Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32

Eunmi membuka matanya perlahan lalu memandang sekelilingnya. Kelasnya sudah kosong dan dia baru teringat yang dia memilih untuk pulang lambat pada hari itu.

Yeji dan Jisung ada menawarkan diri untuk menemaninya namun dia sekerasnya menolak. Dia mahu bersendirian menyiapkan semua kerjanya yang tertangguh gara-gara seminggu tidak ke sekolah.

Lia? Gadis itu langsung tidak menegurnya. Lia sekarang benar-benar berubah. Waktu rehat, dia langsung tidak nampak kelibat gadis itu dan bila tiba waktu pulang, dia cepat-cepat keluar kelas.

"Haish, ada lagi yang belum siap," Eunmi melihat buku latihannya.

Dia tertidur sewaktu cuba menyelesaikan soalan Matematik tadi. Dia mengeluh perlahan lalu menutup buku latihannya.

Jam di tangannya dikerling. Sudah jam enam petang. Dia mengemas barang-barangnya lalu dimasukkan ke dalam beg dengan bersusah payah. Maklumlah, tangannya sebelah masih beranduh.

Beg sekolahnya dicapai lalu disangkut ke bahu. Buku rujukan yang berada di atas meja diambil dan dibawa bersama. Usai menutup semua suis di dalam kelas dia melangkah keluar.

Telefon miliknya yang berada di dalam beg sekolah tiba-tiba berbunyi. Eunmi berusaha untuk mencapainya namun dengan keadaan dia saat itu, lain pula yang terjadi. Buku di pegangannya jatuh dan deringan tadi juga sudah berhenti.

"Haish," satu keluhan terlepas tanpa sedar.

Dia menunduk untuk mencapai bukunya dan dia baru perasan tali kasutnya terbuka pada waktu itu.

"Wae? Kenapa sekarang juga nak tercabut?" soal Eunmi hampir menangis.

Sepanjang dua minggu ini, Eunwoo atau Junho yang akan membantu mengikat tali kasutnya. Dengan tangannya yang hanya sebelah boleh digunakan, mustahil untuk dia membuatnya sendiri.

Eunmi cuba mencapai tali kasutnya dan ianya gagal. Perasaan sedih mula menerpa dirinya. Rasa menyesal juga timbul kerana dia berkeras menghalau Yeji dan Jisung tadi.

"Bodoh Cha Eunmi. Semua benda kau dah tak boleh buat sendiri," air matanya jatuh juga.

Bunyi derapan kaki seseorang membuatkan dia ingin menangis lagi. Mesti orang tu fikir yang dia ini menyedihkan. Duduk di lobi sekolah dalam keadaan gelap macam ni, sambil menangis.

Bunyi itu semakin hampir dan akhirnya berhenti. Eunmi melihat sepasang kaki yang berdiri di hadapannya dan dia mendongak.

"Hyunjin,"

Hyunjin melutut di hadapannya lalu mengikat tali kasutnya kemas. Bukunya yang berada di atas lantai juga diambil oleh lelaki itu. Juga beg sekolah miliknya.

"Aku tahu kau tengah mengelak dari aku sekarang. Tapi tolong, izinkan aku teman kau balik harini," kata Hyunjin sambil membantu dia bangun.

"Kajja," tangan Eunmi dicapai dan disatukan dengan tangan miliknya selamba.

Eunmi pula seakan ada sesuatu yang menghalang dia dari menolak. Dia hanya diam dan mengikut langkah lelaki itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro