8
Dengan langkah debar di dada Jungwon mengatur ke ruangan gelanggang.
Sebaik berdirinya di hadapan pihak lawan, keduanya menunduk hormat sebelum perlawanan dimulakan.
Suatu helaan nafas di lepaskan bersama mata yang terpejam membuka.
Tempoh judo adalah lima minit saja. Jika lawan berjaya dijatuhkan dengan cara betul, dia akan memperoleh ippon. Mata penuh dan menang. Jika memperolehi half point (waza-ari) langkah yang betul tetapi bukan Ippon. Kemudian mendapat waza-ari lagi, dia akan memperoleh ippon. Kemenangan total. Yuko untuk no points.
Jungwon berjaya menjatuhkan pihak lawan.
Tetapi dia memperoleh Waza-ari (half point) bertahan selama 15-20 saat.
Jungwon berlawan semula namun dia dijatuhkan pula kali ini.
Jungwon terbaring di lantai dan rasa ragu-ragu untuk bangkit.
Perasaan traumanya kembali menyerang.
Geonu yang melihat siaran langsung perlawanan itu di skrin telefonnya secara senyap agak bimbang dengan keadaan Jungwon.
"Hya bangunlah tak guna! Jangan tidur atas tu.." marah Geonu.
"Kau takut ke ha? Cuba lawan balik. Setakat tu saja ke, kau mampu tunjuk pada hyung." Kata-kata abangnya kembali bermain di minda.
Setelah itu muncul wajah abangnya lima tahun yang dulu.
Dia tersentak.
Jungwon baru tersedar, dalam ingatannya, berbekas wajah Geonu lima tahun dahulu. Dia tidak tahu rupanya abangnya yang kini. Jungwon merasa kesal kerana tiba-tiba dia terfikir seperti itu.
Oleh kerana kesal dan penuh kesedihan mengenangkan abangnya yang sedang menderita, Jungwon bangun semula menghadap pihak lawannya.
Tika itu, Geonu kembali tersenyum. Dia dapat melihat kebangkitan Jungwon dalam diri lelaki itu.
Kali ini Jungwon menumpaskan pihak lawan jatuh dan bertahan. Dia memperolehi mata Ippon.
"Ippon." Isyarat tangan ditunjukkan.
Kata referee itu menamatkan Perlawanan itu sekaligus kemenangan berpihak pada Jungwon wakil dari Korea.
Nara yang memerhati dari jauh tersenyum kegembiraan.
"Good job Jungwon," teriaknya.
Bendera Korea dikibarkan.
Sorakan kuat bergema terutamanya penonton yang datang.
Ada yang belajar atau berkerja di situ dari Korea.
Namun begitu senyuman Nara tadi pudar perlahan. Melihat keadaan Jungwon yang tiba-tiba merebahkan lutut ke lantai membuatkan sebak bertandang.
Air mata mengalir setitis demi setitis dari tubir mata. Jungwon mendongak ke atas lalu menjerit memanggil Hyungnya.
"Hyung.." Dengan teriakan bersama air mata yang tumpah laju membuatkan semua di situ menjadi syahdu dan sepi
Geonu yang turut menyaksikan Jungwon dari skrin telefon turut mengalirkan air mata.
"Argh." Namun tidak lama, kesakitan kembali menjalar dan kali ini dia tidak mampu bertahan lagi. Jika boleh mahu saja dia ceraikan roh dari tubuh untuk mengakhiri kesakitan ini.
Butang merah di dinding belakang katil ditekan lama. Telefon terlepas dari tangan, Geonu jatuh rebah ke lantai tidak menyedarkan diri lagi setelah itu
*****
Jungwon pulang semula ke Korea. Sebaik dia tiba di rumah, dia mendapat khabar berita abangnya meninggal. Dia dibawa Nara ke hospital. Sehinggalah Geonu dimakamkan Nara setia menemani lelaki itu.
Tanpa Jungwon sedar, sudah beberapa bulan berlalu lagi.
Nara yang datang pada hari itu melawat lelaki itu seperti kebiasaan mencapai tangan Jungwon lalu meletakkan pita perakam.
"Ini, pita perakam yang Geonu bagi pada saya waktu dia amanatkan saya untuk jaga awak."
Jungwon mencapai pita itu lalu digenggam lembut.
"Saya datang lagi malam ni. Kalau keluar ke mana. Mesti report ok. Walaupun duduk depan rumah. Nak pergi kedai.. "
Jungwon mengeluh.
"Baiklah noona."
"Janganlah marah..." Nara merintih.
Jungwon sekadar tersengih.
"Jalja.. " Nara bergerak pergi.
Jungwon menumpukan pada pita perakam. Jari naik mencari butang on.
Sebaik merasa benjolan, Jungwon menekannya.
"Uhm, uhm Yang Jungwon
Adik hyung. Aish macam formal pulak.."
Jungwon tergelak dengan kata Geonu.
"Maaf Sebab hyung tak boleh ada lama kat sisi kau. Hyung harap kau boleh teruskan hidup walaupun hyung tak ada. Teruskan Judo. Itu impian kau sejak kecil lagi. Juga.. Hyung mintak maaf sebab tinggalkan kau lagi. Kalau kau cuba balik jumpa hyung disebabkan kau rindu, hyung akan belasah kau cukup-cukup
Ingat tu Yang Jungwon
Ingat amaran nih."
Sekali lagi Jungwon ketawa kecil.
Jungwon mengenggam pita perakam itu seeratnya.
Dia akan pegang kata-kata hyungnya.
Teruskan kehidupan dan kejar impian.
Wajah di dongakkan ke atas bersama jeritan memanggil hyungnya.
"Hyung!"
Puk!
"Hya, kenapa kamu jerit risau ahujumma." Ahjumma jiran sebelah yang pernah menyelamatkan Geonu menegur Jungwon.
"Mi.. Mianei." Jungwon tersengih menampakkan lesung pipitnya.
"Ini ahjumma buatkan makaron kesukaan kamu. Mari makan."
"Terima kasih ahjumma. Hampir tiap hari ahjumma hantar makanan dan periksa keadaan Jungwon."
"Hyung kamu la mengadu suruh tengokkan kamu. Ahjumma akan rasa bersalah kalau tak tunaikan pesanan dia. Jadi, kamu kena semangat dan gembira selalu supaya ahjumma tak rasa bersalah pada hyung kamu."
"Naee ahjumma." Jungwon mengangguk-angguk.
"Hya hensemnya kamu ni. Memang cocok dengan kakak apa tu Nara nama dia."
Jungwon membalas, "dia cuma jurulatih dan penjaga saya."
"Eyy, tapi ahjumma sukalah kamu berdua. "
Bahu Jungwon ditolak. Mujur tak terjatuh Jungwon tersembam ke lantai.
Tawa bergema memenuhi halaman hadapan rumah itu
The end
Daebak!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro