20
"Pergi panggil adik kamu tu turun makan," Puan Hwang mengarahkan Hyunjin usai dia meletakkan pinggan di atas meja.
Hyunjin menurut lalu naik ke tingkat atas. Sampai di hadapan pintu bilik adiknya, dia mendengar suara Yeji yang sedang bercakap.
"Habis tu kau setuju tak?"
Tangan Hyunjin berhenti di tombol pintu bilik Yeji. Telinganya didekatkan lagi dengan pintu untuk mendengar butir perbualan kembarnya itu.
"Bagus, bagus. Mana tahu nanti kau jatuh suka pada Jisung pula kan. Okay lah tu. Jisung pun boleh tahan. Hot, handsome, pandai main bola pula tu," Yeji ketawa di hujung ayatnya.
"Eunmi?" nama itu meniti di bibir Hyunjin perlahan.
"Lagipun Jisung tu single. Baiklah kau bercinta dengan orang macam tu dari berharap dekat boyfriend orang. Lagi-lagi si Hyunjin tu, pemberi harapan palsu," kutuk Yeji selamba.
Hyunjin sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata Yeji. Dia sendiri merasakan dirinya begitu.
"Hyunjin, lamanya! Turun cepat!" suara Encik Hwang kedengaran dari bawah.
Hyunjin terus memulas tombol pintu bilik Yeji. Dan kembarnya yang sedang meniarap di atas katil sambil menatap skrin telefon itu segera menoleh.
"Omma panggil makan," ujar Hyunjin.
"Okay," Yeji kembali memandang skrin telefonnya.
Hyunjin pula terus keluar. Dia sedar yang kembarnya itu seakan menjauhkan diri darinya sejak dia dan Lia bercinta.
Dia turun semula ke bawah dan Yeji muncul beberapa minit setelah dia turun. Sepanjang makan malam, kedua orang tua mereka sibuk bertanya mengenai perkembangan sekolah mereka.
Maklumlah, Encik Hwang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Jadi, dia jarang dapat meluangkan masanya di rumah.
"Appa, Omma. Yeji nak minta izin tidur dekat rumah Eunmi hujung minggu ni boleh?Nak siapkan kerja berkumpulan," soal Yeji.
"Hmm, bukan selalu Eunmi ke yang tidur dekat sini? Sekarang ni Omma rasa dah jarang dah dia datang sini," ujar Puan Hwang.
Walaupun dia jarang di rumah kerana sibuk menguruskan kedai bunganya, namun dia masih sempat berbual dengan Eunmi setiap kali gadis itu datang ke rumah mereka.
Yeji menjeling Hyunjin di sebelahnya. Kemudian dia kembali memandang ibunya.
"Geunyang, dia banyak kerja nak settlekan kat rumah. Eunwoo Oppa sibuk sekarang, jadi dialah yang kena uruskan rumah," balas Yeji.
Hyunjin pula hanya menunduk. Dia tahu Yeji cuma mencipta alasan. Padahal sudah jelas Eunmi tidak ke rumah mereka gara-gara gadis itu mengelak darinya.
"Kesian betul diorang tu kan. Muda-muda lagi dah jadi anak yatim. Nasib baik Eunwoo tu kerja bagus, bolehlah tanggung adik-adik dia," kata Encik Hwang.
"Hyunjin nanti, kalau Omma dan Appa takde, jaga Yeji baik-baik. Kamu je yang faham perangai adik kamu ni," pesan Puan Hwang.
Hyunjin hanya mengangguk. Fikirannya kini mulai terganggu sejak mereka berbicara tentang Eunmi tadi.
Satu perkataan mula terlintas di fikirannya sekarang. Rindu. Ya, dia rindukan gadis itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro