Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💗Chapter 12: TT🎶

"Eh, awak tahu tak, di Hwarang High ada ramai lelaki handsome! Seronok saya ikut Cheon. Tapi saya dah jumpa suami saya kat sana" seronok Ji Sook bercerita.
Eun Ha hanya mampu mengangguk sahaja tanpa memberikan pendapat. Tadi dia hanya berjalan untuk ke perpustakaan, tapi diheret Ji Sook dan dijadikan kawan bercerita.

"Awak, asyik angguk je, cakap la"

"Ah.. Ya. B-bagus la tu"

Walaupun Eun Ha tidak suka, tapi dia tidak dapat lawan balik. Bukan dengan Ji Sook sahaja, tapi dengan semua orang sekali dia macam tu.

Tiba-tiba, muncul Eun Min menyelit. "Cerita pasal apa tu?"

"Wat da fish in the pond!" latah Ji Sook dengan divanya. Terkejut Ji Sook kerana tiba-tiba Eun Min muncul.

"A-ah, awak siapa ya?"

"Ji Sook-Sunbae tak kenal saya? Saya Seo Eun Ha. Masih tak kenal saya?"

Ji Sook menggeleng.

"Saya gurau je, hahaha. Nama sebenar saya Eun Min, bukan Eun Ha. Eun Ha ni nama budak tu" Eun Min menjuihkan bibir ke arah Eun Ha.

Ji Sook memandang ke arah Eun Ha. Dia sudah malu kerana dia lupa nama Eun Ha.

"Ah, tengok masa. Saya dah lambat" Ji Sook acah-acah tengok jam di pergelangan tangannya yang tiada jam langsung.

"Saya pergi dulu" lantas Ji Sook beredar dari situ.

"Lipas dah pergi dari sini" kata Eun Min sambil flip hair. "Eun Ha, kalau ada orang cari pasal, lawan dia. Aduhai, menyusahkan betul"

"Biarlah. Saya dah biasa. Lagipun dia cuma cerita, bukan dia suruh buat kerja pun" balas Eun Ha sambil memandang bawah.

"Ha! Suka, sukalah tu kepala kena pijak dengan orang" kata Min dengan nada memerli. Memang dia tidak suka kawannya dibuli. "Nasib kau ada aku yang cool ni selamatkan kau"

Eun Ha be like ‾︿‾ dan terus meninggalkan Min.

"Alaa, jangan tinggalkan aku.  Lagipun betul apa yang aku kata TT" Min mengejar Eun Ha yang sudah jauh.

☁☁☁☁

Jihye termenung di dalam kelas. Fikirannya melayang entah kemana. Tanpa dia sedar, sebuah langkah berjalan menuju ke arahnya. Orang itu berdiri di sebelahnya sebelum mencuit pipi Jihye. Jihye memandang atas, empunya jari itu.

"Annyeong" kata Eunwoo sebelum duduk di tempatnya.

"Annyeong" balas Jihye sebelum kembali termenung.

Eunwoo sudah rasa awkward, dia mahu bercerita dengan Jihye tapi tiada idea apa yang mahu diceritakan.

'Dia duduk di dunia dia sendiri lagi' fikir Eunwoo sambil mengeluarkan buku untuk subjek pertama.

Sementara membaca(budak rajin katakan), dia mengambil keputusan untuk memandang Jihye sekilas lalu ternampak Jihye yang memandangnya cepat-cepat mengalihkan pandangan.

Ha, Jihye. Kantoi kau pandang Eunwoo.

Jihye yang malu memandang ke arah tingkap, buat bodoh.

Eunwoo tersenyum.
'Dia tengok aku' fikirnya sambil tersengih-sengih kerang busuk. Alaa, dia cuma tengok, bukan ajak couple.

Eunwoo memandang kearah Jihye, mengharapkan tindak balas yang sama seperti tadi. Tapi dia kecewa, Jihye sedang mendengar lagu menggunakan earphone sambil main Slither Snake.io di Huawei P8.

Dekat luar Eun Woo nampak cool, tapi dalam hati dia ber 'I'm-like-TT'

~T_T~

Tabah Eun Woo, lain kali jangan perasan sangat.

🌻🌻🌻🌻

"Wey, aku penatlah pasal hari sukan semalam" May meletakkan kepala atas meja. Rocky yang kebetulan lalu disebelah memandang kaki May yang berbalut.

"Kaki kau masih sakit ke?"

"Ye, tak nampak kaki kena balut ni?"

"Nampak. Aku tak buta lagi lah. Lagipun untung kau ada aku carikan kau wakil untuk lari"

"Eh, aku tak suruh kau pun"

"MJ yang suruh" kata Rocky yang membuatkan May terkedu.

"MJ?" kata May sebelum terdiam sekejap sambil memikirkan sesuatu.

"Kenapa? Terharu dengan MJ?" Tanya Rocky apabila dia sedar May telah diam.

"Menyibuklah dia ni, itu pun dia nak kisah? Tapi bagus juga kan, tak perlu aku kena marah dengan cikgu" fikir May yang tak sedar dia tercakap kuat sehingga Rocky mendengarnya.

"Hoi, hoi, aku dengar tau. Lagipun bersyukurla dia tolong kau" marah Rocky tapi masih dipalau oleh May. Rocky mencebik lalu duduk di tempat duduknya.

TT

❄❄❄❄

"Tak sabar nak pergi camp! Aku dah hantar form, kau?" kata Eun Min.

"Actually aku tak nak, tapi ada manusia yang hantarkan form aku" kata Seulra dengan muka -_-

"Siapa manusia tu?" tanya Eun Ha. Jari Seulra menunjuk ke arah Sanha yang sibuk bergayut belakang Eun Ha. Eh, budak ni takde kerja ke 😂.

"Sejak bila dia tahu copy tanda tangan aku" Seulra menjeling Sanha. Sanha yang tadi bergayut kat Eun Ha sekarang bergayut kat lengan Seulra bak monyet.

"Ala, Noona. Jangan la macam tu, pleasue~" Sanha buat aegyo edisi baharu. Adui, berapa banyak aegyo yang dia ada. "Lagipun siapa kawan Sanha kat sana nanti?"

"Dua orang ni kan ada" Seulra tunjuk ke arah Eun Ha dan Eun Min.

"Nak noona" kali ni, puppy eyes pula dia buat.

"Macam budak betul la dia ni. Nak noona Eun Min gigit?" Eun Min terus cubit pipi Sanha. Habis merah pipi Sanha.

"Dah, Min. Dah kemas barang-barang?" tanya Eun Ha. Min menggelengkan kepalanya. "Kau?"

"Ibu bapa aku yang kemaskan. Diaorang beria nak aku pergi" Eun Ha pun ber'TT' macam Eun Woo. Sian..

"Tak sabar nak pergi!" jerit Min.

"Berapa banyak kali kau nak cakap? -_-" tanya Seulra

Tiba-tiba, Eun Ha merasakan sesuatu di bahunya. Dia memandang belakang dan terkejut beruk bila ternampak Jinjin.

"Hai, Eun Ha. Awak pergi tak kem?" tanya Jinjin.

"P-pergi" Eun Ha menggelabah. Pandangannya fokus tangan Jinjin yang ada pada bahunya. OMG, bahu aku dah tak virgin! Jerit hati kecil Eun Ha.

"Oh, sorry" Jinjin yang sedar terus menarik balik tangannya. "Tak sabar nak pergi. Lagipun saya dengar dari Ji Sook, awak dah masuk kelab musik kan? Saya gembira tau" kata Jinjin sambil tersenyum. Seulra menjeling Jinjin.

"Oklah, saya pergi dulu tau" senyum Jinjin sebelum beredar apabila dia sedar jelingan Ji Sook.

"Eun Ha" tegur Seulra. "Jangan dekat dengan Jinjin, dia bahaya"

"Bahaya?" tanya Min dan Sanha serentak.

"Dulu dia tu bad boy" kata Seulra yang membuatkan meremang bulu roma Eun Ha.

🌼🌼🌼🌼

"Itu yang Seulra-unnie cakap?" tanya Ji Hyun pada Eun Ha. Eun Ha mengangguk. "Mungkin dia gurau je tu"

"Gurau? Perkara macam ni dia nak gurau?"

"Kan semua orang boleh bergurau" kata Ji Hyun dengan blurnya. Eun Ha face palm. Memang semua orang boleh bergurau, tapi kalau bab-bab begini, Seulra bergurau? Dalam mimpi.

"Awak jauhkan diri jadi Jinjin-sunbae je la. Mana tahu betul" nasihat Ji Hyun. Eun Ha mengangguk tanda faham. Dia memandang ke arah May dan Eun Min yang sibuk bergaduh nak rebut kookie. Hoi, ini study group ke tempat berebut makanan? -_-

Seulra dan Jihye pula sibuk berdebat pasal soalan science. Memang bermasalah lah dua budak ni -_-
Tahulah pandai

Ji Hyun dan Eun Ha hanya diam sambil buat kerja rumah.

A/N:
Maaf chap ni pendek ゚( ゚இ‸இ゚)゚, takde inspirasi. Banyak TT kan? 😂
Ok, Babai~

See you in next Chapter

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro