
DREAM
Dream
-
-
-
Jaebeom
-
-
-
Jimin
-
-
-
Noh Sungchul
-
-
-
Suara riuh kedengaran kuat bergema. Namun suara itu bertambah gamat saat Sungchul sedang berlari menghampiri gawang gol.
"Jaringkan gol chul! Sekarang!" Jimin menjerit nyaring.
Jaebeom di belakang Sungchul sudah ternganga luas menyaksikan slow Mo aksi di hadapan kawasan gawang pintu gol.
Akibat terlalu terleka, Joshua si pihak lawan mendekati Sungchul menyebabkan dia terpaksa berlari lebih jauh ke hadapan.
Preeet!
"Offside!" Jerit Taeyong yang menjadi pengadil tak berbayar.
"Aduh!" Jaebeom menampar dahi.
Preeet!
Habis satu wisel, bergema pula wisel panjang menandakan masa perlawanan sudah tamat
Kepala didongakkan menghadap ke langit. Warna oren kemerahan kelihatan memenuhi. Waktu sudah senja.
Himpunan itu beransur-ansur menyusut.
Tinggal lah Jimin, Sungchul dan Jaebeom yang seolah tidak mahu bergerak pulang.
Wajah ketiga mereka nampak tegang.
"Ni semua salah kau Chul!"
"Salah aku?"
"Eh, dahlah! Bola je pun!" Jaebeom memintas mereka.
"Salah kau!" Tiba-tiba saja Jimin dan Sungchul bersuara serentak memandang Jaebeom.
"Apa pulak salah aku?"
"Kau tak halang pihak lawan tadi. Jem ah!"
Jimin mengangguk.
"Alah…sebagai tanda maaf nanti aku belanja..."
Jimin dan Sungchul segera pasang wajah berminat.
Jaebeom meneruskan kata yang terhenti tadi, "belanja kasih sayang jek."
Jaebum segera berlari dari situ.
"Oi! Kedekutlah dia ni."
"Budak kaya ni."
Jimin dan Sungchul segera mengejar Jaebeom.
Tawa mereka dapat kedengaran berhamburan memenuhi segenap permukaan langit.
********
Sungchul membuka album miliknya. Dapat terlihat banyak gambar dia, Jimin dan Jaebeom bersama. Paling banyak sekali adalah gambar mereka memakai pakaian sukan dan berada di padang bola.
Impian yang mereka pasang sejak kecil.
Sungchul memandang ke hadapan.
Impian indah itu. Dia takkan pernah lupa betapa ghairahnya dia berusaha mengejar cita-cita ingin menjadi seorang pemain bola sepak.
*************
"Buat yang masih tak kenal saya, Annyeong, nama saya Sungchul. Saya pernah bermimpian untuk menjadi pemain bola sepak. Tapi sekarang…"
"Chul! Tolong aku kat dapur nih."
"Dapur berasap!"
Suara Jaebeom dan Jimin membuatkan Sungchul melepaskan keluhan.
Tidak lama, senyuman dia kembali mengukir.
Sungchul melihat ke skrin fon.
"Bye followerku. Sambung kerja jadi chef. Saya terpaksa matikan live ni. Nanti ye saya buat intro balik."
Sempat Sungchul membaca komen. Dia tersengih.
Ye, dia takkan lupa untuk cover satu lagu hari ni.
Sungchul menutup telefonnya.
"Im coming!"
The end.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro