6
"Ini tak mungkin."
Geonu meneruskan kata,
"Saya sanggup bayar berapa saja asalkan saya boleh sembuh."
Meja kaunter dihentak kuat. Suasana di situ menjadi sepi dengan perlakuan Geonu. Mata-mata mulai menumpu ke arahnya.
"Bertenang encik. Sila ikut prosedur dan cadangan yang diberikan pihak hospital." Wanita yang menjaga kaunter memujuk.
Namun Geonu tidak dapat mengawal emosinya.
"Ini Hospital paling berpestij. Rawatannya bertaraf antarabangsa. Takkan tak mampu selamatkan saya."
Tubuh Geonu melurut ke lantai. Empangan air mata akhirnya pecah jua.
Wajah Jungwon mulai bermain-main di ruangan mata. Segala yang berlaku di masa lalu kembali ditayangkan.
Apakah ini balasan atau ada hikmah disebaliknya.
******
Geonu pulang ke rumah. Wajahnya cuba diukir riak gembira. Dia tidak mahu adiknya tahu tentang keadaannya.
Saat tiba di hadapan rumah, terkejut dia melihat Nara memegang lengan Jungwon. Juga terlihat Jungwon meminta untuk dilepaskan. Keadaan nampak tegang.
"Saya tak mahu jangan paksa saya lagi."
Geonu tahu, kedatangan Nara kembali pasti mengenai pertandingan itu.
"Sertai saja Jungwon."
Jungwon dan Nara bereaksi pada teguran Geonu.
"Untuk hyung bolehkan?"
Jungwon terdiam. Dia sedang berlawan dengan perasaan sendiri sekarang.
******
"Hyung.. "
"Nae.. "
Geonu cuba menyembunyikan kesakitan yang sedang dialaminya.
Setelah dia mengetahui tentang penyakitnya. Kesakitan terasa lebih pedih lagi kali ini.
"Aku dah fikir masak-masak. Aku akan sertai."
Perlahan senyuman payah terbentuk dari bibir Geonu. Jika Jungwon dapat melihat keadaan Geonu sekarang pastinya dia terkejut melihat wajah pucat Geonu.
"Boleh tak hyung bawa aku pergi satu tempat sebelum training Kejohanan tu."
Geonu laju mengangguk. "Sudah tentu."
Dahinya masih berkerut menahan kesakitan. Tangan menggengam kuat pada hujung sofa.
*****
Geonu dan Jungwon pergi ke pemakaman ibu ayah mereka.
Jungwon meletakkan jambangan bunga mawar putih lalu tersenyum.
"Eomma, appa. Tak perlu risau. Hyung dah kembali. Dia dah kembali semula ke rumah. Hyung jaga Jungwon dengan baik. Eomma.. Appa.. Jagalah diri baik-baik."
Geonu yang berada dibelakang sedaya upaya menahan sebak di dada.
Jungwon duduk di anak tangga. Seorang makcik datang berbual dengannya.
Geonu meminta diri untuk ke tandas. Dia memimpin Jungwon turun dahulu. Duduk menantinya.
Namun begitu, pernyataan ke tandas itu adalah tipu.
Hakikatnya dia pergi menemukan tempat pemakaman ibu ayahnya semula.
Geonu meluahkan rasa, "kita akan bertemu di sana nanti. Waktu tu, kau orang boleh marah Geonu puas-puas. Tapi macam mana dengan Jungwon. Dia tak ada siapa.. Dia akan keseorangan lagi..."
Geonu tak dapat meneruskan kata.
Sebak yang menyerbu buatkan empangan matanya pecah.
Tangisannya terus berlagu sayu.
***
"Kau dah ready?"
Jungwon masih ragu-ragu.
"Hya cepatlah berlari ke arah hyung pabo. Kalau sekarang pun kau tak yakin, macam mana kau nak pergi training."
Jungwon masih kaku.
"Hya!" Geonu terus menjerit. Sakit di tekak tidak dipedulikan
"Kau tak percayakan hyung? Hyung akan sambut kau kalau kau jatuh. Hyung takkan biarkan kau terluka. Cepatlah pabo. Aku tak larat tunggu kau."
Jungwon cuba mengatur langkah demi langkah
Perasaan takut cuba dibuang.
Tangan digenggam mencari kekuatan untuk mempercayai abangnya.
Jungwon berlari selaju mungkin ke arah suara abangnya yang mendorongnya datang padannya.
"Ya, laju lagi. Hyung di sini. Geojanghajima"
Buk!
Jungwon mendarat pada Geonu lalu menjatuhkan mereka berdua ke tanah.
Tangisan bangga kedengaran bergema.
Geonu mengusap lembut rambut Jungwon yang membaring atas tubuhnya.
"Good joob Yang Jungwon. Good job. "
******
"Tolong jaga dia baik-baik. Aku rasa masa aku tak lama dah?"
"Maksud awak?"
"Aku hanya ada beberapa bulan untuk hidup. Kanser pankreas."
Nara terkedu.
"Tolong jagakan dia untuk aku."
Perbualan mereka terhenti tatkala Jungwon menghampiri perlahan.
Geonu membantu Jungwon masuk ke dalam kereta.
Nara mengangguk sedia menerima amanat Geonu sebelum masuk ke dalam perut kereta.
Kereta dipandu pergi.
Sebaik rumah Kosong. Geonu memulakan projek kerjanya.
Hati berbisik, 'aku perlu ubahsuai rumah ni kepada lebih selamat supaya Jungwon dapat keselesaan. Dia perlu berdikari lepas aku tak ada."
Geonu segera mencapai peralatan mekanik di belakang rumah. Berhabuk sudah peti itu kerana lama tidak disentuh.
Menggunakan kemahiran pertukangan yang pernah dia belajar di sekolah menengah, Geonu memotong kemas dan teliti hujung meja. Juga mengantikan petak empat di hadapan muka pintu dengan petak lantai yang boleh menahan mangkuk makanan delivery.
Segala peralatan di dapur ditukarkan. Cawan berkaca ditukar pada plastik. Begitu juga pinggan. Geonu memasukkan pek barang-barang makanan berpaket ke dalam almari yang mudah dicapai Jungwon.
Dia tersenyum setelah berjaya menyiapkannya.
Tetapi tidak lama, kerutan di dahi kembali kelihatan. Kesakitan kembali menjalar ke tubuh membuatkan langkah Geonu terhuyung-hayang menuju ke sofa. Ubat-ubatan dicapai dengan tangan yang menggeletar dari laci.
Berair mata Geonu selepas sedikit lega telan pil penahan sakit.
Hidupnya kini dipenuhi rutin mengambil ubat sambil menghitung harinya menjalani sisa kehidupan.
*****
"Jungwon... "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro