bab 21
Hairy mencari kelibat Aura di sekolah. Takde.Selalunya time macam ni semua pengawas dah sampai "untuk apa aku nak cari perempuan jijik tu?" tanya Hairy sendiri sebelum dia meneruskan tugasan pengawasnya
"hai korang" Hairy menyapa group nya dan group Aura yang sedang berbual.Mereka memandang jijik terhadap Hairy
"weh aku blah dulu lah.Panas la kat sini. Mungkin ada syaitan kot yang berdekatan" laser mulut Asyikien berkata.Memang marah lah kalau orang lain buat bff kita macam sampah
"weh mulut jaga sikit!" Hairy sudah mula membahang.Matanya tepat memanah wajah Asyikein "sudah lah Hairy.Kau tak payah nak cari gaduh! kau tu headprefect kitaorang ni pengawas bawahan.Kitaorang sedar siapa kitaorang,kitaorang tak layak kawan dengan kau" kata Zuhair lalu mereka berenam berlalu pergi
Hairy agak terkesan dengan kata-kata mereka.Memang salah apa yang dia lakukan terhadap kawan-kawannya dann...Aura?
"Aura tak datang ke?" tanya Hazziq,Asyikein mengeluh "tak tahulah weh.Maybe tak kot sebab biasa time-time macam ni dah nampak batang hidung dia" kata Asyikien "kau tak contact dia?" Tanya Mateen
"dah try banyak kali. Tapi dia off fon" kata Ainon pulak "maybe dia perlukan masa" kata Zuhair.Mereka hanya mengangguk. Kitaorang nak Aura yang dulu yang happy,Kelakar,Brutal tapi ni semua salah Hairy disebab kan dialah Aura dah berubah!
Pejam celik pejam celik sudah seminggu Aura tidak hadir ke sekolah.Telefon Mama papanya,mereka kata mereka lambat lagi nak balik dari outstation disebabkan terlalu banyak hal yang perlu mereka selesaikan.
Pergi ke rumahnya,semua tertutup.Handphone nya off.Kemanakah dia.Semua guru risau dengan dia
"korang.." Hairy tekad dia nak juga berbaik dengan kawan-kawannya,itulah satu-satu kawan yang dia ada,yang paham perasaannya
Semua memandang menyampah ke arah Hairy "aku nak minta maaf dengan korang" kata Hairy perlahan.Air mata Ain sudah mengalir "aku takkan maafkan kau selagi Aura hilang! dan aku takkan maafkan kau kalau Aura terluka.Kau ingat apa yang aku cakap!" kata Ain.Hazziq memegang bahu Ain untuk menenangkan wanita itu.
Hairy hanya menunduk.Air matanya juga mengalir.Memang dia rindu dengan Aura.Wanita yang selalu mengubati hatinya tapi kenapakah dia sanggup lukakan hati wanita itu.
"sabar Ain,Hairy sini duduk dengan kitaorang" kata Ainon,Hairy melabuhkan punggungnya "kenapa kau berubah? Kenapa kau sanggup sakitkan Aura? Kenapa kau seksa dia? Kenapa kau buat dia terluka.Kenapa Hairy?" Tanya Ainon.Air matanya mula mengalir perlahan-lahan dari tubir matanya.
Kalau Aura sedih mereka akan turut sedih.Kalau Aura sakit mereka turut sakit.Ye mereka memang faham sangat perasaan Aura ketika ini
"a..aku" kata Hairy gagap "kau apa?" tanya Hazziq.Dia memegang bahu Hairy "Hadif kata Aura pernah mengandung....d..dan aku tak boleh terima..t...tapi aku tau aku salah sebab tak selidik dulu.Aku percaya Hadif bulat-bulat" kata Hairy sambil menangis.
Pang!! Tangan Asyikein laju menampar pipi Hairy.Semua terkesima
"Asyikein" Zuhair segera mendapatkan wanita itu.Bahu Asyikein digosok lembut untuk menenangkan wanita.
"kau bodoh! Kau bodoh Hairy!! Kau ingat Aura semurah tu ke? Ha?! Astaghfirullahalazim.Apa yang kau buat ni?! Aura tu tak pernah sentuh pun bukan mahram dia! ni lagi sampai mengandung?!! mana kepercayaan kau terhadap Aura?!! Kau tau tak Hadif tu yang tergila-gilakan Aura dan dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Aura!! Sekarang! Kau berjaya.Kau berjaya buat dia sedih,kau berjaya buat dia sakit,buat dia menangis,buat dia terluka.Congrats Hairy!" dengan air mata Asyikein meninggalkan mereka semua "Asyikien!" Zuhair segera mengejar Asyikien.
Ainon sudah memegang dadanya.Menahan sebak yang meninggi.Kawannya diperlakukan seperti sampah memang betul-betul mencarik hatinya
Kawan aku bukan semurah tu! "s..sampai hati kau Hairy...a..aku tak percaya kau boleh buat macam tu dekat Aura...s..sampai hati kau!" air mata diseka lalu Ainon berjalan meninggalkan mereka "aku akan benci kau sampai bila-bila!" lalu Ain pula pergi meninggalkan mereka
Zuhair kembali melangkah ke arah mereka "kita cari Aura bro.." kata Hazziq perlahan tapi nadanya jelas kedengaran yang dia sangat sedih.Sedih dengan apa yang berlaku dalam masa singkat ini
"kita sama-sama cari" kata Mateen pula.Bahu Hairy dipegang.Hairy mengangguk lalu mereka berempat berpelukkan dengan ditemani air mata.
Maafkan aku Aura..Maafkan aku..
Habis sesi persekolahan mereka bertujuh pergi ke tempat yang dijanjikan iaitu di taman "kita cari kat mana?" tanya Hairy.Asyikien menjeling Hairy.Dia memeluk tubuhnya.Tiba tiba kelibat Shasha, Amanda dan Sofea kalihatan.. Ainon memandang mereka
"lepaskan Aura.. Emerlyn!"
"buat Amanda!!"
"kenapa kau tak jaga diorang?"
"berhenti la seksa diorang..kau tengok muka Aura ni dah teruk!"
"maafkan aku Aura"
"ya Allahhhhhhhh.. Aura!!"
"Emerlyn?!" jerit Ainon tiba tiba..serentak mereka berenam memandang Ainon..Geng Shasha datang ke arah mereka.Ya mereka tau Ainon dah ingat. Tapi mereka kena juga tempuh
"Ainon kau ok?" Soal Mateen risau "Emerlyn!" kata Ainon lagi "kenapa dengan Emerlyn?" soal Akmal "Emerlyn dan geng dia yang cederakan kitaorang.Dia yang rancang semuanya!" kata Ainon.. Semua terkejut lalu mata mereka merenung wajah milik Shasha, Amanda dan Sofea.Mereka tertunduk "kau?!!" Hairy sudah melangkah mendekati mereka bertiga
"stop!" kata kata Ainon memberhentikan perbuatan Hairy
"diorang dah suruh Emerlyn berhenti tapi Emerlyn tetap taknak" kata Ainon "k..kitaorang minta maaf.Kitaorang terpaksa" kata Shasha gagap "terpaksa kau cakap?! Terpaksa buat bende bodoh sampai hampir ragut nyawa orang? Tu terpaksa?!" ujar Mateen pula.Kesabaran masing-masing sudah menipis
"tapi kitaorang dah tak join Emerlyn lagi" kata Sofea "sebenarnya kitaorang nak bagitau Aura ada kat mana sekarang.." kata Amanda.
Mereka bertujuh memandang sesama sendiri "Aura kat mana?!"
°
°
"Aura! Bangun!" kaki Emerlyn menyepak nyepak badan Aura.. Aura membuka matanya perlahan lahan..Emerlyn menarik rambut Aura "kau ingat eh..tak lama lagi Hairy jadi milik aku..dan kau.. Akan mati" Emerlyn membisik di telinga Aura "kau a...akan tertang..kap.. E...Emerlyn" kata Aura menahan sakit.. Emerlyn melepaskan rambut Aura dari genggamannya "takkan ada siapa yang tahu la!" Emerlyn sudah gelak kepuasan
°
°
"Aura kat mana?! Tolong lah bagitau kitaorang!" rayu Asyikien "tapi tempat ni bahaya" kata Amanda
Flashback
"ha? Kau nak suruh aku culik dia?" tanya Hadif "haah aku nak kau culik dia dan nanti pandai pandai lah aku seksa dia!" kata Emerlyn sambil tersenyum "bahaya tau tak kerje ni. Aku taknak masuk lokap.. Aku muda lagi" Emerlyn mengeluh "kalau kau pandai cover line..takkan kantoi punya!" kata Emerlyn sinis.. Lalu Hadif setuju dengan cadangan Emerlyn
mereka bertiga yang terdengar perbualan Emerlyn dan Hadif menekup mulut dan memandang sesama sendiri..Mana taknya..Hadif dan Emerlyn rancang idea jahatnya di rumah agam mereka berempat memang sah-sah diorang akan terdengar perbualan Emerlyn dan Hadif
end flashback
"habis,diorang kat mana?" tanya Akmal "banglo kosong hujung simpang tiga" kata Shasha "aku telefon polis" kata Ainon "jom kita pergi!" kata Hairy lalu mereka menganguk,yang pergi hanya lah Hairy dan geng Emerlyn yang lain ambil barang sepatutnya
Mereka menjejakkan kaki di banglo itu..usang! Itu perkataan pertama yang boleh describe keadaan banglo itu "Hadif! Kau ni kenapa?!" suara Emerlyn kedengaran lalu mereka berempat bersembunyi di sebalik dinding
"aku dah cakap.Aku tak boleh buat!" kata Hadif sambil meraup rambutnya.. "kenapa?kau takut? Wehh perempuan tu tak cintakan kau pun! Dia cintakan Hairy.. Kau boleh tak wakeup!" marah Emerlyn " aku tau! Tapi aku tetap cinta kan dia..dan aku takkan bunuh orang yang aku cinta! " tegas Hadif.. Mendengar sahaja perkataan bunuh mereka berempat terkejut
"diorang nak bunuh Aura?" bisik Shasha."aku rasa macamtu" kata Hairy "apa kita nak buat ni" kata Sofea ketakutan.. "jom jom kita ikut arah ni" lalu mereka berempat melangkah penuh berhati hati "Hairy.. Tu Aura" kata Amanda "mana?" Hairy baru sahaja mahu melihat Aura "jap jangan datang dia tak pakai tudung!" kata Amanda sambil meletakkan tanggan di depan Hairy. Hairy berhenti melangkah "aku pakaikan dia tudung dulu" dengan berhati hati Sofea masuk ke bilik itu melalui tingkap
"Sofea?" kata Aura terkejut.. Sofea meletakkan jarinya di bibir menandakan senyap.. Aura mengangguk kepala..lalu tudung dicapai dan baru sahaja dia ingin memakaikan Aura tudung.. Pintu dibuka "kau siapa?!!" kata Hadif terkejut lalu Sofea melarikan diri.. "Emerlyn tangkap perempuan tu!" jerit Hadif.. Lalu Hadif berjalan ke arah Aura.. Bok! Dia ditumbuk seseorang
"kau ok?" tanya Hairy..geram juga dengan Hairy ni..tapi orang dah selamatkan kita redha jelah.. Hairy membuka ikatan tangan dan kaki Aura
"Sofea?!" kata Emerlyn terkejut "Emerlyn...cukup la tu kau berdendam..buang lah sifat dendam kau jauh jauh!" kata Sofea "aku paling pantang.. Orang musnahkan plan aku" lalu Sofea melarikan diri dari Emerlyn
"lari Aura.. Lari!!" kata Hairy lalu Aura melarikan diri "sini!" Amanda menarik tangan Aura "aku cari Sofea kejap!" Shasha terus berlari mencari sofea..dia masuk ke dalam rumah itu..dia melangkah perlahan lahan
Bok! Kayu di situ dipukul ke kepala Hairy.. Hairy jatuh.."kau nak tunjuk hero eh?" kata Hadif sinis.."aku nak tengok sekuat mana kau nak selamatkan Aura tu!" pekik Hadif.. Lalu kayu ditangan Hadif diangkat tinggi..Hairy memejam matanya..
Bok!
Hadif rebah di sisi Hairy.. Hairy membuka mata.."kau ok?" kata Shasha "aku ok..thank" lalu Hairy bangun perlahan lahan.."jom kita keluar cepat!" kata Shasha
"Sofeaaa...oooo.. Sofea.. Where are u?" Emerlyn memegang kayu..sofea berselindung di sebalik kotak "ya Allah bantulah aku" bisik Sofea perlahan "aku tau kau ada kat sini..meh keluar.. Kita bincang baik baik meh" mata Emerlyn melilau mencari Sofea.. Lalu kotak yang di hadapan Sofea terjatuh lalu terserlah tubuh Sofea "i see u babe" Sofea terkejut.. Kakinya bagai tidak mampu bergerak kayu di hayunkan..belum sempat kayu singgah si kepala Sofea.. Sesorang menolak Emerlyn.."Aura?!" Aura menarik sofea lari dan mereka melarikan diri ..Amanda mengambil kotak kotak dan dibaling ke arah Emerlyn "tak gunaaa!!" jerit Emerlyn
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro