
04
"Sedapnya bau," Yeji memandang biskut-biskut yang berada di dalam ketuhar rumahnya itu.
"Aku dah share resepi tu, nanti bolehlah kau buat sendiri," balas Eunmi sambil tanggannya mengutip peralatan yang mereka gunakan tadi.
"Tak nak lah. Aku buat dengan kau buat mesti tak sama,"
"Tch, cakap je lah kau malas Yeji," Eunmi menggelengkan kepalanya.
"Yaa, aku tak pernah beritahu kau kan? Hyunjin tu suka sangat dengan cookies yang kau buat ni,"
"Seriously?" soal Eunmi tidak percaya.
Yeji mengangguk.
"Waktu kau bagi aku haritu, setiap kali dia datang bilik aku, mesti dia akan curi dua tiga keping," cerita Yeji bersungguh.
"Dia ada cakap apa-apa lagi tak?" Eunmi mula teruja.
Yeji menggeleng menyebabkan senyuman di bibir Eunmi mati.
"Ala tapi Hyunjin memang jarang puji makanan sedap. Tapi kalau dia makan tu, maksudnya makanan tu memang kena dengan taste dia and dia suka,"
"Kalau kau bagitahu awal-awal, boleh aku banyakkan lagi adunan,"
"Tch. Jangan risaulah, nanti aku akan pastikan Hyunjin jatuh cinta dengan biskut buatan kau ni,"
"Pastikan Hyunjin makan tau," Eunmi sudah tersenyum lebar.
"Don't worry,babe," Yeji menepuk lembut bahu Eunmi.
Eunmi pun makin seronoklah bila dah dapat green light dari bakal adik ipar. Dia kemudiannya berlalu ke sinki untuk mencuci barangan kotor.
"Weh, aku nak pergi ambil phone sekejap dekat atas!" Yeji bersuara sebelum dirinya berlari keluar dari kawasan dapur.
Eunmi meneruskan aktiviti mencuci di sinki. Sehinggalah bunyi pintu rumah dibuka dan orang berjalan menyapa pendengarannya.
"Eunmi?"
Itu suara Hyunjin.
"Eo," dia menoleh sekilas.
Kelihatan lelaki itu dalam pakaian sukannya.
"Yeji buli kau ke?" Hyunjin meletakkan beg miliknya di atas meja lalu berjalan menghampiri gadis itu.
"Aniya. Aku yang nak cuci sendiri," Eunmi cuba mengawal suaranya.
"Tapi kau kan tetamu. Sini, biar aku buat," mangkuk di tangan Eunmi diambil.
"Gwaenchanha, aku boleh buat sendiri," Eunmi masih memegang mangkuk itu.
"Takpe biar aku buat. Mesti kau penatkan nak layan si Yeji tu nak makan biskutlah, apa lah,"
"Mana ada, aku okay je lah,"
Dan perebutan mangkuk antara mereka itu berakhir dengan mangkuk tersebut jatuh dan pecah di lantai.
"Jangan pegang!"
"Auch!" Eunmi sudah pun memegang kaca dari mangkuk tersebut dan jarinya terluka.
"Haish, sini aku tengok," Hyunjin dengan selamba menarik tangan gadis itu.
"Jom, aku ubatkan,"
Dan seorang Cha Eunmi tidak berhenti tersenyum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro