CRUSH
Crush
-
-
-
Taeyong
-
-
-
Yoonwon
-
-
-
Buk!
Akibat perlanggaran itu, jatuh barang mereka berselerak ke lantai.
"Mianhaee!" Serentak kedua mereka mengucap maaf.
Taeyong mendongak wajah melihat gadis itu. Saat itu, gadis itu turut sama. Mata mereka bertautan buat beberapa saat.
"Haera."
Gadis itu bereaksi pada panggilan itu.
"Yoonwon."
Lelaki bernama Yoonwon membantu Haera mengemas barangnya masuk ke dalam beg. Tangan Haera digenggam. Kelihatan Haera juga agak terkejut.
Taeyong yang melihat terpana.
"Kita balik." Yoonwon bersuara sambil wajah tidak langsung dialih memandang Taeyong. Seolah ada bibit-bibit cemburu terlihat.
Taeyong di situ sudah tidak keruan. Perasaan dia bercampur baur.
Yoonwon mencengkam erat tangan Haera. Haera sedikit berdecit.
Dia bersuara, "nantilah. Bagi saya tegur dulu orang tu."
"Tak payahlah." Yoonwon dan Haera saling berpandangan tegang.
Taeyong menggaru leher yang tidak gatal melihat situasi itu.
"Er …sa…saya mintak izin pergi dulu ya."
"Eh awak…" Haera mengibaskan sapu tangan milik Taeyong.
Abang kandung perangai tak semenggah.
********
Haera asyik tersenyum sejak tadi. Sapu tangan merah jambu tidak henti dihidu. Harum sekali, bauan lavendar.
Dari luar bilik, Yoonwon menghendap.
Kaki segera diatur lalu tangan segera menyambar sapu tangan pada pegangan Haera
"Hya! Kau dah kenapa?" Haera terkejut disergah.
"Aku nak buang sapu tangan ni."
"Kau kenapa ha? Bagilah balik." Haera memapar riak wajah tegang.
TIN TONG!
Haera tersenyum.
"Ha tu dia dah datang."
"Siapa?" Yoonwon mengerutkan dahi.
"Ada…ah." Haera segera merampas sapu tangan dari Yoonwon saat lelaki itu leka.
Haera segera membuka pintu utama dan terlihat Taeyong sedang berpegangan tangan dengan seseorang. Senyuman terlihat pada wajahnya.
Senyuman mekar tadi bertukar pudar.
"Tak sangka awak betul datang."
Taeyong membalas, "ye, sapu tangan tu milik dia. Dia yang gesa saya ke sini. "
Kelihatan gadis itu memaut erat lengan Taeyong sambil tersengih.
Haera sekadar tersengih hambar.
Yoonwon yang turut berada di situ beberapa minit lalu tersengih sinis.
Haera tertunduk.
Crush dia kini sudah menjadi milik orang lain.
"Ini... " Haera menghulurkan sapu tangan itu. Taeyong bertindak mahu menyambut namun Yoonwon merampasnya diletakkan kasar pada dada Taeyong.
Yoonwon bersuara dingin, "jangan, muncul lagi lepas ni depan Haera."
Haera tidak dapat menahan emosi. Dia berlari masuk ke dalam rumah.
Taeyong terkedu saat dia sempat melihat mata Haera yang bertakung.
-Abang yang terlalu protective dan adik yang selalu tersakiti-
The end.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro