7
"Jay!"
Terbuntang luas mataku melihat Jay terbaring atas jalan dipenuhi darah.
Aku segera mendapatkan dia.
Tangan Jay yang bergetar aku genggam.
"Jay... " Aku bertambah sebak.
K yang datang pada kami mencengkam rambutnya terkejut melihat Jay mengorbankan dirinya dilanggar kerana aku.
"Telefon ambulans K." Aku menggesa
Tetapi kelihatannya lelaki itu tampak teragak. Seperti sedang berlawan antara mahu melakukan atau tidak.
"K." Tangan Jay naik mengeletar ingin mencapai K.
Tika itu K perlahan-lahan menghampiri Jay atas gesaan aku.
"Kau mesti sayangi Ara dan janji dengan aku kau takkan tinggal dia selamanya."
K masih terdiam.
"Jebal!"
Itulah kali terakhir aku melihat Jay. Jay tinggalkan kami untuk selama-lamanya.
Kerana permintaan Jay, K masih menjadikan aku isterinya.
Kata-kata K saat itu masih terngiang-ngiang. Setelah selesai memberikan penghormatan pada Jay, K menegur aku.
"Aku masih bersama dengan kau sebab Jay. Ingat tu Ara. Simpan dalam ingatan kau sampai kau mati."
Saat itu, air mataku gugur kembali. Aku kerap menangis hampir setiap hari.
Air mata selalu menemani. Mengenangkan kesetiaan seorang isteri diragui.
Apa yang perlu aku buat untuk kau terima aku sepenuh hati semula K?
"K."
Suara yang seperti ku kenali itu menerjah masuk gegendang telinga. Hilang segala ingatan tadi.
Aku segera membuka pintu kamar dan terlihat seseorang yang aku tidak mahu dia wujud.
Naera
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro