Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⭐Chapter 1: The start of the story🌟

"Hello, Seulra... Awak nampak cantik harini" kata seorang pelajar lelaki dengan beraninya. Kwon Seulra hanya memberi pandangan yang dingin sebelum berlalu pergi. Kedengaran, beberapa pelajar lelaki yang lain mentertawakan lelaki itu.

Seulra agak berasa kesian, tetapi dia tidak kisah. Baginya, memang patut pun kerana lelaki itu cuba-cuba mendekatkan diri dengannya.

Sanha dari jauh memandang gadis itu. Senyuman penuh makna muncul di bibirnya. Dia dengan lajunya mengelus kasar rambut Seulra.
"Gotcha" kata Sanha sambil tersengih.

Tetapi apabila dia melihat muka Seulra, dia terkejut. Seulra hanya memandang lelaki itu dengan dingin.

"Yah! Noona buang tabiat ke apa? Tetiba pakai eye liner"

"Bising lah kau pagi-pagi ni... Jap, eye liner?" Seulra memandang ke arah tingkap berdekatan untuk melihat refleksinya.

"Choi Eun Min punya pasal la ni..." Seulra cepat-cepat berjalan ke arah tandas untuk mencuci mukanya.

"Noona! Apa yang berlaku?" jerit Sanha.

Kebetulan, sementara berjalan laju-laju, Seulra terserempak dengan seseorang, Seo Eun Ha.

"Seulra, kenapa laju-laju ni?"

"Eun Min semalam pergi rumah aku. Dia main make up jadi badut. Then, dia pakaikan aku eyeliner. Aku tak sangka dia pakaikan aku eyeliner yang susah nak hilang"

"Eh, dia stay sampai malam ke? Macam mana dia nak balik?"

"Ah, aku suruh driver aku hantarkan. Aku pergi tandas dulu, bye"

"Bye..." kata Eun Ha sambil membetulkan cermin matanya yang hampir jatuh.

🌼🌼🌼🌼

Kim Ji Hyun berjalan sambil mengikuti seekor belalang yang sedang melompat-lompat atas daun di semak.
(Yoo Jaesuk, awak ke tu?)

Tiba-tiba, dia ternampak seekor rama-rama terperangkap di antara semak duri. Perempuan yang cantik itu melepaskannya daripada teperangkap. Dia memandang rama-rama yang sedang terbang sambil tersenyum. (K, aku tahu tak logik 😂. Macam mana boleh terperangkap. K, sorry mengganggu)

Tanpa dia sedar, lelaki yang hanya memandang dari jauh terpegun.

"Hoi, Pelupa! Dah banyak kali aku panggil, tak dengar" jerit seseorang dengan suara yang kuat. Terkejut lelaki itu, atau nama sebenarnya, Park Min Hyuk (Rocky). Terus Min Hyuk sedar yang dia tidak sepatutnya berada di situ. Cepat-cepat dia beredar.

Ji Hyun melihat ke arah kiri dan ternampak seorang perempuan berkacukan English berjalan kearahnya. "Oh, hello Umang-umang" jawab Ji Hyun sambil melambaikan tangan kearah Umayrah Kim atau lebih dikenali sebagai May. May membuat muka pelik.

"Since when kau pandai panggil aku macam tu?"

"Kan Jihye kadang-kadang panggil awak Umang-umang?"

"Jangan ikut sangat rude swagger tu. Dah, panggil May je. Lagi comel, kan?" kata May sambil buat aegyo. Dia menunggu Ji Hyun membuat apa-apa reaksi, tapi Ji Hyun kekal dengan mukanya yang blur.

"K, fine..." May buat muka pasrah, macam dia tidak tahu perangai Ji Hyun macam mana.

"Dah, pergi masuk kelas. Dah nak lonceng ni" kata May. Ji Hyun hanya mengangguk.

"Bye" Ji Hyun kemudian berjalan menuju ke kelasnya.

☁☁☁☁


Ramai perempuan tersenyum-senyum sambil memandang kearah seorang lelaki yang sedang berjalan di koridor. Lelaki yang segak lagi bergaya, Cha Eun Woo. Memanglah, siapa yang tidak cair memandang wajahnya yang kacak. Ditambah lagi dengan jawatannya sebagai presiden sekolah. Dia ialah pelajar terbaik dan dia selalu menjadi perhatian ramai.

Dia masuk ke kelas lalu mengambil tempat duduk di sebelah seorang gadis. Choi Ji Hye Li-Hwa, gadis berkacukan cina itu sibuk mendengar musik melalui earphone sambil termenung.

Eun Woo berfikir, agaknya lagu apa yang didengari Jihye sehingga dia seperti tidak kisah dengan keadaan sekeliling? Dan apa yang dia fikirkan sehingga tiada yang menganggu fikirannya. Eun Woo sentiasa ingin tahu, Jihye jenis orang yang macam mana?

Dia memandang perempuan yang berada disebelahnya. Perempuan itu seolah-olah di dunia dia sendiri. Eun Woo cuba menegur, tetapi tidak berani.

Kemudian, cikgu pun masuk ke kelas untuk mulakan pelajaran.

🐛🐛🐛🐛

Seo Eun Ha melihat sekeliling rak buku. Dia ingin menbaca buku-buku yang belum dibaca olehnya.

"Tak pernah menyerah, Mr. Whatever I Love You, My Secret Bodyguard, Kidnapped... Mana yang belum pernah baca?" fikir Eun Ha. Tiba-tiba dia ternampak satu judul buku yang belum pernah dibacanya.

"Ha! Haritu baru nak baca After I Met You! Tapi tak habis-habis baca lagi" Eun Ha mengomel seorang diri. Dia mengambil buku itu sebelum menyelak di halaman terakhir dibacanya. Seorang pelajar lelaki muncul disebelahnya kemudian memilih buku yang perlu dipinjam.

Sambil mengambil sebuah buku daripada rak yang teratas, Park Jin Woo atau nama samarannya Jinjin memandang Eun Ha yang sibuk membaca buku. Tanpa dia sedar, dia telah menyebabkan buku diatas rak itu terjatuh.

Mujur dia sempat menyelamatkan Eun Ha daripada terkena buku-buku. Terkejut Eun Ha dibuatnya. Cermin mata Eun Ha pula hampir-hampir terjatuh.

Jinjin meletakkan kembali buku yang jatuh itu kembali ke tempat asalnya. Dia tersengih kearah Eun Ha.

"Maaf"

"T-tak apa, tak apa" Eun Ha sudah ketakutan. Inilah salah satu ketakutan yang selalu dihadapinya, berhadapan dengan lelaki.

"S-s-saya pergi dulu" cepat-cepat Eun Ha pergi dari situ.

'Aku buat dia marah ke sampai dia lari?' fikir Jinjin yang sudah salah faham.

🌻🌻🌻🌻

'Waktu sukan is the best!' kata May dalam hati. Sebelum dia berhenti berlari. Dia orang pertama yang telah berjaya menamatkan 10 pusingan manakala yang lain pula masih jauh di belakang. May tersenyum puas. 'Makin lama, aku makin laju'

Di matahari yang terik, rambut panjangnya ditiup lembut. Di dalam kepenatan, dia mengelap peluhnya.

Lelaki yang berada di tingkap hanya mampu melihat May sambil bermain dengan pensel.

'Fuh, laju juga dia tu' fikir Kim Myung Jun atau lebih dikenali sebagai MJ. Dia malas hendak fokus dengan cikgu yang sedang mengajar di depan.

"Kim Myung Jun! Kamu buat apa tu?" sergah Puan Kim. MJ cepat-cepat pandang hadapan dan sedikit mengelabah.

"Ah! Tak ada apa-apa! Saya cuma tak sengaja termenung sebab penat"

"Lain kali fokus dalam kelas saya. Saya tak nak awak gagal lagi dalam subjek saya lagi" kata Puan Kim sambil memberi renungan yang tajam.

"Y-ya" MJ mengigil. MJ teringat apa yang berlaku sewaktu dia gagal dalam ujian mengejut. Teruk dia dibebel oleh guru yang garang itu.

🍀🍀🍀🍀

"Masa rehat! Yeah! Masa makan, masa makan" Eun Min menyanyi keriangan sambil terlompat-lompat. Tiba-tiba, dia terlanggar seorang pelajar lelaki, membuatkan buku-buku di tangan lelaki itu jatuh.

Terus, Eun Min menolong mengutip buku-buku yang jatuh.
"Minta maaf sebab terlanggar" kata Eun Min sambil menghulurkan buku itu kepada lelaki itu, Moon Bin.

"Tak apa, tak apa" kata Moon Bin sambil tersenyum.

"Moon Bin" tiba-tiba Eun Min menyentuh pipi Moon Bin dengan jari telunjuknya. "Saya suka tengok awak senyum"

Moon Bin memandang Eun Min dengan hairan. Eun Min senyum, menampakkan semua giginya. "Gurau je, hari-hari aku nampak kau senyum"

"Ceh, ingatkan apalah tadi"

"Ok, aku pergi dulu, makanan tengah tunggu aku"

❄❄❄❄

"Korang!" jerit Eun Min dari dalam kereta.

"Guys!" May turut menjerit.

"Jangan jerit-jerit. Nanti orang pandang macam apa pula" kata Seulra sebelum mereka semua keluar daripada kereta kepunyaan keluarga Seulra.

"Nanti saya akan bagitahu bila dan mana awak perlu ambil saya" kata Seulra kepada pemandunya. Pemandu itu hanya mengangguk sebelum dia berlalu pergi.

Mereka bertiga pergi ke arah 3 orang gadis yang sedang menunggu di hadapan sebuah cafe. 3 orang memakai uniform sekolah yang berlainan daripada yang 3 orang lagi.

May, Ji Hyun dan Jihye satu sekolah manakala Seulra, Eun Ha dan Eun Min sekolah yang berlainan daripada mereka. Mereka berenam bersahabat baik sejak sekolah rendah. Umur pun berbeza, Jihye dan Seulra berumur 18 tahun, Eun Min dan May seumur iaitu 16 tahun dan Ji Hyun dan Eun Ha dua-dua berumur 15 tahun. Sekolah berlainan, umur berlainan, tapi masih bersahabat sehingga sekarang dan memahami antara satu sama lain.

Cafe yang mereka berada sekarang ialah cafe yang mereka selalu lepak, iaitu cafe yang abang-abang May usahakan.

"Harini kita duduk kat cafe je, sebab nanti ada promotion dibuat so aku kena balik rumah" kata Jihye yang teringatkan promotion yang bakal dibuat oleh pihak game untuk memotong harga barang-barang edisi terhad.

"Eh, kau ni... Tahu main game je" kata Eun Min sambil memuncungkan bibirnya.

"Daripada kau panda, kat rumah kau buat apa je? Makan" gelak May.

"Diamlah umang-umang, at least panda comel although kuat makan"

"Eh, korang ni. Masa begini pun sempat lagi bergaduh" kata Seulra yang cuba menghentikan pergaduhan itu.

"Tough cookie dah marah" kata Jihye dengan selambanya.

"Diamlah rude swagger"

Kacau bilau terus menguasai sementara Eun Ha sibuk membaca buku.

"Flower princess baca buku apa tu?" tanya Ji Hyun kepada Eun Ha.

"Novel. Eh, sejak bila Ji Hyun panggil aku flower princess?"

"Entah. Tapi saya selalu dengar diaorang panggil awak flower princess"

"Oh, ok" kata Eun Ha. Kedua-dua mereka makan makanan yang tersedia sementara May dan Eun Min menjadi bising manakala Jihye dan Seulra cuba tak layan mereka.

A/N:
End of the first chapter. Sorry guys, memalam macam ni baru update. Takde internet punya pasal.. Dan sorry kalau ada typo atau kesalahan tatabahasa dan ejaan. Anyway, author harap korang enjoy baca

See you in chapter 2~!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro