Eun Ha. Seperti Sanha, dia mahu masuk ke dalam group Kim Choi KwonSeo, dan seperti Sanha, dia di'kick' out. Dan seperti Sanha, dia pergi ke kumpulan MJ, Moon Bin dan Rocky.
"Sekarang kita ada 5 orang. Sorang lagi?" tanya Jinjin.
"Tak pe la. Cikgu kasi kan kalau 5 orang juga?" jawab Sanha. Jadi, berlima lah mereka. Dan seperti biasa, perempuan di sekeliling yang nampak mereka berlima sudah berusaha mencari kekuatan untuk masuk kumpulan itu.
"Awak, boleh saya join group awak?" tanya Ji Sook yang awal-awal lagi tidak mahu melepaskan peluang.
Baru Jinjin mahu memberi lampu hijau, Eun Woo sudah awal-awal lagi mencelah.
"Maaf, kumpulan ni dah cukup-cukup enam orang. Boleh awak join kumpulan lain?" kata Eun Woo yang membuatkan ahli yang lain serta merta menerimanya.
"Eh, bukan awak tadi ada 5 orang ke?" tanya Ji Sook.
"Tadi saya pergi jap. Awak masuk kumpulan lain, ok?" kata Eun Woo sambil memberikan senyuman semanis madu yang membuatkan Ji Sook akur.
"B-baiklah" kata Ji Sook dengan pipinya yang dah merah. Fangirl dalam hati lah tu. Setelah Ji Sook pergi, Eun Woo memandang ke arah semua.
"Kenapa tadi korang tak bantah?" tanya Eun Woo.
"Sebab aku rasa kau lebih sesuai join group ni. Jom tulis nama" kata Jinjin. Lalu, mereka pun tulis nama untuk kumpulan mereka.
🍀🌻🍀🌻
Semasa mendaki, tak tahu macam mana Eun Min boleh manage mendaki sambil makan chocolate yang berada di tangan.
"Kau ni, takpe ke makan sambil mendaki?" tanya May.
"Mendaki memenatkan, jadi saya perlukan sesuatu yang boleh menambah tenaga" jawab Eun Min dengan mulutnya penuh dengan chocolate. Insaflah panda. Tiba-tiba Moon Bin lalu di sebelahnya, bahu bertemu bahu. Sengaja ke? (͡° ͜ʖ ͡°)
Eun Min hanya buat bodoh. Tiba-tiba Moonbin ambil chocolate yang berada di tangan Eun Min sebelum makannya lalu bagi Eun Min kembali.
"Yah!" jerit Eun Min sebelum memukul kuat bahu Moonbin. "Pabo!!"
"Alala, panda jangan marah. Kau patut happy aku tolong elakkan kau daripada tambah kalori dalam badan kau dengan korbankan badan aku untuk tambah kalori" Moonbin berloyar buruk. Terus Eun Min tak habis-habis pukul bahu Moonbin. Moonbin pula acah-acah rasa sakit.
Kesian May kena palau. Mohon MJ muncul disini.
"Hi, May. Awak nampak cantik sekarang. Kita jumpa lagi, jodohlah kita ni" terjawab juga permohonan untuk MJ muncul disini.
"Jodoh? Dalam mimpi kau! Kau yang jalan pergi sini. Bukan kebetulan kita jumpa sama-sama"
"Jangan marah May, kalau awak marah, m-"
"Macam mana nak jadi isteri awak yang tercinta?" teka May.
"Tak, makin awak tarik hati saya kepada awak sebab awak comel bila marah" MJ tersengih-sengih. Hohoho, annoyingnya..
"Mohon blah, hahaha" May tergelak-gelak dengan pickup line MJ....
.
.
.
.
"Nyampah  ̄ˍ ̄"
Mendengar jawapan May, MJ dengan kurang asamnya mengambil chocolate Eun Min lalu menyumbat ke dalam mulut May.
"Sekarang rasa manis?" sempat lagi MJ tanya sambil tersengih kerang busuk.
"Ap-" belum sempat Eun Min nak marah, Moonbin awal-awal lagi menjerit dengan marahnya.
"YAH! KENAPA KAU AMBIL CHOCOLATE DIA!? SINI KAU!" marah Moonbin sebelum mula mengejar MJ yang sudah berlari. Alahai, macam kekasih yang kejar-mengejar di sebalik pokok-pokok yang ada di hutan. Sweet gitu
"Sini!" kejar Moonbin sementara MJ menjelirkan lidahnya.
"Aku rasa diaorang lagi sweet bersama" kata May pada Eun Min sementara Eun Min mengangguk sambil membuka bekas chocolate yang baru.
☁❄☁❄
"Eh, mana Eun Min dengan May?" tanya Jihye. Seulra sudah memandang sekeliling, memang umang-umang dan panda tu dah hilang.
"Wey! Macam mana ni? Mana boleh berpisah dengan kumpulan sendiri" tanya Seulra yang sudah risau. Eun Woo yang kebetulan lalu terdengar.
"Eh, hilang juga ke? MJ dengan Moonbin hilang dari kumpulan kami" kata Eun Woo.
Bila mendengar kata-kata itu, Seulra dan Jihye kurang risau serta merta. Hehehe, kan semalam dah kantoi kan perasan suka? ( ̄∀ ̄) Jadi lepas ni, boleh la usik mereka kalau betul Eun Min dan May jumpa dengan MJ dan Moonbin.
Jihye mengambil botol airnya. Muka resah muncul di riak wajahnya bila nampak airnya tinggal sikit. Tu lah, tadi suruh bawa botol air yang besar sikit, malas pula nak bawa. Sebab terlalu haus, Jihye menghabiskan semua airnya yang berada di botol air walaupun tidak cukup.
Eun Woo yang perasan segara mencari sesuatu di dalam begnya.
"Nah" kata Eun Woo seraya menghulurkan Jihye botol airnya. Jihye menggeleng sambil memberikan senyuman hambar.
"Eh, ambil la. Saya ikhlas ni" kata Eun Woo tapi botol itu ditolak Jihye.
"Tak pe. Aku tak haus pun"
"Ambil" Eun Woo menjadi tegas dan menolak botol itu pada Jihye.
"Aku kata tak payah, tak payah lah"
"Ah, kalau macam tu, terpaksalah saya minumkan awak. Nak?" Eun Woo tersenyum sinis yang membuat Jihye rasa menyampah. Lantas Jihye mengambil air tersebut.
'Nakalnya' fikir Jihye sambil minum air tersebut. Fuhh, lega sikit tekak rasanya.
"Thanks" Jihye menghulur kembali botol air tersebut.
"Noona!" tiba-tiba Sanha bergayut belakang Seulra. Adui budak ni, sesarlah sikit kau tu besar lagi tinggi.
"Woi! Kalau aku jatuh, macam mana!?"
"Eh, noona jatuh ke hati saya jela"
"Ei! Hei!" dengan bahagianya, Seulra pun jatuh atas Sanha. Habis Sanha kena hempap.
"Salah kau lah ni!" marah Seulra sambil bangun. Tiba-tiba Sanha ketawa, apa yang lawaknya pun tak tahu.
"Alala, dah lama kita tak main macam ni. Bila kali terakhir kita buat? Masa sekolah rendah?" Sanha tersenyum gembira. Seulra hanya menahan pipinya yang dah merah dan panas.
"J-jadi, kenapa lah?" tanya Seulra tergagap-gagap sambil mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"Omo! Comelnya" Sanha gelus kasar rambut Seulra.
"Yah! Apa kau buat ni? Habis rosak" Seulra membetulkan kembali rambutnya yang bersinar.
"Seulra, rambut halus senang je nak baiki semula" kata Sanha yang membuatkan mata Seulra membulat. Dia memandang Sanha dengan wajah tidak percaya.
"Apa kau panggil aku tadi? Seulra?"
"Apa noona cakap ni? Mestilah panggil noona. Tapi panggil Seulra pun ok juga?" Sanha tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya. Dah macam byuntae aku tengok.
"Jangan. Buat. Muka. Macam. Tu" kata Seulra dengan nadanya yang menakutkan.
"Ayok! Ice dah masrah!" gurau Sanha disertai gelak tawa Jihye. Wait, Jihye?
"Hahahaha, dah habis drama?" tanya Jihye yang tadi bagi ketawa fake.
"Eh, taklah, baru habis minum air crush" Seulra tersenyum sinis.
"Oh, yeke? Ingat baring dengan kekasih tadi"
"Haah, seronok sangat" kata Seulra sebelum mereka berdua merenung tajam antara satu sama lain sebelum Jihye memecahkan kesunyian.
"Dah, jom sambung jalan... Eh, mana flower princess dengan pelupa?"
Hahaha, habis lah kena denda dengan cikgu sebab berpisah.
🌼🐛🌼🐛
"Kalau ikut peta dengan tali ni, kita ken- huh?" Eun Ha memandang sekeliling.
"Mana yang lain?" tanya Eun Ha pada Ji Hyun.
"Masa jalan tadi, May dengan Eun Min terhenti sekejap untuk makan chocolate dan main dengan MJ dan Moon Bin. Lepas tu, Seulra dan Jihye pun terhenti. Diaorang ada dengan Sanha dan Eun Woo" jelas Ji Hyun panjang lebar.
"Habis, kenapa tak panggil diaorang jalan sama-sama?"
"Mesti ke kita berkumpul sama-sama?" tanya Ji Hyun yang membuatkan Eun Ha face palm.
"Eh, korang pun terpisah dari kumpulan korang?" tanya Jinjin yamg lalu disitu.
"Ya, kenapalah kita terpisah.." Eun Ha mengeluh.
"Ala, kan bagus... Boleh berdua-duaan" kata Jimjin dengan sangat perlahan. Kata-kata itu cukup untuk membuatkan bulu roma Eun Ha meremang walaupun dia tahu mungkin dia salah dengar. Jinjin terketawa melihat ekspresi Eun Ha.
Rocky memandang ke arah Ji Hyun yang sibuk bermain dengan kumbang di jari. Rocky terpegun kerana Ji Hyun nampak macam mengawal kumbang itu.
"Awak jumpa ni dimana?" tanya Rocky. Ji Hyun menunjukkan jarinya ke arah sebuah rumput yang tinggi.
"Awak mesti sayang haiwan kan?" tanya Rocky. Ji Hyun mengangguk.
"Bila nampak haiwan yang kecil, saya tak tahu kenapa hati saya tergerak nak tolong dia. Kalau boleh, saya nak lindungi dia" kata Ji Hyun.
'Kau yang patut dilindungi' desis hati kecil Rocky. 'Apa kau fikir ni, Rocky? Kau nak lindungi dia ke apa?'
"Awak pula?" tanya Ji Hyun sebelum memandang Rocky. Mata besar Ji Hyun berkilauan dek kerana silauan cahaya matahari yang baru mahu menerbit.
'Cantik la... Apa lagi kau fikir ni Rocky? Selalu kaku' tanpa Rocky sedar, dia telah menampar dirinya. Timbul tanda soal di kepala Ji Hyun atas perlakuan Rocky itu.
"Ah, kalau saya... Saya pun suka haiwan juga. Sebab haiwan comel. Macam anjing, kucing atau hamster"
Mereka pun mendaki-daki dan Eun Ha, Ji Hyun, Rocky dan Jinjin sampai paling awal. Mereka memandang ke pemandangan dari gunung, matahari yang baru saja terbit membuatkan suasana yang hening itu kelihatan lebih ceria.
"Wey, matahari terbit! Matahari terbit!"
"Wah! Cantiknya" kata beberapa budak. Macam tak pernah tengok matahari terbit.
Cikgu Yoo berjalan ke arah Rocky. "Mana dua orang lagi ahli kumpulan kamu?" tanya Puan Yoo sebelum mengeluarkan senarai nama.
"Eh, bukan Kim Ji Hyun dan Seo Eun Ha ada di kumpulan lain?" tanya Puan Yoo.
"Erk.."
🍬🍬🍬🍬
"Salah kau lah ni kita kena denda angkat barang sebab terpisah dari kumpulan kita" marah Seulra dan Jihye pada Eun Woo dan Sanha. Amboi, memandai je dua orang ni marah kat lelaki. Eun Woo tergelak kecil.
"Hahaha, tapi aku sukalah kita sama-sama buat kerja macam ni" kata Eun Woo. Muka Sanha pula masam mencuka.
"Penat lah, berpeluh" Sanha merungut.
"Sekurang-kurangnya, kau dapat buat kerja sama-sama dengan Seulra" bisik Jihye kepada telinga Sanha. Sengaja mengusik lah tu. Sanha tersengih kerang busuk lalu mendekatkan diri dia pada Seulra.
"Kalau kau tak habis-habis makam chocolate tadi, takde lah kita kena bebel" marah May pada Eun Min.
"Jangan marah aku. Marah perut aku. Perut aku yang rasa lapar" Eun Min bagi alasan yang pelik.
"Tapikan, kita jodoh lah May. Sama-sama kemas barang-barang kem" kata MJ, tak habis-habis lagi ke dengan jodoh dia ni.
"Encik Sawit, mohon senyap" kata Moon Bin pula.
"Tapi salah diaorang juga, siapa suruh berdrama masa daki gunung" bisik Eun Min pada telinga May. May mengangguk tanda setuju.
Jinjin, Eun Ha, Ji Hyun dan Rocky pula memungut sampah yang ada di kawasan perkhemahan. Ada manusia yang tak reti nak buang bekas makanan kat tong sampah walaupun dah Cikgu dah bagi taklimat suruh buang kat tong sampah. Jadi, tabahlah anda yang mengutip sampah dengan banyak.
"Eun Ha" panggil Jinjin. Eun Ha memandang. "Bagi aku satu plastik"
Eun Ha mengangguk lalu memberikan pada Jinjin. Rocky yang nampak perbuatan Jinjin tadi terus terfikirkan sesuatu.
"J-ji Hyun... Bagi saya satu plastik" kata Rocky, copy pula. Ji Hyun memandang.
"Bukan semua plastik ada kat belakang awak?" tanya Ji Hyun.
"Ah! Ye, ye... T-tak perasan tadi, haha" Rocky gelak kekok. Nampak sangat tak ikhlas tawanya.
🌙🌙🌙🌙
"Yeah, balik!"
"Akhirnya!"
Berdrama Jihye dan Seulra. Bahagia akhirnya dapat pulang ke rumah.
"Setelah sekian lama duduk dalam hutan ni.. Banyak nyamuk, takde air cond" kata Seulra.
"Wi-Fi takde. Game pun takde. Handphone habis battery sebab takde tempat nak cas" kata Jihye pula. Akhirnya, dapat juga mereka kembali aman.
"Seronoklah kem kali ni" kata Eun Ha.
"Lain kali aku nak pergi lagi lah" kata May dengan gembiranya.
"Nampaknya saya tak boleh pergi lagi" kata-kata Ji Hyun membuatkan May dan Min memandangnya, pelik.
"Kenapa?"
"Oppa kata, this is the first and the last time" woho. Berspeaking nampak 😂.
Eun Min membuka bungkusan keropoknya. Berapa banyak makanan dia bawa. Dia menghulurkan bekas keropok itu kepada May dan menyuruh dia untuk makan. Mood Panda murah hati telah datang.
Rocky pula, menaiki bas lalu mencari tempat duduk kosong di sebelah tingkap. Setelah ramai menaiki bas, bas pun bertolak pergi. Semua bersorak riang, ada yang sampai menyanyi-nyayi dalam bas sambil menari.
"I'm like TT, just like TT"
"Sha sha sha" Budak lelaki mula berjoget dalam bas sambil nyanyi-nyanyi.
"Seulra, sudikan anda menjadi isteri saya?" tiba-tiba seorang manusia berani purpose Seulra.
"Mohon blah" jawab Seulra dengan dingin.
"Ji Hyun cantik! Ji Hyun comel. Sini lah, main dengan kami"
Ji Hyun hanya memberi pandangan kosong lalu tidak mempedulikan mereka. Bak kata Jin Oppa, kalau lelaki buat macam tu, jangan layan. Budak lelaki hanya mampu tabah bila direject.
"May! May! May! May!" jerit MJ dengan kawan-kawannya yang lain. "Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi! Nyanyi!"
"Kau tengah undang hujan supaya datang" jawab May.
"Wuu~"
"Nak suruh nyanyi? Boleh! (❁'▽'❁)"
"Wah!" semua mula bertepuk tangan.
"Tapi budak ni kena ikut lah!" tiba-tiba May menarik Eun Ha.
"Eh! Eh, k-kenapa aku"
Lalu berjogetlah mereka kat depan. Eun Ha hanya menunduk malu masa berjoget.
"Comel lah Eun Ha!" jerit Jinjin dan gengnya. Woi, tak malu ke.
"Truth or Dare!" tanya MJ pada May selesai sesi berjoget sambil menyanyi.
"Truth"
"Apa kau fikir tentang aku?" tanya MJ dengan beraninya.
"MJ tackle May!"
"MJ, jangan nangis kalau kena reject"
"MJ Oppa! Awak kata saya ni bintang hati awak"
Pelbagai ragam ditunjukkan manakala MJ setia menanti jawapan May.
"Awak...
Hanyalah....
Penyibuk" ( ̄∀ ̄)
(Sape ingat ayat ni? Dari chapter mana?)
"Hahahaha! Padan muka"
"Diam lah"
Jihye aman main game di handphone sambil dengar lagu guna earphone. Untung bas ni ada tempat cas handphone. Eun Min disebelah hanya mencebik.
"Untunglah famous" kata Eun Min yang tengah bosan sambil makan. Eun Min memandang Jihye yang sekarang tidak boleh diganggu. "Aku bosanlah"
"Hahaha, kau nampak tak tadi, Rocky?" tanya Moon Bin pada Rocky. Rocky segaris sebelum mengangguk. Dia memandang ke luar tingkap sambil berfikir.
'Agaknya, dia okay?'
A/N:
Yo guys! I'm back. Saya akan not really hiatus tapi tak active. Jangan rindu kalau aku takde~
Rindu ke? ٩( 'ω' )و
Maaf, idea kepala otak Cath makin kosong. Memandangkan lisan dah nak datang 😂
See you in next chapter~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro