☁Chapter 10: Sports day 1☁
"Okay, semua. Siapa nak jadi wakil untuk lari berpasangan?" tanya presiden kelas, Eun Woo. Tak cukup presiden sekolah, presiden kelab, presiden kelas pun dia jadi.
Krik...krik...krik...krik
Tiada orang mengangkat tangan sebab masing-masing ada pilihan sendiri.
"Jihye, awak masuk" Eun Woo memandai masukkan Jihye padahal Jihye tak angkat tangan pun.
"Eh?" Jihye pelik. Eun Woo sempat tersenyum ke arah Jihye tanpa orang perasan.
"Lagi siapa?"
Jihye mengangkat tangan nak tanya sesuatu. "Tump-"
"Jihye saya dah ambil nama awak, awak tak perlu angkat tangan lagi"
"Ta-"
"Okay, acara lari 100m pula, siapa nak masuk?"
Kata-kata Jihye asyik dipotong. Eun Woo sengaja?
Latihan Larian
Jihye memandang kearah partnernya untuk berlari berpasangan. Atas bawah, atas bawah.
"Kenapa Jihye?"
"Kau sengaja ke?" tanya Jihye sambil menyilangkan tangan di dada. Riak mukanya jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati. Eunwoo tersenyum, comel dia rasa.
"Apa maksud awak?" tanya Eunwoo, main innocent.
"Kau sengajakan masukkan aku dalam lari berpasangan?"
"Eh, sorry. Saya ingat awak nak masuk dalam larian berpasangan. Lagipun masa saya dah masukkan nama awak, awak angkat tangan kan?" tanya Eunwoo sambil tersenyum penuh makna. Sengaja la tu 😒. Jihye mengeluh, nak buat macam mana. Lagipun bukannya ada acara lain dia nak masuk.
"Jadi kau ni partner aku lari?" tanya Jihye. Eunwoo mengangguk sambil mengikat tali pada kaki kanannya dan kaki kiri Jihye. "Yang ni pun kau sengaja masuk?"
"Eh, takde la. Saya kena masuk sebab takde orang nak masuk" jawab Eunwoo sambil berdiri. "Jom"
Eunwoo mula berjalan, diikuti Jihye. Susah betul mereka nak seimbangkan badan.
"Jalan ikut kaki kiri! Eunwoo, kaki kiri! Yah, jangan guna kaki kanan, nanti aku jatuh!"
"Jihye, awak yang kena gerak kaki kiri awak! Kan kita dah gerak kaki yang takde tali"
"Eh, since when? Wey, wey! Seimbangkan badan! Seimbangkan badan!"
Kerana badan tak cukup seimbang, dua-dua jatuh. "Aduh, sakit badan aku" kata Jihye sambil memandang Eunwoo. Eunwoo memandang Jihye. Senyap sekejap disitu, tiba-tiba dua-dua ketawa. Apa yang lucu? Saya pun tak tahu.
"Dah, jom bangun" kata Eunwoo sambil mereka berdua cuba bangun. Masa Jihye cuba bangun, dia tersandung kaki Eunwoo. Membuatkan dia terjatuh lagi diikuti Eunwoo. Dua-dua ketawa lagi.
"Kita asyik jatuh je ni" kata Jihye yang cuba bangun.
"Jodoh kita kuat lah" sempat lagi Eunwoo bergurau.
"Eh, kau ni. Mohon fikir dengan waras"
May hanya mampu jadi penonton love story ni. Dari tadi nak tegur Jihye, tapi niat terbantut bila nampak Jihye 'berbahagia' dengan Eunwoo.
"Eh, mohon jangan sweet sangat. Dari tadi aku perhati je, aku pula yang cair dan jeles" kata May sambil membantu Jihye dan Eunwoo bangun.
"Oh, awak. Awak May kan? Kita jumpa kat hospital"
"Yup ^^. Jihye, aku pergi dulu. Aku malas nak kacau daun" May terus melarikan diri. Sekejap betul muncul.
"Wah, lajunya dia lari" Eunwoo memerhati pergerakan May yang laju.
"Atlet katakan"
Mereka pun berjalan ke track perlumbaan dan ternampak Ji Hyun. Peh, dia pun lari laju. "Asal semua nak lari laju ni?" Jihye mengomel seorang diri.
"Tak apa, nanti kita pun lari laju" balas Eunwoo yang dengar omelan Jihye.
"Nasib la kita lari ikut kelas. Kalau aku lawan dengan diaorang... Habis aku kena bash dengan umang-umang tu. Dengan si Panda sekali bash aku"
"Hahaha, kenapa panggil diaorang macam tu?"
"Mean nickname. Diaorang panggil aku Rude Swagger kot"
❄❄❄❄
"Mesti diaorang sedang berlatih kan?" kata Eun Min sambil menghabiskan milkshake nya. Mereka sekarang berada di kafe abang May. Wuahahahah, tak ajak Jihye, May dan Ji Hyun.
"Sanha nak tengok diaorang berlatih" Sanha menghentak-hentakkan kakinya. Adui, childish betul. 😓😥
"Jangan hentak kaki, bising tau" kata Noona tersayang Sanha. Siapa lagi kalau bukan Seulra.
"Kita ada kem terdekat ni kan?" tanya Eun Ha apabila dia teringat kata-kata Cikgu tadi.
"Siapa cepat, dia dapat"
"Nak pergi! Nak pergi! Noona! Kita pergi sama-sama tau! Kita bagi nama laju-laju supaya kita dapat" Sanha memeluk lengan Seulra. Seulra yang dah terkejut beruk dengan perbuatan Sanha dengan coolnya melepaskan tangannya daripada Sanha. Sanha memeluk lengan Seulra sekali lagi. Memang tak pandai mengalah betul budak ni. Ah, biarlah. Fikir Seulra. Dia biarkan saja lengannya dipeluk.
"Wooseok oppa! Bagi milkshake lagi satu" jerit Eun Min pada Wooseok. Woi, tak malu ke orang tengok.
Wooseok hanya bagi 👌 pada Eun Min.
"Kau suruh crush kau buat. Ha,tersegih-segih la tu" usik Eun Ha. Senyuman muncul di bibir Min dek terkenang zaman kanak-kanaknya dimana dia ada crush pada abang-abang May.
"Untung May kan, ada abang yang handsome-handsome"
Di situasi lain
May memandang kiri kanan depan belakang atas bawah.
"Ada orang sebut nama aku ke?"
Ada link di antara Panda dengan Umang-umang😂😂
Time Skip
Selesai menukar baju, Jihye keluar untuk mengambil begnya. Mula-mula menyesal kerana ikut larian. Tapi ok juga, dapat skip banyak kelas.
(Mereka berlatih waktu persekolahan)
Jihye menilik ke arah jam berwarna biru mudanya. "2:39 A.M"
Jihye pun berjalan kaki balik ke rumah. Jihye berasal daripada sebuah keluarga yang kaya tetapi tidak pernah menunjukkan kekayaan mereka malah selalu menderma kepada rumah orang tua/orang kurang upaya dan sebagainya. Jihye diajar untuk merendahkan diri.
Jadi, ibubapanya hanya menyuruh Jihye untuk berjalan kaki pergi dan balik ke sekolah. Pemandu pula hanya disediakan apabila Jihye pergi ke tempat lain selain sekolah. Itupun, belum tentu lagi mereka benarkan.
"Hai awak" tiba-tiba muncul seekor manusia berjalan beriringan dengan dia. Dia memandang makhluk disebelahnya dan terpamer muka kacak yang tersenyum ke arahnya. Cair Jihye dibuatnya. Ok pipi dah merah.
"H-hai"
"Kenapa muka awak merah? Awak demam ke?" tanya Eunwoo yang sudah risau sambil meletakkan tangannya diatas dahi Jihye. Makin cairlah Jihye.
"Eh, tak la. Tak la" Jihye mengalihkan tangan Eunwoo dari dahi. 'Cool Jihye, cool. Mana swag kau dah pergi?'
Author: pada Eun Ha, perasan tak dia jadi rude swagger dalam chapter ni?
eun Ha: eh, sejak bila? Kenapa mention nama aku?
Ok, mengarut. Back to the story.
"Kenapa awak ada kat sini?" tiba-tiba, swag Jihye datang serta merta.
"Sebenarnya... Saya nak hantar awak pulang"
"Eh, buat apa?"
Eunwoo hanya tersengih sambil mengherdip-herdipkan matanya. "Saja. Nak naik basikal?"
"Nantila. Nak tak jalan-jalan sekejap? Aku bosan"
"Boleh. Nak pergi mana?"
"Jom beli ais krim"
"Ok, saya belanja"
"Betul ni?"
Eunwoo mengangguk tanda pasti.
"Ok, cool" kata Jihye sebelum mula berlari kearah kedai ais krim berdekatan. "Cepatla"
"Tunggula kejap" Eunwoo pun kejar Jihye. Sekali lagi, ada orang tengok mereka macam perfect couple, dan pastinya, ada yang tengok dengan muka tidak puas hati. Kesian Jihye 😂😂
Selepas membeli ais krim, dua-dua pun duduk di bangku berdekatan dan berborak-borak. Pasal apa? Pasal video game la. Dasar gamer. Author pun tak faham apa yang diorang borak.
Tiba-tiba, Eunwoo tenung je muka Jihye.
"Kenapa? Ada apa-apa di muka aku?" tanya Jihye sambil meraba-raba mukanya.
Eunwoo meletakkan tangannya di pipi kiri Jihye lalu lapkan ais krim yang berada di bibir menggunakan ibu jarinya.
"Ada ais krim" Eunwoo menunjukkan ibu jarinya yang mempunyai ais krim coklat sebelum makan ais krim tersebut. "Awak ni comel la"
Jihye cuba menahan dirinya supaya tidak kembang dengan pujian yang diberikan sebentar tadi. Mukanya dah merah macam tomato.
Sedang mereka ber'sweet' dia itu, ada orang sedang tengok drama romantic ni. May dan Ji Hyun yang singgah di kedai sekejap untuk beli makanan hanya mampu menonton wayang free ni sebab malas nak menyibuk. Selalunya, Jihye yang menonton wayang free romantic comedy Ji Hyun dan May. Tapi kali ni mereka berdua pula yang menonton. Kiranya Jihye dah balas dendam lah.
A/N:
_gloria01 special chap for you. "Subete for you~" *nyanyi lagu for you BTS*
Dan mohon cair dalam chap ni, Gerr 😂.
Yang lain, jangan risau. Special chap untuk yang lain akan keluar juga ye. Mohon bersabar. Saya akan tag korang kalau itu adalah special chap korang. Kalau nak tahu itu special chap siapa, tengok emoji kat title chapter tu. Korang tahukan emoji korang? Macam kat title di atas, ada emoji ☁. Emoji untuk the idc cloud, watak Jihye. Mohon jangan lupa nama slot 😂😂. Okla, jumpa di next chapter.
Next chap pun special chap. Agaknya siapa punya? Ececeh, acah suspens.
Babai~ *Cath nak pergi Jusco beli 🌻 untuk next chap*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro