Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

"Hmm..."

Yeji yang sedang menyelesaikan soalan Matematik di bukunya mengangkat sedikit kepalanya.

Cha Eunmi yang berada di hadapannya sedang menongkat dagu sambil memandang ke satu arah. Yeji menjeling sekilas buku latihan milik sahabatnya itu.

Masih berada di muka surat yang sama sejak tadi. Dia kemudiannya menepuk kuat meja yang mereka gunakan sekarang, iaitu meja di ruang tamu tingkat atas rumahnya.

"Yaa!" Eunmi yang terkejut itu merungut perlahan.

"Kau nak aku korek biji mata kau tu?" soal Yeji sambil menyuakan pen miliknya.

"Yeji ah, kembar kau memang tak nak keluar ke?" tangan Yeji dicapai dan dipegang.

"Aku dah agak. Tu motif kau ajak aku buat kerja dekat luar bilik kan?" Yeji mencubit tangan milik Eunmi.

"Hish, sakitlah," tangannya Eunmi tarik kembali.

"Dia tengah main game lah tu," balas Yeji.

"Ala, tapi aku nak—,"

Klak!!!

Eunmi menahan senyumnya bila dia mendengar bunyi pintu dibuka. Automatik dia mencapai pen miliknya kembali.

"Banyak sangat ke homework korang?"
Hyunjin yang baru keluar dari bilik berjalan ke arah dua gadis tersebut.

"Si Changbin tu tak siapkan homework dia semalam. So, Joo Saem pun double kan lah kerja harini," jawab Yeji.

Hyunjin mengangguk lalu mengambil tempat di sofa yang berada di belakang Eunmi. Matanya kemudian memerhatikan buku latihan milik sahabat kembarnya itu.

"Kenapa tak jawab soalan tu?" soal Hyunjin sambil menundukkan badannya ke arah Eunmi.

Dia ingin melihat dengan lebih jelas soalan yang berada di buku tersebut.

Yeji menahan senyumnya melihat wajah gementar Eunmi saat itu. Semestinya dia tahu kelemahan seorang Cha Eunmi, adalah Hwang Hyunjin.

Special tags

chanyol- VOGUESTH- HAESTHCHAN hwangtimental

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro