Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37

Few Months Later

"Congrats semua!" Yeji tersenyum lebar lalu memandang mereka yang berada di meja itu.

Hari ini, mereka rasmi tamat pengajian sebagai pelajar sekolah tinggi. Setelah selesai majlis graduasi dan orang tua mereka pulang, mereka masih menetap di sekolah untuk meluangkan masa dengan rakan sekolah buat kali terakhir.

"Tak sangka, kita semua dah dewasa," kata Jisung pula.

"Kan? Seronoknya!" Yeji menepuk tangan penuh teruja.

"Hmm, aku ada sesuatu nak bagitahu korang," ujar Lia.

Semua mata kini memandang ke arahnya.

"Aku akan ke Kanada lepas ni. Sambung study kat sana," kata Lia.

Mereka bertiga terdiam.

"Berapa lama?" soal Eunmi.

"Paling cepat tiga tahun. Atau mungkin lebih,"

"Junho tahu?" soal Eunmi lagi.

Lia tersenyum nipis sebelum mengangguk.

"Dah. Dia cakap dia akan tunggu aku. Tapi, kalau dalam masa kami berjauhan tu dia sukakan orang lain, kami akan putus,"

"Aniya, Junho akan setia. Percaya cakap aku," kata Jisung.

"Baru ingat nak masuk universiti sama-sama," keluh Yeji.

"Yaa, kita still boleh skype or video call. Kalau ada cuti, mungkin aku balik sebab Omma Appa aku still kat sini,"

"Okay lah kalau macam tu. Yang penting kau tak lupakan kitorang," kata Jisung.

Yeji dan Eunmi mengangguk tanda bersetuju.

"Yaa, Han Jisung. Mana Hyunjin ni? Kenapa dia tak ikut kau sekali tadi?" soal Yeji.

"Entah. Tadi, dia jumpa Daehwi—haa, tu dia!" Jisung menunjuk ke arah Hyunjin yang baru muncul.

"Busy betul kau kan?" kata Yeji bila Hyunjin duduk di sebelahnya.

"Yaa, Daehwi dengan geng dia ajak pergi pantai," kata Hyunjin.

"Sekarang?" soal Jisung.

Hyunjin mengangguk.

"Siapa lagi?"

"Daehwi dengan geng dia. Lepas tu Haechan, Jaemin dengan Jeno and budak perempuan kelas korang,"

"Naik bas?" soal Jisung lagi.

"Dia cakap ada bas lagi. And petang nanti pun sempat naik bas nak balik sini," tambah Hyunjin.

"Seronoknya!" ujar Yeji ceria.

"Nak pergi ke?" soal Hyunjin kepada kembarnya itu.

"Nak! Jom lah, semua orang!" ajak Yeji.

"Aku ikut je," ujar Eunmi.

"Aku pun," kata Lia.

"Aku? Mestilah on!" Jisung sudah berdiri.

Dan pada masa itu juga, Daehwi muncul bersama rakan-rakannya.

"Nak join tak?" soal Daehwi.

"Mestilah nak!" Jisung berjalan lalu memeluk bahu Daehwi.

"Kajja!" Yeji menarik lengan Eunmi dan Lia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro