8
"Kau buat apa kat sini?" Aku memberanikan diri bersuara.
"Aku buat apa? Suka hati aku la. Aku pun isteri K, " bidas dia.
"Itu setahun lepas. K dah ceraikan kau."
Kelihatan Naera sedikit tergugat dengan kata-kataku. Namun dia cuba sembunyikan dengan wajah lagak tenang.
K pula hanya membatu di atas sofa tanpa berkata apa-apa. Dari tadi si Naera asyik berkepit dengan K. Naik berbulu mata aku melihat dia merangkul erat K bagai tidak mahu lepas.
"Sokay, kami boleh je kahwin semula memandangkan benda buruk dah berlaku."
Dahi aku berkerut mendengar untaian katanya.
Naera terus menerus bersuara, "aku nak tanya kaulah kan Ara. Kau betul-betul sayang K ke?"
"Aku isteri dia. Aku sayang…"
Naera memintas, "kau isteri dia tapi kau buat hubungan dengan Jay. Akibatnya anak kau gugur."
"Kau yang …"
Naera memintas lagi. Tetapi kelihatan cemas saja riak wajahnya.
Dia tiba-tiba bangun menghampiri ku dengan renungan maha tajam.
"Kau tak layak pun jadi isteri dia. Syarikat dia tengah bankrap sekarang. Kau tahu?"
Aku terdiam.
"Kau tak tahu kan? Lagipun K masih sayangkan aku. Dia masih simpan selendang merah yang aku beri."
Selendang pada leher K ditunjukkan olehnya.
Selendang itu? Barang K yang K tak beri aku sentuh. Katanya itu barang berharga. Semasa mengemas bilik pagi tadi, aku ternampak selendang tu dalam almari. Aku terlupa hendak simpan semula.
Aku memandang seraut wajah K. Tenang. Langsung tidak menunjukkan riak suka atau benci.
Aku benci keadaan sekarang.
Naera masih tidak henti berbicara, ada sahaja modal perkataan menguriskan hati meluncur keluar dari bibirnya.
"Sayang sekali kau Ara. Jay meninggal awal. Awal dia mati, umur muda lagi. Sia-sia je dia korbankan nyawa untuk kau. Aku tengok tak ada pun keistimewaan kat kau. Selepas belajar kau kahwin dengan K. Kerja tinggi pun tak pernah. Eomma tak suka kau. Kau hanya banyak susahkan K. Tapi aku tak faham kenapa Jay boleh suka kau. So loser of him."
"Jangan cuba hina dia!" Aku bersuara dengan getaran. Gigi diketap rapat menahan geram.
Dapatku lihat K sedikit bereaksi. Seperti dia terkesan dengan kata-kata aku.
"Ouh!" Naera ketawa halus.
Dia memandang K. "Nampak tak dia cuba mempertahankan Jay. Betul lah diaorang ada hubungan istimewa belakang awak K. Pity of you. Bijak perempuan ni. Buy one free one. Disebalik rupa polos, dalam diam dia manusia bertopengkan syaitan."
PANG!
Tangan aku sedikit sahaja lagi ingin naik menampar dia.
Namun tidak ku sangka K bertindak menampar Naera.
"K. How could you?"
"Balik dulu Naera."
"I hate you!"
"Kita cakap kemudian."
Naera berjalan pergi dengan menghentak-hentakkan kaki kuat ke lantai, menunjuk tanda marah.
K pula meraup wajahnya sebelum dia berlalu pergi masuk ke kamar.
"K…"
Aku mengetuk pintu kamar yang dimiliki K. Aku dan dia tidak berkongsi bilik.
Seharian K tidak makan. Aku kerisauan.
"Leave me alone Ara!" tegas K.
"Aduh!" rintihnya kemudian.
"K? Awak kenapa? K?"
Aku menjerit bagaikan orang gila. Pintu diketuk-ketuk tanpa henti.
Tbc...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro