23
"Lagi, awak nak pergi mana lagi?" soal Hyunjin.
"Hmm, makan aiskrim nak tak?" soal Lia ceria.
Hyunjin mengangguk. Mereka berjalan ke arah escalator untuk ke tingkat bawah pusat membeli-belah tersebut.
"Eh, sekejap," Lia tiba-tiba menahan Hyunjin.
"Kenapa?" soal Hyunjin.
"Itu bukan Jisung dengan Eunmi ke?" Lia menunjuk ke arah kedai pakaian di hadapan mereka.
Hyunjin menoleh dan ianya benar. Han Jisung dan Cha Eunmi sedang berada di sana. Jisung sedang sibuk memilih pakaian manakala Eunmi di sisinya seolah memberikan komen terhadap piliahannya. Sesekali Eunmi menampar bahu Jisung sambil mereka ketawa.
"Jom, pergi kat diorang," Lia terus menarik lengan Hyunjin.
"Tapi tadi—," Hyunjin mengeluh perlahan.
"Jisung, Eunmi," panggil Lia.
Automatik kedua manusia itu berpaling ke arah mereka.
"Eh, hai!" sapa Jisung seperti biasa dengan cerianya.
"Hai," Eunmi ikut tersenyum.
"Dating?" soal Jisung.
Lia menganguk lalu memeluk erat lengan Hyunjin. Dia sempat memandang Eunmi namun gadis itu hanya beriak biasa.
"Jisung ah, aku nak pergi belakang sana sekejap," Eunmi meminta diri lalu masuk ke bahagian belakang di mana tempat pakaian wanita berada.
Lia menarik senyuman dalam diam. Pelukan pada tangan Hyunjin dilepaskan.
"Jisung, lepas ni korang nak pergi mana?" soal Lia.
"Hmm, belum fikir lagi. Kenapa?" soal Jisung.
"Jom lah join kitorang makan ais krim," ajak Lia.
"Tak payah lah kacau diorang. Diorang maybe ada tempat lain yang diorang nak pergi," kata Jisung.
"Ala, baru ingat nak makan sama-sama," Lia mencebikkan bibirnya.
Jisung ingin membuka mulut namun Hyunjin memberikan isyarat supaya berhenti bercakap.
"Saya nak pergi toilet sekejap. Awak masuklah tengok-tengok kat dalam dulu," kata Lia lalu menyerahkan beg miliknya kepada Hyunjin.
"Yaa, pergilah masuk. Mana tahu ada yang berkenan," Jisung bersuara sebelum dia kembali memilih-milih baju.
Hyunjin mengangguk sebelum dia ikut masuk ke dalam kedai. Kakinya dibawa pergi ke tempat dia melihat Eunmi tadi.
Dan bibirnya tersenyum melihat Eunmi yang sedang berdiri di hadapan deretan skirt di kedai itu. Gadis itu mengambil skirt bewarna biru laut namun dia meletakkannya kembali dan mengambil skirt bewarna putih pula.
Eunmi menggeleng kecil sebelum dia menukar kembali skirt tadi. Hyunjin tertawa perlahan.
"Comel," ujarnya tanpa sedar.
Dia berjalan ke arah gadis itu dan berdiri di belakangnya.
"Jisung ah, kau rasa biru ke putih?" Eunmi menoleh ke belakang.
"Putih," jawab Hyunjin.
Dan mungkin kerana terkejut, Eunmi hampir terjatuh ke belakang gara-gara jaraknya yang terlalu dekat dengan Hyunjin. Dan Hyunjin segera memaut pinggangnya.
"Hati-hati," ujarnya lalu melepaskan gadis itu untuk berdiri secara normal kembali.
"Gomawo," ujar Eunmi perlahan.
Dia terus berlalu dari situ dan meninggalkan kedua-dua skirt yang dipilihnya tadi.
Hyunjin hanya mampu melihat Eunmi melangkah bila dia perasan akan kelibat Lia di pintu masuk kedai. Dengan hati yang berat, dia berjalan juga untuk mendapatkan teman wanitanya itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro