🐛Chapter 13: Camp 1🐛
"Okay, semua boleh pasang khemah masing-masing di tapak perkhemahan" Cikgu beri arahan kepada semua orang.
Eun Min memasang khemah dengan pertolongan Jihye.
"Yah, Choi Eun Min! Pegang betul-betul" kata Jihye memasukkan batang yang panjang itu ke dalam khemah untuk jadi penyokong khemah.
"Choi Ji Hye Li Hwa, kau yang kena masukkan betul-betul" marah lagi sorang. Siap panggil nama panjang masing-masing 😂😂. Mentang-mentang nama keluarga sama, Choi.
Eh, kenapa boleh ada Jihye? Rupanya sekolah diaorang gabung sekali buat kem. Satu khemah kongsi dua orang (untung khemahnya besar = ̄ω ̄=).
Yang kumpulan Kim pula, sorang pasrah, sorang blur.
Umayrah Kim hanya facepalm dengan Kim Ji Hyun yang tak tahu langsung cara pasang khemah.
"Tengok sini ye, Kim Ji Hyun. Mula-mula, cantumkan batang dia macam n-" May mula mengajar cara untuk memasang khemah. Ji Hyun memandang sambil mengangguk-angguk.
"Faham tak ni? Macam blur je" tanya May.
Ji Hyun mengambil satu lagi batang lantas mencantumkannya satu persatu-satu sebelum memasukkan ke khemah. Tepat seperti yang dilakukan oleh May.
"Betul tak saya buat?" tanya Ji Hyun. May mengangguk. "Ahh.. May. Saya lupa lagi la macam mana nak pasang khemah"
Kata-kata Ji Hyun tadi buat May facepalm lagi, baru tadi dia buat, dia boleh lupa? Cepat tangkap, tapi cepat lupa 😓.
Untuk KwonSeo pula, semua lancar je. Dua-dua bertolak ansur, dua-dua boleh bekerja sama dengan baik.
"Siap pun" kata Seulra. Eun Ha membuka zip khemah tersebut lalu memasukkan barang-barang mereka ke dalam.
"Choi tak siap lagi" kata Eun Ha seraya memandang ke arah kumpulan Choi yang masih susah untuk bertolak ansur. Untuk kumpulan Kim pula, May sorang je buat kerja. Takpela, May tak merungut pun demi dongsaengnya yang tersayang. Ececeh.
"Kumpulan kita paling bagus" Seulra meng'high-five' dengan Eun Ha.
Seusai memasang khemah, semua pelajar dipanggil di tapak utama. Lalu mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
"Yang bertanggungjawab dengan masakan, angkat barangan dapur sekarang!" jerit Puan Yoo.
"Yang bertanggungjawab dengan persiapan berkumpul sekarang!" jerit Puan Kim.
Dua-dua guru tersebut ialah guru singa betina. Dua-dua ialah guru yang garang dari dua sekolah yang berbeza. Gaya pemakaian pun sama. Kembar ke?
"゚( ゚இ‸இ゚)゚ aku terpaksa berpisah dengan korang" Eun Min mengada-gada depan Jihye.
"Kan ada Moon Bin kau dalam kumpulan persediaan" kata May dengan nada memerli. Eun Min menjelir lidah kearah May.
"Bukannya aku suka dia pun. Dia kawan dengan aku pun tak"
"Selalu cakap pasal dia, merungut pasal dia. Hari-hari aku dengar kau cerita pasal dia je" kata Jihye.
"Moon Bin, Moon Bin, Moon Bin. Dia buat itu lah, ini lah. Kalau kau geram dengan dia pun, kenapa setiap hari kau cakap pasal dia?" kali ini, Seulra pula menyokong.
Eun Min menjuihkan bibir, acah merajuk. Yang lain semua memandang Eun Min dengan wajah  ̄︿ ̄
"Ah, biarlah. Asalkan May satu kumpulan dengan aku. Dalam kumpulan tu ada MJ tau"
"Eh, kau ni. Takde angin takde ribut tiba-tiba ship aku dengan MJ" protes May pula. Dua-dua dah mula gaduh.
"Masak sedap-sedap tau, Eun Ha" kata Ji Hyun pada Eun Ha sementara dua-dua mengangkat barang-barang dapur ke tempat masakan.
"Potong cantik-cantik" nasihat Eun Ha pada Ji Hyun sambil tersenyum. Sweet je dua orang ni 🙈.
Sewaktu berjalan, Eun Ha terlanggar seseorang.
"Oh, sorry" laju Eun Ha membalas seraya memandang kearah tuan punya badan itu. Dia kaku sebentar. Ayat Seulra kembali bergema di dalam kotak fikirannya.
"Dulu dia tu bad boy"
"Dulu dia tu bad boy"
"Bad boy"
"Awak jauhkan diri jadi Jinjin-sunbae je la" kali ini, ayat Ji Hyun pula yang kedengaran di fikirannya. Eun Ha terdiam sekejap.
"Eun Ha?" tanya Jinjin sambil melambaikan tangan di depan Eun Ha. Eun Ha yang tersedar terus memandang ke arah Jinjin.
Dia tersenyum tiba-tiba mengambil barang-barang dapur yang berada di tangan Eun Ha.
Eun Ha membeliakkan sebelum cuba merampas kotak barangan dapur daripada Jinjin tapi sayangnya, Jinjin mengangkat barangan itu tinggi. Tahulah kau tinggi.
Eun Ha yang berbadan kecil molek sudah terlompat-lompat untuk mencapai tapi tidak berjaya. Comel apabila dipandang orang lain.
"Biar saya bawakan" Jinjin yang tunjuk macho memegang kotak barang dapur itu tinggi-tinggi dengan hanya menggunakan satu tangan lalu berjalan ke arah tempat memasak.
"Ji Hyun, mari. Saya bawakan" laju sahaja tangan Eun Ha menarik barangan dapur yang berada di tangan Ji Hyun. "Awak pergi angkat barang lain dulu, ok?"
Langkah Eun Ha dipercepatkan ke arah Jinjin untuk menyamai langkahnya.
"Jinjin-sunbae, tunggu" kata Eun Ha yang sudah tercungap-cungap. Jinjin memandang ke arah gadis itu.
"Panggil Jinjin je. Awak ni degil la, dah tahu badan kecil, buat apa awak angkat benda yang berat" kata Jinjin.
Tanpa Eun Ha sedar, dia mengembungkan pipi kirinya tanda protes. Jinjin yang sedar perbuatan itu mencuit pipi Eun Ha yang kembung. Terkejut Eun Ha dibuatnya sampai hampir-hampir jatuh cermin mata Eun Ha.
"Jangan jadi comel sangat, nanti saya gigit awak" kata Jinjin dengan mada gurauan. Kata-katanya menyebabkan Eun Ha tersentak sebentar. 'Gigit?' fikir Eun Ha. Sekali lagi meremang bulu roma Eun Ha.
"Hahahaha, Eun Ha. Mari sini aku makan kau!" kata Jinjin dengan suaranya seumpama raksasa. Riak mukanya jelas menunjukkan dia sedang rasa lapar. Dia tersenyum lebar, kelihatan gigi taringnya yang tajam. Lantas tangan besarnya mencengkam lengan Eun Ha yang kecil.
Hoi, apasal kau fikir mengarut sangat sampai tahap begitu? Eun Ha terus kembali ke realiti lepas sedar daripada bayangannya yang mengarut tahap gaban itu.
"Eun Ha, you okay?" tanya Jinjin lembut. Eun Ha mengangguk sambil menelan air liur dengan rasa takut. Fikiran yang bukan-bukan muncul lagi.
🌻🌻🌻🌻
"Yeah, masa makan! Dah lapar" jerit May keriangan. Mana tak nya, dari tadi asyik urus itu ini. Setenguk air pun mereka tak minum.
"Masa makan dah datang, May suapkam saya boleh?" tiba-tiba muncul MJ kat tepi. Mengada betul.
"Eh, suaplah diri sendiri. Umur kau kan dah 18 tahun? Lagipun yang kau tiba-tiba muncul ni kenapa?" marah May.
"May, awak kan jodoh saya. Kalau kita jodoh, maknanya kita akan kahwin. Kalau kita kahwin, awak kena suap saya masa majlis perkahwinan nanti" kata MJ yang membuatkan May rasa nak termuntah.
Eun Min yang berada di sebelah May pun nak termuntah. Perlu baldi dua orang ni rasanya. Tiba-tiba, seseorang mengelus kasar rambut Eun Min sebelum berlari pergi. Habis serabai jadinya. "Hoi, Moon Bin! Aku balas dendam nanti!" jerit Eun Min. Moon Bin hanya menjelirkan lidahnya. Kurang asam betul budak ni.
Mereka pun pergi ke tempat makan lalu beratur untuk mengambil pinggan mangkuk yang di sediakan. Baru beratur, Eun Min dan May nampak Seulra dan Jihye melambai-lambaikan tangan ke arah mereka sambil berlalu pergi dengan makanan di tangan. Tahulah kau takde perjumpaan apa-apa.
Seulra dan Jihye berjalan lalu duduk dengan Eun Ha dan Ji Hyun yang sedang makan. Di antara bunga-bunga tu wujud satu kumbang. Sape kumbang tu? Siapa lagi kalau bukan Sanha.
"Noona dah sampai! Penat Sanha tunggu" kata Sanha, si childish.
"Ya, ya. Makan makanan kau. Jap, kau kumpulan apa?" tanya Seulra pada Sanha.
"Kumpulan masakan"
"Ohh" Seulra mengangguk tanda faham.
" 'Ohh' je?" mula lah Sanha nak mengada-gada.
"Habis kau nak apa? Kau nak 'Oh' Sehun?" ayat win disitu. Sanha terus terdiam sambil menjuihkan bibir.
"Yela, yela" Sanha merajuk. Sepanjang masa makan, lansung tidak berbunyi suara Sanha. Rasa awkward pula rasanya. Selalunya budak tu yang bising.
"Kau pujuk lah dia" bisik Jihye di telinga Seulra.
"Aku pula, kenapa?"
"Dia dah diam sangat macam tu. Aku takut merajuk dia jadi kronik"
"Mesti kena pujuk?"
"Ye, salah kau kan"
Seulra pun buat-buat batuk untuk tarik perhatian orang. Sanha kekal tengok bawah tanpa memandang Seulra.
"Sanha, jangan marah eh. Sorry buat Sanha sentap" kata Seulra semanis-manisnya. Sanha kekal diam.
"Ala, Sanha.. Jangan buat noona macam ni"
Kali ini, Sanha mengalihkan pandangannya kearah lain. Seperti tiada apa-apa berlaku. Seulra menjulingkan matanya ke atas, rasa annoying pun ada. Kali ni, susah betul untuk budak ni dipujuk.
"Sanha" panggil Seulra dengan marah. Sanha yang takut memandang.
Seulra buat heart sign di jari. "Saranghae" kata Seulra semanis-manis cotton candy.
Sanha tiba-tiba meletakkan makanan di bawah sebelum but heart menggunakan kedua-dua tangannya. "Saranghae" kata Sanha sambil tersenyum. Comel disitu. Terus Sanha duduk di antara Jihye dan Seulra sebab nak duduk sebelah Seulra.
Akhirnya, May dan Eun Min yang penat beratur pun sampai. Ada tiga ekor makhluk ikut mereka. MJ memang kerjanya ikut May, dia sendiri pun mengaku dia tu penyibuk.
Disertai dengan Moon Bin dan Rocky.
"Hai, Sanha" kata Moon Bin sambil melambaikan tangan. Sanha membalas lambaian itu dengan gembiranya. Tahulah tengah happy. Mereka pun duduk di satu bulatan besar.
"Macam mana boleh ada lelaki di group kita?" tanya Jihye di telinga May dengan nada marah.
"Diaorangkan penyibuk ( ̄∀ ̄). Penyibuk akan selalu sebok hal orang"
"Hal kita je diaorang sibuk"
(Dah diaorang minat kau, memanglah. Kau pun sukakan? Author tolong jawabkan)
Tiba-tiba muncul lagi dua orang penyibuk. Jinjin dan Eun Woo datang dengan gaya gentlemannya.
"Boleh kami duduk disini? Tempat lain dah penuh" kata Eun Woo dengan nada sopannya. Semua yang lain menganggukkan kepalanya.
Eun Woo yang cari pasal sengaja duduk di sebelah Jihye memandangkan sebelah Jihye ialah Sanha. Dia tak nak bagi Jihye duduk dengan lelaki.
Sanha pun memandang Eun Woo dengan pandangan (▔□▔)/ tak sempat nak protes.
MJ dan Moon Bin memandang pelik. Di antara mereka dua ada ruang yang cukup besar. Boleh saja dia duduk di ruang itu. Kenapa dia nak duduk sana?
Eun Woo, ketara kau tengah jealous. Mohon sembunyikan perasaan tu, semua nampak = ̄ω ̄=
Sebab ada ruang diantara Rocky dan Eun Ha, Jinjin pun duduk disitu.
'Alamak, dia duduk sebelah akulah' fikir Eun Ha sambil cuba mendekatkan dirinya dengan Seulra. Habis Seulra dihimpit.
"Eun Ha, saya dah cukup sempit kat sini. Kat sana ada ruangan kan?" kata Seulra yang tetiba jadi sopan.
"Ah, ya. Ya" Eun Ha menjauhkan dirinya sedikit dari Seulra.
Eun Ha berasa pening sekejap. Mukanya merah. 'Kenapa ni?'
Jinjin yang sedar terus meletakkan tangannya di atas dahi Eun Ha.
"Eun Ha, kau panaslah" kata Jinjin yang buat muka Eun Ha bertambah merah. Lantas dia tepis tangan Jinjin ke tepi.
"T-tak pe. S-saya rasa i-i-it-tu pan-a-as sikit jer" tergagap-gagap Eun Ha bercakap. Jinjin merenung ke arah Eun Ha sekejap. Terus Eun Ha buat tak tahu dengan sambung makan makanannya.
Sewaktu May hendak menyuapkan dirinya, MJ membuka mulutnya di ke arah May. May memandang pelik. Minta suap la tu.
Tanpa meniup, May terus menyumbat buburnya yang panas ke dalam mulut MJ. Kejam kau May, bubur tu panas 😂.
"Auch, May. Jahatlah awak ni May" MJ memukul kecil bahu May dengan gaya gediknya.
"Tu lah, jangan cari pasal lagi dengan aku"
Sesekali ekor mata Eun Woo memandang ke arah Jihye. Kemudian, sambung makan. Lepas seketika waktu, dia memandang ke arah Jihye. Tiada ayat untuk dibicarakan ( ̄◇ ̄;)
Sanha yang perasan perbuatan Eun Woo ketawa kecil. Dia berbisik di telinga Seulra.
"Noona, ada orang kan, minat seseorang. Dari tadi nak cuba cakap" Sanha menunjuk ke arah Eun Woo dan Jihye. Seulra pun turut ketawa kecil.
Rocky pun tiada bezanya dengan Eun Woo. Nak bercakap, tapi tak nak. Ada nak tanya, tapi tak berani. Bila berani, tiada idea topik apa untuk dibicarakan. Kenapa sadis sangat kau ni, Rocky? ˋ﹏ˊ
Dia memandang ke arah Ji Hyun. Tanpa dia sedar, dia tenung sahaja wajah cantik Ji Hyun tanpa henti.
Jinjin pula, mesti ada topik nak cakap dengan Eun Ha. Dari tadi, bila Eun Ha nak hentikam percakapan itu, mesti ada je Jinjin tanya untuk teruskan.
Moon Bin, dari tadi asyik kacau Eun Min je. Dari tadi asyik gaduh dengan Eun Min, dan dari tadi asyik ketawa.
Jadi automatically, masa makan itu kantoi semua perasaan suka. Jadi lepas ni, sila lah mengejek antara satu sama lain ye.
"Saya hantar mangkuk dulu" Ji Hyun bangun pun bangun diikuti Jihye.
"Saya pun"
"Nak ambil lagi la.. Eun Ha, teman saya ambil" kata Eun Min pada Eun Ha.
"Okay"
"Seulra, jom.. Teman aku" kata May dalam keadaan cemas. Seulra terus menganggukkan kepalanya kerana dia sudah faham. Maksudnya May nak pergi tandas. Mereka pun beredar.
Jadi tinggal lelaki-lelaki lagi. Ramai perempuan disekeliling gatal nak duduk dengan mereka. Tahu la handsome.
"Aku nak duduk sana lah" kata Cheon yang minat Moon Bin.
"Aku nak Jinjin. Dia comel 💕" rakan kepada Cheon itu turut mengada-gada. Ji Sook yang lalu rasa menyampah dengar.
'Ish, gediknya' fikir Ji Sook. Terus matanya memandang kearah kumpulan itu.
'Suami aku duduk dengan sekumpulan lelaku handsome!! Yang tu jodoh aku, yang tu scandal aku! Ah! Tak boleh pilih!' Ji Sook menjadi rambang mata.
Ji Sook dengan beraninya duduk di antara Eun Woo dan MJ.
"Anneyonghaseyo, saya duduk di sini sekejap, boleh? Sementara tunggu kawan saya siap" kata Ji Sook dengan sopannya.
"Ah, tapi tempat yang awak duduk ni dah ada orang" kata Eun Woo sambil memberikan senyuman. Dia meletakkan tangannya di tempat duduk Jihye.
Jadi Ji Sook pun duduk mendekati MJ.
"Mian, ini tempat duduk kawan kekasih saya" kata MJ yang membuatkan mata yang lain terbeliak. MJ wink, yang bermaksud dia hanya menipu jadi yang lain fahamlah. Macam ada special link pula.
"Ah Jinjin, saya duduk sebelah awak eh" Ji Sook pun duduk di tempat Eun Ha.
"Maaf, ini tempat seseorang"
Sebelum Ji Sook sempat duduk di tempat duduk Seulra, Sanha lantas meletakkan kedua-dua tangannys di atas tempat duduk Seulra sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ouh, ada orang eh. Ada tempat duduk kosong tak?" tanya Ji Sook. Semua menggeleng. Putus harapan Ji Sook untuk duduk dengan kumpulan itu. Baru dia berangan-angan jadi bunga dalam kumpulan itu.
"Tak pe la. Saya pergi dulu" Ji Sook tersenyum sebelum berlalu pergi.
May dan Seulra kembali dan duduk di tempat masing-masing.
"Ada apa-apa jadi?" tanya May.
"Oh, takde lah. Cuma tadi ada lipas datang kacau" jawab Jinjin yang sudah sangat kenal dengan perangai Ji Sook. Semua lelaki pandang Jinjin ( ̄◇ ̄;)
"L-lipas?" May sudah nampak ketakutan. Dia tak suka serangga.
Kemudian, Ji-Ji kembali. Ji Hyun dan Jihye duduk balik ke tempat asal mereka. Tinggal Eun-Eun lagi yang belum kembali.
"Mana Eun Ha?" tanya Ji Hyun.
"Belum pulang" jawab Jinjin.
Lama juga mereka menunggu, tiba-tiba mereka terdengar tapak kaki berlari ke arah mereka. Mereka memandang lalu ternampak Eun Min berlari kearah mereka.
"Mana Eun Ha?" tanya Ji Hyun. Risau betul dia dengan bestie dia ni.
"Dia demam. Saya hantar dia pergi khemah. Tadi badan dia lemah sangat" kata Eun Min, cemas.
"Dah bagitahu Cikgu?" tanya Seulra, Eun Min mengangguk.
"Dah, tak payah panik-panik. Bagi dia rehat dulu. Nanti dia okay la tu" nasihat Jihye. Semua pun setuju walaupun Ji Hyun tak boleh duduk diam.
"Lepas ni ada jungle trekking, dia tak boleh join la?" tanya Moon Bin, disertai anggukan Eun Min.
🐛🐛🐛🐛
"Achoo" Eun Ha bersin. 'Bosanlah' dia fikir. Buku di depan mata langsung tidak dibacanya. Kalau dia baca, belum satu ayat dia habis baca, dah pening-pening. Kalau tak pening pun, satu benda pun dia tak faham.
Tiba-tiba ada lembaga yang berkeliaran di sekeliling khemah. Mata Eun Ha membulat. Dia mula menggigil ketakutan.
Lembaga itu sedikit demo sedikit muncul di pintu khemah yang dibiar buka tidak berzip. Eun Ha yag mengigil menutup mukanya menggunakan buku yang ada. Takut sangat.
"Eun Ha, ini saya lah" kata seseorang. Eun Ha memandang tuan punya suara itu lalu ternampak Jinjin bagi senyuman gula kepadanya. Eun Ha menghembuskan nafas lega.
"Terkejut saya.." omel Eun Ha.
"Hihihi, sorry... Mesti awak bosan di sini"
"Mestilah bosan... Eh! Awak buat apa kat sini? Bukan awak ikut jungle trekking ke?"
"Cikgu.............
.
.
.
.
.
.
.
Halau saya balik" sambung Jinjin selepas lama terhenti.
"Halau, kenapa dia halau awak pula?"
"Sebab, saya cuba curi hati awak?"
"…" Eun Ha terdiam. Tidak tahu mahu balas apa. Muka dia seperti --> ( ̄◇ ̄;)
"Ok, maaf maaf. Aku gurau la, aku kena halau sebab aku cari pasal dengan budak lain" kata Jinjin yang buat Eun Ha sedikit terkejut. Tiba-tiba Jinjin cakap secara tak sopan. Apa ni? Selalunya dia yang paling sopan. "Awak bosan kan?" cepat-cepat Jinjin tukar topik dengan tanya kembali soalan yang sama.
"A-ah, ya"
"Kalau macam tu, jom keluar jap"
"Keluar?"
"Ye, jom. Ada banyak Bintang" Jinjin menghulurkan tangannya ke arah Eun Ha.
"O-okay" Eun Ha menyambut tangan itu lalu berdiri dan keluar dari khemah. Mereka pun berjalan keluar dan Jinjin membawa Eun Ha ke tebing tinggi yang telah dia jumpa.
"Eh, mana awak jumpa tempat ni?" tanya Eun Ha. Jinjin hanya menjongketkan bahu. Jinjin di atas rumput itu lalu menepuk-nepuk ruang disebelahnya, menunjukkan dia mengajak Eun Ha untuk duduk. Eun Ha pun duduk tapi dalam keadaan ragu-ragu.
"Pipi awak merah, sejuk ke?" tanya Jinjin. Eun Ha mengangguk lalu memegang pipi merahnya yang panas. Tiba-tiba dia merasa sesuatu di bahunya. Jinjin menyarungkan sweaternya pada Eun Ha.
"Malam macam ni sejuk, kenapa tak pakai sweater?"
"E-eh, tak payah! Habis awak pakai apa pula?"
"Awak kan perempuan" jawab Jinjin lalu tersenyum. Eun Ha hanya diam tanpa protes apa-apa.
(Cliche la korang ni -,-)
"Tengok, itu Bintang apa?"
"Itu macam leo! Yang tu pula macam crux!"
(Aku main bedal je ye)
Eun Ha mula menceritakan tentang bintang. Jinjin hanya tersenyum-senyum sambil mendengarnya. Ada masanya mereka bergurau sambil tertawa-tawa. Tiba-tiba hilang rasa awkward Eun Ha. Adui, tak payah nak sweet sangat boleh tak?
"Jom la, dah jam 2 pagi ni" kata Jinjin sambil menilik jam tangan miliknya.
"Jom" mereka pun bangun lalu kembali ke tempat kem. Dan perkara paling teruk terjadi apabila... Semua pelajar yang pergi jungle tracking sudah balik. Banyak mata memandang mereka. Seulra pantas pergi ke arah Eun Ha sambil menge'check'nya.
"Kau tak apa-apa? Tadi pergi khemah nampak kau takde, terus aku risau" kata Seulra. Puan Yoo pergi ke arah mereka dengan pandangannya yang tajam.
"Kamu berdua pergi mana tadi?" tanya Puan Yoo sambil mencekak pinggang. Matanya yang berada disebalik cermin mata tebalnya memberi renungan yang tajam kepada Jinjin dan Eun Ha sambil mengeluarkan aura yang menakutkan.
"Ka-" sebelum sempat Eun Ha menjawab, Jinjin memotong.
"Eun Ha kan demam, jadi dia hanya ambil angin je. Baru tadi kebetulan kami terserempak" kata Jinjin, mempertahankan Eun Ha.
"Habis kamu pula pergi mana?"
"Ahh..." Jinjin buat muka tak bersalah. Puan Yoo naik bengang.
"Jin Woo, kamu ponteng lagi ke?!" tanya Puan Yoo dengan nada yang marah. Mendidih darahnya dengan perangai Jinjin. Jinjin senyum macam budak-budak sambil mengangguk-angguk. Berani betul dia berkelakuan begitu pada singa betina ni.
'Lagi?' fikir Eun Ha. Dia nampak Jinjin ni sopan, baik pula tu. Macam mana dia boleh ponteng sebelum ni.
"Jin Woo, kamu didenda membersihkan tapak perkhemahan. Kumpulan yang bertanggungjawab dengan kebersihan tak perlu buat kerja esok" kata-kata Puan Yoo membuatkan semua pelajar yang bertanggungjawab dengan kebersihan menjerit kegembiraan. Termasuk Jihye dan Seulra. Seronok lah tu tak perlu buat kerja.
"Hei!" jeritan Puan Kim membuatkan seluruh pelajar kembali senyap. "Disebabkan kamu semua buat bising, kamu akan tetap didenda dengan kebersihan. Budak tu hanya perlu membuang sampah sebagai denda"
Kata-kata Puan Kim membuatkan ramai mengeluarkan bunyi tidak puas hati. Rasa menyampah pun ada. "Nak saya tambah kerja?" tanya Puan Kim. Terus semua terdiam.
"Hahaha, padan muka" sempat lagi Eun Min sakat Jihye.
"Diamlah"
"Ok, semua boleh kembali ke khemah masing-masing" kali ni, Cikgu Yamato, cikgu muda lagi handsome lagi hot yang berasal dari Jepun beri arahan. Jadi, semua pun kembali ke khemah masing-masing.
Agaknya, apa akan berlaku pada hari kedua kem?
A/N:
Hye! Sorry Cath lambat update. Esok nak pergi sekolah, sedih betul ;-;
Maaf kalau ada typo or apa-apa. Bagi saya, chap ni panjang sangat sampai saya malas nak baca. Mood malas katakan 😂
Sekarang jarang online sebab takde internet. Maaf kepada yang Cath belum vomment atau jarang vomment, Cath akan Vomment balik. Akhirnya, dapat juga internet sendiri. Aku gembira :'D
Bila ASTRO keluarkan lagu, aku cair dengan lagu diaorang XD. Cotton Candy, Again, You and Me, setakat tu je lagu yang baru saya dengar. Yang Again tu, I fall in love dengan koreografi diaorang. Ok, maaf bebel panjang.
Jumpa di next chapter.
Babai~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro