7
"Jungwon. Kamu daebak!"
Nara menunjukkan jari thumbs up
Jungwon tersengih. Walaupun dia tidak nampak tanda jari itu tetapi dia senang dipuji Nara.
Selama tiga bulan di tempat latihan ini. Jungwon berlatih keras untuk penyertaan di kejohanan Paralimpik Brazil tahun ini.
Nara sangat kagum dengan Jungwon yang tidak pernah mengeluh atau meluahkan rasa sesal sepanjang latihannya di sini.
Semangat Jungwon berkobar-kobar. Dia mahu membanggakan abangnya. Jadi dia ingin buat yang terbaik.
Jungwon pulang ke rumah dan terkejut merasai objek di rumah yang seperti diubah suai.
"Hyung. Apa kau buat dengan meja ni. Licin saja bucu dia."
Geonu tersengih.
"Apa kau dah buat dengan rumah ni waktu aku tak ada?"
Geonu kekal tersengih. Kesakitan hari makin hari terasa membuatkan Geonu tidak seaktif dahulu. Tiap hari dia berjuang menahan sakitnya.
Beberapa minggu dirumah akhirnya Jungwon bersiap sedia untuk pertandingan kelayakkan. Jika menang dia akan berangkat ke Negara Brazil untuk menyertai paralimpik yang diadakan.
Geonu membantu Jungwon mengemas bagasinya.
Setelah siap mengemasnya, Geonu mencapai tangan Jungwon lalu tangan itu dibawa menggenggam suatu objek.
"Apa ni hyung?"
Jungwon membawa tangannya merasai objek itu.
Dahi Jungwon berkerut.
"Tongkat."
"Nae. Gunakan tu bila kau nak kemana."
Jungwon menjauhkan objek tu darinya.
Geonu agak kehairanan.
"Tanpa alat tu aku masih boleh bergerak hyung."
"Anni." Geonu bangkit mencapai bahu Jungwon.
"Kau lupa apa hyung cakap. Jangan sesekali rasa diri tak berguna. Kau spesial ingat tu. Kau adik hyung yang paling spesial dalam dunia. Kau jaguh judo. Kau hensem, kau comel, kau pujaan ramai wanita."
"Hya, pujaan ramai wanita? Hyung cuba perli aku ke?" Jungwon ketawa. Begitu Juga Geonu. Tawa yang bergema bersama kesakitan.
*******
Hari pertandingan telah tiba.
Geonu turut berada situ menyaksikan perlawanan lelaki itu.
Jungwon kelihatan bergaya dalam gelanggang tersebut. Aura semangatnya terlihat menyala-nyala dalam dirinya.
****
Buk!
Sudah dua kali Jungwon diserang tanpa sempat dia defence.
"Hya! Yang Jungwon."
Jungwon yang terbaring di mat bereaksi pada jeritan Geonu.
"Kau takut ke ha? Cuba lawan balik. Setakat tu saja ke, kau mampu tunjuk pada hyung."
Bagai mengalirkan semangat, Jungwon bangun sebaik referee meminta untuk bersedia semula.
Kali ini sorakan bergema bersama senyuman terukir di bibir Geonu.
"Ya, macam tulah adik Hyung."
***********
Jungwon akhirnya bergerak ke Negara Brazil. Dia berjaya melayakkan diri diperingkat akhir negeri. Sekarang dia akan bertanding di luar negara.
Wajah Geonu menjengah ke ingatan Jungwon. Entah mengapa rasa takut tiba-tiba menguasai.
"Yang Jungwon."
Nara mendapatkan Jungwon yang duduk di hujung bilik.
Tercari-cari dia lelaki itu sejak tadi.
"Kamu pergi mana Jungwon. Kembali ke tempat latihan semula."
Jungwon terkenangkan kembali latihan dia untuk pertandingan rasmi esok.
Penangan dia dijatuhkan tadi membuatkan rasa trauma dia kembali. Disebabkan kejadian itulah, dia tidak boleh lagi melihat kini.
"Saya... Saya.. Tak boleh."
Jungwon memeluk lutut lalu menyembamkan wajah pada lutut.
"Jungwon dengar sini. Awak tentu tak mahu kecewakan hyung awak. Masa dia tak banyak lagi. Dia teringin nak tengok.. "
"Apa?"
Nara tersentak dek dirinya terlepas kata
"Apa noona cakap? Ulang semula."
"Hyung awak ada kanser pankreas. Hidup dia tak lama lagi."
"Saya nak balik ke korea!"
"Hajima!" Nara menahan Jungwon dengan tatapan mata penuh sayu.
"Tentu awak tak mahu kecewakan hyung awak kan? Dia mahu lihat awak berjaya. Tunaikan permintaan terakhir dia."
Sebak mulai menyerbu Jungwon.
*****
Tut... Tut..
"Yeo bo se yo." Geonu menjawab panggilan dalam suara serakan.
Perkataan unknown yang naik di muka skrin buatkan dia bingung. Siapa yang menelefon?
"Hyung.. Hyung belum tidur lagi kan?"
Jungwon rupanya. Dia tersenyum. Guna telefon siapalah dia ni.
Geonu menggeleng. "Nae." Sangkalnya. Padahal dia tertidur hampir setengah jam tadi akibat dimasukkan suntikan pelali.
Wajah dipalingkan menghadap dinding kaca Hospital Seoul.
Geonu terpengsan akibat kesakitan teruk yang terus menyerangnya. Dia dibawa ke rumah sakit dengan bantuan Jiran yang tidak tersengaja lalu di hadapan rumahnya.
"Esok hari perlawanan. Tiba-tiba rasa gementar pula."
Geonu tergelak halus.
"Semangat Yang Jungwon. Kau lupa apa hyung cakap.. "
Jungwon memintas kata Geonu lalu menyambung kata, "aku spesial. Adik hyung yang paling special dalam dunia. "
Tangisan esakan Jungwon mulai berlagu.
Geonu kehairanan.
"Hya, wae.. Kau terharu ke ha?"
"Mesti sakitkan hyung. Kenapa kau tak beritahu aku.."
"Sakit? Kau.. " Geonu hilang kata-kata. Nampaknya Jungwon sudah tahu.
Serta merta Geonu turut sebak. Dan akhirnya kedua adik-beradik itu mulai menangis teresak.
"Kau mesti menang. Kau dah janji dengan hyung. "
Jungwon tidak dapat menjawab dek tidak dapat melawan emosi sedihnya.
"Hya, kenapa kau sedih ha? Kita akan berjumpa di sana. Kau mesti hidup baik-baik. Kalau hyung tahu kau balik di sana dalam keadaan buruk. Matilah hyung kerjakan."
Jungwon terus menangis dan menangis. Tangisan terus berlagu hiba.
Geonu turut melayani emosi itu dan hanya kedengaran esak tangis dari corong telefon.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro