INTRO
♡________
∥ ωjк_ρjм |
∥ ƒirsτ |
∥ αρρℓyƒic |
∥ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄
∧_∧
( ・ω・∥ ☆
丶 つ0
しーJ
•*¨*•.¸¸☆*・゚゚・*☆¸¸.•*¨*•
"Baiklah itu sahaja untuk hari ini.Jumpa kamu semua lagi lepas cuti musim panas. Jangan lupa siapkan assignment yang saya bagi" Mrs Kim mengemas barangnya kemudian berjalan keluar kelas.
Sebaik sahaja Mrs Kim keluar pelajar-pelajar pon turut bergegas mengemas barang mereka dan berpusu-pusu keluar.
" Weyh lepak McDonald jom. Lapar ah " X mengajak Y
" Ala aku malas la nak lepak. Aku ngantuk ;-; balik rumah nak tido " Y mengeluh.
" Ish kau ni tido je kerja. Makan pon malas " X acah-acah marah.
" Malam tadi aku tido lambat layan anime laa. Kau tahu la aku kan kalau dapat layan anime memang susah nak berhenti. Takpe weekend nanti kita lepak sesama eh. Aku belanja " Y memujuk rakannya X dengan harapan akan berjaya. Tak tahan sangat dah mata nak buka lama-lama.
" Ha kau dah janji ni ye. Kalau tak jadi gak aku tanak kawan kau dah " X mengalah.
Setelah membuat persetujuan mereka berdua pon berpecah dan menuju ke hala tuju masing-masing.
•••|•••|•••
X
tiba di hadapan pintu rumahnya dan memasukkan kata kunci. Tidak sabar untuk berjumpa katilnya dan tidur.
X memasuki rumahnya, menanggalkan kasut dan meletakkannya di atas rak. Kemudian menutup pintu dan berpaling ke arah ruang tamu.
Dia terkaku.
Di hadapannya, di ruang tamu rumahnya,terdapat seorang lelaki telanjang bertelinga haiwan dan berekor sedang duduk di atas sofa dan menonton tv.
Kerana terkejut beg sandangnya tergelincir dan terhempas jatuh ke atas lantai.
Bunyi hempasan beg tersebut menarik perhatian si lelaki.
Mereka bertentang mata.
" MAMPUS " X menjerit dalam hati. Dia mengundur perlahan-lahan untuk menghampiri pintu.
Lelaki tersebut memerhati X,tersenyum dan mula bergerak ke arah X teruja.
" Master dah balik! "
" AAAAAARGHHHHHHH MAK TOLONGGGG " Dengan kelam kabut X membuka pintu dan dengan pantas menutup pintu menghalang lelaki tersebut dari keluar.
" APA TENGAH BERLAKU NI. AKU SALAH MASUK RUMAH KE.. AKU TAK INGAT PON AKU ADA SIMPAN LELAKI KAT RUMAH ;-; " Jantungnya berdegup kencang. Fikirannya bercelaru. Berkali-kali dia melihat nombor rumah di pintu. Dia yakin dia tak salah rumah.
Beberapa minit telah berlalu. X masih berdiri kaku di hadapan pintu rumahnya. Keliru dan terkejut.
•*¨*•.¸¸☆*・゚゚・*☆¸¸.•*¨*•
ʕ•̫͡•ʔ ɪ ʟᴜᴠ ᴜ ᴍᴀsᴛᴇʀ! ʕ•̫͡•ʔ
ᴀᴘᴘʟʏғɪᴄ
↺TAGS ↻
lianxi_ WESIMP- seotty- purple_string songwol-ah Sopetify- Taeim_
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro