f i f t e e n 🍃
Malam itu,
ibu memberitahu bahawa kau sudah ada di depan rumah.
Aku kelam-kabut keluar. Ingatkan ibu bergurau.
Rupa-rupanya tak. Kau memang ada.
Kau datang dengan sebuah gitar di tangan.
"Akak bagitahu tadi kau datang rumah. Sorry, aku terlupa pula kau balik hari ni. Kalau aku ingat tadi, siang tu juga aku datang sini."
Kau mengajak aku untuk duduk di atas buaian yang ada di pondok berhadapan rumah aku.
"Tak apa, Seok. Kan bagus kau tolong ayah kau. Hah, ni aku nak tanya."
Aku hulurkan sebiji buah limau yang aku ambil dari peti sejuk itu kepada kau.
"Apa dia?"
"Sejak bila kau pandai main gitar? Dari mana kau belajar?" aku menyoal, hairan dan ingin tahu.
"Oh.." Kau capai gitar di sisi lalu kau bawa ke pangkuan.
"Aku tengok ayah kau main gitar. Dari situ, aku cuba belajar main gitar. Susah tapi bila kau dah banyak kali praktis, jadi senang."
Kening aku automatik berkerut. Bila fikir balik, memang ayah selalu main gitar kat bawah pokok sana tu setiap kali waktu petang sebelum aku berpindah ke bandar.
Menyempat pula si Hoseok ni skodeng ayah aku ya?
"Aku main gitar ni sebab aku nak nyanyikan kau satu lagu. Aku tahu suara aku macam katak, tapi aku nak kau dengar je. Okay?"
Tergelak aku dibuatnya dengan kata-kata kau. Baru nak kutuk suara kau tak sedap. Tapi itulah, kau awal-awal dah bagi warning.
Dari mula kau nyanyi sehinggalah ke lirik yang terakhir, aku seperti rasa terbuai. Suara kau tenang, lembut dan diselangi dengan bunyi melodi dari gitar yang kau petik talinya.
"Tu, lagu kegemaran aku."
Kau ukir senyuman manis. Aku tak tahu lagu apa. Sedap bunyinya. Tapi lirik lagu itu kedengaran sedih. Entahlah.
"Hani, kau nak tahu tak apa aku buat kalau aku rindu kau?"
Tak ada angin, tak ada ribut kau lontarkan soalan itu pada aku.
"Merepek lah kau ni, Seok!" aku tampar lengannya perlahan.
"Ish, jawablah! Nak tahu tak?" kau mendesak aku agar menjawab pertanyaan kau.
"Hah, iya iya. Ha, apa dia?" balasku dengan tawa yang bersisa.
"Aku berborak dengan bulan dan bintang kat atas sana tu. Aku bayangkan bulan itu adalah kau. Aku punya khusyuk sembang sampaikan Kak Jiwoo kata aku gila sebab borak dengan bulan," dalam pada kau berkata, sempat lagi kau berseloroh membuatkan aku kembali ketawa.
Kau pandang aku dengan pandangan pelik.
"Apahal kau gelak?" soal kau dengan nada tidak puas hati.
"Tak ada lah, Seok. Memang betul pun apa yang Kak Jiwoo cakap tu. Kau tu dah kenapa nak borak dengan bulan?" aku mengurut dadaku yang sakit kerana terlalu banyak gelak pada malam itu.
Kau cebikkan bibir. "Yelah, nak call kau. Tapi duit syiling dalam tabung aku dah kering kontang. Takkan aku nak masukkan batu pulak dalam public phone tu? Bila aku tak ada duit, aku borak dengan bulan. Bila aku ada duit, aku borak dengan kau."
"Seok, tak payah lah kau habiskan duit tabung kau semata-mata nak call aku. Membazir lah," ujarku sambil mengutip kulit limau yang jatuh di atas tanah.
"Yelah. Kau dah jauh. Siapa je yang rajin lepak dengan aku? Lagipun aku rindu nak dengar suara kau," sekali lagi kau ungkapkan kata rindu padaku.
Betul ke kau rindukan aku?
Ingin saja aku balas,
"YA AKU PUN RINDUKAN KAU JUGA!"
Tapi tak mampu. Hanya mampu laungkan kalimat itu dalam hati saja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro