5
"Doktor dah sahkan isteri kau tak boleh hamil lagi. Ceraikan dia K."
Bagai hendak luruh jantung ke lantai saat mendengar kata-kata ibu mertuaku.
K menentang bicara eommanya.
"Sudahlah eomma. Berapa kali kita nak bincang pasal ni."
"Eomma tak kira. Jika tak. Jangan pernah jejak kaki ke rumah ni lagi. Jangan jejak ke Jepun lagi."
Tidak terkira berapa kali kejutan aku terima.
Kerana aku, dua anak-beranak ini sedang bergaduh. Oh Tuhan! Maafkanlah aku.
"Baeklah K takkan jejak ke sini lagi. Selamat tinggal eomma."
Ibu mertuaku tampak terkejut bagai tidak menyangka K berani berbuat keputusan sedemikian.
Aku segera memaut lengan K untuk menjernihkan keadaan semula.
"K. Dengarlah cakap eomma. Jebal!"
K memandang aku dengan penuh kehampaan.
"Apa awak cakap ni jagi?"
Bahasa K yang dulu sungguh lembut dan tutur bicaranya penuh kasih. Tidak seperti sekarang.
"Tolong dengar cakap eomma, K."
Aku memeluk kaki K bersama tangisan.
K menggeleng hampa.
Dia menolak aku dari mencengkamnya.
K menunduk sambil menguakkan rambutnya ke belakang.
Setelah lama berjeda K bersuara semula.
"Awak sedar dengan apa yang awak cakap ni Jagi? Awak lukakan hati saya."
"Tolonglah demi saya." Aku terus merayu tanpa putus asa.
K jatuh melorot perlahan ke lantai bersama esakan tangis yang sudah bergema.
Aku tahu K seorang yang taat ibunya. Juga sangat menyayangiku. Kali ini dia tidak boleh melawan arus.
K bangun perlahan setelah menyelesaikan sekaan air mata.
"Okay. Saya akan ikut keputusan kau orang. Jangan menyesal Ara!"
Aku tertunduk bersama linangan air mata yang terusan mengalir.
Bila aku mendongak aku melihat senyuman sinis. Eomma K.
Jay!
Aku perlukan Jay sekarang.
Tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro