Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

f o u r 🍃

Entah bagaimana,

aku sukakan kau melebihi seorang kawan.

Faham kan?

Lebih tepat lagi, aku menyimpan perasaan terhadap kau.

Namun ketika itu, kau tidak tahu.

Macam mana aku boleh suka kau?

Sebab utamanya kau baik. Kau selalu jadi orang terakhir tinggalkan kelas. Pada mulanya aku pelik mengapa kau selalu pulang lewat. Rupa-rupanya, kau membersihkan kelas itu sendirian. Meja dan kerusi kau susun atur sehingga kemas.

Pada hujung minggu pula, kau membantu ayah kau di kebun. Aku tahu ini pun kerana aku pernah ternampak kau ketika aku berada di kebun bersama nenek. Malah nenek turut mengatakan bahawa kau anak yang baik.

Aku juga pernah nampak kau menyuap ibu kau makan di halaman rumah. Berdasarkan apa yang nenek cakap, ibu kau sakit.

Hati aku tersentuh melihat kebaikan yang kau tonjolkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro