Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

9

K membuka pintu lalu terpapar wajah bengisnya.

"Bisinglah awak ni..."

Aku merangkul leher K menyebabkan dia terkedu.

Tangisanku pecah.

"Mianhae K. Jangan cederakan diri awak lagi."

"Apa kau..."

"Jeognmal mianhae."

K masih terkedu.

Namun begitu dia membalas rangkulan aku.

"Tolonglah jangan mintak maaf lagi. Kau tak penat ke mintak maaf selama dua tahun?"

"Jeongmal mianhae." Aku tidak mempedulikan kata-katanya. Sebaliknya aku sibuk melayani emosi diri.

K turut tinggalkan aku selepas 4 bulan pemergian Jay. Dia mengahwini Naera. K berjanji akan terus memberi nafkah, dan pulang sesekali. Tetapi, dia tak pernah pulang.

Sungguhpun begitu, pernikahan mereka tidak bertahan lama. K dan Naera tidak sependapat. Naera kehidupannya lebih sosial, sering ke kelab malam membuatkan K membencinya.

Tiap-tiap hari mereka bergaduh. Malam itu akhirnya menjadi penyaksian perpisahan mereka. K menceraikan Naera setelah mendapati Naera membawa seorang lelaki pulang ke rumah.

K datang kepadaku dengan mabuk. Dia menangis seperti orang hilang arah.

Bila dia sedar, aku merayu padanya untuk terus berada di rumah ini. Rumah kami. Tetapi K menolak keras.

K hadapi kemurungan. Dia sering cederakan diri dia.

Selama beberapa bulan dia mengambil rawatan. Akhirnya dia kembali sembuh.

Aku memujuk K untuk kembali ke rumah. K tidak bersetuju pada mula, namun tiba-tiba dia mengatakan, pengembalian dia hanyalah kerana janji yang dia ikat bersama Jay dahulu. Kerana rasa serba salahnya.

Tapi aku tahu K cuma rasa terhutang budi kerana aku yang menjaganya sepanjang rawatan.

Apapun aku tidak marah dan mengerti dengan pemergian K kerana syarat keluarga Naera yang mahukan K duduk di rumah berasingan bila mereka berkahwin.

Aku mendongak dan melihat ada pisau lipat terdampar di atas lantai.

Lantas rangkulan K aku leraikan.

Pisau tersebut segera ku kutip sambil membebel.

"Awak janji dengan saya takkan main dengan pisau ni lagi K.. Awak tahu tak cantik pun ukiran awak tu.. buruk. Nak conteng bukan atas tangan atau... hek!"

Naik tersekat nafas aku bila wajah K terlalu hampir dengan wajahku.

"Nak aku kiss kau ke baru kau diam."

"Biadab!"

"Aku suami kau."

"Suami?" Aku senyum sinis.

"Apa maksud reaksi muka kau tu?" K berkerut

"Entah!" Aku segera berlari dari situ.

"Hya! Jawab soalan aku!"

"Tak naklah." Aku berlari mengelilingi sofa dan K mengejar aku.

"Ara! Stop it! Bagitahu aku!" K menggesa

"Nak bagitahu apa? Hesyh, peliklah awak ni."

"Jangan lari!"

Suara tawa dan teriakan itu.

Aku jadi teringat masa lalu.

"Jay!"

Lelaki itu memandang aku.

Tbc...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro