Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

t e n 🍃

Semasa waktu rehat, aku duduk bersama kumpulan rakan-rakan perempuan yang lain. Berbual, bergelak ketawa dan berkongsi cerita. Maklumlah, lama tak jumpa.

Tiba-tiba ada seorang budak lelaki mencuit bahuku perlahan. Aku pusing ke belakang.

Wonju, satu-satunya budak darjah dua yang rapat dengan aku memandangkan aku pengawas yang selalu menjaga kelasnya.

"Kak Hani, ada orang bagi ni."

Dia serahkan satu kuntum bunga mawar merah di atas telapak tanganku.

Aku pelik. "Siapa yang bagi?"

Namun, Wonju hanya angkat bahu dan tersengih sebelum dia beredar dari situ.

Semua kawan-kawanku bersorak. Aku perasan ada satu lipatan kertas kecil yang dilekatkan pada batang bunga mawar tersebut.

Lipatan kertas itu aku buka.

Aku bagi kau bunga ni sebagai
hadiah kau datang sini.
Ganti hadiah yang aku tak sempat bagi
masa kau nak pindah haritu.

Dari: Hoseok.

Nama kau tertulis atas kertas itu.

Aku tersenyum malu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro